Anda di halaman 1dari 72

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SENARAI TUGAS PENGETUA

1. PENGETUA

Bidang Tugas.

1. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta


memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/ 67 1982 (Pindaan).

Senarai Tugas.

1 Pengurus Kurikulum - Kerja Ikhtisas

1.1 Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi
Kementerian Pendidikan.
1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan
pembelajaran.
1.3 Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan
Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
1.4 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
1.5 Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan pepeiksaan dilaksanakan. Data-
data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.
1.6 Menyelia dan mencerap proses P & P.
1.7 Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil,
Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke semasa.
1.8 Mengajar sebilangan waktu (6- 8 waktu)
1.9 Menentukan dasar dan tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu
1.10 Menentukan keberkesanan penggunaan PSS.
1.11 Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program
pendidikan dengan berkesan.
1.12 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan kurikulum sekolah.

2. Pembangunan Diri Pelajar

2.1 Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti kemahiran


Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
2.2 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 1


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. Pengurusan dan Pembangunan

3.1 Pelajar

3.1.1 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.


3.1.2 Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
3.1.3 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar
dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
3.1.4 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
3.l.5 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
3.1.6 Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
3.1.8 Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
3.1.9 Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di
sekolah.
3.1.10 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik

3.2 Pengurusan Personel

3.2.1 Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan


penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan
dilaksanakan.
3.2.2 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke
semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan menjalankan
penyeliaan sepanjang tahun.
3.2.4 Memastikan guru memiliki perirat mengajar / Buku Biru (Pendaftaran Guru)
3.2.5 Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan
Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
3.2.6 Menjaga kebajikan pegawai.

3.3 Kewangan

3.3.1 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.


3.3.2 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan,
rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan
KERAJAAN.
3.3.3 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan
dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
3.3.4 Mengawal stok dan harta benda sekolah
3.3.5 Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 2


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3.4 Kemudahan Fizikal

3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada
dalam keadaan baik.
3.4.2 Mempertingkatan keceriaan sekolah.
3.4.3 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam
keadaan baik
3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
3.4.5 Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.

4 Pembangunan Organisasi dan Diri

4,1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
4.2 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta
memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
4.3 Mengawal "Learning Experiences" pelajar
4.4 Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
4.5 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti

5 Pembangunan Kendiri

5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.


5.2 Menjalankan kajian kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
5.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
5.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan sekolah.
5.7 Menghadari kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian /
Jabatan dan Agensi-Agensi Luar.
5.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion
keguruan.

2. SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Mukadimah

PKP bertanggungjawab kepada Pengetua semasa ketiadaan Pengetua untuk mencapai


matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dengan itu, PKP bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan
prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan
menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 3


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

1. Bidang Tugas

1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.


1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah.
1.4 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran
dan pengurusan guru dan kakitangan
bukan guru, hubungan masyarakat dan keselamatan.
1.5 Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi
petang.
1.6 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran
di sekolah

2. Senarai Tugas

2.1 Kurikulum

2.1.1 Menentukan pelaksanaan kursus pengajian.


2.1.2 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan , Penggal dan lain-lain.
2.1.3 Mempastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
2.1.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi, pusat sumber,
makmal dan bengkel.
2.1.5 Menentukan pengunaan dan penyelenggaraan bahan sumber pendidikan.
2.1.6 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih,
guru-guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam
menjalankan tugas-tugas harian mereka.
2.1.7 Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
2.1.8 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
2.1.9 Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan dan penilaian dan mencadang tindakan susulan.
2.1.10 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
permulihan.
2.1.11 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat. Pendidikan Dearah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan.
2.1.12 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku
bacaan serta kesesuaiannya.
2.1.13 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu
Gantian.
2.1.14 Menyebar dan mengembangkan kaedah P&P Bestari dikalangan semua guru.
2.1.15 Melengkapkan semua guru dan kakitangan dengan kemahiran komputer melalui
kursus dalaman

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 4


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

2.2 Pengurusan

2.2.1 Membantu menentukan tugas guru-guru dan staf sokongan sekolah.


2.2.1 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan
staf sokongan.
2.2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat dan
perangkaan.
2.2.4 Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwin sekolah.
2.2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.2.7 Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah.
2.2.8 Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.2.9 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.2.10 Mengurus hal-hal bangunan, kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.
2.2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.

2.3 Pembangunan Diri Pelajar

2.3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program budaya sekolah, kecerian/
keindahan dan kebersihan sekolah.
2.3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
2.3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

2.4 Pembangunan Organisasi

2.4.1 Mewujudkan hubungan dua hala diantara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat
2.4.2 Mengadakan kursus dan latihan untuk personel.
2.5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
2.5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
2.5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan
2.5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
2.5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
2.5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
2.5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
2.5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukan
2.5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 5


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

2.6 Tugas-Tugas Lain.

2.5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari


masa ke semasa.
2.5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Pengetua dari masa ke semasa.

3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Mukadimah

Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar


Pendidikan Kebangsaan.
Penolong Kanan HEM bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid,
dan penerapan nilai-nilai murni.

Bidang Tugas

1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semaasa ketiadaan Pengetua dan Penolong


Kanan Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran Hal
Ehwal Murid.
4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sidang petang.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
7. Bertanggungjawab dalam mengurus hal-hal bangunan, kawasan, kemudahan
fizikal dan keceriaan sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan sekolah.
9. Mengurus, menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus
kira perabot, papan kenyataan dan elektrik sekolah.

Senarai Tugas.

1 Pembangunan Diri Pelajar

1.1 Disiplin

1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.


1.1.2 Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturasekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 6


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

1.1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan pelajar.


1.1.5 Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga.

1.2 Bimbingan dan Kaunseling

1.2.1 Merancang dan menyelaras perlaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling


bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan Kaunseling pelajar serta
menyediakan laporan yang diperlukan.
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar..
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program bimbingan pemilihan mata pelajaran
elektif kepada pelajar-pelajar.

1.3 Program Perlindungan Pelajar

1 3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan, dadah / inhalan


dan program lain di peringkat sekolah.
1.3.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti yang dikelolakan oleh Unit Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD)
1.3.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
dilaksanakan.

1.4 Kesihatan

1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.


1.4.2 Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna
seperti menguruskan kad 001 / 002, PKS 1/ PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
1.4.3 Menyelaras penyediaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
1.4.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan pelajar. -

15 Biasiswa dan Bantuan

1.5.1 Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kepada murid serta


menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.
1.5.2 Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
1.5.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.
1.5.4 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan rancangan bantuan dan
kebajikan murid.

1.6. Skim Pinjaman Buku Teks.

1.6.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku


teks.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 7


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

1.6.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal


bilik buku SPBT.
1.6.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

1.7. Penerbitan

Membantu merancang, menyelaras dan menyelia sebarang bentuk penerbitan di


sekolah, sama ada majalah, buletin dan sebagainya.

1.8 Progam Khidmat Sokongan

Merancang / menyelaras / menyelia kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan


koperasi sekolah, amanah saham, Takaful,Tabung Haji, BSN, dan sebagainya.

1.9 Program Aktiviti Khas Pelajar

1.9.1 Merancang dan melaksanakan program-program khas seperti Sambutan Perayaan


Hari Guru dan lain-lain perayaan di peringkat sekolah.
1.9.2 Merancang dan melaksanakan program minggu silaturrahim pelajar-pelajar baru.
1.9.3 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktivili selepas peperiksaan.

2. Pengurusan

2.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran pelajar.


2.3 Mengurus kemasukan dan penempatan pelajar.
2.3 Mengurus pertukaran pelajar
2.4 Menyemak Buku Kedatangan Harian pelajar.
2.5 Mengurus surat akuan, sijil-sijil pelajar, surat-surat pengesahan dan pengedaran
sijil-sijil berhenti sekolah.
2.6 Menyemak buku/Kad Kemajuan Pelajar / Kad 001 dan Jadual Markah.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang takwim sekolah.
2.9 Merancang, menyusun / Menyelaras dan menyelia kegiatan Ko-kurikulum.
2.10 Membantu mengagih, menyelia dan mengeluarkan arahan dan peraturan untuk
guru dan kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas dalam bidang ko-
kurikulum.
2.11 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung
dengan ko-kurikulum.
2.12 Menyelaras dan menyelia semua tuntutan kewangan guru dan kakitangan yang
berkaitan dengan urusan ko-kurikulum.
2.13 Memastikan program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran PJK dijalankan
dengan sempurna dan berkesan.
2.14 Memastikan rekod dan data ko-kurikulum diselenggarakan dengan baik

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 8


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

4. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

4. Ko-Kurikulum

4.1 Sukan Dan Permainan

4.1.1 Merancang / menyelaras, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan


permainan di dalam dan di luar sekolah.
4.1.2 Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan sekolah.
4.1.3 Menyediakan anggaran belanjawan untuk Unit Sukan sekolah
4.1.4 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.

4.2 Pasukan Pakaian Seragam

4.2.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pakaian seragam.


4.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
4.2.3 Merancang / menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam
dan di luar sekolah.

4.3 Persatuan dan Kelab

4.3.1 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.


4.3.2 Merancang / menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik dan non-akademik yang dilaksanakan di dalam dan di luar
sekolah.

5. Pembangunan Organisasi

5.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
5.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

6. Pembangunan Kendiri (Personel Development)

6.1 Mempertingkatkan Budaya Menbaca dan Budaya ilmu.


6.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
6.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
6.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
6.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
6.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 9


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

7. Tugas-Tugas Lain.

7.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari


masa ke semasa.

5. GURU KANAN MATA PELAJARAN

Bidang Tugas

1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan


bidangnya
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah
pelajar.
5. Membantu Pengetua dalam semua espek perancangan dan pengurusan pendidikan
yang berkaitan dengan bidangnya.
6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,
dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir sekolah, latihan
mengajar bagi guru-guru pelatih maktab/universiti dan seumpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

Senarai Tugas

1. Kurikulum

1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal /


Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panatia mata pelajaran di bawah
kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1.4 Membimbing guru terlatih ,guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan
tugas-tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan
berkesan.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil
tindakan sewajarnya
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengkayaan.
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum)
yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeni dan Kementerian
Pendidikan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 10


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

1.9 Membantu dalam pemilihan Buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar
dan bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain yang
diarahkan oleh Pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus. taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah
dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai kaedah dan pendekatan-
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.
1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
1.14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk
mengatasinya.

2. Ko-Kurikulum

2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang


bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

3. Pengurusan

3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru matapelajaran di


bawah bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala
jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya
3.4 Membantu merancang takwim sekolah
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit
tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan
yang berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di
bilik darjah dan sekolah.
3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan biik darjah dan
menjaga keceriannya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 11


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

4. Tugas Lain

4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber
Pendidikan Negeri tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati
untuk membantu sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan
dan pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa
ke semasa.

6. KETUA PANITIA

Senarai Tugas

1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan pelajaran yang


kemaskini.
2. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan
mingguan
3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata
pelajaran.
4. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir
sekolah dan PPD
5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut
keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu.
6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan rujukan untuk
pusat sumber sekolah.
8. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pembelajaran
terkini
9. Penyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan / ujian dan pemeriksaan kertas
jawapan.
10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke
bilik cetak.
11. Menganalisis keputusan pepenksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran
berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi
pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
12. Bertanggungjawab menyediakan bank - bank soalan

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 12


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

13. Membantu dalam melaksanakan program kecemerlangan akademik yang


dirancangkan oleh pihak sekolah.
14. Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM
15. Mengadakan tindakbalas kepada setiap perubahan yang diperlukan.
16. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman
kepada ahlinya apabila diperlukan.
17. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan pertandingan anjuran
PPD , JPN ,Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
18 Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.
19. Membantu menyediakan data- data /maklumat mengenai mata pelajaran yang
berkenaan untuk di pamerkan di bilik gerakan.
20. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi matapelajarannya
21. Membantu guru kanan matapelajaran membantu pemantauan P&P.
22. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi dan pencapaian pelajar bagi
peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM.
23. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat bantu
mengajar diselanggarakan dengan baik.

7. GURU MATA PELAJARAN

Senarai tugas

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan


pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan
dengan mala pelajaran yang diajar serta menentu dan menetapkan matlamat yang
harus di capai.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya
kepada pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun /sepenggal /seminggu /harian dan melaksanakan
pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.
5. Menyedia dan memberi latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan buku latihan pelajar
kepada Pengetua untuk disemak pada masa yang di kehendaki.
6. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPU.
7. Menjalankan ujian bulanan dan penilaiankepada pelajar dim semasa ke semasa.
Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut kedalam
buku rekod mengajar.
8. Mengesan kelemahan pengajaran dan mengadakan tindakan susulan.
9. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi
danmelaksanakan keputusan mesyuarat panilia.
10. Memastikan buku-buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan/jabatan pendidikan /PPD

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 13


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

8. JK PERANCANG SEKOLAH

Tugas:

1. Memanggil mesyuarat , mencatat dan menyediakan minit mesyuarat JK


perancang sekolah.
2. Menyelaras dan melaksanakan segala keputusan mesyuarat
3. Merancang pembangunan rohani dan sahsiah.
4 Merancang pembangunan fizikal sekolah.
5. Merancang pembangunan akademik.
6. Merancang pembangunan kokurikulum.
7. Menilai pencapaian akedemik PMR dan SPM.
8. Merancang takwim sekolah.
9. Menyelaras isi kandungan buku manual pengurusan tahunan.
10. Bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa lain bagi mempastikan buku dan
senarai tugas guru-guru dapat disediakan, cetak dan dapat diedarkan pada masa
mesyuarat pertama pada sesi persekolahan baru,
11. Menyediakan laporan-laporan berkala yang diperlukan oleh pengetua, penolong
kanan.
12. Mempastikan semua perancangan unit-unit lain berjalan dengan dasar-dasar yang
ditetapkan.
13. Menyimpan fail JK dengan kemaskini dengan mendokumentasikan semua
perancangan yang ditetapkan bagi tahun semasa.
14. Mengesan , menilai , membimbing dan mengawal mutu atau kualiti keseluruhan
program sekolah termasuk P&P.
15. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

9 KAUNSELOR SEKOLAH

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkihdmatan Bimbingan


dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
melalui kajian keperluan, soal selidik,temu bual dan perbincangan dengan pelajar,
guru, pentadbir, kakitangan sekolah , ibu bapa, dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instructinal) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu
secara profesinol dan beretika.
7. Merancang, melaksanakan dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 14


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR , SPM, dan
STPM
9 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti
konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
12. Merancang, melaksana, mengawa1 selia dan menjalankan program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling,
Kerjaya dan Pebdidikan Pencegahan Dadah.
13. Membuat pemilaian aktiviti. modul, model, instrunien. pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan lrulisionhslne
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
14. Merancang menyelaras dan menilai sumber dan bahan respons perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar
kefahaman dan peningkatan profesinolisme perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa
sahaja yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa Majlis Perancangan Sekolah.
21. Nenjsdi ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
23. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
Kokurikulum, motivasi, kerjaya dan kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 15


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

10 GURU KETUA PENYELARAS TINGKATAN

1. Menerima arahan daripada pihak pentadbir tentang program-program yang telah


dirancang dan menyelaras segala aktiviti di tingkatan-tingkatan berkenaan dengan
dibantu oleh guru penyelaras tingkatan dan guru tingkatan. Biasanya berkaitan
dengan agihan pelajar, agihan buku teks, pemilihan calon biasiswa, calon
pengawas, target TOV,ETR dan sebagainya.
2. Memanggil mesyuarat diri masa ke semasa bagi melicinkan segala perancangan.
3. Mempastikan semua bidang tugas penyelaras tingkatan telah disempurnakan
dengan baik.
4. Memberi peringatan-peringatan kepada penyelaras-penyelaras tingkatan tentang
perancangan-perancangan akan datang mengikut takwim.
5. Mempastikan semua penyelaras tingkatan mempunyai dan mengemaskinikan
segala fail yang berkaitan.
6. Membantu Penolong Kanan dan Pengetua dalam segala urusan berkaitan dengan
penyelaras tingkatan.
7. Menyediakan pelaporan-pelaporan yang sesuai bila diperlukan.

11 GURU PENYEMAK JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

1. Memberi taklimat kepada semua guru tingkatan mengenai cara-cara pengisian


jadual kedatangan pada awal tahun.
2. Membantu Penolong Kanan HEM dalam segala urusan , yang membabitkan
jadual kedatangan pelajar.
3. Menyemak semua jadual setiap hari. Mengemaskini maklumat pada papan
kenyataan yang disediakan.
4. Mempastikan semua maklumat dalam jadual kedatangan pelajar adalah
kemaskini.
5. Menyelaraskan segala urusan berkaitan dengan jadual waktu.
6. Menyediakan satu perangkaan kehadiran harian.
7. Menyediakan pelaporan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
8. Membantu penolong kanan HEM menyediakan `monthly returns" yang
diperlukan.
9. Memberi peringatan kepada guru tingkatan berhubung pelajar-pelajar yang tidak
hadir ke sekolah sebanyak tiga kali dalam satu bulan tanpa sebab munasabah.
10. Mempastikan semua jadual kedatangan pelajar ditutup pada akhir bulan dan
menyelaras bilangan hari pelajar.
11. Mempastikan semua jadual kedatangan pelajar berada di pejabat pada setiap
masa.
12. Memastikan yuran sekolah dijelaskan sebelum 28 Februari tahun persekolahan
semasa
13. Menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 16


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

12 GURU PENYELARAS PEKERJA

1. Membantu PK Pentadbiran dan Pengetua dalam segala urusan yang


berhubungkait dengan kakitangan sokongan.
2. Membantu pekerja dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul
3. Mempastikan segala arahan Pengetua dipatuhi oleh pekerja.
4. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebersihan, keceriaan, baik pulih dan keselamatan.
5. Membantu pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan bidang tugas dan
kawasan bertugas pekerja.
6. Mempastikan semua pekerja mempunyai hubungan yang baik dan bekerja sebagai
satu pasukan serta bekerja dengan cepat dan berkualiti.
7. Mempastikan semua peraturan dan masa bertugas dipatuhi oleh semua pekerja.
8. Menyediakan pelaporan yang diperlukan dari masa ke semasa.
9. Menjadi sebagai orang perantaraan diantara pekerja dengan pihak pentadbir.
10. Mempastikan segala surat edaran diterima oleh semua pekerja.
11. Menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

13. GURU PERHUBUNGAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL

1. Bertindak sebagai wakil pentadbir sekolah dalam aspek perhubungan, sambutan


dan protokal sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
2. Sentiasa berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah berhubungan dengan dif-
dif jemputan ke sesuatu majlis dan mengadakan sambutan dan memberi
keutamaan tempat duduk kesesuaian.
3. Mewakili dalam aspek-aspek berkaitan dengan perhubungan dengan masyarakat
luar sekolah.
4 Berkemampuan memperlihatkan imej yang baik pada masyarakat luar dan
berpengetahuan tentang segala maklumat sekolah.
5. Mengagihkan tugas-tugas JK kepada ahli-ahli lain.
6. Menyediakan pelaporan yang diperlukan dari masa ke semasa.
7. Menguruskan hal-hal lain.
8. Menerima dan menyusun acara sambutan, taklimat, jamuan dan cenderamata
kepada rombongan pelawat yang datang.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 17


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

14 GURU PERABOT (INVENTORI)

2.1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.
2.2 Semua penerimaan / pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal, Kad
Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
2.3 Menandakan nombor siri dan melebelkan nama sekolah pada perabot-perabot dan
alat kekal yang baru.
2.4 Memastikan bilangan perabot / melebelkan peralatan yang dibekalkan mencukupi
sebagaimana yang tercatat dalam invois
2.5 Memastikan sistem inventori
2.6 Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan tahun dan akhir tahun.
2.7 Memastikan keperluan perabot dan melapor / membuat permohonan perabot-
perabot tambahan dan JPN/ PPD jika perlu.
2.8 Menguruskan semua harta modal termasuk membaiki / penyelenggaran bila perlu.
2.9 Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat
2.10 Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan pada bangunan.
2.11 Menguruskan kerja-kerja baik pulih perabot-perabot dan kerja-kerja membaiki
kerosakan kecil pada bangunan.
2.12 Mengurus proses hapus kira perabot.
2.13 Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot
dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.
2.14 Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
2.15 Sentiasa menasihati dan mengingati pelajar serta memberikan amaran supaya
pelajar menjaga perabot dengan baik

15 PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Menyediakan peraturan
i. Mengurus perlantikan pengawas PSS.
ii. Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
iii. Memastikan peraturan difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
iv. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan
dan keadaan di PSS.

2. Membuat anggaran perbelanjaan


i. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
ii. Menyediakan senarai buku-buku / ABM yang patut dibeli mengikut
keutamaan.
iii. Mengagihkan pembelian buku / ABM mengikut peruntukan yang ada
sama ada dari wang kerajaan atau suwa.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 18


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. Membuat pesanan buku / ABM


i. Menyediakan senarai nama buku-buku dan alatan.
ii. Membuat pesanan buku-buku / ABM melalui Pengetua.
iii. Memeriksa buku-buku / alatan yang dibekalkan oleh pembekal untuk
menentukan cukup bilangan dan baik keadaannya.
iv. Mengekalkan buku-buku / ABM mengikut sistem yang teratur.
v. Memasukkan kenyataan buku-buku / ABM ke dalam stok.
vi. Berhubung dengan ketua panitia mata pelajaran dan guru-guru lain dalam
memilih buku-buku, majalah dan ABM yang sesuai.

4. Memproses buku
i. Menyediakan slip kerja iaitu mencatat mengenai cetakan, pengarang,
penerbit dan butiran berkenaan.
ii. Membuat tanda hak milik dan pengenalan pada tiap-tiap buku.

5. Menyediakan kad-kad setiap buku hendaklah dilekatkan dengan:


a. kocek buku.
b. kad buku.
c. slid tulang belakang.
d. kad katalog.

6. Galakan penggunaan PSS


Mengadakan aktiviti tambahan seperti menganjurkan pertandingan kuiz;
mengadakan pameran; meneka buku; bercerita perbincangan mengenai buku;
ceramah; close test; seminar drama ringkas dan lain-lain aktiviti yang sesuai.

7. Rekod penggunaan
i. Mencatat bilangan pengguna PSS setiap kali PSS dibuka.
ii. Senarai peminjam buku / alatan.
iii. Senarai kekerapan guru / pelajar meminjam buku / ABM.
8. Rawatan buku / alatan
i. Mambaiki buku / alatan yang rosak dan cara menjilid / memperbaikinya
semula jika perlu.
ii. Menjilidkan majalah-majalah.
iii. Memasti dan menjamin segala harga dan perabot dalam PSS daripada
kehilangan.
iv. Mengadakan fail tegak.
v. Menyimpan guntingan akhbar dan 2 salinan kertas soalan peperiksaan
untuk rujukan.

9. Penyemakan, hapus kira, buku stok.


i. Buku / ABM yang rosak akan dipilih dan dicadangkan untuk dihapuskira.
ii. Menyemak / menutup stok di akhir tahun.
iii. Menguruskan hapuskira buku.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 19


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

iv, Membuat laporan tahunan untuk rekod.

10. Penyimpanan stok.


1. Memasukkan buku / ABM ke dalam stok.
ii. Menyediakan buku rekod pinjaman.
iii. Memastikan alat dan bahan yang dikeluarkan itu dalam
keadaan baik dan dikembalikan dalam keadaan yang sama.
iv. Mengawal dan menyelenggara keselamatan buku / ABM.
v. Menyediakan tempat menyimpan bahan.
vi. Mengurus rawatan ABM / bahan yang rosak.

11. Menyediakan katalog bahan


1. Semua bahan / ABRM hendaklah dikatalogkan.
ii. Menyimpan rekod penggunaan bahan oleh guru-guru.
iii. Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan.

12. Tugas-tugas lain.


i. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
ii. Membentuk JK Pengurusan PSS dan mengadakan mesyuarat.
iii. Menyediakan jadual kerja bagi pengawas PSS.
iv. Menceriakan PSS.
v. Membantu melaksanakan program pengembangan staff.
vi Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi
kerajaan / swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
vii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua

16 PENYELARAS UNIT BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN

1. Mengatur dan menyelia perjalanan unit beruniform / persatuan / kelab.


2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar memasuki unit
beruniform / persatuan / kelab.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan
difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan dan senarai lengkap AJK dan ahli bagi setiap unit
beruniform / persatuan / kelab harus difailkan.
8. Menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memastikan setiap
unit beruniform / persatuan / kelab menghantar borang laporan aktiviti untuk
difailkan.
9. Menguruskan Buku / Kad Penilaian Aktiviti KoKurikulum:

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 20


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

i. Mengagihkan Buku Penilaian Aktiviti KoKurikulum kepada guru untuk


diedarkan kepada semua pelajar.
ii Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod
di bilik Bimbingan dan Kaunseling.
iii. Memastikan guru penasihat membuat penilaian terhadap pencapaian
pelajar dalam Buku Penilaian Aktiviti KoKurikulum.
10. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti:
i. Borang memasuki unit beruniform / persatuan / kelab.
ii. Borang senarai AJK dan ahli.
iii. Buku Laporan Kegiatan,
iv. Surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk menyertai aktiviti.
v. Fail-fail yang diperlukan.
11. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk diedarkan dan rujukan.
12. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan pada akhir tahun untuk
rujukan dan rekod.
13. Membuat laporan tahunan keseluruhan aktiviti dan pencapaian kokurikulum
sekolah.
14. Menyemak dan menandatangani Aktiviti Unit Beruniform / Persatuan / Kelab
yang telah dinyatakan oleh pelajar pada salinan Surat Berhenti dan Surat Akuan.
15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

17. GURU DATA

1. Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan jantina.
2. Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan
lain-lain.
3. Menyediakan data / maklumat yang diminta oleh PPD / JPN / KP dan lain-lain.
4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat
tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama
yang dianuti dan lain-lain.
5. Sentiasa mengambil tahu dan mengemaskinikan kedudukan data / perangkaan
yang berhubung dengan sekolah.
6. Mengadakan satu sistem pameran data / perangkaan untuk makluman semua
pihak di sekolah seperti kedatangan munid, perangkaan bulanan mengenai
kedudukan murid, kelas dan kakitangan serta maklumat peribadi mereka dan lain-
lain.
7. Menyediakan satu sistem kutipan data seperti menyediakan borang khas kutipan
dan memberi taklimat kepada guru-guru mengenai kutipan data bila diperlukan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 21


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

18. GURU KESIHATAN PELAJAR

1. Melaporkan kepada Pengetua / PK HEM mengenai kes sakit yang berlaku.


2. Menentukan ada kotak pertolongan cemas yang lengkap dengan ubat untuk
kegunaan setiap waktu.
3. Mengelola dan menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
4. Mengumpul dan menguruskan kes kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan /
penyelaras tingkatan.
5. Memberi kerjasama dan bantuan yang perlu kepada pihak kesihatan / doktor yang
datang memeriksa para pelajar.
6. Mengurus penghantaran pelajar yang sakit ke hospital / ke rumah mengikut
kesesuaian.
7. Menguruskan pemberian rawatan sementara kepada pelajar yang sakit.
8. Memberitahu Pengetua / ibu bapa / penjaga jika pelajar yang sakit itu dimasukkan
ke wad.
9. Bertanggungjawab menguruskan bilik persediaan dan lain-lain peralatan sewaktu
lawatan untuk rawatan pelajar oleh Pusat Kesihatan.
10. Menjadi penasihat kepada Kelab Kesihatan sekolah.
11. Menyimpan rekod kesihatan pelajar yang lengkap dan kemaskini.

19 GURU PAPAN KENYATAAN

1. Menjaga keselamatan semua papan kenyataan di laluan utama, di luar bilik-bilik


khas / bengkel / makmal.
2. Menukar ganti bahan-bahan yang dipamerkan pada papan kenyataan itu supaya
sentiasa `up to date'.
3. Mengingat dan menggesa guru-guru / unit-unit yang bertanggungjawab terhadap
papan kenyataan tertentu supaya membaharui bahan-bahan yang dipamerkan dari
masa ke semasa.
4. Menyelaras dan menentukan kesesuaian bahan yang dipamerkan supaya tidak
membawa kesan yang negatif kepada penerimaan pelajar.
5. Mewujudkan papan kenyataan `Peristiwa Bergambar' dan gambarnya hendaklah
ditukar ganti dari masa ke semasa.
6, Bertanggungjawab mencatat dan mempamerkan apa-apa pengumuman semasa /
peristiwa / program mingguan sekolah.
7. Memastikan satu salinan kunci papan kenyataan disimpan dengan selamat di
pejabat untuk keperluan setiap masa.
8. Berusaha untuk mendedahkan kepada pelajar sebanyak mungkin tentang bahan-
bahan pelajaran, pengetahuan semasa, maklumat peperiksaan, maklumat disiplin
dan moral, maklumat persatuan dan sehagainya.
9. Merangsang dan menggalakkan pelajar supaya sentiasa membaca / membuat
rujukan tentang bahan-bahan yang dipamerkan di papan kenyataan.
10. Mengadakan kaji selidik dari masa ke semasa untuk menilai dan mengesan
sambutan pelajar terhadap bahan-bahan yang dipamerkan di papan kenyataan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 22


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

11. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan mengikut arahan Pengetua dari masa
ke semasa.

20. GURU HAL EHWAL DEWAN

1. Bertanggungjawab dalam persiapan dewan dan mengemaskan kembali dewan


apabila ada acara-acara khas atau majlis-majlis rasmi sekolah.
2. Bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara kebersihan, kekemasan dan
keceriaan dewan serta memastikan keselamatan pentas dan lain-lain peralatan /
bahan di dewan.
3. Melaporkan segala keperluan dan kerosakan dewan kepada Pengetua dengan
segera.
4. Menghiasi dewan dengan label, slogan, cogankata dan lain-lain perhiasan yang
sesuai.
5. Sentiasa mengambil tahu dan menyelia keadaan kelas-kelas di dewan terutama
semasa dewan dibuka dan semasa dewan dikemaskan kembali. Ambil tindakan
segera dan sewajarnya.
6. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua.

21 GURU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. Meneliti dan memahami pekeliling dari Kementerian Pendidikan / Jabatan


Pendidikan tentang pendidikan pencegahan dadah.
2. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah
program pendidikan pencegahan dadah.
3. Bertanggungjawab mengesan pelajar-pelajar yang terlibat dengan dadah dan
melaporkan kepada Pengetua dengan segera jika ada pelajar yang terlibat.
4. Bersama merancang dengan guru-guru kanan dan guru-guru mata pelajaran untuk
menerapkan unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah dalam pengajaran dan
pembelajaran.
5. Berusaha mendapatkan maklumat / bahan-bahan yang berkaitan dengan
pencegahan dadah daripada pihak-pihak tertentu.
6. Menjadi penasihat kepada Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dan memastikan
aktiviti SLAD berjalan dengan baik dan berkesan.
7. Menjadi Penggerak kepada Kempen Pencegahan Dadah dan Anti Merokok seperti
menganjurkan:
i. Ceramah
ii. Pertandingan mengarang esei
iii. Pertandingan melukis poster
iv. Pertandingan Puisi Anti Dadah

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 23


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

22. GURU SUDUT PROFESIONAL

I. Bertanggungjawab menjaga kebersihan, kekemasan dan menyelenggara sudut


profesional.
2. Mengumpul semua maklumat / bahan / buku-buku yang berkaitan dengan
peningkatan P&P dan disimpan dengan teratur dan kemas untuk rujukan guru-
guru.
3. Mengurus tempahan dan memesan akhbar / buku-buku untuk kegunaan guru.
4. Mengagihkan buku teks / buku rujukan lain kepada guru.
5. Mengurus dan mengemaskini buku stok / rekod pinjaman guru.
6. Bertanggungjawab mengumpul kembali buku-buku yang dipinjamkan kepada
guru pada akhir tahun atau bila guru bertukar / berhenti kerja.
7. Bertanggungjawab menjaga keselamatan almari / rak buku rujukan guru di sudut
profesional dalam bilik guru.
8. Bekerjasama dengan Pembantu Tadbir / guru-guru kanan dalam membuat urusan
pembelian buku teks dan buku rujukan.
9. Membantu dalam memberikan kursus-kursus dalaman kepada guru-guru.
10. Membuat salinan fotostat dan menjilid bahan-bahan profesional disamping
mengumpul bahan-bahan yang ada untuk rujukan dan bacaan guru.

23. GURU KOMPUTER

1. Bertanggungjawab menjaga kebersihan, kekemasan, keceriaan dan keselamatan


serta menyelenggara bilik komputer
2. Menjadi penasihat kelab komputer sekolah.
3. Mengatur jadual penggunaan bilik komputer.
4. Berusaha meningkatkan kefahaman yang meluas tentang IT kepada pelajar dan
guru-guru.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan bermanfaat
kepada pelajar.
6. Melaporkan kepada Pengetua tentang keperluan dan kerosakan peralatan di bilik
komputer.
7. Mengemaskini buku stok / rekod / inventori bilik komputer.
8. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan sebagaimana arahan Pengetua dari
masa ke semasa.

24. GURU PENGAWAS

1. Bertanggungjawab:
1.1 Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada PK HEM.
1.2 Melantik Ketua Pengawas dan exco badan pengawas.
1.3 Mengadakan majlis pelantikan rasmi pengawas.
1.4 Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 24


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

1.5 Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan


sekolah.
1.6 Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
1.7 Menyediakan laporan tahunan Badan Pengawas.
1.8 Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.

2. Memastikan pengawas melaksanakan tugas yang diagihkan dengan berkesan.


3. Berusaha meningkatkan kreadibiliti dan imej badan pengawas.
4. Sentiasa menyemak buku laporan pengawas dan mengambil tindakan yang
sewajarnya dengan segera.
5. Melaksanakan keputusan dan ketetapan yang telah dibuat oleh Lembaga Disiplin
Sekolah.

25. GURU BENGKEL

1. Sentiasa menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan bengkel supaya


kelihatan menarik dan selesa digunakan.
2. Sentiasa menjaga keselamatan segala alat-alat yang ada di bengkel tersebut
dan keselamatan penggunanya.
3. Menyimpan dan mengemaskinikan peralatan sebaik sahaja lepas digunakan
pada tempat yang dikhaskan.
4. Melatih dan membiasakan murid-murid dengan menyediakan jadual bertugas di
bengkel.
5. Menghiasi bengkel dengan cogan kata, amaran, panduan dan gambarajah
berkaitan dengannya supaya kelihatan terjaga dan menarik.
6. Membaiki kerosakan-kerosakan yang berupaya dibaiki dengan menggunakan
tenaga murid atau melaporkan kepada Pengetua.
7. Menyediakan sebuah buku rekod pinjaman barang dan mencatatkannya dari masa
ke semasa (sentiasa dikemaskini).
8. Mengisi dan mengemaskini Buku Stok dan hantar kepada Pengetua pada
pertengahan tahun dan hujung tahun setiap tahun.
9. Mnyediakan untuk pertandingan Bengkel di peringkat PPD/JPN.
10. Mengikut arahan Pengetua berhubung dengan hal-hal lain dari masa ke semasa.

26 GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Guru bertugas dikehendaki datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum


persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 ininit selepas
waktu persekolahan berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang
serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 25


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, dan mengambil tindakan yang segera dan
munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air. kantin dan kawasan sekolah.
5. Bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan memastikan kelas terbaik pada
setiap minggu serta melaporkannya di perhimpunan sekolah.
6. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan
melaporkannya.
7. Mengeluarkan surat kebenaran hospital kepada pelajar-pelajar yang sakit dan
merekodkan nama pelajar yang memohon serta menghantar mereka ke hospital /
ke rumah (jika perlu).
8. Memastikan ketepatan masa kehadiran pelajar, kepulangan pelajar, masa rehat
dan pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan / kejumpaan barang-
barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar-pelajar di sekitar kawasan sekolah serta
mengawasi harta benda sekolah.
11. Membuat laporan dan catatan tentang kehadiran pelajar pada setiap hari di papan
putih yang disediakan di pejabat sekolah dan mengiranya sekali.
12. Mencatatkan kegiatan sekolah seperti sukan, kegiatan persatuan / kelab, kegiatan
unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
13. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku di sepanjang
hari / minggu persekolahan ke dalam buku laporan bertugas.
Antara perkara-perkara yang perlu dicatatkan ialah:
* Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan.
* Pelajar-pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
* Ucapan / pengumuman penting dalam perhimpunan.
* Lawatan pelawat-pelawat.
* Laporan kebersihan.

14. Mengelola Perhimpunan:


a. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
b. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
telah disediakan.
c. Menguruskan masa perhimpunan dengan berkesan.
d. Menyampaikan ucapan ringkas atau pengumuman-pengumuman dalam
perhimpunan sekolah.
e. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

15. Mengawalselia serta mengambil tindakan serta merta untuk kes-kes disiplin
yang ringan. Apabila melibatkan kes-kes yang berat, kes harus dirujukkan kepada
Pengetua / PK HEM. Setiap kesalahan pelajar haruslah dilaporkan kepada
Setiausaha Disiplin untuk direkodkan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 26


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

27 GURU TINGKATAN

Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong
Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan: memastikan AJK
Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai,
mengelap tingkap. menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK
Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke
semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

1.2 Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:


a) Jadual waktu
b) Jadual tugas
c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, guru dan papan hitam diinventorikan
d) Motto Kelas
e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah
f) Sudut mata pelajaran

1.3 Menentukan dawai elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru perabot/PK
HEM
1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.6 Memastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah seperti
menampal pekeliling sekolah, jadual ko-kurikulum, peraturan sekolah, sudut-
sudut mata pelajaran dan sebagainya
1.7 Memastikan kelasnya di dalam keadaan bersih dan ceria.
1.8 Menggalakkan penubuhan perpustakaan kelas.
1.9 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara
pelajar. Tabung ini adalah bagi tujuan yang benikut:
a) Keceriaan kelas
b) Kebajikan pelajar
c) Jamuan akhir tahun
d) Lawatan

2. Jadual Kedatangan dan kedatangan pelajar:


a. Merekodkan semua butir dalam jadual kedatangan terutama bahagian yang
khas, no. daftar sekolah dan butir diri pelajar.
b. Menandakan kedatangan harian pelajar selewat-lewatnya sebelum waktu
kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 27


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

c. Menutup jadual kedatangan pada tiap-tiap akhir bulan dan menyerahkan


kepada PK HEM, penyemak jadual kedatangan untuk disemak.
d. Mencatatkan pertukaran pelajar dan memberitahu guru pendaftaran untuk
catatan dalam rekod.
e. Ketika mana-mana pelajar yang tidak hadir lebih daripada 3 hari, guru
tingkatan dikehendaki menghubungi ibu bapa melalui Pengetua / PK
HEM.
f. Meminta pelajar membawa surat ibu bapa / penjaga / doktor sekiranya
tidak hadir ke sekolah.
g. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
h. Memastikan kelas mempunyai Buku Laporan Kelas dan diselenggarakan
seperti yang diarahkan serta menjamin keselamatan buku tersebut.

3. Pungutan yuran / derma


a. Mengutip yuran sekojah / derma PIBG / wang peperiksaan (bagi kelas-
kelas peperiksaan) / kutipan-kutipan lain yang berkaitan mengikut masa
yang telah ditetapkan dan menggalakkan pelajar membayar kesemua
yuran sekaligus.
b. Resit hendaklah dikeluarkan dan direkod dalam jadual kedatangan / buku
rekod mengajar.
c. Menyediakan laporan kutipan wang / yuran setiap penggal / bulan.
d. Wang pungutan yuran sekolah hendaklah diserahkan kepada Bendahari
sekolah secepat mungkin mengikut hari dan masa yang ditetapkan dan
mesti menerima resit rasmi serta merta.
e. Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahani PIBG.
f. Menyerahkan wang peperiksaan kepada PKP / Pem. Tadbir.

4. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Lain-lain laporan yang
berkaitan.

a. Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Kemajuan Pelajar dan


Buku Rekod Penilaian KoKurikulum.
b. Merekodkan keputusan peperiksaan dalam buku rekod mengajar.
c. Mengisi markah bagi setiap semester / penggal. Guru tingkatan satu
hendaklah mengarahkan pelajar membeli daripada koperasi sekolah.
e. Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan memungut /
menyimpannya setelah ditandatangani oleb ibu bapa / penjaga
f. Memastikan maklumat-maklumat yang diisi dalam borang sijil berhenti
dan surat akuan adalah betul.

5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

a. Memastikan buku teks diagihkan kepada pelajar yang layak memastikan


buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 28


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

b Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa (terutama bagi pelajar yang
berhenti sekolah / berpindah).
c. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan
nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan
memberikan senarai itu kepada penyelaras SPBT.
d. Membuat cadangan pelajar-pelajar yang layak diberi bantuan BKP dan
bantuan persekolahan yang lain kepada guru kebajikan.
e. Mengenalpasti pelajar miskin dan anak yatim dan melaporkannya kepada
guru kebajikan.
f. Mengisi maklumat bagi pihak Pengetua / PK HEM dalam borang BKP
atau bantuan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pengetua / PK HEM.
g. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan
pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

6. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin

a. Memberikan galakan, motivasi dan meransangkan minat pelajar terhadap


akademik.
b. Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan
hadiah (jika perlu).
c. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
d. Melaporkan kepada Kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di
kalangan pelajar.
e. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi
masalah kesihatan.
f. Melaporkan kepada S/U Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar
disiplin sekolah.
g. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
h. Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang "Melanggar
Peraturan Sekolah" yang dapat diperolehi dari S/U Disiplin / PK HEM.
i. Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

7. Pendaftaran pelajar baru

a. Menerima senarai pelajar dan borang pendaftaran dari Penyelaras


Tingkatan.
b. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku daftar kemasukan pelajar dan
mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru daripada guru pendaftaran /
PK HEM.
c. Bagi pelajar yang baru (berpindah masuk dari sekolah lain) - terima
borang pendaftaran kemasukan daripada guru pendaftaran yang telah
disahkan oleh PK HEM dan daftarkan ke dalam Jadual Kedatangan.
d Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dan sekolah yang
terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 29


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

e. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan


melaporkan kepada guru biasiswa.
f. Menentukan menerima buku rekod kemajuan pelajar / buku rekod
penilaian kokunikulum / kad 001 dari sekolah yang terdahulu.
g. Menentukan rumah sukan.

8. Murid keluar / berhenti

a. Memastikan borang SPBT, buku rekod kemajuan pelajar / buku rekod


penilaian kokurikulum / kad 001 dihantar ke pejabat.
b. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar
tingkatan 3 dan 5.
c. Menentukan buku teks telah dipulangkan.
d. Menentukan penerima biasiswa dilaporkan ke pejabat
e. Membuat catatan di dalam Jadual Kedatangan.
f. Bagi pelajar yang ingin berhenti sekolah, dapatkan Surat Persetujuan
Berhenti Sekolah yang boleh diperolehi di pejabat / PK HEM dan pastikan
surat tersebut diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga. Surat tersebut hendaklah diserahkan ke pejabat untuk tindakan
selanjutnya.

9. Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain

a. Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.


b. Memastikan setiap pelajar menjadi ahli dalam mana-mana satu persatuan
akademik dan satu lagi dalam unit beruniform / kelab.
c. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti
kokurikulum.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 30


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

28. GURU MATA PELAJARAN


1. Menentukan ianya mempunyai satu naskah sukatan pelajaran yang kemaskini.
Boleh memahami dan mentafsirkan kandungan sukatan pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajarnya.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, pencapaian akademik dan kemahiran
yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
3. Mengemaskini rekod pengajaran dan menyerahkannya ke pejabat pada setiap
minggu untuk disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun / semester / seminggu / sehari dan melaksanakan
pengajarannya mengikut rancangan yang disediakan.
5. Menyediakan dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula dengan secepat mungkin.
Menyerahkan / menunjukkan buku latihan pelajar ini kepada Pengetua / PK1/ GK
pada waktu yang dikehendaki.
6. Memberikan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan dan
keputusan ujian ke dalam buku rekod mengajar. Juga bertanggungjawab
mengadakan kelas tambahan.
7. Mengesan aspek kelemahan pelajar dan melaksanakan aktiviti pemulihan.
8. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran. Menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / Badan
Profesional yang mengenai pendidikan. Guru hendaklah mendapatkannya.
10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel / bilik ERT / sains
pertanian serta mengawasi penggunaan alatannya.
11. Menghadiri mesyuarat / kursus / taklimat / bengkel dan lain-lain badan
profesional yang ditentukan. Menyampaikan semua maklumat kepada guru-guru
lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan / pembaharuan tentang mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan untuk meninggikan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
13 Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutuya.
14 Menjaga keselamatan dan kebersihan Pusat Sumber / ABM harus digunakan
dengan meluas dan bertanggungjawab dalam menambahkan ABM bagi
memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Menggunakan perkhidmatan TVP secara berkesan.
16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
17. Membantu menguruskan Bank Soalan.
18. Berusaha sedaya upaya meningkatkan kualiti P&P dan meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran yang diajar.
19. Mematuhi arahan Pengetua / Penolong Kanan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 31


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

29 GURU KETUA RUMAH SUKAN

1. Memilih / melantik AJK rumah sukan dikalangan pelajar.


2. Menjadi penasihat AJK rumah sukan.
3. Mengadakan latihan dan pemilihan ahli-ahli bagi mewakili rumah sukan.
4 Mengambil tindakan yang wajar kepada ahli-ahli yang tidak menghadiri latihan
tanpa sebab.
5. Menghantar pasukannya untuk pertandingan di antara rumah-rumah.
6. Mempastikan supaya pasukannya menyertai dalam semua pertandingan.
7. Menanamkan semangat kesukanan kepada semua peserta serta penyokongnya.
8. Mengambil bahagian cergas dalam semua latihan sukan terutama
peningkatan sekolah.
9. Memungut yuran/derma rumah sukan dan menguruskan penyediaan minuman
pada masa latihan rumah dan kejohanan olahraga.
10. Menyimpan rekod keahlian dan wakil-wakil rumah.

30. PENASIHAT UNIT BERUNIFORM

1. Am

Pada keseluruhannya guru pemimpin pasukan pakaian seragam adalah bertanggungjawab


di atas peraturan, latihan dan kemajuan pasukannya.

2. Keahlian

Guru pemimpin unit pakaian seragam bertanggungjawab menguruskan pemilihan


anggota pasukannya dan pelajar-pelajar baru setiap awal tahun bagi tambahan ahli yang
sedia ada satu polisi umum tentang pembahagian keahlian unit-unit pakaian seragam
patutlah dirujuk sebelum pemilihan ahli-ahli dilakukan. Satu daftar keahlian hendaklah
disimpan.

3. Latihan

Guru pemimpin unit pakaian seragam bertanggungjawab menguruskan latihan


pasukannya sekali seminggu pada hari-hari yang diistiharkan oleh sekolah sebagai hari
latihan unit pakaian seragam. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari
yang ditetapkan itu tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran daripada Pengetua / PK HEM.
Latihan tambahan pada hari-hari selain dari itu boleh diatur dan Pengetua / PK HEM /
Penyelaras hendaklah dirujuk untuk maksud ini.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 32


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Pemimpin unit pakaian seragam hendaklah menyusun rancangan latihan yang tetap
sepanjang tahun. Rancangan itu mestilah melibatkan ujian-ujian tertentu yang
menghasilkan sijil-sijil ataupun lencana / pangkat. Satu salinan rancangan kegiatan
sepanjang tahun hendaklah disampaikan kepada Pengetua / PK HEM dan satu salinan
kepada penyelaras pada awal tahun tidak lewat dari minggu kedua setelah duistiharkan
latihan unit pakaian seragam bermula.

4. Jurulatih Luar

Guru pemimpin unit pakaian seragam boleh merundingkan untuk mendapatkan khidmat
jurulatih luar untuk membantu. Guru pemimpin hendaklah mendapatkan persetujuan
Pengetua terlebih dahulu sekiranya memerlukan jurulatih luar yang akan melibatkan
bayaran.

5. Peralatan / Keperluan

Penasihat unit pakaian seragam adalah bertanggungjawab menentukan apa-apa jua


keperluan / peralatan yang dikehendaki bagi unitnya. Sekiranya peralatan itu bukan hak
persendirian ahli-ahli. Guru penasihat unit hendaklah bertanggungjawab
menyelenggarakan simpanannya dan menyediakan rekod untuk rujukan pemeriksaan.
Sila isikan borang maklumat peralatan yang disediakan oleh Unit Kokurikulum dan
diserahkan kepada PK HEM dengan segera untuk diambil tindakan.

Mana-mana unit yang diperuntukkan bilik-biik khas, tanggungjawab menjaga kebersihan,


kekemasan dan kesempurnaan bilik-bilik tersebut adalah tanggungjawab guru penasihat
sepenuhnya.

Guru pemimpin unit pakaian seragam juga bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan
lain-lain butiran / maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 33


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

31. GURU PENASIHAT PERSATUAN AKADEMIK / KELAB

1. Bertanggungjawab menasihat, membimbing dan mengawal susunan


perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan
bergerak.
2. Memastikan persatuan / kelab mempunyai peraturan / perlembagaan dan aktiviti
persatuan / kelab selaras dengan objektif sekolah.
3. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
4 Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan / kelab.
5. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
6. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada persatuan / kelab yang berkenaan
bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
* Melaksanakan projek-projek tertentu.
* Menganjur / menyertai peraduan-peraduan. Mengadakan kursus-kursus
bimbingan dalam bidang-bidang yang sesuai.
* Mengadakan lawatan sambil belajar.
* Pelbagai kegiatan lain yang sesuai.
7. Membentuk dan membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahlm persatuan /
kelab dalam memahami peraturan-peraturan persatuan, misalnya peraturan
mesyuarat dan sebagainya.
8. Adalah berfaedah sekiranya guru penasihat dapat menggerakkan Pengerusi dan
ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang secara
sendiri, guru hanyalah sebagai pembimbing pemudahcara.
9. Menggiatkan lagi kecenderungan pelajar / ahli persatuan / kelab dalam bidang
pelajaran.
10. Menentukan bahawa rancangan kegiatan setahun dibuat dan disampaikan kepada
PK HEM / Penyelaras di awal persekolahan, tidak lewat dari minggu kedua
setelah diistiharkan hari perjumpaan / aktiviti persatuan / kelab.
11. Melaporkan kepada PK HEM / penyelaras tentang perkembangan persatuan /
kelab.
12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
KoKurikulum, Hari Guru dan lain-lain.
13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
15. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada JK
KoKurikulum Sekolah.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 34


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

32. GURU PERMAINAN

1 Meningkatkan kemahiran dan prestasi pencapaian para pelajar dalam permainan


yang dijagainya.
2 Membentuk, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual
yang telah dirangka.
3 Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dan mereka yang pakar dalam permainan
itu.
4 Menentukan undang-undang permainan untuk perlawanan antara rumah sukan /
kelas / tingkatan dan memastikan undang-undang itu dipatuhi.
5 Menganjurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang boleh.
6 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah (jika perlu) ke pertandingan
luar termasuk surat izin ibu bapa.
7 Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai oleh sekolah dan pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah.
8 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi
permainan.
9 Memastikan para pemain pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang
tinggi di samping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah.
10 Menentukan peralatan / gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
11 Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli dan
diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
12 Merancang dengan guru-guru rumah mengenai aktiviti-aktitivi tahunan di awal
penggal.
13. Menilai prestasi pasukannya dalam semua permainan dan mengambil langkah-
langkah untuk mempertingkatkannya.
14 Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah /
negeri, wakil daerah / negeri dan negara).

33. GURU KETUA KUMPULAN MUTU KERJA (KMK)

1 Bertanggungawab merancang, melaksana dan mengawalselia projek-projek


keceriaan dalam kawasan KMK masing-masing.
2 Berupaya menggerakkan ahli-ahli KMK untuk sama-sama terlibat dalam setiap
aktiviti yang dirancangkan.
3. Bertanggungiawab memastikan pelaksanaan aktiviti / program-program yang
telah dipertanggungjawabkan kepada KMK masing-masing dapat dijayakan
dengan sempurna dan mencapai tahap yang membanggakan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 35


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

4 Mengadakan mesyuarat / sumbangan dikalangan ahh-ahli KMK masing-masing


dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pentadbir ke arah
kecemerlangan akademik, bina insan, kokurikulum dan keceriaan sekolah.
5. Menjaga keselamatan peralatan yang dibekalkan dan menyimpannya di tempat
yang sesuai dan selamat.
6. Membuat agihan tugas atau jadual perlu bagi keberkesanan keceriaan kawasan
masing-masing.
7. Mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar supaya terhindar daripada
perkara-perkara yang tidak diingini.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

34. GURU KECERIAAN KELAS DAN TANDAS

1 Memanggil mesyuarat JK dan mengambil minit mesyuarat serta menyediakan


minit mesyuarat.
2. Menyelaraskan semua program keceriaan kelas dan tandas.
3. Menyediakan jadual pelaksanaan tahunan.
4. Mempastikan segala program dilaksanakan dengan baik.
S. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan
6. Menyediakan garis panduan keceriaan kelas , inventori serta tindakan- tindakan
yang sepatutnya.
7. Mengadakan kelas model atau contoh dari segi keceniaan.
8. Menyelaras yuran kelas dan menyediakan senarai harga gantian bagi harta benda
sekolah.
9. Menyuburkan perasaan sayangkan kelas dikalangan ahli kelas.
10. Menyelaras lawatan dan jamuan tahunan.
11. Merancang pertandingan di antara kelas serta menyediakan keputusan dan hadiah.
2. Menyediakan laporan yang diperlukan.
13. Sentiasa membimbing pelajar dalam hal kebersihan dan keceriaan dan memberi
teguran dan nasihat sewaktu perhimpunan pagi.
14. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.
15. Mengadakan taklimat dan perjumpaan dengan ketua kelas dari masa ke semasa.

35. GURU MAJALAH .

1. Memanggil mesyuarat dan mengambil minit mesyuarat serta menyediakan minit


mesyuarat.
2. Mengumpul maklumat daripada pelajar seperti alamat dan, photo dan dll.
3. Mengagihkan tugas dikalangan AJK Pelajar.
4 Menerbitkan majalah dan menyelaraskan pungutan kewangan daripada pelajar.
5. Mempastikan semua maklumat dalam pertima adalah betul dan menghantarkan
kepada syarikat percetakan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 36


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

6. Menbekalkan majalah kepada pelajar T3 dan T5.


7. Menyediakan laporan yang diperlukan.
8. Menguruskan hal- hal yang berkaitan.

36 GURU MURAL

1. Merancang dan mengenalpasti tempat- tempat yang perlu dilukiskan dengan


mural.
2. Mempastikan mural yang hendak dilukiskan itu bersesuaian.
3. Menubuhkan JK mural terdiri daripada pelajar untuk membantu guru.
4. Merancang pembelian bahan serta peralatan yang diperlukan untuk mural.
5. Sentiasa berusaha untuk menceriakan kawasan sekolah.
6. Menyediakan perancangan kewangan untuk dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
7. Menyediakan kertas projek yang sesuai berhubung dengan mural.
8. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.
9. Menganjurkan pertandingan mural dengan menawarkan hadiah yang rnenarik.
10. Mencari sponsor untuk hadiah daripada penderma luar.

37. GURU PENYENGGARAAN BANGUNAN DAN HARTA BENDA


SEKOLAH.

1. Bertanggungjawab untuk membantu pihak pentadbir dalam semua urusan


mengenai penyelenggaraan bangunan dan harta benda sekolah.
2. Menjalankan arahan Pengetua berhubung dengan sesuatu tindakan dibantu oleh
pekerja.
3. Mempastikan segala perabot, bangunan serta harta benda sekolah selamat
digunakan dan sentiasa diselenggara dengan baik tanpa pembaziran.
4 Menerima aduan serta laporan daripada semua pihak berhubung dengan semua
kerosakan atau pembelian serta kehilangan.
5. Membuat laporan yang sepatutnya berhubung alatan serta kerosakan yang teruk
dan jika perlu menulis surat bagi pihak Pengetua untuk memohon pembaikan
atau menggantikan dengan yang baru.
6 Merekodkan kehilangan jika berlaku dan membuat laporan polis jika perlu setelah
mendapat persetujuan Pengetua.
7. Menyimpan buku inventori yang khusus serta rekod tindakan yang diambil.
8 Bekerjasama dengan guru baikpulih dan kerosakan.
9 Mengisi dokumen untuk urusan hapuskira.
10. Menyediakan laporan yang diperlukan.
11. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 37


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

38 GURU PENYENGGARAAN ELEKTRIK, GAS DAN AIR

1 Bertanggungjawab untuk membantu pihak pentadbir dalam semua urusan


mengenai penyelenggaraan elektrik.
2 Mempastikan semua aliran elektrik , gas dan air adalah selamat digunakan dan
tanpa pembaziran.
3. Sentiasa membuat semakan berkala terhadap bekalan dan pendawaian elektrik
dan mengambil tindakan yang segera jika berlaku wayar yang terdedah dengan
bantuan pekerja.
4. Menulis surat bagi pihak Pengetua kepada pihak bertanggungjawab berhubung
dengan penyenggaraan elektrik, gas dan air.
5. Sentiasa mendapat nasihat daripada pihak JKR, TNB, Bomba dan pihak berkuasa
air berhubung dengan masalah penyelenggaraan elektrik, gas dan air.
6. Menyediakan laporan yang diperlukan.
7. Menyimpan satu rekod pemeriksaan terhadap semua pendawaian. gas dan air
secara berkala dengan bantuan pekerja yang ditugaskan.
8 Mempastikan segala pendawaian haram tidak dilakukan oleh pelajar dan pihak -
pihak lain.
9 Menguruskan hal-hal yang berkaitan.

39. GURU KAJIAN TINDAKAN

1. Bertanggungjawab untuk merangka beberapa kajian tindakan dengan bantuan -


bantuan guru lain.
2 Memanggil mesyuarat dan memperincikan tugas.
3.. Menubuhkan JK kajian tindakan.
4 Mengagihkan tugas dan mendokumentasikan kajian.
5 Membuat penilaian terhadap program.
6. Menulis laporan dan cadangan tindakan.
7. Menyertai pertandingan juara R&D diperingkat negeri.
8. Meguruskan hal - hal yang berkaitan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 38


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

40 GURU PENDAFTARAN PELAJAR

1 Bertanggunjawab sebagai pendaftar sekolah untuk urusan kemasukan setiap orang


pelajar.
2. Bertanggungjawab ke atas semua maklumat berhubung buku besar pendaftaran
sekolah.
3. Meminta kerjasama guru tingkatan untuk membantu tugasan terutama guru
tingkatan 1 & 4.
4 Memberi maklumat kepada pihak - pihak yang memerlukan berhubung pelajar
yang berhenti sekolah dan pelajar yang masuk sekolah.
5. Menyimpan segala rekod / dokumen pendaftaran sacara sistematik.
6. Menguruskan pelajar yang baru mendaftar kemudianya diagihkan kepada kelas-
kelas bersama guru penyelaras tingkatan.
7 Bertanggungjawab menjaga kebersihan, kesempurnaan dan keselamatan buku
pendaftaran sekolah.
8. Menyediakan borang - borang pendaftaran yang sepatutnya dengan arahan PK
HEM.
9. Bertanggungjawab untuk memberi no. pendaftaran pelajar bagi setiap
pelajar.
10. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.

41. GURU KAD 001 / 002 DAN KAD PELAJAR.

1 Bertanggungjawab mengenai semua yang berkaitan dengan kad 001 / 002 dan
kad pelajar bersama kaunselor sekolah.
2. Mempastikan segala maklumat yang diperlukan diisi oleh guru tingkatan.
3. Mempastikan pelajar baru menyerahkan kad 001 / 002 kepada pihak sekolah.
4. Menyelia tugas pengagihan kad kepada guru tingkatan dan penyimpanan semula.
5. Mempastikan kad 001 / 002 pelajar yang berpindah sekolah dihantar kepada
sekolah baru pelajar berkenaan.
6. Menguruskan hal hal yang berkaitan.

42 GURU BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR.

1. Bertanggungjawab ke atas semua urusan dan pengurusan buku rekod kemajuan


bersama kaunselor sekolah.
2. Menyimpan buku rekod kemajuan pelajar dan menyediakan buku bagi pelajar
baru.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 39


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. Sentiasa mengkaji format laporan buku supaya ianya kemaskini dengan keperluan
semasa.
4. Mempastikan guru - guru tingkatan menyediakan buku rekod kemajuan dengan
betul dan disahkan oleh Pengetua.
5. Mempastikan buku rekod disiapkan mengikut ‘deadline’ yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.
6. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.
7. Mengadakan satu peraturan penyimpanan buku rekod kemajuan buku rekod yang
selamat dan selaras untuk keseluruhan sekolah.

43. GURU KECEMASAN DAN LATIHAN KEBAKARAN.

1. Bertanggungjawab ke atas semua hal berkaitan kecemasan sekolah dan


kebakaran.
2. Mempastikan segala maklumat tentang langkah-langkah kecemasan yang perlu
jika berlaku kecemasan diketahui oleh semua pelajar, guru dan kakitangan.
3. Menubuhkan satu pasukan pelajar dan guru pembantu.
4. Menyediakan peraturan - peraturan keselamatan dengan bantuan guru - guru lain.
5. Menjalankan latihan kebakaran sekurang - kurangnya 2 kali setahun di sekolah
dan asrama.
6. Mempastikan setiap kelas mempunyai pelan laluan kecemasan kebakaran.
7. Mempastikan semua alat pemadam api berfungsi diperiksa oleh pihak terbabit
pada setiap tahun.
8. Menguruskan hal -hal yang berkaitan.

44 GURU LAWATAN SEKOLAH.

1. Bertanggungjawab merancang tarikh, tempat dan peserta lawatan peringkat


sekolah.
2. Membentuk JK lawatan apabila masanya hampir tiba.
3. Menyelaraskan bayaran kenderaan, penginapan dan surat kebenaran ibu bapa.
4 Mempastikan lawatan pelajar sentiasa menitikberatkan soal sumber maklumat /
pengetahuan , disiplin, nilai-nilai moral dan agama.
5. Bertindak sebagai ketua rombongan apabila sekolah membuat lawatan ke sekolah
lain.
6 Sentiasa mengambil berat soal kebajikan, keselamatan dan keselesaan pelajar
semasa lawatan.
7. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 40


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

45 GURU BAIKPULIH KEROSAKAN

1. Bertanggungjawab ke atas semua urusan membaikpulih terutama perabot sekolah


yang rosak.
2. Membuat anggaran pembaikpulihan.
3 Mengenalpasti pekerja-pekerja sekolah yang boleh membantu dalam hal-hal
pembaikpulih kerosakan yang kecil.
4 Melibatkan pihak-pihak luar dengan persetujuan Pengetua untuk kerja - kerja
pembaikpulih yang lebih besar.
5. Menerima aduan tentang kerosakan daripada semua pihak di sekolah.
6. Mengenalpasti pelajar yang merosakkan harta benda sekolah dan membuat
laporan kepada guru disiplin.
7. Menyediakan laporan bertulis jika perlu.
8. Menguruskan hal-hal yang berkaitan.
9. Menyediakan borang laporan kerosakan.

46. GURU INOVASI P&P

1. Bertanggungjawab ke atas sebarang inovasi dalam P&P dan berkongsi


pengalaman dengan guru-guru lain.
2. Menubuhkan satu JK inovasi P&P.
3. Menyertai pertandingan inovasi P&P.
4. Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan.
5. Membuat penilaian tentang keberkesanan inovasi P&P dan megambil langkah -
langkah yang bersesuaian untuk membaiki kelemahan.
6 Merangcang dan menggalakkan guru- guru untuk menyediakan inovasi P&P dan
membantu guru-guru yang berminat untuk membaikkan P&P masing-masing.
7 Mendapatkan kriteria-kriteria juara inovasi P&P dan menyebarkan kepada semua
guru-guru.
8. Mendapatkan idea inovasi daripada sekolah-sekolah yang pernah memenangi
juara inovasi.
9. Menyebarkan inovasi P&P yang berkesan untuk diterimapakai oleh guru-guru
mata pelajaran yang lain menerusi mesyuarat JK Kurikulum atau mesyuarat
bidang atau menerusi "in house" kepada semua guru.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 41


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

47. GURU MENTOR MENTEE

Tujuan:

1. Menganggotai Jawatankuasa 3K
2. Menyelaras pelajar-pelajar kepada sejumlah kumpulan mengikut bilangan.
3. Menamakan kumpulan supaya senang untuk diarahkan semasa menjalankan
aktiviti.
4. Merancang aktiviti mingguan.
5. Merancang program-program lain dalam usaha untuk merapatkan hubungan
Mentor atau Mentee dengan anak adik mereka.
6. Merancang kursus/bengkel dalaman (in house) dalam aspek bimbingan akademik
/sosial/ kebajikan terhadap guru-guru.
7. Menyelaras dan menyelia aktiviti Mentor Mentee supaya mendatangkan kesan
yang dikehendaki.
8. Mengadakan pertandingan-pertandingan yang sihat untuk meransangkan minat
dan kerjasama dikalangan mereka serta memberi manfaat kepada pembangunan
dan keceriaan sekolah.
9. Mengeluarkan garis panduan yang difikirkan sesuai untuk melancarkan lagi
aktiviti Mentor- Mentee.
10. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua.

48. GURU PENYELARAS BESTARI

1. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah:


1.1 Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat
dan maklumbalas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.

2. Mengurus dan menyenggara kemudahan IT dan perisian-perisian aplikasi yang


dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
2.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada
pembekal atau kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan.
2.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik
setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router,
hub dan sebagainya.
2.3 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.

2.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 42


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.

3. Menyediakan keperluan peralatan IT untuk guru dan membantu serta


membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

3.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
diperlukan oleh pihak pengguna.
3.2 Menyediakan keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga
sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti Sekolah Bestari.
3.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru
seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan
sebagainya.

4. Melatih guru menggunakan kemudahan IT secara efektif disamping


menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan


pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran.
4.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan IT dijalankan untuk
menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
4.3 Memastikan penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
(Teaching Learning dalam Materials atau TLM atau Courseware) dalam
pengajaran dan pembelajaran.

5. Melatih staf menggunakan kemudahan IT secara efektif disamping menggalakkan


penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan


kemahiran kepada pengguna-pengguna dengan sistem komputer dan
aplikasi perisian.
5.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan
kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran Pembelajaran.
5.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart
School Management System atau SSMS) untuk pengurusan sekolah
beroperasi dengan baik.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 43


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

6. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang


telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

6.1 Menilai perisian Bahan Pengajaran Pembelajaran.

7. Sebagai pengurus e-mel.


7.1 Menguruskan akaun pengguna dan e-mel.

8. Memastikan integriti dan keselamatan data.

8.1 Guru Penyelaras Bestari dikehendaki memastikan supaya ciri-ciri polisi-


polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh
pihak pengurusan.
8.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan
langkah-langkah seperti berikut:

8.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan


banyak komputer.
8.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang
diberi kuasa sahaja.
8.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan
baik.
8.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan
berada di tempat-tempat yang telah dikenalpasti.

8.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:

8.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.


8.3.2 Memastikan komputer bebas dari virus.
8.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat.

9. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT sekolah dan
sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa.

9.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi
masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti
Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.
9.2 Memberi latihan IT dalaman kepada masyarakat sekolah.
9.3 Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, Sistem Pengoperasian, Sistem Rangkaian atau perisian-perisian
seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-
Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 44


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

9.4 Menentukan kelancaran perjalanan Sistem Rangkaian secara keseluruhan


dan sentiasa memastikan bahawa pengguna ( enduser) dapat menggunakan
sistem dan aplikasi secara optimum.

10. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari


kepada pihak yang berkenaan.

11. Mempertingkatkan budaya IT di sekolah.

11.1 Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara pengunaan kemudahan


infrastruktur teknologi.
11.2 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan laman web
sekolah.

12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa
ke semasa.

12.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar
negara mengenai fungsi-fungsi infrastruktur teknologi Sekolah Bestari.

49 SETIAUSAHA KURIKULUM

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat JK Akademik.


2. Bertanggungjawab dalam memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah
tercapai.
3. Bersama merancang dan melaksanakan program / aktiviti ke arah peningkatan
prestasi dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
4. Mencadang, membina dan mengurus ABB / bahan-bahan rujukan / soalan-soalan
peperiksaan.
5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kelas tambahan / kelas bimbmgan.
6. Bersama merancang dan menganjurkan kursus atau pendedahan kepada guru
mengenai P &P
7. Menyebar bahan-bahan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru.
8. Bersama mengkaji analisis keputusan PMR, SPM dan dalaman dan merangka
program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 45


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

9. Mengkaji, menilai dan berbincang dengan guru-guru kanan mata pelajaran dan
ketua panitia untuk memastikan buku-buku teks dan buku tambahan yang
digunakan oleh pelajar adalah bersesuaian.
10. Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
11. Bertanggungjawab dalam mengumpul / mengkelas dan memastikan keselamatan
soalan-soalan peperikasaan.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
13. Mengurus dan menceriakan bilik unit kurikulum dan bank soalan sepanjang masa.
14. Menetap tarikh dan mengatur perjumpaan guru-guru PMR / SPM dengan ibubapa
/ penjaga selepas peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan.

50. SETIAUSAHA SEKOLAH

1. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat guru dan mesyuarat Perancang


Sekolah untuk diedarkan kepada semua ahli.
2. Mengambil tahu dan merekodkan semua program yang diadakan oleh sekolah
sepanjang tahun dengan lengkap
3. Jika program sekolah tersebut ada mengeluarkan Aturcara dan Buku Laporan, sila
simpan satu salinan ke dalam Fail Khas dan satu lagi hendaklah diserahkan
kepada Pengetua untuk dihantar ke pihak JPN / PSPN/PPD (yang mana berkaitan)
4. Menyediakan atau menjawab surat-aurat bagi pihak sekolah dari masa ke semasa
jika diarah oleh Pengetua.
5. Mengambiltahu masalah-masalah sekolah dan mencadangkan kepada Pengetua
untuk dibawa ke dalam mesyuarat guru/mesyuarat perancang sekolah.
6. Membincang agenda mesyuarat dengan Pengetua dan memanggil mesyuarat
melalui jemputan khas.
7. Menyediakan laporan/kenyataan bagi pihak sekolah jika diperlukan/diarah oleh
Pengetua.
8. Memaklumkan sebarang maklumat yang diarahkan oleh Pengetua kepada guru-
guru dan masa ke semasa.
9. Mengutamakan kualiti dalam semua tugas di atas. Tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Pengetua.
11. Mencatat isu-isu atau perkara-perkara yang diperkatakan oleh Pengetua di
perhimpunan `Morning Prayer'.

51. SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan / jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan


MSSKW,MSSD, MSSKMSSM sepanjang tahun.
2. Membahagikan pelajar-pelajar mengikut `rumah sukan'

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 46


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. Menyelaras kegiatan, latihan dan pertandingan di antara rumah-rumah sukan dan


sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan
padang.
4 Menentukan dan menyediakan gelanggang sukan dan padang permainan
mengikut ukuran yang betul dan sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai
digunakan.
5. Mengatur rancangan lengkap untuk acara sukan tahunan sekolah.
6, Membantu Pengetua menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun
berkenaan.
7. Menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan
sukan yang lain.
8 Mengawal dan menjaga alat sukan dengan baik.
9. Mengemaskini buku stok sukan.
10. Mengaturkan pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
11. Menyimpan semua rekod aktiviti / rekod yang berkaitan dan melaporkan kepada
Pengetua / PK HEM sekiranya diperlukan.
12. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang perlu, patut
dibeli atau diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
13. Menyediakan laporan sukan tahunan.
14. Mencadangkan untuk pemilihan olahragawan dan olahragawati sekolah.
15 Mencadangkan langkah untuk meninggikan sukan sekolah.
16. Merancang dan melaksanakan program ‘sukan untuk semua' dan mengenalpasti
serta menyusun atur dan melaksanakan program yang tersusun bagi ‘sukan untuk
elit'.
17. Menyediakan agenda mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat untul majlis sukan
sekolah.

52 SETIAUSAHA LEMBAGA DISIPLIN

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.


2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua
guru.
3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke semasa di
perhimpunan sekolah.
4. Membantu pentadbir dalam merangka peraturan tambahan sekolah.
5 Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
6. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
7. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
8. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakili oleh Pengetua.
9. Menjadi pengawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa
/penjaga dalam menangani masthh disiplin.
10. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan
sekolah dikalangan pelajar dan guru.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 47


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

11. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam buku laporan
disiplin.
12 Melaporkan kes yang telah diambil tindakan dalaman kepada PK HEM seminggu
sekali.
13. Menghubungi pengawai seranta polis jika perlu.
14. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk membuat rondaan dan
pemeriksaan mengejut (Spot check).
15. Memberi maklumat kepada PK HEM berhubung kes-kes yang serius.
16. Memastikan keselamatan dan disiplin pelajar terkawal terutama pada-pada masa
majlis rasmi sekolah.
17. Bertanggungjawab memimpin dan memandu Exco Pengawas dan pengawas
keseluruhannya dalam menjalankan tugas supaya lebih berkesan.
18. Menyemak buku laporan pengawas setiap hari bagi tujuan mengambil tindakan
spontan terhadap kes-kes yang perlu.
19. Bekerjasama setiap masa dengan PK HEM dan AJK Lembaga Disiplin dalam
pengawasan dan penguatkuasaan disiplin.
20 Menyiapkan dan sentiasa mengemaskini rekod disiplin dan surat menyurat untuk
kepentingan rujukan dan laporan.
53 SETIAUSAHA KESELAMATAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN (3K)
1. Keselamatan
1.1 Keselamatan pelajar
1.1.1 Merancang dan melaksanakan program keselamatan pelajar
1.1.2 Memastikan perauran bilik-bilik khas ditanmpal dibilik
darjah dan di dalam buku latihan pelajar
1.1.3 Meletakkan tanda amaran BAHAYA ditempat-tempat
merbahaya
1.1.4 Memastikan alat pemadam api yang cukup di sekolah dan
memastikan dalam keadaan baik dan boleh digunakan
1.1.5 Merancang dan mengadakan latihan mengosongkan
bangunan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
1.1.6 Mengambil langkah yang perlu untuk mencegah kebakaran
seperti berikut
a. Menyediakan rajah yang menunjukkan cara-cara
pergerakan di dalam keadaan kebakaran
b. Memberi penerangan dan latihan kepada pelajar
tentang pengunaan alatan pemadam api
1.1.7 Menghubungi pihak bomba dengan segera sekiranya
berlaku kebakaran
1.1.8 Sentiasa mengingati pelajar melalui Perhimpunan harian
dan mingguan sekolah
1.2 Keselamatan Jalan raya
1.2.1 Mencadangkan latikan pengawal lalulintas sekolah kepada
sekolah

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 48


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

1.2.2 Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal


keselamatan jalanraya (jika perlu)
1.2.3 Melaporkan kepada pengetua/ibubapa/penjaga mengenai
kemalangan jika berlaku
1.2.4 Membuat laporan polis jika berlaku kemalangan di kalngan
pelajar sekolah
1.2.5 Mencatat peristiwa kemalangan dalam buku laporan
sekolah
1.2.6 Membantu ibubapa /penjaga membuat tuntutan insuran
kemalangan pelajar
1.2.7 Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak
kenderaan pada masa majlis sekolah
1.2.8 Sentiasa mengingatkan pelajar dalam perhimpuna nharian
dan mingguan sekolah
2. Kebersihan dan keceriaan
2.1 Sentiasa membantu pihak sekolah dalam mengawasi dan
mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa
kesemasa
2.2 Menyediakan pelan induk lanskap sekolah
2.3 Bersama merancang dan melaksanakan projek kebersihan
keceriaan sekolah seperti
a. Kempen kebersihan
b. Pertandingan kebersihan kelas
c. Pertandinagn mengarang essei dan poster
d. Menanam bunga atau pokok
e. Mewujudkan taman-taman
f. Lawatan penanda arasan sekolah lain
2.4 Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah
dengan PIBG, Alumni dsb bagi mempertingkatkan mutu
kebersihan persekitaran sekolah
2.5 Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah
mengenai keceriaan dan kebersihan sekolah
2.6 Merancang kawasan dan menyelia kerja-kerja bagi setiap
KMK dan member pandangan dan meningkatkan kualiti
2.7 Menguruskan gotong-royong yang melibatkan pelajar
2.8 Memastikan peralatan untuk kerja-kerja pembersihan dan
keceriaan mencukupi
2.9 Melaporkan kepada Pengetua dari masa kesemasa
berhubung kecuaian pekerja , penyelengaraan dan
kerosakan/kehilangan
2.10 Merancang dan menyediakan label, slogan, cogan kata ,
mural dan risalah yang berkenaan kebersihan
2.11 Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh Pengetua
dari masa kesemasa

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 49


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

2.12 Memanggil mesyuarat jawatankuasa dan mencatat minit


mesyuarat
3. Perabot

3.1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.
3.2 Semua penerimaan / pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal,
Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
3.3 Menandakan nombor siri dan melebelkan nama sekolah pada perabot-
perabot dan alat kekal yang baru.
3.4 Memastikan bilangan perabot / melebelkan peralatan yang dibekalkan
mencukupi sebagaimana yang tercatat dalam invois.
3.5 Memastikan sistem inventori dilaksanakan.
3.6 Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan tahun dan akhir
tahun.
3.7 Memastikan keperluan perabot dan melapor / membuat permohonan
perabot-perabot tambahan dari JPN / PPD jika perlu.
3.8 Menguruskan semua harta modal termasuk membaiki / menyelenggara
bila perlu.
3.9 Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.
3.10 Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan pada bangunan.
3.11 Menguruskan kerja-kerja baikpulih perabot-perabot dan kerja-kerja
membaiki kerosakan kecil pada bangunan.
3.12 Mengurus proses hapuskira perabot.
3.13 Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan
perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan
kepada pelajar.
3.14 Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.
3.1.5 Sentiasa menasihati dan mengingati pelajar serta memberikan amaran
supaya pelajar menjaga perabot dengan baik

54. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (LUAR)

1. Menentukan bilangan calon PMR / SPM.


2. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan
kepada guru tingkatan.
3. Menyediakan borang masuk sementara dan memberi taklimat kepada para pelajar
tentang pemilihan mata pelajaran dan jumlah yuran serta tarikh akhir penyerahan.
4. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh
JPN dan Lembaga Peperiksaan.
5. Menyediakan, menyemak dan memastikan borang kemasukkan diisi dengan betul
dan lengkap dengan kerjasama guru tingkatan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 50


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

6. Menentukan penghantaran kemasukan ke pejabat pendidikan.


7. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN,
Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
8. Memaklumkan kepada PK HEM jika ada pelajar yang tidak mampu membayar
dan memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
9. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM.
i. Analisa kertas soalan
ii. Borang Kewangan
iii. Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan.
iv. Borang-borang lain yang berkaitan.
10. Menyediakan dan melengkapkan keperluan pusat peperiksaan seperti yang
diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan.
11. Menentukan borang-borang yang diperlukan oleh Ketua Pengawas dibekalkan
dengan secukupnya.
12. Mengedarkan jadual waktu peperiksaan kepada pelajar dan memberikan taklimat
mengenai masa dan mata pelajaran.
13. Menentukan dan menguruskan persiapan dewan / bilik-bilk darjah yang akan
digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
14. Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dalam 4 salinan.
15. Menyediakan label meja calon ditampal diatas meja.
16. Menyediakan jadual bertugas guru-guru sepanjang peperiksaan PMR/SPM.
17. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:
i. almari / kotak penyimpan bahan peperiksaan
ii. jam dinding
iii. cop sekolah / lakri
iv. kapur
V. pemadam
vi. lain-lain bahan / peralatan yang diperlukan oleh Ketua Pengawas

18. Mengedarkan keputusan kepada calon-calon.


19. Menyediakan papan tanda / papan tunjuk arah untuk digunakan semasa
peperiksaan.
20. Menyediakan jadual pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris
PMR / SPM.
21. Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang
diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
22. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam
menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali / pendidikan seni.
23. Mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik
telah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
24 Mendapatkan sekurang-kurangnya 3 set soalan PMR / SPM untuk rujukan
sekolah.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 51


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

25. Menyelaraskan penyediaan sijil untuk pernilaian kendalian sekolah menengah


(PKSM).
26. Menjadi ketua untuk menganalisis peperiksaan apabila keputusan dikeluarkan.
27. Menyediakan keputusan peperiksaan PMR / SPM dan untuk Jabatan Pendidikan
mengikut susunan angka giliran.
28. Menjaga stok bahagian peperiksaan.
29. Menjalankan arahan Pengetua dari masa ke semasa.
30. Menyemak dan menyenaraikan nama-nama pelajar yang terhutang dengan pihak
sekolah untuk tujuan memungut hutang pada hari keputusan diumumkan.

55. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN

1. Menyediakan takwim / jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.


2. Menyediakan guru pengawasan / gantian pengawasan.
3. Menentukan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan mernyemak
jawapan setelah dipersetujui oleh Ketua Panitia.
4. Menguruskan percetakan dan tempat menyimpan serta memastikan keselamatan
kertas soalan.
5. Memastikan skima jawapan disediakan oleh panel penggubalan soalan.
6. Membantu Pengetua:
i. Menentukan tarikh peperiksaan semesta dan ujian bulanan.
ii. Menentukan penyerahan kertas soalan.
iii. Menentukan penyerahan markah oleh guru-guru yang memeriksa kepada
guru-guru tingkatan.
iv. Menentukan penyerahan keputusan peperiksaan dan kad kemajuan ke
pejabat untuk ditandatangani.

7. Membahagikan kertas-kertas soalan dan bahan-bahan lain mengikut jadual kepada


guru-guru pengawas setelah dipastikan semuanya mencukupi dan tidak membazir.
8. Bertanggungjawab untuk melincinkan perjalanan peperiksaan.
9. Mendapatkan analisa peperiksaan dan melaporkan kepada Pengetua.
10. Memastikan kertas soalan disimpan di bank soalan untuk rujukan.
11 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru untuk membincangkan
kemajuan pelajar.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua diri masa ke semasa.

56. SETIAUSAHA JADUAL GANTI

1. Bertanggungjawab menyediakan jadual waktu kelas dan persendirian.


2. Mendapat persetujuan daripada Pengetua atau PKP tentang penetapan pengagihan
waktu belajar dan jumlah waktu belajar.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 52


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. Mendapatkan senarai pengagihan guru mata pelajaran daripada guru panitia mata
pelajaran.
4. Pengagihan masa penggunaan makmal, bengkel dan bilik darjah.
5. Menyusun jadual waktu kelas dan persendirian guru mengikut jumlah waktu yang
telah dipersetujui.
6. Mempamerkan jadual waktu agung.
7. Mempastikan salinan jadual waktu agung dihantar kepada PKP dan Pengetua.
8. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar dan persetujuan
daripada PKP.
9. Bertanggungjawab menyediakan jadual untuk mengganti guru atau guru - guru
yang tidak dapat hadir bertugas.
10. Bertanggungjawab melaksanakan sebarang perubahan dan pindaan terhadap
jadual waktu mengikut keperluan semasa dengan persetujuan Pengetua dan PKP.
11. Mempastikan semua guru mendapat jadual waktu persendirian dan jadual waktu
kelas bagi guru tingkatan sebelum penggal persekolahan bermula.
12, Mempastikan guru tingkatan menyerahkan jadual waktu kelas kepada ketua
tingkatan untuk makluman kepada semua pelajar dan dipaparkan di papan
kenyataan.
13. Mencatat nama guru ganti di papan kenyataan (White board) yang disediakan.
14. Cuntoh borang guru ganti.

1. Nama guru ganti :


2. Nama guru yang tidak hadir:
3. Tarikh / hari
4. Tingkatan
5. Masa

Tandatangan Pengetua/GPK

57. SETIAUSAHA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1. Mengedar borang-borang:

i. Mengedar dan memungut balik borang SPBT (1) dan SPBT (1A) kepada
semua pelajar melalui guru-guri tingkatan.
ii. Menyemak tiap-tiap borang bagi memastikan yang ia telah diisi dengan
betul oleh pelajar.
iii. Mengasingkan borang SPBT (1) iaitu pelajar yang layak mendapat
pinjaman.
iv. Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan pada maklumat yang diberi
dalam borang itu.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 53


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

v. Menyerah borang SPBT (1) kepada Jawatankuasa Buku Teks untuk


pengesahan.

2. Memesan buku-buku melalui borang-borang SPBT 4R, SPBT 3/5, SPBT 2/4R

i. Menyediakan draf nama-nama buku teks yang akan digunakan pada tahun
hadapan bagi tiap-tiap tingkatan dengan mengisikan borang SPBT 3/5.
ii. Menyediakan borang SPBT 4R dalam 3 salinan dan memindahkan
maklumat-maklumat dalam borang SPBT 3/5R.
iii. Menghantar salinan asal borang SPBT 2/4R dan borang-borang SPBT
3/5R kepada biro buku teks. Salinan kedua SPBT 2/4R kepada Jabatan
Pendidikan Negeri dan salinan ke 3 disimpan di sekolah.
iv. Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.

3. Penerimaan buku dari pembekal-pembekal

i. Memastikan bilangan dan jenis buku teks yang diterima mencukupi seperti
mana yang tercalat dalam borang penyerahan.
ii. Menyemak keadaan fizikal dan kualiti buku-buku itu seperti mutu kertas
yang digunakan kesilapan cetak, binding dan lain-lain.
iii. Memasukkan invois dalam stok
iv Menyerahkan invois kepada Pengetua untuk ditandatangani kemudian satu
salinan dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
v Jika sekolah ada menerima buku-buku teks dari sekolah-sekolah
lakukan langkah i-iv diatas

4. Memprosses buku-buku:

i. Mengecop semua buku-buku yang diterima.


ii. Menentukan nombor kod dan bilangan siri pada tiap-tiap buah buku.

5. Membahagi buku-buku kepada pelajar melalui guru tingkatan.

i. Memproses kembali borang SPBT (1) dan (1A) bagi mengetahui


bilangan pelajar yang layak dan tidak layak menerima buku teks.
ii. Menentukan bilangan siri buku bagi satu-satu jenis buku untuk satu.
iii. Membahagi buku-buku kepada pelajar yang layak melalui guru
tingkatan.
iv. Menyediakan dan menyebarkan peraturan penggunaan buku teks.
v. Menyelia dan membuat pemeriksaan ke atas pelajar untuk memastikan
peraturan penggunaan buku teks dipatuhi.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 54


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

iv. Mengedar borang G, menyemak supaya tidak berlaku kesilapan dan


seterusnya menyimpan dalam satu fail khas.
vii. Mendapatkan borang SPBT dan pelajar yang baru masuk sebelum
mengedarkan buku teks kepadanya.
viii. Memastikan borang SPBT dihantar ke pejabat bagi yang mohon bertukar.

6 Memungut kembali buku-buku daripada pelajar melalui guru tingkatan.

i. Menentukan tarikh bagi tiap-tiap tingkatan memulangkan buku-buku


pinjaman.
ii. Menyerahkan balik borang G kepada guru kelas supaya ditandatangani
oleh pelajar yang memulangkan buku pinjaman.
iii. Membilangkan dan menyemak bilangan buku yang dipulangkan sama
ada sama atau tidak dengan bilangan yang telah dipinjamkan.
iv. Menyimpan tiap-tiap buku di tempat yang dikhaskan dengan mengikut
jodol dan urutan nombor siri.
v. Memastikan para pelajar mengganti buku-buku yang telah dirosakkan atau
menghilangkan buku-buku dengan sengaja dengan buku-buku baru.
vi. Menyediakan senarai pelajar yang tidak menyerah balik buku pinjaman
dan tidak menggantikan / bayar balik berdasarkan borang G.
vii. Memberitahu ibu bapa / penjaga pelajar yang tidak memulangkan buku
pinjaman.

7. Pengurusan rekod / dokumen / stok / inventori.

i. Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.


ii. Rekod buku stok yang kemaskini (ikut tingkatan).
iii. Senarai tugas guru pengedaran / pengumpulan (guru tingkatan).
iv. Menyimpan / mengemaskini rekod buku, hapuskira, rosak dan hilang.
v. Failkan surat-menyurat, arahan, pekeliling yang berkaitan dengan SPBT.
vi. Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
vii. Mengemaskini inventori SPBT.
viii. Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
ix. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan
kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks.

8. Rekod pinjaman guru.

i. Jika guru memerlukan buku SPBT untuk tujuan rujukan dan pengajaran,
maka hendaklah direkodkan dalam sebuah buku khas.
ii. Pastikan guru-guru ini memulangkannya di hujung tahun
iii. Jika berlaku kehilangan, guru-guru perlu menggantikannya.
iv. Guru bertanggungjawab menjaga buku SPBT supaya tidak rosak dan
hilang.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 55


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

58. SETIAUSAHA PROGRAM AMANAH DAN SURAU

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat JK program amanah.


2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program nilai-nilai murni yang
terkandung dalam program amanah.
3. Memastikan aktiviti- aktiviti dibawah program amanah dilaksanakan dengan
berkesan mengikut jadual yang ditetapkan.
4, Mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penghayatan
nilai-nilai murni secara serius serta merangka aktiviti-aktiviti yang difikirkan
sesuai untuk dilaksanakan.
5. Memastikan nilai-nilai murni yang terkandung dalam program amanah
dipraktikkan oleh semua pelajar sepanjang waktu persekolahan.
6. Bertanggungjawab terhadap tema mingguan program amanah
7. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
8. Mengambil peluang memperkatakan program amanah di mana sesuai dan
sepanjang masa iaitu berterusan terutamanya dalam perhimpunan mingguan,
melalui radio sekolah dalam perhimpunan khas pelajar dalam kelas dan
sebagainya.
9. Sentiasa membuat kaji selidik dan pengawasan tentang keberkesanan
dan keperluan program amanah.
10. Menyebarkan isi kandungan program amanah melalui media tulisan selain dari
pada ceramah dan penerangan.
11. Bertanggungjawab dalam merancang program pembangunan insan kamil.
12. Bekerjasama melaksanakan program-program Nadwah Islamiah.
13. Sebagai penggerak dalam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam.
14. Merancang dan melaksanakan program penghayatan Islam sepanjang bulan
Ramadhan.
15. Bertanggungjawab menghidupkan surau dengan aktiviti agama dan menjaga serta
menyelenggara kebersihan, kekemasan dan keceriaan surau sekolah supaya
kelihatan menarik dan selesa digunakan.
16. Menyediakan jadual waktu beribadat secara berjemaah di surau.
17. Menyelaras program-program Nadwah Islamiah yang dianjurkan oleh agensi -
agensi luar.
18. Menyediakan tulisan-tulisan ayat Al-Quran dan hadis, slogan, cogankata dan
bahan-bahan bacaan yang sesuai di surau.
19 Memastikan peralatan-peralatan di surau mencukupi dan keselamatan terjaga.

59. SETIAUSAHA TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

1. Meneliti pekeliling dan Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan / pihak


penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 56


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

2 Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu / empat mengikut


masa tawaran.
3. Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat
penilaian dan perakuan.
4. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak diberi biasiswa dan bantuan kebajikan.
5. Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
6. Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester.
7. Memberitahu ibu bapa / penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.
8. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro
( tanpa kad ) di Bank Simpanan Nasional sebelum akhir bulan September tahun
semasa.
9. Bertanggungjawab membuat pembayaran kepada pelajar bersama Pengetua / PK
HEM.
10. Pembayaran balik (refund) biasiswa yang tidak dituntut hendaklah dibuat dengan
segera.
11. Merancang dan berusaha mendapatkan sumber-sumber untuk menambahkan
Tabung Kebajikan Pelajar.
12. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
13. Mengawal dan menyelia pengeluaran wang biasiswa oleh pelajar.
14. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.
15. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada PK
HEM.
16. Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / penjaga bagi pemegang biasiswa
yang prestasinya merosot.
17. Menyimpan sistem fail / rekod / lain-lain dokumen dengan kemas, sempurna dan
selamat.
18. Lain-lain tugas yang berkenaan yang diarahkan oleh Pengetua / PK.
19. Membuat kaji selidik dan menyimpan rekod latar belakang pelajar miskin dan
anak yatim.
20. Mengurus dan mengawasi bantuan makanan kepada pelajar miskin.
21. Mencadangkan bantuan kebajikan lain seperti pakaian / yuran sekolah / tambang
bas dan sebagainya dalam mesyuarat JK Kebajikan.
22. Menziarahi rumah pelajar jika perlu bagi menemui pelajar dan keluarganya.
23. Mengurus pertemuan ibu bapa / penjaga dengan pihak pentadbiran sekolah.

60. SETIAUSAHA JAWATANKUASA BIASISWA DAN BANTUAN


KEWANGAN

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 57


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

Tugas

1. Pengurusan biasiswa.

1.1 Meneliti pekeliling dan Kementerian Pendidikan dan pihak penaja untuk
dipatuhi.
1.2 Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
1.3 Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu, empat dan
enam mengikut masa tawaran.
1.4 Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran,
membuat penilaian dan perakaunan.
1.5 Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
1.6 Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester.
1.7 Memberitahu ibu bapa/ penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.

2. Prestasi pemegang biasiswa

2.1 Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan


kepada Penolong Kanan HEM.
2.2 Menghantar surat amaran kepada ibu bapa /penjaga bagi pemegang
biasiwa yang prestasinya merosot.

3. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Nasional


dan pelajar tingkatan Enam Rendah juga mempunyai akaun sebelum akhir bulan
September tahun semasa.
4. Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat.
5. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
6. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.
7. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.
8. Menyelenggara bantuan kewangan yang lain kepada pelajar- pelajar yang layak
jika ada.

61 SETIAUSAHA BILIK DOKUMENTASI

1. Sentiasa menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik Dokumentasi


supaya kelihatan menarik dan selesa digunakan.
2 Mengumpul semua maklumat / bahan yang berkaitan dengan sekolah dan
dipamer dengan teratur dan menarik.
3. Memastikan keselamatan segala peralatan, bahan-bahan dan maklumat yang
terdapat dibilik Wawasan.
4. Menghiasi Bilik Wawasan dengan cogankata dan maklumat / bahan-bahan yang
sesuai seperti:
i. Carta organisasi sekolah / FK(P) / PK(HEM).
ii. Program tahunan sekolah.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 58


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

iii. Penggal persekolahan.


iv. Senarai nama guru dan staf sokongan.
v. Data / graf enrolmen pelajar.
vi. Pelan lokasi sekolah.
vii. Senarai sekolah saluran.
viii. Falsafah Pendidikan Negara.
ix. Falsafah sekolah.
x. Matlamat Pendidikan Kebangsaan
xi. Matlamat sekolah.
xii. Teras Perkhidmatan.
xiii. Etika Kerja Islam.
ivx. Analisis keputusan PMR.
xv. Analisis keputusan SPM.
xvi. 10 Fokus Perkhidmatan Pendidikan
xvii. Wawasan Pendidikan Negara.
xviii. Lain-lain yang difikirkan perlu dan sesuai.

5. Menyemak / mengubah / mengedit bahan-hahan / maklumat agar sentiasa


dikemaskini.
6. Memastikan rekod penggunaan Bilik Wawasan sentiasa dikemaskini.
7. Sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas-
tugas yang ditentukan.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

62. SETIAUSAHA BILIK GURU

1 Memastikan kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik guru sentiasa terjaga


supaya kelihatan menarik dan selesa.
2. Bertanggungjawab dalam menyelenggara sudut profesional.
3. Memastikan maklumat / bahan-bahan yang berkaitan seperti pekeliling, siaran
dalaman ditampal dengan teratur dan kemas di papan kenyataan bilik guru.
4. Mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan segala
peralatan dan bahan bahan di dalam bilik guru.
5. Bertanggungjawab memastikan semua guru mempunyai kelengkapan yang
secukupnya seperti meja, kerusi, loker dan sebagainya.
6. Mengumpul semua maklumat / bahan yang berkaitan dengan peningkatan P&P
dan disimpan dengan teratur dan kemas untuk rujukan guru-guru.
7. Melaporkan segala kerosakan dan keperluan bilik guru kepada Pengetua dengan
segera.
8. Menghiasi bilik guru dengan cogankata dan lain-lain perhiasan yang sesuai agar
selari dengan konsep "Bilik Guru Dalam Taman"
9. Menyemak / mengubah / mengedit bahan-bahan / maklumat di papan kenyataan
bilik guru agar kemaskini dan up to date.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 59


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

10. Bertanggungjawab membuat pengumuman atau surat edaran kepada semua guru
untuk sesuatu mesyuarat atau taklimat guru.
11. Mengurus / menyediakan senarai inventori bilik guru.
12. Bersama merancang / melaksanakan kursus-kursus dalaman kepada guru.
13. Memastikan pelajar-pelajar tidak memasuki bilik guru sepanjang waktu
persekolahan kecuali dengan kebenaran guru.
14. Sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas-
tugas yang ditentukan.
15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
16. Mengurus dan menjaga kebersihan dan keceriaan Medan Guru.
17. Menyediakan satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua guru bagi tujuan
menjaga dan mengawasi keceriaan Bilik Guru.
18. Menyediakan agenda mesyuarat JK Bilik Guru dan mencatat minit mesyuarat.

63. SETIAUSAHA HAL EHWAL KANTIN

1 Memahami sepenuhnya kandungan peraturan yang dikenakan kepada pengusaha


kantin, supaya jika ada apa-apa yang menyalahi peraturan dapat dimaklumkan
dengan segera kepada pengusaha kantin.
2. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian
Pendidikan / Kesihatan.
3. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.
4. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat
penjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
6 Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
7 Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
8. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron,
tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
9. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan
dalam bekas yang tertutup.
10. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
11. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
12 Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat
dan sesuai.
13. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.
14. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua / PK HEM tentang prestasi
kantin.
15. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat JK Penyeliaan kantin sekurang-
kurangnya 2 kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa.
16, Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
17. Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 60


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

18. Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakkan dan keperluan di kantin.


19. Mengambil langkah-langkah bagi memastikan pelajar beratur sewaktu membeli
dan ketenteraman di kantin sentiasa terkawal.
20. Memastikan pelajar tidak membeli makanan di luar kawasan sekolah semasa
persekolahan.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

64. SETIAUSAHA KERAIAN DAN JAMUAN

1. Bertanggungjawab mengadakan atau menguruskan Jamuan Tahunan, Jamuan


Perpisahan, Jamuan Selamat Datang atau jamuan-jamuan khas yang lain.
2. Merai dengan majlis sambutan makan dan minum jika ada lawatan khas
pegawai-pegawai atau rombongan tertentu ke sekolah.
3. Menyelaras jamuan kelas di hujung tahun persekolahan supaya teratur dan
mempunyai program khas yang ringkas tapi bermakna.
4 Memastikan keadaan tempat / hiasan / peralatan sesuai dan menarik untuk
keperluan keraian tersebut.
3. Melaksanakan arahan Pengetua dalam hal-hal yang berkaitan dari masa ke
semasa.

65. SETIAUSAHA PIBG

1 Memanggil mesyuarat, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat untuk


diedarkan kepada semua AJK.
2. Menyedia dan mengedarkan surat-surat edaran / siaran kepada ibubapa / penjaga
pelajar.
3. Bertanggungjawab dalam menggerakkan dan melaksanakan aktiviti PIBG
sebagaimana yang dirancang.
4 Menyedia / menghantar surat PIBG kepada PPD / JPN / Kementerian Pendidikan
atau jabatan-jabatan lain setelah mendapat pengesahan dan salinan kepada
Pengetua.
5. Bertanggungjawab sebagai pegawai seranta / perunding antara PIBG dengan
pihak-pihak luar.
6 Menguruskan stok bahan / peralatan PIBG dan seharusnya berasingan dengan
stok peralatan sekolah.
7 Menyediakan Buku Laporan Mesyuarat Agung.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 61


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

66 SETIAUSAHA KOPERASI

1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi.


2. Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat.
3. Menyimpan daftar nama ahli serta buku laporan kegiatan dan surat-menyurat
yang berkaitan.
4. Menghadiri mesyuarat/perjumpaan yang diatur oleh PPK / JPM / PPD
5. Menyimpan dan mengemaskini buku stok, fail dan semua rekod perniagaan
dengan baik dan selamat.
6. Membantu pengerusi memberikan maklumat dan penerangan.
7. Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit mesyuarat
untuk edaran seterusnya.
8. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Ahli Lembaga
Pengarah atau Pengerusi dari masa ke semasa.
9. Bertanggungjawab kepada pengurusan koperasi termasuk jual beli dan kemajuan
koperasi.

67 SETIAUSAHA MAJALAH SEKOLAH

1. Melantik sidang redaksi serta membuat agihan tugas.


2. Memanggil mesyuarat dan menyelia / menyampaikan laporan serta dokumen
untuk pertimbangan mesyuarat.
3. Menyediakan takwim / jadual bertindak dan senarai semak untuk penerbitan
majalah.
4. Memastikan semua dokumen / perutusan / maklumat / laporan yang ingin
dimuatkan dalam majalah lengkap dan kemaskini.
5. Bertanggungjawab terhadap kesempurnaan cetakan majalah.
6. Mengagihkan majalah yang telah siap kepada pelajar, pengiklan dan pihak-pihak
yang berkenaan.
7. Menyelaras tugas-tugas yang telah ditetapkan dikalangan jawatankuasa.
8. Berhubung dan menyempurnakan segala urusan penerbitan dengan pihak
pencetak.
9. Mengurus dan mengawasi urusan penggambaran berjalan lancar dan cepat.
10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 62


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

68. SETIAUSAHA RADIO SEKOLAH

1. Melantik dan melatih / membimbing DJ yang berkebolehan.


2. Merancang / menyusun program siaran dan memastikan siaran radio sekolah
berjalan dengan baik dan berkesan.
3. Memastikan keperluan / peralatan untuk radio sekolah adalah mencukupi dan
keselamatannya terjamin.
4. Menyediakan sijil-sijil perlantikan / penghargaan kepada pelajar yang terlibat.
5. Menyelia dan menilai keberkesanan dan kelemahan radio sekolah dari masa ke
semasa dan melaporkannya kepada Pengetua.
6. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh
Pengetua dari masa ke semasa.
7. Menerima pandangan dan cadangan daripada guru-guru dan pelajar untuk
mempertingkatkan mutu perkhidmatan radio Sekolah.

69. SETIAUSAHA MAJLIS PERMUAFAKATAN SEKOLAH

1. Membantu pihak sekolah dalam membentuk JK Majlis Permuafakatan Sekolah


yang terdiri daripada ahli-ahli seperti masyarakat setempat, PIBG dll.
2. Bertanggungjawab terhadap surat menyurat dan mesyuarat.
3. Melaksanakan segala keputusan dan perancangan yang dibuat oleh majlis.
4. Memantau semua program yang dijalankan
5. Menyediakan laporan yang diperlukan.
6. Menyediakan aktiviti tahunan bagi majlis.
7. Menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

70. SETIAUSAHA PROJEK JUARA SEKOLAH

1 Membantu pihak sekolah dalam mengenalpasti kategori juara yang akan disertai.
2. Memanggil mesyuarat JK untuk persediaan.
3. Melantik penyelaras bagi setiap program juara yang dikenalpasti.
4. Menerima laporan perancangan daripada pihak penyelaras.
5. Menyediakan perancangan dan pelan tindakan secara umum.
6. Membantu penyelaras projek juara dalam sebarang masalah yang berbangkit.
7. Memantau pelaksaan persediaan dan menyediakan laporan yang diperlukan.
8. Menyimpan segala dokumentasi dan kertas projek setiap penyelaras juara.
9. Menjadi orang perantaraan diantara Pengetua dengan penyelaras setiap projek
juara dan berusaha mengatasi masalah yang timbul.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 63


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

10. Bertanggungjawab ke atas semua persediaan dan mengemukakan salinan


dokumen untuk tindakan panel penilai.
11. Mengenalpasti ciri-ciri dan kreatiria penilaian yang diperlukan.
12. Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan penyertaan juara
sekolah.
13. Menyediakan laporan dari masa ke semasa.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

70. SETIAUSAHA PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1. Menyimpan segala dokumen berhubung dengan PPPJ yang dikeluarkan oleh JPN.
2 Mempunyai buku/ fail PPPJ yang sistematik dan kemaskini.
3. Memberi taklimat terperinci kepada guru-guru mata pelajaran.
4. Menyediakan instrumen yang diperlukan mengikut folio A dan B.
S Bertindak untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan seperti senarai
pelajar, target dan take off value.
6. Menyediakan dokumentasi yang lengkap dan kemaskini.
7 Sentiasa peka kepada perancangan, mengenalpasti pelajar lemah dan merangka
strategi khusus bersama setiausaha kurikulum dan penyelaras tingkatan.
8. Membuat laporan kepada pihak pentadbir sekolah tentang perjalanan program
dan keberkesanannya.
9. Menyediakan laporan tentang potensi dan target mata pelajaran yang realistik.
10. Melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dari masa ke semasa.
11. Menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

71. SETIAUSAHA PEMBANGUNAN SEKOLAH

1. Memanggil mesyuarat JK dan mengambil minit serta menyediakan minit.


2. Menyediakan surat-surat yang ada kaitan pembangunan sekolah dari segi fizikal.
3. Merancang pembangunan sekolah dengan teliti dan teratur dengan pihak
pentadbir sekolah.
4. Menyelaras aspek pembangunan sekolah dengan JK 3K dan JK keceriaan yang
lain.
5. Bekerjasama dengan PIBG untuk mencari sumber kewangan.
6. Menyediakan pelan pembangunan yang teratur.
7. Memantau segala projek pembangunan sekolah supaya mematuhi semuanya
dalam pelan tindakan.
8. Menyediakan laporan yang sesuai.
9. Menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 64


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

72 SETIAUSAHA KELAB REAKREASI DAN KEBAJIKAN STAFF

1. Memanggil mesyuarat dan mengambil minit termasuk mesyuarat Agung


Tahunan.
2. Menyediakan agenda mesyuarat dan membincangkan program-program tahunan
dan menetapkan yuran / sumbangan guru.
3. Sentiasa menjaga kebajikan guru-guru dan kakitangan.
4. Sebagai orang perantaraan di antara pihak pentadbir, guru dan pekerja.
5. Melaksanakan semua perancangan yang ditetapkan.
6 Menyebarkan maklumat profesional dan membantu pentadbir sekolah dalam
menjayakan berbagai program yang diatur.
7. Bertanggungjawab untuk mengadakan majlis perpisahan untuk satff, saguhati
untuk guru kemalangan atau staff yang meninggal dunia.
8. Mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan atau riadah sukan atau riadah untuk
ahli serta lawatan sambil belajar yang sesuai.
9. Mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama badan pengawas dan pihak sekolah.
10. Merancang kursus-kursus "in house" untuk meningkatkan profesionalisme staf.
11, Mengelolakan jamuan akhir tahun semua staf.
12, Menguruskan hal-hal lain yang berkaitan.

73. BENDAHARI SEKOLAH

1. Memungut yuran / derma / segala pungutan sekolah.


2. Menerima penyerahan yuran / derma / pungutan lain daripada guru dan
menyerahkan kepada pihak pentadbir sekolah.
3. Mengeluarkan resit-resit rasmi kepada guru tingkatan.
4 Merekodkan pengeluaran resit-resit.
5. Menyediakan akaun semua pungutan-pungutan dan terimaan.
6. Menyerahkan kepada pihak sekolah semua kutipan dengan kadar segera
(Pengetua / Pem. Tadbir).
7. Membuat penyata yuran / derma / pungutan untuk dibentangkan di dalam
mesyuarat guru / mesyuarat Perancang Sekolah.
8. Memastikan guru-guru mengemaskinikan pungutan dan rekod.
9. Menyediakan ‘Borang Hutang' murid penghujung penggal ketiga
10. Menyediakan penyata derma dan membentangkannya dalam mesyuarat guru /
mesyuarat Perancang Sekolah.
11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 65


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

74 BENDAHARI PIBG

1. Memungut yuran / derma / pungutan lain dan mengeluarkan resit-resit rasmi.


2. Merekodkan pengeluaran resit-resit rasmi.
3. Menjaga kewangan serta membuat pembayaran setelah dipersetujui oleh AJK.
4. Menyediakan resit, baucer dan dokumen sokongan untuk bayaran dan
menyimpannya dengan baik.
5. Menyediakan akaun semua pungutan / terimaan dan pembayaran.
6. Membuat penyata kewangan untuk dibentangkan dalam setiap kali mesvuarat.
7. Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas
penerimaan.
8. Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi RM
200.00 (atau yang dipersetujui oleh AJK)
9. Mengemaskini semua buku-buku akaun yang berkaitan supaya dapat diperiksa
pada bila-bila masa dan menyimpannya dengan baik.
10. Menyenaraikan nama pelajar / ahli yang belum menjelaskan yuran setelah tamat
tempoh pungutan dan menyerahkannya kepada Pengetua.

75. BENDAHARI KOPERASI

1. Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran mengikut


arahan Lembaga.
2. Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas
penerimaan.
3. Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi
RM200.OO (atau yang ditetapkan oleh Lembaga).
4. Menyediakan resit, baucer dan dokumen sokongan untuk bayaran dan
menyimpannya dengan baik.
5. Mengemaskini semua buku-buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada
bila-bila masa dan menyimpannya dengan baik.
6 Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada pihak
pembangunan koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
7. Memanggil mesyuarat agung dan membentangkan penyata kewangan dan aktiviti
koperasi sepanjang tahun.
8 Memastikan Pembayaran dividen kepada ahli dan penyimpanan rekod keahlian
dengan baik.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 66


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

76. JURUFOTO / ALBUM SEKOLAH

1. Merakam gambar-gambar untuk setiap aktiviti, program dan majlis rasmi sekolah.
2. Menjaga dan menyimpan album sekolah di tempat yang selamat.
3. Mengemaskinikan gambar yang dipamerkan dalam album sekolah.
4. Menggunakan album yang menarik dan cantik.
5. Menambah grafik yang baik pada pameran dan pernyataan peristiwa.
6. Sentiasa menambah dengan gambar-gambar dan bahan-bahan yang baru supaya
`up to date' dan terkini sepanjang masa.
7. Mempamerkan gambar-gambar aktiviti sekolah di papan kenyataan bergambar,
sentiasa mengutamakan kualiti dan daya kreativiti yang tinggi dalam
melaksanakan tugas.
8. Membekalkan gambar yang berkaitan dan sesuai untuk dimasukkan dalam
majalah sekolah.
10 Melaksanakan arahan-arahan Pengetua dari masa ke semasa.

77. JURUAUDIT DALAM

1. Menyemak dokumen pembelian dan seterusnya menasihat Pembantu Tadbir


tentang kelemahan-kelemahan yang perlu diperbetulkan.
2. Menyemak dokumen pembayaran dan seterusnya menasihat Pembantu Tadbir
tentang kelemahan-kelemahan yang perlu diperbetulkan.
3. Menyemak Buku Tunai sebulan sekali iaitu pada hujung bulan dan menasihati
Pembantu Tadbir jika perlu.
4. Menyemak teguran Audit pada tahun sebelumnya bagi mengetahui pandangan
pihak pejabat Audit Sekolah mengenai Akaun seolah.
5. Menyemak resit-resit yuran pelajar dan mencari jalan supaya yuran dapat
dijelaskan dalam masa 3 bulan setelah sesi persekolahan bermula.
6. Menyemak Buku Stok 2 kali setahun dan menasihati guru-guru yang
bertanggungjawab ke atas Buku Stok supaya mengemaskinikannya dan
seterusnya menandatangani buku stok tersebut.
7. Mencadangkan idea-idea baru dan cara-cara baru kepada pihak sekolah untuk
meningkatkan lagi pengurusan akaun / kewangan sekolah.
8. Memaklumkan apa yang difikirkan patut kepada Pengetua / Penolong Kanan dari
masa ke semasa mengenai masalah pengurusan kewangan sekolah supaya
langkah-langkah segera untuk mengatasinya dapat diambil.
9. Membantu Pembantu Tadbir menyediakan laporan Kewangan Sekolah untuk
dikemukakan kepada Pejabat Audit Sekolah sebelum 31 Januari tahun berikutnya.
10. Melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
sekolah seperti arahan KP:1573/122(10) bertarikh 6.1.1994.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 67


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

SENARAI TUGAS STAF SOKONGAN

1. PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN KEWANGAN)

Bidang Tugas

Menyediakan:

1. Tuntutan gaji
2. Biasiswa
3. Tuntutan elaun lebih masa pekerja
4. Tuntutan bantuan perkapita
5. Pembayaran bil-bil

5.1 Mengemaskini:

5.1.1 Buku Tunai - Akaun Kerajaan


5.1.2 Akaun SUWA

6. Mengurus kira-kira yuran khas pelajar dan menyimpan slip bank.


7. Pesanan barang-barang keperluan pejabat.

2. PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN)

Mengurus:

1. 3KP, Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.


2. Pertukaran murid.
3. Pertukaran guru dan staf sokongan.
4 Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi.
5. Surat-surat dan rekod cuti guru / staf sokongan.
6. Sijil-sijil PMR / SPM / STPM apabila dikehendaki oleh pelajar.
7. Buku Biru / permit mengajar guru.
8. Data murid / guru dan staf sokongan.
9. Surat Berhenti Sekolah / Surat Akuan.

Tugas Tambahan:

1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Penolong


Kanan dari masa ke semasa.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 68


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

3. PEMBANTU AM RENDAH (PEJABAT)

1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Pengetua dan Penolong Kanan.
2. Mengurus buku kehadiran guru / staf sokongan.
3. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
4. Mcmbantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan
lain-lain.
5. Mengambil dan meminitkan surat.
6. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru /
staf sokongan yang berkenaan.
7 Mengepos dan mengambil surat.
8. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
9. Mengemaskini sistem fail.
10. Mengemas bilik Pengetua dan bilik cetak.
11 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

4. JURUTAIP

1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan.
2. Membantu Pembantu Tadbir sekolah dalam menyediakan perkara di atas.
3. Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan mesin taip dan lain-lain alat
dalam keadaan baik.
4. Menjaga stok dan mengemaskinikan stok alat-alat taip seperti stensil kertas taip
dan sebagainya serta mengamalkan jimat cermat.
5. Menaip borang perubahan gaji.
6 Menaip baucer.
7 Menaip penyata bulanan.
8. Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru.
9. Menaip surat berhenti sekolah dan testimonial (pelajar).
10 Menaip tuntutan perjalanan.
11. Menjalankan semua kerja yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari masa
ke semasa.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 69


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

5. KAKITANGAN MAKMAL

Pembantu Makmal / Pembantu Makmal Rendah

1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut
harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal
persekolahan).
2. Menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui
Guru Kanan Sains / Pengetua.
3. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan
baik dan mnengikut kehendak guru sains.
4. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
5. Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh guru.
6. Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih, kemas dan
selamat.
7. Memastikan bahan / ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa mencukupi.
8. Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan.
9. Memastikan radas dan bahan kimia dikembalikan ke tempat asal selepas
digunakan.
10. Memastikan bilik makmal berada dalam keadaan kemas dan bersih serta semua
tingkap dan tutup gas besar / paip air ditutup sebelum mengunci makmal.
11. Menjalankan tugas-tugas harian / rutin:

11.1 i. Menyediakan radas-radas dan larutan kimia untuk eksperimen


ii. Menyediakan senarai set radas sains yang diperlukan oleh guru sains
untuk eksperimen.
iii. Mengisi botol-botol reagent, aspirator dengan larutan kimia, larutan
indikator dan larutan lain yang sentiasa mencukupi serta menukar label di
botol reagent jika perlu.
iv. Menyediakan carta-carta, projektor slaid, OHP, slaid mikroskop dan
transparensi untuk pengajaran sains.
v. Menyimpan dan mengemas radas-radas yang telah digunakan ke tempat
asalnya.
vi. Melengkapkan radas pelajar di makmal Kimia dan makmal Fizik.

11.2 Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan makmal:


i. Membuka makmal Fizik, Biologi dan Kimia serta stor.
ii. Membersihkan makmal Fizik, Kimia, Biologi dan stor.
iii. Membersihkan papan hitam, sinki, meja guru dan pelajar serta almari
wasap dan sebagainya.
iv. Mencuci semua sinki, meja-meja makmal, almari wasap, papan hitam dan
sebagainya.
v. Membuang sampah.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 70


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

vi. Menutup tingkap dan mengunci pintu makmal serta mengembalikan kunci
makmal ke pejabat.
vii. Mengisi botol-botol reagent dengan larutan kimia dan menukar label di
botol jika perlu.
viii. Menolong pembantu makmal / guru sains menyediakan larutan-larutan
reagent kimia, larutan indikator dan lain-lain.
viiii. Mengumpul bahan-bahan percubaan yang diperlukan untuk percubaan
pada minggu berikutnya.
x. Menolong pembantu makmal / guru sains di dalam perkara-perkara
berikut:
* Membuat alat-alat sains daripada bahan-bahan tempatan dan lain-lain.
* Memperbaiki radas-radas Fizik, Kimia atau Biologi yang rosak.
* Mengecaskan bateri-bateri bekal.
* Menyediakan radas-radas yang diperlukan untuk percubaan pada
minggu berikutnya.
* Menajamkan alat-alat pemotong dalam makmal Biologi.
* Menyenaraikan radas-radas sains yang telah dipecahkan oleh pelajar-
pelajar dan alat-alat yang memerlukan servis.
* Mencuci peti sejuk.
* Mencuci akuarium dan tempat-tempat memelihara binatang-binatang
jika ada.
* Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang.
* Mengecat bilik makmal.
* Mengecat permukaan meja-meja makmal.
* Memeriksa keadaan penyambung (joint) paip gas dalam longkang bilik
makmal dan juga keadaan paip-paip gas dan air Jika berkarat atau
mungkin berlaku kebocoran, laporkan kepada Pembantu Makmal / Guru
Kanan Sains.
* Mencuci dan guna (grease) alat-alat ukuran supaya ia tidak akan
berkarat dalam tempoh cuti sekolah.
* Peringatan : Ada alat-alat yang tidak dicuci dengan air. Gunakan minyak
atau cairan yang sesuai.
* Mencuci semua teropong halus.
* Membuat alat-alat sains dan bahan-bahan tempatan jika perlu.
* Menolong pembantu makmal dan guru sains mengemaskini stok
tahunan.
* Membaiki papan hitam dalam tiap-tiap bilik makmal (jika perlu).
* Menambah larutan ubat awet dalam tiap-tiap satu botol yang
mengandungi contoh-contoh biologi jika perlu.
* Membetulkan almari wasap (fume cupboard) dan rumah-rumah binatang
(jika perlu).

11.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan /
Guru Kanan Sains.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 71


SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

6. PEKERJA AM SEKOLAH

6.1 Membersihkan kawasan sekolah.


6.2 Memotong rumput.
6.3 Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buang
sampah.
6.4 Menyapu sampah dikaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput.
6.5. Membersihkan tandas, longkang dan stor.
6.6 Menjaga dan menyelenggara mesin rumput dan peralatan-peralatan.
6.7 Memastikan stok peralatan PRA sentiasa lengkap dan cukup.
6.8 Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga / pokok.
6.9 Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program rasmi sekolah.
6.10 Membaikpulih peralatan sekolah / perabot sekolah yang rosak.
6.11 Mempastikan peralatan sekolah / perabot tidak terbiar dimerata-rata tempat.
6.12 Melaporkan kepada Pengetua tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk
tindakan.
6.13 Menggantikan tugas jaga sewaktu jaga bercuti.
6.14 Membantu kerja menggelek dan menjaga mesen pendua.
6.15 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong
Kanan.

Roszelan09 SENARAI TUGAS STAFF SEKOLAH Page 72

Anda mungkin juga menyukai