Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PEMIMPIN PELAJAR SEMASHUR BAGI SESI 2009/2010.

Pengenalan Pemimpin pelajar merupakan tunggak kepimpinan utama bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Dengan konsep melentur rebung biar dari akarnya, barisan kepimpinan ini diberikan ruang dan peluang untuk mengasah serta menonjolkan lagi bakat kepimpinan mereka. Barisan pemimpin pelajar yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPS), Semashur Islamic Society (SIS) dan Ketua-Ketua serta Penolong Ketua-Ketua Rumah (Homeroom) adalah agen pemangkin di dalam kebitaraan dan kecemerlangan SEMASHUR. Tugas yang digalas oleh barisan ini seiring dengan warga pentadbir dan pendidik sekolah yang bermatlamat untuk merealisasikan SEMASHUR nombor satu. Selaras dengan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan sekolah sebagai satu institusi untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, rohani dan intelek maka misi warga pendidik memastikan agar falsafah murni ini dapat dicapai sepenuhnya. Majlis penyerahan tugas pemimpin pelajar ini diadakan sebagai satu simbolik penyerahan tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh pelajar-pelajar tingkatan lima yang mewakili badan-badan pemimpin pelajar yang telah dinyatakan, kepada barisan baru pemimpin tingkatan empat. Tujuannya, untuk memberi ruang kepada barisan pemimpin yang berada di tingkatan lima memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dihadapi. Dalam masa yang sama, mereka boleh melatih dan membimbing barisan baru ini. Bagi pucuk pimpinan baru pula, ianya dijadikan sebagai tempoh percubaan kepada mereka untuk menggalas

amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebelum tibanya Majlis Watikah Perlantikan yang sebenarnya. Objektif 1. Memberi ruang kepada pelajar tingkatan lima memberikan fokus sepenuhnya kepada bidang akademik sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2. Melatih barisan pemimpin baru dengan memberi ruang percubaan sebelum menggalas tanggungjawab dan amanah sepenuhnya. 3. Memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat kepimpinan yang dimiliki. 4. Memperkenalkan barisan kepimpinan baru kepada semua warga SEMASHUR. 5. Menaikkan tahap motivasi pemimpin di kalangan pelajar dengan memberi penghargaan di atas bakat kepimpinan yang telah ditonjolkan. Tarikh, Masa dan Tempat Tarikh Masa Tempat Sasaran Semua pemimpin-pemimpin pelajar, pelajar-pelajar dan warga pentadbir serta pendidik SEMASHUR akan terlibat menjayakan majlis ini. Tentatif Seperti Di Lampiran : : : 21 Julai 2010 7.30 pagi 9.30 pagi Dewan Titiwangsa. SEMASHUR.

Jawatankuasa Pelaksana Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Setiausaha Penyelaras Program Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pemimpin - Semua Pentadbir & Guru Penasihat Persiapan Tempat - En. Rosli bin Mustafa - En. Khairul Zaman bin Salleh Sijil & Back Drop - Pn. Sarimah bt Abd Wahab - En. Shahidin Abd Rashid Pengerusi Majlis - Pn. Zanariah bt Ahmad Bacaan Doa - En. Syamsul bin Yushak Teks Ucapan - Cik Nur Raihan bt Nordin : Tn Hj Rafiei bin Mustapha Pengetua Cemerlang : En. Md Baharuddin bin Mahani Pen. Kanan Hal Ehwal Murid : En. Suhaime bin Mohd Penolong Kanan : Cik Noorhani bt Yahya Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Zana bt Mulup : En. Mohd Fauzhi bin Saip

Dokumentasi - En. Yahya bin Mamat - Kelab fotografi sekolah PA System - En. Mohd Fauzi bin Mutalib Penyelaras Penerima Sijil - En. Mohd Yazid bin Baharom - Pn. Mardiana bt Yusof Buku Program - Cik Nur Azlina bt Mohamad - En. Mohd Tariq bin Ishak

Penutup Diharap agar majlis ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dengan jayanya dan memberikan satu suntikan semangat kepada barisan kepimpinan pelajar yang baru dilantik agar kecemerlangan SEMASHUR dapat diteruskan dan dipertahankan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Disediakan Oleh ________________________ MOHD FAUZHI BIN SAIP Penyelaras program Disokong Oleh ________________________ MD BAHARUDDIN BIN MAHANI Pen. Kanan Hal Ehwal Murid SM Sains Hulu Selangor Disahkan Oleh ________________________ HJ. RAFIEI BIN MUSTAPHA Pengetua Cemerlang SM Sains Hulu Selangor

Lampiran ATURCARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2009/2010 TARIKH TEMPAT : 21 Januari 2010 : DEWAN TITIWANGSA

Aturcara Majlis 7.30 pagi - Perarakan Masuk Pengetua & Barisan Pentadbir - Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Negeri Selangor / Lagu Sekolah 7.45 pagi - Ucapan Penyelaras Program - Ucapan Perasmian Tuan Pengetua Cemerlang 8.30 pagi - Majlis Penyerahan Tugas - Ikrar penyerahan tugas kepimpinan sesi 2009/10 (Nur Afiq Sulaim bin Rozaidi) - Ikrar penerimaan tugas kepimpinan sesi 2010/11 - Majlis penyerahan dan penerimaan sijil (10 orang wakil) - Ucapan Wakil Pemimpin 2010/11 9.30 pagi - Bacaan Doa / Bersurai

Anda mungkin juga menyukai