Anda di halaman 1dari 2

TIPS RINGKASAN

Tips dalam meringkaskan karangan 

1. Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi bedasarkan kehendak soalan.
2. TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong-motong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3. Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4. Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menhubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat.Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru itu, selain
itu,seterusnya,selanjutnya, dan sebagainya)
8. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan.Contohnya, ‘para pelajar’(2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’(1
perkataan)
9. Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan.(TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan.)

Contoh Soalan : 
Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat
sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.
                Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri
dengan bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.
                Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan
manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang
melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran.
                Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati.
Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat
dalam paparan berita. Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di
kaunter-kaunter perkhidmatan.
                Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut.
Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia ‘tanah tumpah darah’.

Pemahaman 

1. Apakah maksud rangkai kata krisis dan skandal?

2. Apakah gejala negatif yang dialami oleh manusia apabila mereka menghadapi tekanan?

3. Bagaimanakah kita menghadapi tekanan-tekanan ini secara positif?

Jawapan
Ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan.

Petikan membincangkan faktor-faktor tekanan dalam kehidupan.


Antaranya ialah mereka menghadapi tekanan di rumah dan di tempat kerja. Mereka juga menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian . Perubahan cuaca turut membawa kepada bencana
alam yang pelbagai. Pencemaran alam telah berlaku.Bekalan makanan semakin berkurang.Harga minyak yang naik turun dan harga barangan yang kian melambung turut menjadi faktor
.Kadar pengangguran semakin meningkat ,krisis ekonomi dan kekurangan keperluan asas. Peperangan menghalalkan serangan terhadap penduduk awam.
. Kesimpulannya, setiap individu perlu bijak menangani masalah yang dihadapi agar mereka dapat mengimbangkan emosi, jasmani, intelek dan rohani.

(80 patah perkataan)

Jadual Menulis Ringkasan Karangan PMR


……(Kata Tugasan)…..ialah/adalah………(Isi yang pertama)… . Selain itu,…………(Isi yang Kedua)…. . Seterusnya,…….(isi yang Ketiga)…. . Selanjutnya,
……(Isi yang Keempat)….. . Pada masa yang sama,…….(Isi yang kelima)…. .

Ringkasan
Tips :
(1)Pelajar dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.

Contoh:
– Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.
– Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.
– Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
(2)Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.
(3)Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) – Ringkasan dan A(ii) – Pemahaman.

(4)Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.

Jadual Menulis Ringkasan Karangan PMR


……(Kata Tugasan)…..ialah/adalah………(Isi yang pertama)… . Selain itu,…………(Isi yang Kedua)…. . Seterusnya,…….(isi yang Ketiga)…. . Selanjutnya,
……(Isi yang Keempat)….. . Pada masa yang sama,…….(Isi yang kelima)…. .
————————————————————————————————————————————————–

Contoh Soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan
perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-
perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan
secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan
perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya
dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan
yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu
seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan
tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah
kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat
persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual,
perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan
                      Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain
itu, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Selanjutnya, ada
rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat
disusun mengikut urutan yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan . Akhir
sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai