Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Mengajar Harian Sekolah Menengah

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Kemahiran bahasa Tatabahasa


Tingkatan 1
Masa 60 minit
Tema/Tajuk Kata Nama
Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada
pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.
Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am dan
kata nama khas yang tunggal dan yang mengalami
pemajmukan dengan betul mengikut konteks.
Objektif Pembelajaran dan Pengajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Memahami dan menggunakan kata nama am dan
kata nama khas yang tunggal
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata
nama am dan lima kata nama khas.
Elemen Merentas Kurikulum Ilmu: Pendidikan

Nilai: Keprihatinan

Kemahiran
a) KBAT-Menilai dan membuat pertimbangan dan
keputusan
b) TMK- Mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran
asas TMK
c) EMK- Bahasa dan Patriotisme
Perkembangan dan Pelajaran Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Catatan
Pelibatan i. Guru bersoal jawab tentang Novel “Pelari
pembelajaran yang lalu Muda”

ii. Guru menunjukkan keratan akhbar Keratan akhbar


tentang kejayaan atlet negara.

iii. Guru meminta pendapat murid


berkaitan keratan akhbar tersebut.
Penerokaan Aktiviti

Murid dibahagikan dalam empat kumpulan.

i. Guru mengedarkan lampiran kepada Lampiran 1


ketua kumpulan
ii. Perbincangan:
-Murid diminta mengenal pasti Peta Buih
sekurang-kurangnya lima kata
nama am dan lima kata nama khas.
- Murid menyenaraikan lima nama
am dan lima kata nama khas dalam
bentuk peta i-Think.

iii.

Penerangan i. Murid membuat pembentangan secara Gallery Walk


‘Gallery Walk’
ii. Murid memaparkan hasil kerja pada
dinding kelas.
iii. Ketua kumpulan akan berdiri disamping
hasil kerja.
iv. Ahli kumpulan yang lain akan melawat
hasil kerja kumpulan yang lain.
v. Ahli kumpulan menambah baik hasil
kerja kumpulan hasil daripada
dapatan lawatan kumpulan lain.

Pengembangan i. Murid dapat menambah baik hasil


dapatan kumpulan masing-masing.
Penilaian i. Setiap wakil kumpulan diminta
membuat refleksi tentang topik
hari ini.
Lampiran

Arahan: Berdasarkan petikan yang diberikan, senaraikan lima kata nama khas dan kata nama am

Di khemah Malaysia , Encik Kadir dan penolong jurulatihnya,begitu kerap


memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada Kamarul, Sures dan Rajip.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat menambah dua pingat emas lagi dalam


acara hari ini” kata Encik Kadir menepuk bahu Kamarul. Kamarul memandang
tersenyum Encik Kadir. Harapan yang begitu besar digantungkan kepadanya
.Penduduk Malaysia lebih enam juta menyaksikan turut mereka di kaca televisyen
kerana acara itu disiarkan secara langsung.

Sementara itu, acara 3000 meter telah berlangsung sebentar tadi. Pada papan
tanda, sekali lagi nama peserta Filipina telah mencatat rekod baharu dan diikuti
oleh Indonesia dan Thailand. Sementara peserta dari Malaysia berada ditempat
kelima.

Anda mungkin juga menyukai