Anda di halaman 1dari 18

TAMADUN ISLAM DAN

SUMBANGANNYA

LATAR BELAKANG MASYARAKAT ARAB


SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

PENGENALAN

 Secara umumnya, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mempunyai


petempatan dan cara hidup yang berbeza dari segi pemerintahan, ekonomi dan
sosial.
 Mereka tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi oleh
padang pasir Syam di sebelah utara, Laut Arab di selatan, Teluk Parsi di Timur
dan Laut Merah di barat.
 Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz terdapat tiga ibu kota penting, iaitu
Makkah, Madinah dan Taif.
 Ketiga-tiga ibu kota ini terletak pada kedudukan yang strategik yang
membolehkannya berkembang dari segi perdagangan dan pertanian.
 Namun begitu, selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300 M
berlaku kemerosotan ekonomi dalam masyarakat Arab.
 Kehidupan sosial yang lemah menyebabkan masyarakat ketika itu tidak
mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya.
 Pada masa itu, masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali
sebagai Zaman Jahiliah.
 Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil.

Semenanjung Tanah Arab pada


abad keenam Masihi.
SISTEM MASYARAKAT
JAHILIAH

Politik

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok


kumpulan kabilah iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi.

 Kaum Hadhari tinggal di Kota dengan menjalankan perniagaan dan


memiliki binatang ternakan.
 Kaum Badwi pula hidup secara nomad dengan memelihara binatang
ternakan.
 Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.
 Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang
diistilahkan sebagai semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan kabilah
masing-masing. Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa,
pengaruh dan harta.
 Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan
memajukan perdagangan. Namun begitu, Makkah pernah diancam musuh.
Contohnya, Abrahah, pemerintah Habsyah yang ingin menghancurkan
Kaabah.
 Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir
beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah.

Ilustrasi menunjukkan kehidupan


berpuak-puak berdasarkan kabilah
masing-masing

Ekonomi

 Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk


pertanian.
 Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung
pada hujan.
 Sekoi dan padi juga diusahakan di beberapa tempat di Oman. Kemenyan
pula merupakan tanaman berharga yang dihasilkan di Hadramaut dan
Mahra.
 Dalam kalangan kaum Badawi, terdapat masyarakatnya yang menternak
secara nomad.
 Terdapat juga kaum Badawi yang mengamalkan sistem tukar barang.
 Dalam kalangan kaum Hadhari pula terdapat sesetengah daripada mereka
yang keluar berdagang secara kafilah.
SOSIAL
WATHANI
 Mereka
menyembah
berhala
HUNAFA’ MAJUSI
 Mengamalkan  Mereka
ajaran yang menyembah api.
dibawa oleh Nabi
Ibrahim AS.

AGAMA DAN
KEPERCAYAAN

ANIMISME
 Mereka percaya YAHUDI
kepada roh dan  Agama ini dianuti
kuasa ghaib. oleh Bani Israel
yang tinggal di
semenanjung
NASRANI Tanah Arab
 Agama ini juga
dianuti oleh Bani
Israel.

ADAT DAN KEHIDUPAN SEHARIAN

 Terdapat masyarakat yang menilik nasib untuk meramal masa depan mereka.
 Mereka juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat.
 Mereka memandang rendah kepada kaum wanita dan memberi penghormatan
yang lebih kepada anak lelaki.
 Mereka hidup dalam kemaksiatan.
 Hamba juga dipandang hina.
 Namun begitu terdapat sikap yang baik dalam kalangan masyarakat Arab ketika
ini seperti memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan
menjaga kehormatan diri.
 Mereka sanggup menghadapi kesukaran dengan kegigihan. Malahan mereka
sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk tetamu, golongan miskin
dan lemah.
 Sebilangan kecil masyarakat Arab ketika itu tahu bersyair, bersajak dan
berpidato.
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
TAMADUN ISLAM

Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Agama Islam

 Detik permulaan Tamadun Islam dalam sejarah perkembangan


tamadun manusia ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama oleh
Nabi Muhammad SAW di Gua Hira' pada hari Isnin, 17 Ramadan
bersamaan 6 Ogos 610 M.
 Wahyu pertama daripada Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5) bermula
dengan perkataan Iqra' (bacalah).
 Seterusnya, wahyu kedua, Surah al--Mudassir (ayat 1 hingga 7)
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan
pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT
untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

Secara rahsia:
Berlaku selama tiga tahun. Individu
awal yang memeluk Islam ialah Siti
Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin
Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq.

Secara terang-terangan:
Nabi Muhammad SAW telah
memulakan dakwah secara
terang-terangan ini kepada kaum
keluarganya dengan mengadakan
pertemuan di Bukit Safa. Namun begitu,
baginda ditentang hebat oleh bapa
saudara baginda, iaitu Abu Lahab.
Penyebaran Islam Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin

Abu Bakar al-Siddiq


Baginda mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi
golongan murtad (keluar daripada agama Islam) kerana enggan 1
membayar zakat. Tentera Islam telah menang dan semakin ramai
yang memeluk Islam.

Umar bin al-Khattab


semasa pentadbiran baginda, golongan peneroka telah dihantar
untuk membuka wilayah baharu di utara Semenanjung Tanah Arab
seperti Iraq, Syam (syria) dan Mesir. Wilayah Islam yang luas 2
ketika itu telah dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi
memudahkan pentadbiran.

Uthman bin Affan


Baginda mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan
Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut 3
Mediterranean. Baginda juga melantik gabenor bagi mengetuai
pentadbiran di wilayah Islam yang semakin meluas.

Ali bin Abi Talib


Pada masa ini, agama Islam semakin mantap dan wilayah-wilayah
Islam luas dan makmur, 4
 Perkembangan Islam semakin  Kerajaan ini berpusat di
ketara terutama selepas  Kerajaan Turki Uthmaniyah
Baghdad dan memerintah berpusat di Anatolia.
pentadbiran diteruskan oleh selama lima abad (750 M
kerajaan Bani Umaiyah yang  Perkembangan Islam seterusnya
hingga 1,258M) juga telah meluas hingga ke
berpusat di Damsyik (66 l M  Kerajaan Bani Abbasiyah
hingga 750 M) dan Bani rantau Balkan, Eropah Timur,
meneruskan kegemilangan sempadan Rusia dan sekitar
Umaiyah yang berpusat di tamadun Islam dengan
Cordoba, Sepanyol (756 M Laut Hitam, di samping
perkembangan ilmu mengekalkan kekuasaan di Asia
hingga 1,031 M) pengetahuan yang pesat
 Islam bertapak di India dan Barat.
sehingga berkembang ke  Pengaruh Turki Uthmaniyah
Asia Tengah, seperti Bukhara, Eropah.
Samarqand dan Khawarizimi. juga telah sampai ke Alam
 Islam juga telah berkembang Melayu.
 Utusan persahabatan juga telah ke Samaniyah di Transoxania
sampai ke China. hingga ke barat India.
 Islam juga telah sampai ke
Afrika Utara dan turut tersebar
ke Eropah. Andalusia
(Sepanyol) menjadi pintu
masuk ke benua Eropah
Kesyumulan
Islam

Pembukaan
Wilayah Prinsip
Baru keterbukaan

Perdagangan Prinsip
kesaksamaan

Hubungan Dakwah
diplomatik
KETOKOHAN NABI MUHAMMAD SAW
SEBAGAI PEMIMPIN

TEMPATAN
Ketokohan Nabi Muhammad SAW terserlah
apabila:
 baginda berjaya merangka perlembagaan
atau piagam Madinah.
 Orang bukan islam diberi kebebasan untuk
mengamalkan agama dan adat
masing-masing.
 Mempersaudarakan masyarakat Islam
 Menyatukan orang Islam dengan bukan
PEMIMPIN Islam
NEGARA

ANTARABANGSA
 Baginda berjaya menghantar perwakilan atau
misi dakwahnya ke luar negara seperti
Habsyah, Mesir, Byzantium dan Parsi.

PEMIMPIN MASYARAKAT

Ketika di Makkah Selepas berhijrah Baginda menyatukan kaum


sebelum berhijrah ke Madinah, Muhajirin dan Ansar.
ke Madinah, Nabi Nabi Baginda juga berusaha
Muhammad SAW Muhammad menjadikan Islam sebagai
menekankan SAW satu cara hidup dengan
aspek akhlak, menekankan menerapkan nilai toleransi,
akidah dan konsep syura hormat menghormati dan
syariah. atau perundingan mengutamakan keadilan
melalui Piagam dalam kalangan
Madinah masyarakat.
PEMBANGUNAN
EKONOMI
Perdagangan dan
Hubungan Luar
 Menggalakkan
Perdagangan antara
negara Islam
Madinah dengan
kawasan lain.

Pembangunan pasar Suq Pertanian


Al-Ansar  Menggalakkan
 Nabi Muhammad perniagaan dan
mencadangkan Agar PEMBANGUNAN pertanian berasaskan
Abdul Rahman bin EKONOMI prinsip ekonomi
Auf membangunkan Islam.
sebuah tempat berjual
beli bagi membangun
ekonomi umat Islam.

Pengurusan Tanah
 Menggalakkan
pembangunan
semula tanah terbiar
dan menebus semula
tanah yang tergadai
kepada kaum
Yahudi.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA
DUNIA

Kehidupan bernegara Pemerintahan dan cara hidup


 Jawatan Khalifah berteraskan keadilan
 Kerjasama antarabangsa  Cara pemerintahan yang adil
 Penerokaan wilayah baru  Keadilan dan toleransi antara
kaum

Sistem Syura Konsep ummah


 Syura ialah mesyuarat yang  Masyarakat disatukan tanpa
diadakan untuk mencapai mengira agama dan keturunan.
keputusan mengikut suara ahli
yang terbanyak.
 Diamalkan bagi mencapai
keputusan secara muafakat.
AMALAN EKONOMI ISLAM
 Mengadakan sistem zakat dan sistem wakaf untuk pembangunan umat islam.
 Mengadakan sistem mata wang dirham dan perak.
 Mengadakan sistem kutipan cukai, yang bertujuan untuk membiayai segala
keperluan negara.
 Melarang amalan riba.
 Menegah penindasan dan penipuan semasa berniaga
 Menggalakkan manusia menghasilkan produk yang bermutu dan melakukan
penyelidikan dalam membangunkan ekonomi.
 Tidak menyekat umatnya daripada menjalankan perdagangan selagi mengikut
hukum syarak.
 Menyeru kita menghulurkan bantuan dan bersedekah di samping mengamalkan
sikap berjimat cermat.

INSTITUSI BAITULMAL

 Fungsinya seperti perbendaharaan negara yang


menguruskan kewangan untuk pembangunan negara.
 Sistem ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad
SAW dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain
SUMBER sehingga kini.
BAITULMAL

Harta hak milik umat Pelaburan dan saham


Harta negara, contohnya: Islam yang tidak jelas yang dijual kepada
 Cukai perdagangan penggunaannya, umat Islam melalui
 Sumber kekayaan alam contohnya: institusi yang
 Cukai harta  Sedekah, wakaf ditubuhkan oleh
 Harta tanpa waris dan wasiat Baitulmal.

Harta melalui zakat


masyarakatnya, contohnya: Harta daripada peperangan, Segala harta warisan yang
 Zakat fitrah, zakat contohnya: tidak dapat dihabiskan oleh
harta, ternakan,  Jizyah, ghanimah dan waris atau tidak berwaris.
pertanian, emas, perak kharaj
 Barang perdagangan
 Wang simpanan
Memesatkan gedung-gedung
perniagaan
 Kedatangan Islam ke Sepanyol
telah menyebabkan terbinanya
gedung-gedung perniagaan yang
beroperasi mengimport
barang-barang dari seluruh
pelosok dunia.

Menyediakan Kemudahan Asas


 Dalam bidang pertanian pula,
orang Islam telah memperluaskan
pembinaan sistem saliran. Sistem
Kepesatan dalam perniagaan pengairan telah diperbaik untuk
membawa kemakmuran ekonomi. meningkatkan hasil pertanian.
Contohnya, sistem pengairan
Naurah di Syria.
 Kemudahan jambatan dan jalan
raya yang lebih baik juga dibina
seperti di Sepanyol.

Sistem pengairan.
Islam Mengangkat kedudukan dan maruah wanita
 Kedatangan Islam telah mengangkat martabat dan memuliakan
kedudukan wanita.
 Wanita mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan
menghadiri majlis ilmu.

Teknik penyelidikan saintifik


 Perkembangan penyelidikan bidang sains dan teknologi dalam tamadun Islam telah
membantu perkembangan industri pengeluaran barangan seperti industri kertas.
 Begitu juga dalam kaedah penyelidikan pertanian seperti sistem pengairan.

Teknik membuat kertas dengan


menggunakan campuran kain linen,
Teknik cantuman untuk menghasilkan pisang tali (hem) dan kapas.
pelbagai bunga dan buah.

KEWUJUDAN PUSAT KEGIATAN INTELEKTUAL

Kewujudan pusat pendidikan

Semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, banyak masjid dijadikan institusi


pendidikan, seperti di Damsyik, Kufah dan Basrah. Istana khalifah turut dijadikan pusat
kegiatan pendidikan, iaitu tempat belajar dan perpustakaan.

Pusat Intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol.


 Para pengkaji atau pelajar dari pelbagai pelosok
Eropah telah datang belajar di universiti-universiti
Islam di sini terutama dalam bidang sains dan
falsafah.
 Para sarjana Islam ketika melakukan penterjemahan
telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang falsafah
dan sains dari zaman yunani.
 Semasa Tamadun Islam berkembang di Sepanyol,
hubungan orang Islam, Yahudi dan Kristian telah
mewujudkan budaya ilmu yang memberangsangkan,
Kegiatan keilmuan di Sepanyol.
KEMUNCULAN ILMUAN ISLAM
Bidang Tokoh Sumbangan
Ilmu Sains dan Kimia Jabir bin Hayyan Menghasilkan sebanyak 80 buah karya
(Geber) berkaitan perubatan dan kimia. Himpunan hasil
penulisannya dikenali sebagai korpus Jabir.

Perubatan Merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah


Ibn Sina yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi
(Avicenna) al-Tib.

Falsafah Al-Kindi Menghasilkan lebih daripada 270 buah karya


mencakupi pelbagai bidang seperti logik, muzik
dan perubatan.

Astronomi dan falak Memperkenalkan asas ilmu trigonometri,


Al-Battani menulis buku astronomi dan mencipta alat
(Albategnius) ukuran masa.

Geografi Al-Biruni Kajian utama beliau dalam bidang kartografi


(peta) dan geografi.

Matematik Al-Khawarizmi  Pengasas ilmu algebra


 Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al
Muqabalah yang diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa.

Pelayaran Ibn Battuta  Pernah berlayar sampai ke India dan Alam


Melayu.
 Buku pelayaran beliau digunakan oleh
pelayar lain selepas itu.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM
BIDANG SENI BINA

Mempunyai
ruang cahaya
untuk
keselesaan
beribadat.

Terdapat ruang
Berunsurkan memisahkan
luahan perasaan, lelaki dan
hening dan wanita.
aman.
CIRI-CIRI
SENI BINA
ISLAM

Reka bentuk
Binaan yang ruang sesuai
kukuh, selamat dengan iklim
dan tahan lama. setempat.

Mihrab
Mimbar

Pembinaan menara, mihrab dan mimbar.


 Menara dibina dalam bentuk tirus dan memuncak
tinggi. Hal ini bertujuan untuk memastikan laungan
azan didengari dari jarak yang jauh.
 Mihrab juga dibina berfungsi sebagai penanda
arah kiblat dan menjadi satu elemen terpenting
di dalam sesebuah masjid.
 Terdapat juga mimbar yang digunakan oleh
imam untuk membaca khutbah atau syarahan.

Mihrab dan mimbar di Masjid Sultan


Hassan, Madrasa, Kaherah.
Menggalakkan perhiasan yang indah
 Tamadun Islam juga menghasilkan bentuk
bagunan yang indah, kubah yang menarik,
arca yang mempersonakan dan seni khat
serta ukiran yang menakjubkan.
 Ukiran menjadi lebih berseni apabila
dihiasi kaca bertatah batu pertama.
fungsinya untuk mewujudkan rasa
tenang, sebagai pelengkap binaan dan
memperlihatkan keunikan seni bina
Islam.
Hiasan dalaman Masjid Putra, Putrajaya,
Malaysia.

Menghasilkan keunikan reka bentuk


 Reka bentuk pintu berbentuk melengkung yang melambangkan perasaan hormat dan tunduk
menjemput masuk ke dalam masjid atau institusi itu.
 Identiti unik yang ketara ialah aspek penggunaan air dan cahaya yang berfungsi untuk
menimbulkan kesan dari segi penampilan ruang.

Masjid Cordoba, Sepanyol


Istana al-Hambra, Sepanyol.

Mempunyai elemen estetika


 Seni bina Islam turut menggalakkan penghayatan nilai estetika. Binaan bangunan diperindah
dengan ukiran arabes, motif kaligrafi, geometri dan cakerawala yang berfungsi untuk
memberikan keselesaan dan ketenangan.

Motif geometri di siling Masjid


Abu Dhabi.
Menyesuaikan reka bentuk dengan iklim setempat
 Seni bina Islam juga menerima budaya setempat dan disesuaikan dengan faktor geografi
terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca, keadaan angin dan suhu.
 Seni bina di Nusantara mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang banyak. Keadaan
ini disebabkan oleh iklim Nusantara yang panas dan lembab berserta hujan yang kerap.
 Fungsi tingkap yang banyak adalah untuk penyejukan dan pengudaraan. Contohnya, pada Masjid
Tengkera, Melaka.

Masjid Tengkera, Melaka


Menyesuaikan seni bina dengan budaya setempat

Terdapat juga seni bina dan elemen


Estetika yang mengikut kesesuaian
Budaya dan seni bina tempatan.
Contohnya, masjid di China yang
Mengambil inspirasi rumah tradisional,
Kuil dan istana. Hal ini dapat dilihat
Pada Masjid Huang Sheng Si di
Guangzhou, Masjdi Niu Jie, Beijing
Dan Masjid Zhen-Jiao Si di Hangzhou.

Masjid Huang Sheng Si,


Guangzhou, China

Penggunaan kubah sebagai struktur utama


bumbung dapat ditemui di masjid-masjid
pada zaman Turki Uthmaniyah. Contohnya,
masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) yang
mempunyai ruang solat utama yang ditutupi
kubah setengah lingkaran dan mempunyai
banyak menara di sisi masjid. Fungsinya
untuk keselamatan dengan memperkukuh
sistem struktur daripada rentangnya yang
lebar.
Masjid Sultan Ahmet, Turki.

Masjid di India juga mempunyai keunikannya


Dengan binaan pintu gerbang yang besar
Berfungsi sebagai pintu masuk utama. Ciri
Masjid di India juga dapat dikenali dengan
Mudah kerana menggunakan bumbung
Berbentuk bawang dan lengkung yang
menirus.

Masjid Moti, India

Anda mungkin juga menyukai