Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSNS

TAHUN 2018.
TARIKH : 12 JULAI 2018
HARI : KHAMIS
MASA : 5.00 PETANG

TEKS UCAPAN VIP


Yang Berusaha Encik Jamri bin Ahmad, Pengetua Cemerlang
SMK Dato’ Sedia Raja merangkap Pengerusi Pengelola
Kejohanan Bola Sepak MSSNS

Yang Berusaha Penolong PPD Sektor Kemanusiaan,

Yang Berusaha Ketua Unit Sukan JPNS

Yang Berusaha Penyelaras Bola Sepak MSSNS Sukan PPD


Pengerusi Teknik dan Pegawai-Pegawai Kejohanan,

Yang Dihormati Pengetua-Pengetua danGuru-Guru Besar

AJK Pengelola Kejohanan, Guru-Guru Pengiring, Guru-Guru,


Peserta-Peserta Kejohanan, Pelajar-Pelajar, serta sidang
hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.b.t dan salam sejahtera,


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izin-Nya, dapat
kita bersama-sama berkumpul pada petang ini dalam Majlis
Penutupan Rasmi Kejohanan Bola Sepak MSSNS 2018.

Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk


melahirkan murid-murid yang cergas dari segi fizikal dan
mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang
daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal,
otot, saraf dan emosi, sukan seperti bola sepak ini juga
mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh
dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk
seorang pemain yang berhemah tinggi, bertanggungjawab,
berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,

Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat


untuk mencapai matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan
setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu
mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan
merapatkan silaturahim warga sekolah dan masyarakat
setempat, malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin
ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan


pemenang bagi setiap perlawanan,namun perkara yang lebih
penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara
tidak langsung kepada murid-murid bahawa kejayaan hanya
dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang
rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah
dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.
Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan,
menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama
yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk
membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang
berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Kegiatan sukan seperti bola sepak yang berterusan ini akan


menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang
kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan
spiritual, seseorang pemain itu dilatih agar mempunyai daya
saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa
melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal
insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas
pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan

Hadirin yang dikasihi

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan


tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat
menganjurkan dan mengelolakan Kejohanan Bola Sepak
MSSNS 2018 dengan jayanya .

Kepada para pemain yang mengambil bahagian dan meraih


pingat kejohanan , saya ucapkan tahniah dan kepada yang
tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan
anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta
kejayaan.
Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan
berbanyak terima kasih dan sekalung tahniah kepada, ,
Pengerusi Pengelola, Pegawai-pegawai Kejohanan,
Pengurus-pengurus pasukan , semua peserta kejohanan dan
pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga kejayaan
penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak kejayaan
penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita.

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN


KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSNS TAHUN 2018

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai