Anda di halaman 1dari 2

SMK Datuk Panglima Abdullah, Peti Surat 114, 91308 Semporna, Sabah.

28 Februari 2011 Encik Mohd Nasharudin Nor, Ketua, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Maktab Rendah Sains MARA, Peti Surat 61275, 91022 Tawau, Sabah

Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah kami akan mengadakan ceramah akademik seperti yang terkandung dalam maklumat berikut; Tarikh Tempat Masa Tajuk : 10 Mac 2011 : Dewan Seri Panglima : 7.00 Pagi 9.30 Pagi : Teknik Menjawab Soalan SPM Bahasa Melayu

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan sebagai penceramah pada musim 2011 ini. Sekolah kini memerlukan bantuan tuan menyampaikan ceramah sekaligus mendidik mereka atau pelajar mengenai teknik menjawab soalan SPM Bahasa Melayu. Ahli atau pelajar calon SPM 2011 yang bakal menghadiri ceramah ini dianggarkan adalah seramai 150 orang. 4. Untuk makluman tuan, pelajar SPM ini tidak pernah menghadiri sebarang ceramah yang bersangkutan dengan teknik menjawab soalan SPM Bahasa Melayu. Pelajar setakat ini amat ketandusan ilmu pengetahuan mengenai topik ini. Ekoran daripada itu, calon SPM kini amat memerlukan perhatian dan bimbingan daripada pihak tuan. 5. Selain itu, sekolah juga ingin meningkatkan peratus kecemerlangan prestasi sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Semua ini adalah atas jasa baik tuan yang telah bersusah-payah datang ke sekolah ini dari jauh. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Pihak pentadbiran sekolah amat berterima kasih di atas sumbangan yang telah tuan berikan sebelum ini. 6. Pihak sekolah juga maklum bahawa kedatangan tuan pada tahun-tahun yang lepas dibiayai sendiri oleh tuan semata-mata untuk membantu pelajar kami. Pada kali ini, pembiayaan tuan termasuk tiket pergi-balik, penginapan dan makan-minum akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. Tambahan lagi ada persembahan ada kurnia. Pihak sekolah berbesar hati ingin memberikan cenderahati dan sjil penghargaan bertaraf daerah, sumbangan khusus daripada Pejabat Pelajaran Daerah Semporna dan pemimpin tempatan.

7. Pelajar SPM tahun ini juga tidak sabar ingin bertemu tuan memandangkan peperiksaan SPM akan menjelang beberapa bulan akan datang. Lagipun tuan sudah seperti alah bisa tegal biasa. Memberi ceramah teknik menjawab soalan SPM Bahasa Melayu telah menjadi kemahiran tuan, sangat jarang dimiliki oleh orang biasa. Justeru, pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan amatlah pihak kami harapkan. Semoga tuan tidak menghampakan harapan kami. Sekian, terima kasih.

PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Yang benar,

.......................................... (NOR NIKMAH BINTI HARIS) PENGETUA SMKDPA Fail: Pejabat Pelajaran Daerah semporna : Pejabat UMNO negeri

Anda mungkin juga menyukai