Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh 17 Julai 2018


Masa 08.00 – 09.30 Pagi
Kelas 3 Amanah
Aspek Membaca
Tema Sejarah dan Warisan
Tajuk Bangunan Bersejarah
Standard Kandungan Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
Standard 2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan
Pembelajaran intonasi yang betul , nada yang sesuai serta yang wajar.
Objektif PdPc Pada akhir PdPc, murid dapat:
1. Membaca laporan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.
2. Menyatakan maklumat tentang sejarah warisan.
Ilmu : Sejarah & Geografi
Nilai : Hormat dan Menghargai
KBAT : Memahami , Menilai dan Menganalisis
Elemen Merentas Nilai Murni
Kurikulum (EMK) -Murid diberi penekanan supaya sedar akan kepentingan seni warisan dalam dunia
pendidikan.
Nilai Patriotisme
-Semangat patriotik dapat dipupuk melalui tayangan video dokumentari bangunan
bersejarah sebagai pusat pendidikan.
Aktiviti Set induksi :
Pengetahuan sedia ada tema Warisan di Tingkatan 2
1.Tayangan Video
Murid ditayangkan video dokumentari Surau Tuan Guru Haji Mahmud Taib bin
Mahmud Ali (D)
https://www.youtube.com/watch?v=CjACbADHq8o
2. Aktiviti Berkumpulan
Setiap kumpulan diberikan teks tentang sejarah Sekolah Melayu Tertua di Malaysia (SK
Sungai Gelugor Pulau Pinang) (B)
3. Pembentangan( Menyampaikan Laporan)
Wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan untuk membaca teks laporan mengikut
sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.

4. Latihan Pengukuhan
Murid-murid dirangsang dengan soalan-soalan KBAT berkaitan laporan yang telah
dibaca oleh rakan-rakan mereka.
S1 : Pada pendapat anda, mengapakah David Brown membuka Sekolah Kebangsaan
Sungai Gelugor?
S2 : Pada pendapat anda, siapakah yang menjadi murid-murid di sekolah itu?
S3 : Mengapakah pendidikan penting dalam sesebuah masyarakat?
S4 : Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan peralatan yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran pada masa itu?
S5 : Sejauh manakah sistem pendidikan pondok dapat memainkan peranan pendidikan
masyarakat moden pada hari ini?

Hasil perbincangan setiap soalan yang diberi dijadikan sebagai latihan pengukuhan
menjawab soalan-soalan pemahaman.

5. Penutup
Murid diminta membuat rumusan secara ringkas mengenai pembelajaran pada hari ini
(pemilihan secara rawak)
Refleksi
BAHAN EDARAN MURID

Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor

Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan pada tahun 1826. Pengasas


sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor. Sekolah
Kebangsaan Sungai Gelugor dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain
dan tulisan jawi.
Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free
School ditutup. Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan
berdinding atap nipah serta berlantai papan. Guru Besar pertama ialah En Munshi
Shaikh Mohd Tambi.[1]
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja
daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran
ke Sekolah Penang Free.
Pada tahun 1838, kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah.
Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A). Guru Besarnya ialah En
Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah
dibina kerana pertambahan murid.
Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran
jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam
kampung dan di luar kawasan sekolah.
Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan. Sekolah ini ditadbir oleh 2
orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah.

Anda mungkin juga menyukai