Anda di halaman 1dari 1

Nama: ...........................................................................................  Kelas: .....................................  Tarikh: .....................................

UNIT 4: Keselamatan di Mana-mana Tahap Penguasaan

• Tema 2: Beringat supaya Selamat 1 2 3 4 5 6

PBD   Mendengar dan Bertutur Buku Teks: m.s. 19

Dengar isu yang disampaikan oleh guru anda dengan telitinya. Kemudian, sampaikan maklumat tentang
peranan dan tanggungjawab pentadbir sekolah, guru, dan ibu bapa dalam memastikan pematuhan garis
panduan pembukaan semula sekolah. DSKP: SP1.3.1

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan beberapa garis


panduan pembukaan semula sekolah bagi mengawal penularan jangkitan
COVID-19. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah, para guru,
dan ibu bapa perlu memastikan beberapa perkara dipatuhi apabila sesi
persekolahan dibuka semula.
Pentadbir sekolah perlu memastikan sekolah berada dalam keadaan
selamat untuk beroperasi. Antaranya termasuklah dengan memastikan
murid, guru, dan warga sekolah yang hadir ke sekolah dalam keadaan sihat
dan selamat. Pihak sekolah perlu memberikan penerangan dan pendidikan

Rujuk Panduan Guru m.s. G7


secara berterusan mengenai penularan jangkitan COVID-19. Dalam hal
ini, pentadbir sekolah perlu memastikan murid, guru, dan warga sekolah
mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Praktis Digital
Para guru juga perlu memastikan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan
bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa. Dalam masa yang
sama guru perlu mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan
fizikal. Antaranya, memastikan susunan meja bagi setiap kelas berada dalam jarak satu meter antara satu
meja dengan meja yang lain.
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak yang berada dalam jagaan mereka sihat, menjaga kebersihan diri,
dan tidak menunjukkan gejala awal COVID -19 sebelum hadir ke sekolah. Jika anak-anak mereka didapati
tidak sihat, ibu bapa tidak perlu menghantar anak-anak ke sekolah kerana dibimbangi akan menularkan
penyakit kepada murid yang lain.

Selamat sejahtera rakan-rakanku sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan
maklumat tentang peranan dan tanggungjawab pentadbir sekolah, guru, dan ibu
bapa dalam memastikan garis panduan pembukaan semula sekolah dipatuhi.
Pentadbir sekolah perlu memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat
untuk beroperasi. Selain itu, penerangan dan pendidikan mengenai penularan
jangkitan COVID-19 perlu disampaikan secara berterusan. Para guru juga
dikehendaki memastikan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan bersesuaian
dengan kesediaan murid dan situasi semasa. Guru perlu mengingatkan murid
untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Ibu bapa
perlu memastikan anak-anak dalam jagaan mereka berada dalam keadaan sihat,
menjaga kebersihan diri, dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum
dibenarkan datang ke sekolah.
7

Anda mungkin juga menyukai