Anda di halaman 1dari 16

COVER PAGE

tajuk
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN

Untuk mendalami maksud etika profesional,maka kita juga perlu mengetahui apa itu
profesion. Merujuk kamus dewan (2005) profesion adalah kebolehan untuk melaksanakan
tugas berdasarkan kecekapan, pengetahuan dan kemahiran dan ia juga merujuk kepada suatu
pekerjaan yang melaksanakan pekerjaan social yang penting. Selain itu, menurut martin dan
schiuzer (1996) perkataan profession hanya boleh digunakan dalam pekerjaan yang
memenuhi beberapa ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang dimaksudkan ialah ilmu
pengetahuan, latihan insentif dan berterusan, perkhidmatan penting untuk maysrakat, badan
profesional, persijilan dan bersifat autonomi.

Dalam sesuatu profesion, etika profesional menjadi panduan kepada setiap pekerja
untuk menunaikan tugas dan tanggungjawabnya. Etika seperti ini perlu dipatuhi bagi
memastikan masalah sosial atau konflik seperti jenayah tidak timbul semasa menjalankan
tugas. Profesional terbahagi kepada dua jenis iaitu profesional peruding dan profesional
bergaji.

Profesional peruding menganggap pihak individu menjadi kliennya, dan gaji


bergantung klien. Bagi profesional peruding mereka lebih bersifat seperti seorang usahawan
dan lebih cenderung dengan masalah etika kerana segala keputusan dan kata putus dilakukan
oleh diri sendiri.Kadang kala mereka melebihkan kepentingan dan emosi mereka sendiri.
Selain itu profesional peruding memberi peranan penting sebagai contoh kita bergantung
kepada perkhidmatan arkitek atau jurukur bahan dalam bidang seni bina bangunan.

Profesional bergaji pula, selalunya mereka akan berurusan dengan lebih dari seorang
klien atau mereka tidak berurusan secara terus dengan klien mereka. Selain itu mereka juga
akan menjalankan tugasan mengikut arahan atau tugasan yang diberikan dari majikan
mereka. Sebagai contoh, seorang guru atau pengsyarah akan mengajar lebih dari sorang
murid dan mereka akan mengajar mengikut skop atau panduan yang telah ditetapkan oleh
pusat pengajian tersebut.
Etika profesional
CONTOH PERLAKUAN BERETIKA
Antara profesional bergaji adalah guru. Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan
mengembang serta menjayakan ilmu dalam masyarakat. Ia merangkumi ilmu pengetahuan
mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan ciri serta tugasyang perlu mendapat
pembelaan sewajarnya dalam masyarakat. Mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan
untuk mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan beramal (El- Muhammady, 1996).
Terdapat beberapa contoh atau sikap yang perlu ada pada seorang guru yang beretika iaitu
seorang guru seharusnya mempunyai sikap positif. Dengan adanya sikap positif dalam diri
seorang guru dapat mewujudkan sifat yang berdedikasi, amanah dan komited dalam
menjalankan tugasan dan sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa mengenal erti penat
lelah. Selain itu dengan adanya sikap postifi ini, sesorang guru itu tidak akan pernah jemu
membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Guru yang
mempunyai sikap ini dalam diri meraka akan dihormati bukan sahaja oleh murid-muridnya
bahkan oleh seluruh masyarakat.

Kalau seseorang itu sudah jadi guru, sampai bila pun mereka akan tetap dipanggil
cikgu," - Dr Kamsiah Abdullah, 75 tahun yang sudah mengajar selama hampir enam dekad,
ini adalah petikan dari sebuah artikel Singapura (mediacorp, 2021), ini menunjukan seorang
guru yang bersikap positif kerana ia tidak mengenal erti penat lelah dan jemu dalam memberi
ilmu dan mendidik murid-muridnya walaupun sudah hampir enam dekad berbakti kenapa
masyrakat. Selain itu, Dr kamsiah juga berkata dalam temu bualnya "Saya rasa sikap sayang
pada guru. Itu saya tak lihat dia kendur dalam 57 tahun. Murid-murid ini, ibu bapa murid pun juga
sangat hormat pada guru. Terutama sekali dalam budaya kita. Menjadi guru adalah suatu kerjaya
yang mulia dan dianggap tinggi oleh masyarakat. Kalau seseorang itu sudah jadi guru, sampai bila
pun mereka akan tetap dipanggil cikgu," (mediacorp, 2021) ini menunjukan dengan wujudkan
sikap positif ini dalam diri dalam seorang guru akan memberi impak yang sangat besar
kepada diri, murid dan msyarakat itu sendiri.

Seterusnya, bagi profesional perunding, pekerjaan yang kami pilih ialah jurukur bahan.
Menurut kamus dewan edisi keempat, juruukur ialah orang yang kerjanya mengukur tanah
(Dewan, 2007). Antara sikap yang perlu ada dalam diri seorang jurukur adalah berdedikasi
dan amanah dalam melaksankan tugasan atau kerja yang diamanahkan kepada meraka. Hal
ini kerana tugas jurukur adalah orang yang bertanggunjawab dalam penjagaan dan
mengurusan kewangan dalam setiap peringkat projek pembinaan. Selain itu meraka juga
berperanan untuk memberi nasihat tender seperti tender terbuka dan tender perundingan dan
lain-lain. Jika seorang jurukur itu tidak bersikap amanah nescaya masalah pecah amanah dan
penyelewangan wang akan terjadi dalam sesebuah perusahaan. Pada April 2021, seorang
jurukur ditahan kerana terlibat dengan kes pecah amanah kerana telah membocorkan
maklumat tender kepada kartel (Metro, 2021). Seharusnya seorang jurukur yang profesional
yang mempunyai sikap amanah dan dedikasi tidak akan melakukan tindakan seperti ini. Hal
ini sedikit sebanyakan akan merosakan nama diri dan juga sesebuah perushan itu sendiri.
Contoh2 perlakuan x beretika
KESAN – KESAN PERLAKUAN TIDAK BERETIKA

Bidang perguruan merupakan bidang professional yang membawa cukup besar


kesannya kepada individu, masyarakat dan negara sekiranya tidak ditangani dengan segara
dan betul . Semakin hari tahap professional bidang perguruan semakin diragukan dan banyak
masalah yang timbul. Art (1994) telah membuat satu kajian dimana manusia yang dalam
keadaan materialistik akan berusaha sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan
kemewahan. Manakala Muhamad Ruslan (2001) telah menyatakan beberapa faktor yang
mempengaruhi manusia akan melakukan pekara yang menyimpang dari etika profesionalisme
antaranya apabila ada peluang untuk melakukannya dan kurangnya penghayatan nila etika
serta agama.

Sebagai contoh, pada 10.12.2020 penulis Nor Fazlina Abdul Rahim dari Berita Harian
telah menyiarkan kes seorang pengetua di sebuah sekolah menengah agama di machang
kelantan dipercayai telah merogol pelajarnya sejak tiga tahun yang lalu . Kejadian ini
dipercayai berlaku dengan kerelaan hati kedua – dua belah pihak . Dimaklumkan pelajar dan
pengetua ini mempunyai hubungan sejak beberapa tahun serta bercinta secara senyap -
senyap tanpa pengetahuan keluarganya . Pengetua itu telah menjalinkan hubungan walaupun
telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak .

Kedua belah pihak akan berjumpa beberapa kali seminggu semasa ketiadaan murid
lain dan guru di sekolah untuk melakukan perkara yang tidak bermoral ini . Bak kata pepatah
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua . Akhirnya perkara ini telah
terbongkar oleh pihak ketiga dan pihak ketiga ini telah membuat aduan di talian kasih. Secara
tidak langsung perlakuan ini telah menjatuhkan reputasi sekolah ini dan mencemarkan nama
baik diri sendiri dan ahli keluarganya.

Kejadian ini telah memberi kesan yang besar kepada golongan yang professional ini .
Kesan kepada individu itu sendiri telah menyebabkan tekanan kepada diri sendiri ,perasaan
malu yang sangat tinggi serta emosi tidak menentu yang boleh menyebabkan seseorang itu
akan menjadi sangat tertekan sehingga boleh menyebabkan kesan kepada kesihatan . Secara
tidak langsung nama keluarga juga akan tercemar tatkala perlakuan yang telah berlaku ini.
Manakala kesan dari masyarakat pula , masyarakat akan mula memandang serong kepada
warga perguruan dan perasaaan kurang yakin untuk menjaga anak-anak disekolah semakin
tidak yakin disebabkan perbuatan ini . Walaupun perbuatan ini dilakukan oleh segelintir,
tetapi kesan terhadap masyarakat sangat besar. Disebabkan segelintir ini , kesan buruk
kepada negara sangat besar . Pihak kerajaan perlu membuat perubahan yang besar didalam
dasar perguruan dimana guru yang mempunyai masalah, kenaikkan gaji tahunan tidak akan
diberikan serta diberhentikan pemberian gaji semasa kes masih dalam siastan atau
perbicaraan. Tindakan seperti ini dapat memberi peringatan kepada guru – guru yang lain
agar sentiasa mengikut kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Langkah ini perlu
dilaksanakan untuk memastikan perkara yang sama tidak akan berlaku lagi serta
mendapatkan kembali kepercaayaan di setiap lapisan masyarakat dan mengembalikan balik
martabat seorang warga guru.

Manakala bagi bidang Juruukur merupakan salah satu elemen yang penting didalam
dan utama bagi sektor pembinaan. Suliati Asri penulis berita Metro bertarikh 08 mac 2021
telah menerangkan peranan juruukur bangunan dan fungsinya. Juruukur bangunan ini boleh
diumpamakan sebagai ‘doktor bangunan’ dimana pentingnya profesion ini didalam industri
pembinaan dan pengurusan bangunan. Tanggungjawab juruukur bangunan adalah untuk
memastikan bangunan yang direka cipta mestilah mengikut standard perundangan yang sedia
ada serta fungsi bangunan tersebut .Selain itu juga mereka merupakan individu yang akan
memantau setiap pembinaan yang dilakukan mengikut perancangan dan spesifikasi yang
telah dipersetujui.

Di dalam profesion juruukur mempunyai banyak pecahan antaranya juruukur


bangunan, juruukur tanah dan sebagainya tetapi profesion ini semakin hari semakin banyak
kes yang berlaku menyebabkan pelanggaran etika professional yang dilakukan oleh golongan
ini. Sebagai contoh kejadian bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh.
Menurut Mystar Online bertarikh 11 Mac 2010 telah menyatakan punca keruntuhan ini
adalah disebabkan oleh bahan dan kualiti kerja yang tidak mengikut spesifikasi. Selain itu
reka bentuk yang dilaksanakan oleh pihak syarikat tidak memadai serta kurang pemantauan
terhadap pembinaan ini menjadikan salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini
berlaku . Disini dapat dilihat kesan perilaku juruukur yang telah melanggar etika professional
seorang juruukur. Kurang atau tidak memantau pembinaan yang dilakukan telah
menyebabkan pembinaan ini menggunakan bahan yang tidak berkualiti serta tenaga kerja
yang kurang mahir menyebabkan masalah ini berlaku. Sekiranya juruukur ini melaksanakan
tugasan yang diberikan dengan jujur dan telus, pastinya perkara ini dapat dielakkan.

Kesan daripada masalah yang berlaku ini, pihak kerajaan negeri terpaksa melakukan
pembersihan dan terpaksa mengeluarkan sejumlah bajet lain untuk meneruskan proses
pembersihan ini disebabkan pihak syarikat yang bertanggung jawab tidak membalas surat
yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri dan kerugian yang besar terpaksa
ditanggung oleh pihak kerajaan negeri terengganu. Selain itu, telah membantutkan
perancangan kerajaan negeri yang sedia ada dan terpaksa di tukar ke tempat lain. Stadium ini
merupakan salah satu mercu kebanggaan bagi negeri Terengganu tetapi dalam sekeliap mata
mercu kebanggaan ini telah musnah disebabkan oleh beberapa kesilapan yang tidak
sepatutnya terjadi.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERLAKUNYA PERLAKUAN
TIDAK BERETIKA

Setiap individu yang menceburi bidang profesional tidak kira sama ada profesional

Juruukur Bahan dan Pendidik terpaksa berhadapan dengan kecaman masyarakat disebabkan

oleh segelintir individu yang tidak menjalankan tugas dengan amanah dan beretika. Tahap

kesedaran etika seseorang profesional itu dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu

berpunca daripada interaksi antara beberapa unsur yang kompleks antara perkembangan

moral dengan pembolehubah lain itu ciri-ciri individu, bentuk struktur organisasi, budaya

organisasi dan tahap kritikal sesuatu etika utama ( Mohd Janib Johari 2001).

Antara faktor-faktor yang dapat mempengaruhi seseorang itu untuk melakukan

tindakan tidak beretika ialah disebabkan oleh kelemahan peribadi iaitu tiada persediaan sikap

untuk mengamalkan nila-nilai etika. Persediaan sikap dan tingkah laku dalam tindakan seperti

jujur serta amanah dalam menjalankan tugas merupakan nilai-nilai etika yang dipandang

tinggi. Perubahan sikap adalah penting untuk mengubah sikap daripada negatif kepada sikap

yang lebih positif. Hal ini dapat kita ketahui bahawa gejala seperti pecah amanah dapat

dihindari jika seorang profesional tidak kekaburan tentang etika serta membuat persediaan

sikap untuk mengamalkan nilai-nilai etika dalam menjalankan tugas.

Selain itu, antara punca berlakunya masalah tidak beretika dalam kalangan profesional

juga dapat dikaitkan dengan masalah persekitaran iaitu kelemahan penguatkuasaan undang-

undang. Pengurusan Organisasi perlulah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih

tegas agar mampu mempengaruhi nilai dan etika seseorang profesional Juruukur Bahan dan

Pendidik. Persekitaran mencorak pemikiran, pengalaman terhadap individu yang akan

mencorakkan apa yang dilalui oleh individu yang mampu memcorakkan tingkah laku dalam

persekitaran kerja ( Sharifah Hayati 2010). Hal ini kerana jika pihak pengurusan kurang
membuat penyeliaan, tiada pemantauan dan gagal mengikuti kod etika yang telah ditetapkan

ini dapat mendekatkan profesional dengan masalah tidak beretika seperti juruukur bahan

dapat bersekongkol dengan pembekal dalam memanipulasikan harga bahan binaan dan

pendidik juga mungkin akan terlibat seperti gejala memanipulasikan markah ujian pelajar

dengan meletakkan harga tertentu.

Di samping itu, faktor profesional menjadi tidak beretika juga dapat dikaitkan dengan

kegagalan dalam pengawalan emosi dan gaya hidup masa kini. Gaya hidup kini yang serba

canggih dan mewah juga menjadi faktor utama seseorang itu bertindak tidak mengikut etika.

Menurut teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza ada

menyatakan ‘Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu’. Di sebabkan sikap

mahu hidup mewah, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya merupakan sebab utama

berlakunya rasuah bagi profesional yang gagal dalam mengawal emosi. Melihat teori ini

profesional yang gagal dalam mengawal emosi akan mudah terlibat dalam tingkah laku tidak

etika seperti rasuah. Hal ini terjadi akibat daripada godaan gaya hidup masa kini yang

semuanya memerlukan wang.


Penutup
RUJUKAN

Pustaka, D. B. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.

Nota Webex Jur 101. 13 NOVEMBER 2021

Art, B. (1994) Ethics And The Good Life . Belmont: Wadsworth Publishings.

Muhamad Ruslan Salihin (2000). Kesedaran Etika Dan Hubungannya dengan


Komitmen Terhadap Organisasi . Kajian kes dikalangan kakitangan Majlis
Perbandaran Kelang . Projek Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan
Teknologi), University Teknologi Malaysia

Nur Fazlina Abdul Rahim (2020 , 10 Disember) Pengetua Ditahan,Dipercayai Rogol


Pelajar . Berita Harian Online . Bahan Diakses pada 2 Januari 2022, Daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/763595/pengetua-ditahan-
dipercayai-rogol-pelajar

Suliati Asri (2021 08 Mac) Peranan Juruukur Bangunan. Berita Metro Online. Bahan
Diakses pada 6 Januari 2022, Daripada
https://www.hmetro.com.my/akademia/2021/03/681720/peranan-juruukur-bangunan

Mstar Online (2010 11 Mac) Tidak Ikut Spesifikasi Punca Bumbung Stadium
Runtuh .
Diakses pada 6 Januari 2022. Daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/03/11/tidak-ikut-spesifikasi-
punca-bumbung-stadium-runtuh--ahmad-said

Institusi Latihan Kehakiman dan Perundangan, (2019, September 15)


https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/Research16.pdf

Izzah Syazwany Mohd Nasir, (2010, August 25), Rasuah Di Malaysia.


http://jenayahkolarputih.blogspot.com/2010/08/rasuah-di-malaysia.html

Sharifah Hayati Ismail AL-Qudsy, (2010). Etika Penjawat Awam Dari Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Janib Johari (2001). Etika Profesional. (14th ed). Penerbit UTM Press Universiti
Teknologi Malaysia.

Idris Abdul Rashid, (2019). Isu etika di kalangan profesional dalam industri pembinaan
Malaysia. [ Master’s thesis, Universiti Teknologi Malaysia], Fakulti Kejuteraan Awam.

Dewan, K. (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

El- Muhammady, M. (1996). Sejarah dan konsep Ahli's-sunnah wa'l-jama'ah. Kuala Lumpur: Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Metro, H. (2021, April 6). Juruukur ditahan bocor maklumat tender kepada kartel. Retrieved from
www.hmetro.com.my.

YUSOFF, S. (2021, September 03). Hari Guru: Usia bukan penghalang Dr Kamsiah Abdullah untuk
terus berbakti dalam bidang pendidikan. Retrieved from https://berita.mediacorp.sg/.

Anda mungkin juga menyukai