Anda di halaman 1dari 3

KEBAIKAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zulkiple bin
Masdin selaku guru Bahasa Melayu kita dan rakan rakan yang dihormati sekalian.
Saya Nursahfirah binti Sapri sebagai pengacara forum pada hari ini. Terlebih dahulu ,
saya akan memperkenalkan ahli ahli panel yang bersama saya. Ahli panel pertama
yang bersama kita pada hari ini kelihatan comel memakai cermin mata. Saudari ini
diberi nama Nurfarisha Nuha binti Hazlan. Kemudian , kita beralih kepada ahli panel
kedua yang kelihatan sungguh manis apabila senyum. Saudari ini bernama Nurfaizah
Wafa binti Mohd. Ali. Seterusnya, saya akan memperkenalkan ahli panel ketiga kita
yang bersama kita iaitu saudari Nur Amelia Batrisyia. Kelihatan sungguh menawan
saudari kita pada hari ini. Sekarang kita akan beralih kepada ahli panel yang
terakhir yang bersama kita pada hari ini , saudari Nur Aqilah Syamimi binti Mat
Jauilah. Pada hari yang cerah ini, kami akan membincangkan mengenai kelebihan -
kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa. Baiklah , kita akan mulakan forum
kita yang menarik ini.

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak
zaman dahulu lagi dan juga digunakan sebagai alat penyebaran ilmu dan maklumat.
Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Oleh sebab
itu, negara kita ini Lantaran itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) misalnya,
memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lima bahasa
antarabangsa iaitu, bahasa Peranchis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui
pembelajaran bahasa antarabangsa. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur
dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya
dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kelebihan yang akan
diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa
ibunda.

Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana
seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja.
Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu
tempat-tempat menarik serta keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada
pelancong yang datang ke negara kita. Faedah daripada itu, para pelancong berasa
lebih dihargai malah akan lebih tertarik untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang
juga akan lebih memahami psikologi serta penutur jati individu tertentu. Sebaliknya,
tanpa menguasai pelbagai bahasa seseorang sukar untuk menolong walaupun
mempunyai niat untuk membantu. Impak daripada itu, para pelancong akan
berfikiran negatif dan berkemungkinan menganggap kita tidak peramah dan
bersikap sombong. Jelas bahawa, dengan menguasai pelbagai bahasa, kita mudah
berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar fikiran serta maklumat antara
satu sama lain.

Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk
memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan
yang terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris
yang menjadi bahasa utama dunia. Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan
seseorang akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai katak
di bawah tempurung. Sebagai contoh, untuk meningkatkan pengetahuan dalam
bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan
bahasa kitab suci Al-Quran. Sementara itu, bagi golongan pelajar mereka lebih
mudah untuk membuat rujukan sama ada melalui buku-buku atau Internet.
Kemahiran menguasai bahasa Inggeris misalnya, sering kali menjadi halangan
kepada pelajar Bumiputera di pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan kajian
serta bahan ilmiah yang berkualiti. Tegasnya, memiliki kemahiran bahasa Inggeris
yang baik sama ada mendengar, bercakap, membaca atau menulis adalah amat
perlu sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia membangunkan modal insan di
negara ini.

Seterusnya, seseorang lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat


yang lebih tinggi, baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Tambahan lagi
kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadi semakin
penting sekiranya seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini
demikian kerana hampir semua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
kekuatannya sebagai bahasa komunikasi masyarakat seluruh dunia. Hal ini
dikukuhkan lagi apabila seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-negara
maju seperti Jepun dan Perancis yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri
sebagai bahasa pengantar utama. Tamsilnya, untuk melanjutkan pelajaran di negeri
matahari terbit iaitu Jepun, pelajar perlulah mengikuti kurusus untuk menguasai
bahasa Jepun terlebih dahulu sebagai pakej untuk terpilih bagi mengikuti pengajian
di sana. Jelas terbukti bahawa penguasaan pelbagai bahasa memberikan
kemudahan kepada setiap orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi di samping mudah untuk memahami budaya dan gaya hidup sesuatu
masyarakat yang ditemui.
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa
seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan
seseorang pekerja yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap
mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan
pelbagai pihak. Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam
bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang
digemari dan disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang terdapat di negara
kita. Di samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang
itu, menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang
kehakiman dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai
masa depan yang cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga
dalam bidang pelancongan yang amat memerlukan khidmat pemandu pelancong
asing yang boleh menguasai bahasa asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai
bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu kriteria dan pertimbangan
utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang berkualiti.

Konklusinya, antara langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan


subjek bahasa tambahan di peringkat sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan
lagi modal insan yang bakal dilahirkan. Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa
bukan sahaja perlu menerimanya secara positif malahan memberikan sokongan
tanpa wujud perasaan berbelah bahagi. Semua individu khususnya golongan pelajar
perlulah merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran
bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah sekali gus
menyediakan masyarakat yang mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi untuk
bersaing di peringkat global. Justeru, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin
menjadi individu yang hanya memahami bahasa ibunda atau mampu menguasai
pelbagai bahasa yang pastinya memberikan kelebihan kepada kita kelak.

Anda mungkin juga menyukai