Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT,
DATO’ SERI HJ SHAMSULKAHAR BIN HJ MOHD DELI (DPNS, PMC, PJK)
AHLI PARLIMEN JEMPOL

YANG BERUSAHA,
TUAN PUTRA BIN HASHIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

TUAN HJ AMINUDIN BIN MOHD RASHID


TIMBALAN PPD
SEKTOR UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID, PPD JEMPOL DAN JELEBU

YANG BERUSAHA,
PENGELOLA BERSAMA KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH JEMPOL KALI KE 42 :

TUAN HJ MD NAZRI BIN HASSAN - PENGETUA SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
TUAN SHAHAROM BIN SULAIMAN - GURU BESAR SK SERTING ILIR
PUAN WON SIEW KNEW - GURU BESAR SJKC CHI SIN

YANG BERUSAHA,
PENOLONG -PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU

PENGETUA-PENGETUA DAN GURU-GURU BESAR SEKOLAH DAERAH JEMPOL

SEMUA PEGAWAI TEKNIKAL, PENGADIL, HAKIM DAN SEMUA GURU YANG TERLIBAT
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DAN
SEMUA ATLET YANG MEWAKILI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
DAERAH JEMPOL

IBUBAPA/PENJAGA DAN SEMUA MURID YANG DISAYANGI


 Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama

pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Jempol kali ke-42

Tahun 2023.

Sidang hadirin yang berbahagia.

 Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid

yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang

daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi,

sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan

aturan dan secara tidak langsung  membentuk seorang atlet yang  berhemah

tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai  jati diri yang kental serta

mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,

 Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai

matlamat tersebut. Dasar  yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti

sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu

mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturrahim

warga sekolah dan masyarakat setempat,  malahan, pendekatan ini akan

menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.


Tuan-tuan dan puan-puan,

 Kejohanan  ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi

sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan

pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa

kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi

dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui

perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah

perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang

tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat

dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

 Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang

menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti

yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet

itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita

harus  sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal

insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi

peneraju negara pada masa hadapan .Melalui kegiatan sukan bukan sahaja

akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki minda

yang cergas.
Hadirin yang dikasihi

 Aktiviti sukan  juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan

masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan

Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa

dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang

berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat

kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti

sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira

warna kulit, bangsa, dan agama.

 Sukan adalah instrumen terbaik untuk perpaduan rakyat serta platform

penyatuan Malaysia Madani. Pada Kejohanan Olahraga ini yang membabitkan

penyertaan di kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama,

dapat dilihat bersama-sama memberi sorakan dan tepukan semangat kepada

para atlet. Secara tidak langsung, Kejohana Sukan ini merupakan salah satu

bentuk penyatuan kesejahteraan serta mengangkat prinsip saling menghormati

dan Kerjasama dalam pasukan tanpa mengira kaum dan usia.

Tuan-Tuan dan puan-puan,

 Kejohanan Sukan Daerah Jempol yang diadakan pada setiap tahun adalah

untuk  membina semangat kesukanan anak-anak kita. Kejohanan ini bukan

sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding

dalam acara-acara sukan  tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta

suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat
penting bagi mengiktiraf kemampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid

yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

 Kejohanan Sukan ini bertujuan untuk memastikan akses pendidikan yang

berkualiti untuk setiap murid dan berupaya memberi kesan berganda dalam

bidang pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung dapat

melonjakkan  pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. 

 Badan sihat otak cerdas  boleh dikaitkan dengan  aktiviti-aktiviti jasmani yang

diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual  dan

rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari

ini dan juga pada masa akan datang.

 Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan

sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum

kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan

membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum

seperti inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas

sama ada di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas

pertama yang senantiasa kita harapkan.

 Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK

Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan


Daerah Jempol kali ke -42 tahun 2023 dengan jayanya. Kepada para atlet yang

mengambil bahagian dan  meraih pingat kejohanan selepas ini,  saya ucapkan

tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana

penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kerjaya

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS

SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL KALI KE-42 BAGI TAHUN 2023.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai