Anda di halaman 1dari 9

SULIT 1

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2008
2 jam
[ITEM 1]

JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG


____________________________________

UJIAN PENGESANAN TAHAP PENCAPAIAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008


(TINGKATAN 5)

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), dan Soalan 2(d)


berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1103/2 2007 Hak Cipta JPN PP [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
untuk mengelakkan pencemaran sungai dan kepentingan memulihara sungai di negara ini.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Baru-baru ini timbul cadangan supaya kerajaan mengeluarkan pelan alam sekitar dengan
menyasarkan 2020 sebagai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang bebas
daripada pencemaran alam. Desakan mewujudkan pelan tersebut timbul ekoran tahap kesedaran
memelihara alam sekitar rakyat negara ini amat menyedihkan. Masalah sampah seolah-olah tidak
pernah selesai di negara ini ekoran kempen kitar semula yang sehingga sekarang masih
dipersoalkan keberkesanannya. Begitu juga dengan larangan pembakaran terbuka, larangan
tersebut langsung tidak diendahkan oleh masyarakat. Malahan, sungai-sungai yang mengalir
jernih di negara ini juga didapati menghadapi ancaman pencemaran yang semakin
menggerunkan. Bayangkanlah daripada 186 batang sungai utama di negara ini, 17 daripadanya
dikenal pasti teruk tercemar dan dikategorikan tidak selamat untuk kegunaan manusia.
Di manakah silapnya dan siapakah pula perlu dipersalah apabila setiap usaha untuk
memulihara sungai yang menjadi nadi kehidupan rakyat itu dijadikan pusat pelupusan sampah
terutama oleh mereka yang mendiami kawasan sepanjang pinggir sungai? Selaras dengan
cadangan untuk mewujudkan pelan alam sekitar itu, sudah tiba masanya penjenayah alam sekitar
dikenakan balasan yang setimpal seperti mereka yang melakukan jenayah berat yang lain. Oleh
itu, sistem penguatkuasaan yang telus wajar dikemaskinikan dalam menjayakan agenda penting
ini. Kita sememangnya mengalu-alukan usaha untuk mengindahkan kawasan tebing sungai
dengan penanaman pelbagai jenis pokok. Namun, sudah tiba masanya juga kerajaan bertegas
terhadap pihak-pihak yang membuang sampah ke dalam sungai sama ada orang perseorangan,
syarikat-syarikat mahupun penduduk setempat. Hanya tindakan tegas yang mampu mencelikkan
mata mereka agar lebih peka akan warisan nenek moyang yang akan memastikan kelangsungan
kehidupan manusia itu.
Sepatutnya, perkara yang perlu dilaksanakan adalah dengan mengawal punca
pencemaran sungai dari kawasan perumahan dan industri , sebelum air dibiarkan masuk ke
sungai. Selain menyediakan perangkap sampah di sungai-sungai yang mengalir di kawasan
bandar, pihak yang bertanggungjawab juga perlu memastikan sistem pembetungan dan rawatan
yang bersesuaian turut dilaksanakan. Sudah tentu sesuatu yang menjelikkan orang luar apabila
mengetahui semuanya disalurkan ke dalam sungai yang kemudiannya dibawa ke laut tanpa
dirawat terlebih dahulu. Keadaan ini bukan sahaja akan mendatangkan masalah kulit kepada
manusia yang menggunakan sungai malahan hidupan laut yang diternak berhampiran pantai
juga tidak selamat dimakan kerana mengandungi bakteria yang mengalir ke laut bersama-sama
dengan air sungai.
Sebaik manapun sistem kejuruteraan yang dimiliki, namun selagi pendidikan sivik
tidak ditingkatkan dalam kalangan masyarakat , segala kecanggihan teknologi pengurusan dan
rawatan sungai akan menjadi sia-sia. Kita selalu beranggapan bahawa hanya kanak-kanak dan
golongan remaja yang perlu dididik dan diasuh untuk menghargai sungai dan alam sekitar.
Namun, sebenarnya penyumbang kepada pencemaran sungai yang lebih berbahaya merupakan
mereka daripada golongan dewasa. Walaupun hal ini merupakan suatu hakikat yang pahit untuk
diterima, namun setiap pihak terutamanya pihak kerajaan, Jabatan Alam Sekitar dan NGO
1103/2 SULIT
SULIT 3 1103/2

perlulah bergabung tenaga untuk mencari jalan agar golongan yang menjadi contoh kepada
generasi akan datang lebih bertanggungjawab terhadap sungai di negara ini.

(Diubahsuaikan daripada rencana Dewan


Masyarakat: Jangan jadi Penjenayah
Alam , Julai 2007)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata suatu hakikat yang pahit untuk diterima.
[2 markah]

(ii) Nyatakan sebab-sebab timbulnya desakan agar kerajaan mewujudkan pelan alam
sekitar di negara ini.
[3 markah]

(iii) Jelaskan kesan yang akan dihadapi negara jika masalah pencemaran sungai di negara
ini tidak dapat diatasi.
[4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

- Abah tak pernah cuba faham perasaan Zel!


- Jangan cakap begitu, Zel. Zel silap .
- Oh abah, Zel memang selalu silap. Zel memang anak abah yang selalu tak pernah betul.
Tapi abah sejak dulu tak pernah cuba untuk mengerti, memahami tentang diri Zel. Tentang
keinginan Zel. Tentang harapan Zel. Tentang masa depan Zel. Ah, abah abah abah Zel
benar-benar kecewa! Cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku antara abah, ma dan Zel. Zel
kecewa dengan keadaan keluarga kita, abah.
- Abah tak dapat berbuat apa-apa. Ma, Zel terlalu keras. Abah tak dapat lagi untuk
membentuknya sebagai isteri abah. Ma terlalu keras.
- Tapi abah seorang lelaki. Seorang suami. Abah seharusnya lebih dalam segala-galanya.
Abah sepatutnya .
- Ya, mungkin abah atau ma sendiri yang silap. Silap abah yang tidak mengukur baju di
badan sendiri ketika memilih ma dulu. Atau silap ma yang lebih banyak menerima abah dengan
simpati daripada keikhlasan hati. Ah, abah tak sepatutnya ceritakan semua ini kepada Zel. Zel
tidak perlu tahu ini semua.
1103/2 SULIT
SULIT 4 1103/2

- Abah, Zel dah hampir 20 tahun. Anak abah ni dah dewasa. Jangan abah lupa, Zel
sebahagian daripada abah dan mama.
( Dipetik daripada Virus Zel Untuk Abah
dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa
dan Pustaka )

(i) Apakah kesilapan abah pada pandangan Zel ?


[ 3 markah ]

( ii ) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Zel untuk
mengubat kelukaan dan kekecewaan hatinya ?
[ 3 markah ]

( iii ) Huraikan satu perwatakan Zel berdasarkan petikan dan dua perwatakan lain
daripada keseluruhan cerpen ini.
[ 3 markah ]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka Jibor pun mengeluarkan suatu kopiah buatan Rom, terlalu baik rupanya lagi
ajaib : halus seperti roma cucuk telinga rasanya tatkala dipegang, demikianlah halusnya. Adalah
harganya seribu dinar. Lalu dibawanya kepada Sabor. Maka kopiah itu pun diberikannya disuruh
pakai kepada Sabor akan hendak menyukakan hati Sabor. Maka kopiah itu pun dipakai oleh
Sabor. Maka Sabor pun hendak mengatakan hal Saidah itu kepada saudaranya Jibor, ( maka ia
pun sangat malu rasanya ).
Maka Jibor pun segera pergi kepada satu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat
orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, Apabila waktu Maghrib
sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai
kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi sembahyang, orang
bertandakan kopiah itu.
Maka kata sipahi, Baiklah, tuan hamba, serta dengan takzimnya.
Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur. Maka
hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke masjid
mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid.
( Dipetik daripada Sabor dalam antologi
Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka )

1103/2 SULIT
SULIT 5 1103/2

(i) Apakah maksud rangkai kata terlalu baik rupanya lagi ajaib ?
[ 2 markah ]

(ii) Apakah rancangan yang telah telah diatur oleh Jibor untuk memerangkap
Sabor ?
[ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyebabkan Jibor sanggup
mengambil tindakan untuk membunuh saudaranya sendiri ?
[ 3 markah ]

Soalan 2 (d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalanan


lalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaraan
lelah meresahkan dengan luka parah di hati

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa

Demikian etika di perjalanan


budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang lahir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
1103/2 SULIT
SULIT 6 1103/2

menghakis sopan santun


seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini

Jalan-jalan raya kotaku


adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim

Zam Ismail
Kasut Hitler 1996,
Mingguan Malaysia, 4 Jun 1995.

(i) Apakah sikap negatif manusia yang digambarkan oleh penyajak ketika berada di jalan
raya ?
[ 3 markah ]

(ii) Sekiranya anda memandu di jalan raya, apakah sikap yang perlu anda
amalkan ?
[ 3 markah ]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini.


[ 3 markah ]

1103/2 SULIT
SULIT 7 1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan
kata nama khas.

(i) hidup-hidup
(ii) hampir-hampir
(iii) bulat-bulat
(iv) mentah-mentah
(v) comel-comel
(vi) oleh-oleh
[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Majalah lama itu diberi kepada kawannya untuk disimpan di dalam stor.

(ii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

(iii) Penduduk kampung berlari ke tepi pantai untuk melihat ikan paus yang terdampar
di situ.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pesisiran pantai atau kawasan tanah tinggi yang menyajikan keindahan alam
semula jadi dan landskap yang menarik ialah lokasi paling sesuai untuk
beristirehat sambil menenangkan fikiran.

(ii) Hasrat tiga orang lelaki untuk melarikan sebuah kereta milik seorang pengurus
besar tidak tersampai apabila kenderaan yang dilengkapi dengan sistem
keselamatan berfekuensi radio itu dimatikan di tepi jalan berhampiran dengan
Plaza Tol Sungai Buloh.

(iii) Kerja-kerja penglebaran Jambatan Pulau Pinang dilakukan untuk mengurangkan


masalah kesesakkan lalu lintas.

. [6 markah]
1103/2 SULIT
SULIT 8 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Banyak negara Afrika pada masa kini mengalami ketidakamanan politik.

(ii) Kerosakan lampu besar di Stadium Darul Aman menyebabkan perlawanan bola
sepak yang sedang berlangsung di antara pasukan Pulau Pinang dengan pasukan
Kedah terpaksa ditangguhkan.

(iii) Misteri kehilangan adik Sharlinie Mohd Nasar masih menjadi perbualan panas
dalam kalangan penduduk hingga ke hari ini.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-
kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Masyarakat Malaysia merangkumi orang awam, pihak sekolah, kakitangan awam dan
swasta haruslah bersatu padu dan bekerjasama secara bersungguh-sungguh tatkala mencuba
menyelesaikan masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Para ibu bapa tidak boleh memandang enteng dalam hal ini. Mereka sewajarnya
mendidik anak-anak mereka bergaul dengan semua kaum tanpa memilih warna kulit dan
darjat. Masyarakat pula tidak harus mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa
mempedulikan persekitaran mereka. Sekiranya tiada pihak yang mengamalkan sikap
mementingkan diri sendiri, maka usaha memupuk semangat muhibah dan perpaduan, sudah
tentu akan menjadi realiti.
[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Kehadiran watak sampingan dalam sesebuah novel mempunyai pelbagai tujuan.
Pada pendapat anda, apakah tujuan pengarang menampilkan watak sampingan
berdasarkan novel yang anda pelajari.
[ 7 markah ]
1103/2 SULIT
SULIT 9 1103/2

(b) Nilai kerjasama merupakan nilai yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai kerjasama daripada setiap novel tersebut.

[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 SULIT

Anda mungkin juga menyukai