Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Perasmian Kejohanan Olahraga

Pendidikan Khas Daerah Muallim 2022

Oleh

YB SENATOR DATO DR MAH HANG SOON

Salam sejahtera, Salam Muallim Bandar Ilmu,

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita semua dapat berkumpul


bersama-sama pada pagi ini untuk memeriahkan Kejohanan Olahraga Pendidikan
Khas Daerah Muallim. Saya amat gembira pada pagi ini kerana dapat meluangkan
masa bersama-sama warga Pendidikan Khas di Majlis Perasmian Kejohanan
Olahraga Pendidikan Khas pada tahun ini.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid


yang cergas fizikal dan cerdas mental. Menerusi latihan yang konsisten dan
seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi fizikal, mental dan emosi,
sukan mampu melahirkan pelajar yang cergas, patuh dengan peraturan dan
secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta
mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin Sekalian,
Kejohanan olahraga ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi
sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada para pelajar dan atlet bahawa kejayaan
hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan
pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui
perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah
perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk warganegara yang
berjiwa kental dan bersemangat patriotik.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kegiatan sukan secara berterusan dapat menghalang murid-murid daripada


terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental
dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat
yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu
membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas
pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan . Melalui kegiatan
sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar
yang cerdas mindanya. Malahan bidang sukan juga dapat menjadi kerjaya kapada
para atlet, dan seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Hadirin yang dikasihi,


Sememangnya, aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan
olahraga sangat penting kepada rakyat dan negara. Aktiviti sukan yang melibatkan
para pelajar daripada pelbagai kaum dan agama nescaya berupaya memupuk
semangat kesukanan, sekali gus dapat memupuk perpaduan dan muhibah dalam
usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar berbilang bangsa dan
agama. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di
peringkat antarabangsa. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting
dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan


kepada JK Pengelola kerana dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga Pendidikan
Khas Daerah Muallim kali pertama dengan jayanya. Kepada para atlet yang
mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan selepas ini, saya ucapkan
tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana kalah dan
menang adalah adat pertandingan.

DENGAN rasa penuh sukacita, saya merasmikan Kejohanan Olahraga Pendidikan


Khas Daerah Muallim kali pertama bagi tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai