Anda di halaman 1dari 3

Penyesuaian norma baharu persekolahan susulan penularan wabak COVID-19, telah

mewujudkan pelbagai arahan dan penyesuaian baharu. Dengan adanya Garis


Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, warga sekolah yang hadir yakin akan keselamatan mereka sepanjang waktu
persekolahan.

Kembali ke sekolah

Perasaan gembira bercampur-campur kerisauan dan kebimbangan pastinya dirasai


oleh semua warga sekolah yang hadir setelah menjalankan persekolahan secara
maya. Didapati pelbagai aktiviti norma baharu pendidikan dilaksanakan termasuk
para guru mengadaptasi beberapa pendekatan pengajaran dan pembelajaran, serta
pengurusan bilik darjah dalam kebiasaan baharu. Demi keselamatan dan kesihatan
diri, pelajar perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan sesi
persekolahan, termasuk untuk mematuhi kebiasaan baharu dalam aspek tatacara dan
peraturan persekolahan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat
dikekang. Penjarakkan murid dalam kelas menjadi keutamaan dimana meja dan
kerusi disusun dengan jarak satu meter berjauhan. Guru tidak lagi bebas bergerak
mengelilingi kelas dan ini menjadi satu cabaran yang besar dalam PDPC. Pergaulan
sosial diterhadkan dan ini mungkin mewujudkan satu tekanan kepada murid namum
kesedaran perlu wujud demi keselamatan semua.

Seharusnya kebimbangan dan kerisauan untuk menghantar anak-anak memulakan


persekolahan perlu disertai dengan kesiapsiagaan ibu bapa memperlengkapkan diri
anak-anak dengan kebiasaan baharu. Keprihatinan dan kebertanggungjawaban ibu
bapa amat penting termasuk untuk memantau kesihatan anak-anak di rumah
sebelum dihantar ke sekolah. Ibu bapa perlu memeriksa suhu badan anak-anak bagi
memastikan mereka tidak menunjukkan sebarang gejaja tidak sihat sebelum keluar
dari rumah untuk ke sekolah. Sekiranya ada tanda bergejala, maka ibu bapa perlu
menghantarnya untuk pemeriksaan doktor atau melakukan pengasingan di rumah.

Selain itu, ibu bapa juga disaran menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke
sekolah kerana ia dapat mengurangkan pergerakan dan kesesakan ketika membeli di
kantin. Selain daripada itu, ia juga dapat memastikan makanan yang disediakan
bersih, selamat dan memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh setiap anak-anak. Murid
juga tidak digalakkan berkongsi makanan atau minumun. Jika selama ini murid-
murid berkumpul di kantin malan ini perlu dijadikan sebagai kebiasaan baharu
persekolahan baik dalam tempoh COVID-19 mahupun selepas berakhirnya wabak
berkenaan.

Ambil tahu perkembangan pembelajaran anak-anak


Dalam mempersiapkan diri anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan, ibu bapa
juga perlu terus membantu, membimbing dan memantau perkembangan anak-anak
dalam pelajaran bagi memastikan anak-anak tidak tercicir dalam pembelajaran. Ini
kerana apabila sekolah mula dibuka, pastinya ada anak-anak yang terkebelakang
bagi topik-topik pembelajaran tertentu. Hal ini berlaku mungkin disebabkan
pelaksanaan pembelajaran dalam talian yang membataskan akses pembelajaran bagi
murid-murid tertentu.

Justeru dalam norma baharu pendidikan hari ini, seharusnya ibu bapa bersedia untuk
memberi sokongan, galakan dan motivasi kepada anak-anak untuk terus belajar dan
melipatgandakan usaha bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalaan.

Kesediaan ibu bapa untuk terus menerus memberi kesedaran kepada anak-anak peri
pentingnya memberi fokus dalam pembelajaran di dalam kelas secara bersemuka
secara tidak langsung menangani isu keciciran pembelajaran anak-anak susulan
COVID-19.

Cipta kesedaran amalan penjarakan sosial, kebersihan

Tindakan proaktif ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan dan memberi kesedaran
kepada anak-anak tentang tatacara persekolahan penjarakan sosial termasuk amalan
jarak sosial dan kebersihan tangan sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;
tidak berjabat tangan atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan
atau orang sekeliling dan sentiasa mengamalkan kebersihan tangan sebelum dan
selepas makan. Selain itu, nasihatkanlah anak-anak agar tidak berkongsi makanan
dan minuman dengan murid lain.

Ibu bapa sebaik-baiknya juga perlu merancang jadual pergerakan/kenderaan anak-


anak untuk ke sekolah dan pejabat. Ini kerana langkah terbaik untuk mengatasi
kebimbangan dan kerisauan akan keselamatan dan kesihatan anak-anak, adalah
dengan menghantar dan mengambil sendiri anak-anak dari sekolah.

Tanggungawab pelajar

Di pihak pelajar pula, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap pelajar untuk
sama-sama mempersiapkan diri bagi memulakan norma baharu persekolahan
dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Ringkasnya, kesediaan ibu bapa dan pelajar terhadap norma baharu persekolahan
memerlukan tindakan proaktif bersama ibu bapa dan pelajar. Keprihatian ibu bapa
untuk terus mendidik anak-anak mengamalkan kebiasaan baharu seperti penjarakan
sosial satu meter setiap masa sama ada kedudukan di dalam kelas, beratur untuk
membeli makanan di kantin, Demi keselamatan dan kesihatan diri, pelajar perlu
bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memulakan sesi persekolahan,
termasuk untuk mematuhi kebiasaan baharu dalam aspek tatacara dan peraturan
persekolahan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikekang.ketika
masuk-keluar sekolah, dan makan-minum di dalam kelas masing-masing akan
memastikan usaha mengawal penularan wabak COVID-19 dapat dibendung. Perlu
diingat, walaupun tanpa pengawasan guru-ibu bapa, pelajar seharusnya menerima
norma baharu ini sebagai satu kebiasaan baharu persekolahan hari ini.

𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 : 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡


1️)Saringan kesihatan di pintu masuk.
2️) Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer.
3️) Pematuhan jarak sosial.
4️) Amalan etika batuk dan bersin yang betul.
5️) Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan.
6️) Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh.
7️) Buka tingkap dan pintu bagi pengudaraan yang baik.
8️) Tandas sekolah sentiasa bersih.

Anda mungkin juga menyukai