Anda di halaman 1dari 3

CONTOH 1

SURAT KIRIMAN RASMI


Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pra pelajar walaupun mempunyai
pelbagai pelbagai kemudahan.Tulis sepucuk surat kepada guru pusat sumber sekolah
anda untuk mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasai masalah itu.

No.60,Jalan 14/1,
Taman Segar,
77300 Masjid Tanah,Melaka.

Guru Pusat Sumber,


Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir,
77300 Masjid Tanah,
Melaka 30 JUN 2020

Tuan,

Cadangan-cadangan bagi Mengatasi kelemahan Pengurusan di Pusat Sumber


Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini.
Belakangan ini saya perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber
semakin berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan.Oleh itu,saya ingin
mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik
perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.

2. Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para pelajar
tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar diadakan projek
Taman Dalam Pusat Sumber”. Bunga-bunga dan lukisan mural alam semulajadi pada
dinding didalam pusat sumber secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan
kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

3. Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan


pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap mengurus
proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak mengikut label
pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat menmantapkan sistem pengurusan
di pusat sumber.

4. Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan mesin fotostat


tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut. Saya mencadangkan
agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yang mahir untuk
membantu para pelajar menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yang diperoleh itu dapat
digunakan untuk rujukan kerceriaan pusat sumber atau menambah bilangan buku rujukan
untuk para pelajar.

5. Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan


sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

Ramona Aini Rahim


```````````````````````````````
(Ramona Aini Binti Rahim)

Anda mungkin juga menyukai