Anda di halaman 1dari 11

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 2

Tajuk Bab 8 : Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan


dan Perlis

Standard 6.3 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan


kandungan Perlis.

Standard 6.3.1 Memerihalkan pengasasan kerajaan Kedah,


pembelajaran Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis
( Nota Lampiran 1)
6.3.2 Menerangkan hubungan kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan
negeri-negeri Melayu yang lain.
( Nota Lampiran 2)
K6.3.5 Menerangkan kepentingan menghargai
pengasasan kerajaan-kerajaan Melayu.
( Latihan : Lampiran 3, Lampiran 4 dan Lampiran 5)

Objektif Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:


pembelajaran
a) Membuat kronologi pengasasan kerajaan
kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan
Perlis.
b) Menganalisis hubungan kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan
negeri-negeri Melayu yang lain iaitu dari asas
hubungan, hubungan diplomatik dan hubungan
perdagangan.
c) Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua
kepentingan menghargai pengasasan
kerajaan-kerajaan Melayu.

Tempoh masa 2 jam nota dan latihan


Nota Rujuk lampiran 1 dan 2
Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang
diberikan dalam Lampiran 1 hingga 2
(anda digalakkan untuk membina peta minda/i-Think
berdasarkan nota)
2. Jawab soalan pada lampiran 3 hingga 5 dengan
merujuk nota atau bahan lain seperti buku rujukan,
laman sesawang dan bahan bacaan lain.
Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan
pada Lampiran 3 hingga 5.
STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengetahui sejarah Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan dan Perlis.
2 Mempaperkan kefahaman tentang sejarah Kerajaan
Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.
3 Menggunakan pengetahuan sejarah tentang Kerajaan
Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.
4 Menganalisis maklumat berkaitan sejarah Kerajaan
Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.
5 Membuat Penilaian terhadap sejarah Kerajaan Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.
6 Melahirkan idea yang berasas tentang sejarah Kerajaan
Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.

 Nota perlu dibaca dan difahami

 Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

Lampiran
1 Tarikh :

8.1 Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

Kedah  Maharaja Derbar dari Parsi datang ke Kuala


Sungai Merbok, Kedah pada sekitar tahun 630 M
 Tan Dermadewa dan Tun Perkasa ketua orang
Melayu di Kedah telah menghadap dan Melantik
Maharaja Derbar Raja menjadi raja Kedah
 Pemasyhuran Maharaja Derbar Raja sebagai raja
Kedah telah disusuli dengan pengiktirafan alat
kebesaran yang dibawa dari Parsi iaitu nobat
 Nobat diwarisi sebagai antara alat kebesaran
kerajaan Kedah
 Baginda kemudiannya telah membina pusat
kerajaan di Sungai Mas
Kelantan  Kelantan merupakan sebahagian daripada Negara
Patani Besar yang diasaskan oleh raja Sakti I
pada tahun 1650
 Kemangkatan pemerintah terakhir Negara Patani
Besar iaitu Raja Bahara pada tahun 1670
menyebabkan Kelantan berpecah kepada dua
wilayah pemerintahan
 Long Yunus telah berjaya menyatukan kedua-dua
wilayah dan mengasaskan kerajaan Kelantan
pada tahun 1762
 Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang
di-Pertuan Kelantan dan mendapat pengiktirafan
daripada Sultan Terengganu
 Pada tahun 1777, baginda telah memindahkan
pusat pentadbiran ke Kota Galoh di Timur tebing
sungai Kelantan
 Baginda juga telah mengarahkan Pembinaan
Masjid kampung Laut yang merupakan simbol
pentadbiran Islam di Kelantan
Negeri Sembilan  Negeri Sembilan pada asalnya merupakan
naungan Kesultanan Johor Riau
 Sejak awal abad ke-15, masyarakat Minangkabau
yang berasal dari Sumatera telah merantau dan
mendiami beberapa wilayah di Negeri Sembilan
 Pada tahun 1770, empat Penghulu Luak telah
menghantar utusan untuk menjemput anak raja
Minangkabau bagi dirajakan di Negeri Sembilan
 Raja Minangkabau bersetuju mengutuskan Raja
Melewar sebagai pemerintah di negeri Sembilan
 Raja Melewar mengasaskan kerajaan Negeri
Sembilan yang berpusat di Seri Menanti pada
tahun 1773
 Baginda memakai gelaran Yamtuan Seri Menanti
 Baginda mendapat pengiktirafan daripada
pemerintah Kesultanan Johor Riau
Perlis  Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah
Kedah
 Sultan Kedah telah menjadikan Perlis sebagai
pusat pemerintahan kerajaan
 Sultan Muhyidin Mansur Shah telah membina
Kota Sena yang menjadi asas kepada
perkembangan bandar Kangar
 Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1 telah
mengasas dan membangunkan Kota Kayang
yang merangkumi kawasan pelabuhan kuala
Perlis dan Kota Keran Baginda mangkat dan
dimakamkan di Kota Kayang, Perlis.
 Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 2
membangungkan Kota Kayang II semasa menjadi
raja muda dan membentuk Mukim Arau
 Semasa di bawah pengaruh Siam, wilayah Kedah
dipecahkan kepada empat unit pentadbiran
 Pada tahun 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin
Jamalullail sebagai pemerintah Perlis
 Baginda menjadikan Arau sebagai pusat
pentadbiran
NOTA

Lampiran
2 Tarikh :

8.2 Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis


dengan negeri-negeri Melayu yang lain

Tujuan Hubungan

Keserumpunan  Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya


mendorong wujud hubungan dengan negeri-negeri
Melayu yang lain
 Memudahkan interaksi sesama kerajaan
 Setiap kerajaan bertoleransi dalam menerima
amalan budaya kerajaan lain
Geografi  sempadan antara negeri-negeri yang berjiran
memudahkan perhubungan
 Antara tarikan perhubungan termasuklah hasil
sumber alam dan sumber bumi
 Sungai penting sebagai laluan perhubungan yang
dikongsi bersama
 Pembentukan pelabuhan di pinggir sungai telah
menggalakkan hubungan
Agama  Berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah
 Diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan
 Berkongsi institusi pendidikan agama menerusi
kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah

Cara jalinan Hubungan Diplomatik

Pengiktirafan  Pengiktirafan bertujuan mengabsahkan sultan


sebagai pemerintah
 Mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat
yang mempunyai taraf yang sama
 Pada abad ke-15, Sultan Mahmud Shah manakala
kerajaan Kedah mengakui pertuanan telah
mengiktiraf kerajaan Kedah sebagai kerajaan yang
berdaulat Sultan Melaka

Pertahanan  Pertahanan merupakan aspek penting dalam


memastikan kel;angsungan sesebuah kerajaan
 Hubungan pertahanan uyang diwujudkan dapat
mengekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan
daripada campur tangan kuasa lain
 Long Yunus mendapat bantuan ketenteraan
daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman
di Hulu Perak dalam usaha untuk menyatukan
Kelantan

Perkahwinan  Perkahwinan diraja antara sesebuah kerajaan


merupakan amalan tradisi kerajaan negeri-negeri
melayu
 Perkahwinan diraja akan mengukuhkan hubungan
dan menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan
 Onang Kening iaitu puteri Kelantan dikahwinkan
dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka

Hubungan Perdagangan

Negeri Pelabuhan Barang Dagangan


Kedah  Pangkalan Lembah  perdagangkan beras,
Bujang, Pangkalan garam, damar, kapur barus
Kuala Merbok yang dan emas urai
terletak di Sungai  Pedagang dari Perak dan
Merbok. Melaka membawa barang
 Pangkalan Kuala dagangan seperti arang
Muda yang terletak di kayu, papan dan ikan
Sungai Muda. kering
 Kedah juga merupakan
pembekal gading dan
gajah bagi perdagangan
entreportnya
Kelantan  Pangkalan Galoh  Memperdagangkan emas
Yang bermaksud dan dikunjungi oleh
pangkalan permata pedagang dari dalam dan
yang dibina di Sungai luar kepualauan Melayu
Kelantan.
 Menggunakan mata
wang logam dinar
dalam urusan
perdagangan.
Negeri Sembilan  Pelabuhan Kuala  Memperdagangkan beras
Perlis yang terletak di dan bijih timah dengan
Sungai Perlis. negeri jiran dan Siam
 Pekan Kangar yang
terletak di pertemuan
cabang anak sungai
Perlis.
Perlis  Pangkalan yang  perdagangkan beras dan
terletak di Sungai bijih timah, sirih, kayu
Linggi. gaharu dan kapur barus
 Pedagang Rembau dengan Johor dan Melaka
menguasai aktiviti
perdagangan.
LATIHAN OBJEKTIF

Lampiran
3 Tarikh :
Praktis Objektif

1. Kerajaan Kedah diasaskan oleh raja yang datang dari Parsi. Siapakah
pengasas kerajaan Kedah?

A Tunku Ahmad

B Maharaja Derbar Raja

C Tan Dermadewa

D Sultan Ibrahim

2. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Kedah muncul sebagai


pusat perdagangan dan negeri yang makmur?

A Gunung Jerai

B Selat Melaka

C Kota pentadbiran

D Kota Sungai Mas

3. Pengasasan Kerajaan Kelantan adalah hasil penyatuan dua wilayah


iaitu Kelantan Timur dan kelantan Barat. Siapakah yang menyatukan
wilayah tersebut?

A Cik Siti Wan Kembang

B Sultan Muhammad II

C Raja Bahar

D Long Yunus

4. Pilih pernyataan yang TEPAT berkaitan pengasasan kerajaan negeri


Sembilan.

i. diasaskan oleh Raja Minangkabau

ii. Pusat pemerintahan ialah Jempol


iii. diasaskan oleh Raja Melewar

iv. naungan kesultanan Johor Riau

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

5. Antara berikut yang manakah daerah dalam kerajaan negeri Sembilan?

i. Inas

ii. Gunung Pasir

iii. Seremban

iv. Nilai

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6. Siapakah yang mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah


Perlis?

A Kedah

B Siam

C Melaka

7. Pada pandangan anda, mengapakah Kerajaan Perlis menghantar


bunga emas kepada siam setiap tiga tahun?
A mengelakkan serangan siam

B rasuah

C Tanda persahabatan

D dasar kerajaan perlis

8. Hubungan diplomatik penting kepada kemajuan sesebuah kerajaan.


Apakah cara sesebuah kerajaan menjalinkan hubungan diplomatik
dengan kerajaan luar?

i. pendidikan

ii. perdagangan

iii. perkahwinan

iv. pengiktirafan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

9. Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan negeri perlis


menjalinkan hubungan dengan negeri-negeri melayu yang lain?

A tanda persahabatan

B memperkukuhkan kedaulatan

C memajukan ekonomi

D Meluaskan pengaruh wilayah

10. Kekayaan hasil bumi mendorong kepada hubungan perdagangan


antara kerajaan. Sehingga ke hari ini negeri kedah terkenal dengan
hasil buminya iaitu ________________________.

A beras

B Bijih timah
C Kayu gaharu

D Kapur barus

LATIHAN STRUKTUR

Tarikh :
Lampiran
4

1. Kerajaan Kelantan telah diasaskan oleh Long Yunus pada tahun 1762.
(Buku teks m.s 140)

a) Apakah yang dilakukan oleh Long Yunus setelah mengasaskan


Konstruk: kerajaan Kelantan?
Mengingat

Aras: i. ______________________________________________________
Rendah
ii. ______________________________________________________

iii. ______________________________________________________

(3 markah)

b) Nyatakan sumbangan Sultan Muhammad II kepada kerajaan Kelantan?

Konstruk: i. ______________________________________________________
Mengingat
ii. ______________________________________________________
Aras:
Rendah
iii. ______________________________________________________

(3 markah)

c) Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada kepimpinan Long Yunus?


Konstruk:
Menilai i. ______________________________________________________
Aras:
Tinggi ii. ______________________________________________________

iii. ______________________________________________________

iv. _______________________________________________________

(4 markah)
LATIHAN ESEI

Tarikh :
Lampiran
5

1 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis telah berusaha


memantapkan pemerintahan dengan menjalinkan hubungan dengan
negeri-negeri Melayu yang lain.
(Buku teks m.s 146-147)

(a) Terangkan asas hubungan tersebut.

(6 Markah)

Konstruk : Mengingat Aras : Rendah


(b) Bagaimanakah hubungan tersebut dijalinkan?

(8 Markah)
Konstruk : Menganalisis Aras : Tinggi
(c) Terangkan sebab-sebab kita harus mempunyai hubungan yang baik
dengan masyarakat di sekeliling.

(6 Markah)
Konstruk : Menganalisis Aras : Tinggi

Anda mungkin juga menyukai