Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berusaha,
En.Mohd Fahmy Bin Mustafa
Guru Besar, SK ST Xavier Cawangan

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,


Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang
menjemput saya untuk bersam asama dalam sukan ini. Semestinya penganjuran
kejohanan ini menuntut komitmen padu dan pengorbanan semua pihak bagi memastikan
kelancaran. Tahniah dan syabas kepada Guru Besar dan pihak sekolah

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian

Kejohanan ini dijalankan setiap tahun untuk memupuk budaya bersukan dalam
kalangan murid- murid. Pendedahan ini perlu berterusan dan dilaksanakan secara
sistematik supaya impaknya nanti dapat dikecapi seterusnya melahirkan para atlet yang
hebat suatu hari nanti. Analoginya, anak-anak yang berada di hadapan saya pada hari ini
merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari persada sukan negara dan
antarabangsa. Negara kita hari ini, ketandusan atlet yang mampu membawa nama negara
ke pelosok dunia. Saya percaya kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat besar
dalam bidang sukan suatu hari nanti. Malah kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi
budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, murid-murid dilatih agar


mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental yang kuat perlu didorong oleh
latihan fizikal yang teratur untuk menjadikan perjalanan darah yang teratur. Dengan
perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas. Otak yang cergas akan
menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa
berkembang. Pengetahuan yang sentiasa berkembang akan meningkatkan daya fikir yang
sentiasa berkembang akan menjadikan pengalaman seseorang murid itu bertambah luas.
.
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Kejohanan Balapan dan Padang merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang
dijalankan di sekolah. Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur
kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet
yang berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan
kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola,
terutamanya guru besar, staff beliau dan PIBG kerana telah dapat menganjurkan
Kejohanan sukan tahunan ini. Kepada para pelajar yang akan mengambil bahagian dan
yang akan meraih pingat selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya
jangan putus asa, kerana penyertaan kalian sudahpun menunjukkan bahawa anda telah
menunjukkan kejayaan.

Saya dengan ini menyempurnakan Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah


Kebangsaan ST Xavier Cawangan Kali ke 35 Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai