Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN: ADAM

KEMAHIRAN MEMBACA (TEMA BERBEZA)

KEMAHIRAN Membaca
TINGKATAN 3 Adam
MASA 9:00 pagi – 10:00 pagi
TEMA Sains, Teknologi dan Inovasi
TAJUK Pintarkah Telefon Pintar?
STANDARD 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan
PEMBELAJARAN tepat.
OBJEKTIF Pada akhir PdP, murid dapat:
1. Mengulas sekurang-kurangnya 3 maklumat tentang kebaikan dan 3 keburukan
telefon pintar berdasarkan petikan rencana dengan betul dan tepat.
2. Menuliskan sekurang-kurangnya 3 punca pemandu hilang tumpuan dan 2
kesannya kepada pengguna jalan raya dalam peta minda berdasarkan petikan
berita yang telah dibaca.
EMK Ilmu PKJR: HP 2.4.1 (Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan
kesannya) – Aktiviti 6A dan 6B (BAM - Halaman 11 dan 12)
Kosa Kata: meniti arus, meruncing, Whatsapp, Wechat, Messenger, Instagram, twitter,
meragut nyawa, aplikasi, sistem operasi, media sosial, atas talian
BAHAN BANTU Teks bacaan: 1. Rencana - Telefon Pintar (Disediakan oleh guru)
BELAJAR 2. Berita – PKJR Tingkatan 3 (BAM - Halaman 11)
Video: Sumber Youtube (Telefon pintar memanglah pintar. Tapi, pintarkah anda?)
http://youtube.com/watch?v=vcMaQhRhLYE
BAM Tingkatan 3 (Halaman 11 hingga 12)
AKTIVITI Set Induksi:
1. Murid menonton tayangan video. (Telefon pintar memanglah pintar. Tapi
pintarkah anda?
2. Murid cuba meneka kesudahan video yang dipaparkan.
3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang video yang telah ditonton.

Pengembangan:
4. Murid membaca petikan rencana dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai. (Petikan Rencana: Telefon Pintar)
5. Murid menyenaraikan kebaikan dan keburukan telefon pintar berdasarkan teks
rencana yang telah dibaca. (PAK21: Think – Pair- Share) (PAK21: Komunikasi)
6. Ketua setiap kumpulan mengulas hasil perbincangan kumpulan masing-masing
dan kumpulan lain pula perlu mencatatkan maklumat baharu yang diperoleh
daripada kumpulan lain. (PAK21: Kolaboratif)

Penyerapan PKJR: (PKJR- Faktor Manusia dalam Pelanggaran)


7. Murid membaca petikan berita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. (BAM)
-(PKJR) Aktiviti 6A Halaman 11- Derita Kecuaian
8. Murid melengkapkan peta minda tentang punca-punca pemandu hilang
tumpuan dan kesannya. -(PKJR) Aktiviti 6B – Halaman 12 (I-Think – Peta Pelbagai
Alir)
9. Murid membaca dan mengulas maklumat-maklumat yang telah dituliskan
dalam peta i-think kepada ahli kumpulan lain. Murid daripada kumpulan lain
boleh memberikan ulasan tambahan jika ada. (PAK21: 1 Stay 4 Stray)

10. Pengayaan:
 Murid dalam kumpulan membacakan aplikasi telefon pintar dan mengulas
tentang fungsinya. (KBAT)
11. Pemulihan:
 Secara berpasangan, murid memadankan aplikasi telefon pintar dengan kad
ayat berkaitan fungsinya.
 Murid membacakan maklumat dan memberikan ulasan ringkas.

Penutup:
12. Murid merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.
 Kebaikan dan keburukan telefon pintar
 Cara menggunakan telefon pintar dengan pintar
 Bahaya menggunakan telefon pintar ketika memandu
 Waspada amalan kita

Anda mungkin juga menyukai