Anda di halaman 1dari 2

KUIZ BIJAK WANG

1. Apakah komponen utama di dalam pengurusan aliran tunai?


A. Pendapatan dan Perbelanjaan
B. Aset dan Liabiliti
C. Penghutang dan Pemiutang
D. Akaun Untung dan Rugi serta Kunci Kira-Kira

2. Bajet dapat membantu anda untuk_______


A. Hidup mengikut kemampuan
B. Mencapai matlamat kewangan
C. Memperuntukkan wang untuk menabung
D. Kesemua di atas

3. Kenapakah menabung itu penting?


A. Merancang untuk persaraan anda
B. Persediaan untuk waktu kecemasan
C. Bayaran pendahuluan pembelian rumah/kereta
D. Kesemua di atas

4. Berapakah peratus kadar minimum sebulan dari pendapatan anda disarankan sebagai
tabungan (tidak termasuk caruman KWSP)?
A. Sekiranya anda ada lebihan
B. Sekurang-kurangnya 50% setiap bulan
C. Sekurang-kurangnya 10% setiap bulan
D. Tiada di atas

5. Apakah tabiat pengurusan kewangan yang baik?


A. Meminjam melebihi 40% daripada pendapatan bulanan
B. Menjejaki perbelanjaan dan aliran tunai anda
C. Hidup secara mewah
D. Membuat bayaran minimum untuk kad kredit anda

6. Berikut adalah kriteria penilaian kredit yang digunakan oleh institusi kewangan apabila
mempertimbangkan permohonan pinjaman:
A. Keupayaan membayar balik
B. Rekod bayaran pinjaman terdahulu
C. Tujuan meminjam
D. Kesemua di atas
7. Nisbah hutang kepada pendapatan anda disarankan tidak melebihi _____
A. 40% daripada pendapatan kasar anda
B. 40% daripada perbelanjaan anda
C. 40% daripada pendapatan bersih anda
D. 40% daripada jumlah hutang anda

8. Sekiranya anda adalah seorang penjamin, bank boleh_______


A. Meminta rakan anda yang bukan penjamin untuk membayar jumlah hutang tertunggak
B. Mendapatkan bayaran balik pinjaman daripada ahli keluarga anda yang bukan penjamin
C. Meminta anda membayar lain-lain pinjaman di bank tersebut yang anda bukan penjamin
D. Meminta anda membayar jumlah tunggakan sekiranya peminjam gagal membayar balik

9. Berikut adalah langkah susulan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengawal masalah
kewangan:
A. Berbincang semula dengan institusi kewangan tentang syarat pinjaman dan mengemukakan
pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran tunai
B. Mempertimbangkan penggunaan wang simpanan atau mencairkan asset tertentu untuk
mengurangkan hutang
C. Memulakan usaha menambah pendapatan seperti membuat kerja sambilan
D. Kesemua di atas

10. Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR berkenaan dengan seseorang yang telah
diisytiharkan bankrap?
A. Tidak boleh menjadi pengarah syarikat
B. Tidak boleh bekerja di mana-mana organisasi
C. Dilarang keluar negara tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia
D. Tiada di atas

Anda mungkin juga menyukai