Anda di halaman 1dari 26

KAJIAN TINDAKAN - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKAR CAKAP AJUK

KEPADA CAKAP PINDAH


PENDAHULUAN
1.1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu.
Keputusan untuk melaksanakan kajian tindakan ini apabila murid-murid tingkatan 5 Sains
diberikan latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bagi soalan 3b dalam kertas
soalan Bahasa Melayu kertas 2. Namun, didapati semua murid dalam kelas ini telah gagal
menjawab soalan dengan betul. Susunan ayat yang tidak teratur serta terdapat murid yang
langsung tidak menjawab. Guru menunjuk ajar menggunakan kaedah menerang dan murid
mendengar. Dengan contoh-contoh secara rawak dikemukakan, harapan guru agar murid mudah
faham tidak tercapai. Hanya dua orang murid yang dapat menjawab dalam peringkat
memuaskan.
Justeru itu, guru bertindak melihat sejauh mana kefahaman murid terhadap pengajaran guru yang
agak terhad ini. Murid-murid kurang berminat kerana mereka mendapati soalan ini sukar untuk
dijawab. Guru tidak pernah mendedahkannya sebelum ini dan mereka menganggap tajuk ini
merupakan tajuk yang baru dipelajari dan kurang penting.
Pengajaran guru secara ringkas dengan menggunakan teknik contoh-contoh yang bercampur
aduk menyebabkan murid makin keliru. Murid mula tidak dapat membezakan jenis-jenis ayat
seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Pengajaran guru mula menjadi
tidak kena. Makin diajar murid makin keliru. Guru memberi beberapa latihan. Hasilnya ramai
murid daripada enam soalan hanya satu soalan yang betul.Apabila ditanya murid menyatakan
pengajaran guru susah untuk difahami dan mereka menjadi semakin tidak berminat.
Oleh sebab guru melihat tajuk ini cukup penting untuk penguasaan kemahiran berbahasa murid,
pembinaan struktur ayat yang gramatis serta pemahaman untuk Komponen Sastera dalam Bahasa
Melayu khususnya cerpen, drama dan novel maka suatu pengajaran yang khusus dan menepati
kehendak soalan peperiksaan SPM perlu dilaksanakan. Untuk itulah kajian tindakan ini perlu
dijalankan.
1.2. Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini seperti berikut :


1.2.1 Objektif Am
Untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bidang tatabahasa dan kemahiran berbahasa
dengan betul.
1.2.2. Objektif Khusus
(a) Untuk mendedahkan kepada murid tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul
(b) Untuk meningkatkan kefahaman murid tentang konsep teori lakuan pertuturan dalam
membina struktur ayat dalam bahasa Melayu dengan betul.
(c) Untuk membina suatu pendekatan , kaedah dan teknik amalan pengajaran guru yang berkesan
dalam pengajaran kemahiran berbahasa dan pengajaran wacana.
(d) Untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam bahasa Melayu dengan betul.
1.3. Pernyataan Masalah
Seperti yang dinyatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan murid dalam menukarkan cakap
ajuk kepada cakap pindah dan membina bentuk ayat bahasa Melayu secara gramatis.Kelemahan
ini cukup ketara apabila murid-murid diberi latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
namun hampir semua murid gagal untuk membuat latihan tersebut. Oleh demikian suatu kajian
tentang penguasaan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah perlu
dilaksanakan bagi menghuraikan beberapa masalah yang timbul seperti berikut :
(a) kurang faham maksud yang diperlukan dalam cakap ajuk untuk dijadikan cakap pindah.
Bagaimana jika cakap ajuk yang diujarkan berlainan maksud yang diberikan oleh murid ?.
Apakah impaknya apabila murid gagal memahami kehendak cakap ajuk sebelum ditukarkan
kepada cakap pindah ?
(b) Jika menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah ini penting dan ada kaitan dalam membina
ayat-ayat yang gramatis terutama dalam membina ayat tunggal dan ayat majmuk, bagaimanakah

penguasaannya perlu ditingkatkan supaya murid mudah faham dan dapat membina ayat tunggal
dan seterusnya membina ayat majmuk yang betul ?.
Pernyataan masalah di atas dapat dikenal pasti kerana ada kesilapan murid menukarkan cakap
ajuk kepada cakap pindah dan murid sendiri tidak faham maksud cakap ajuk semasa
menukarkannya kepada cakap pindah. Jawapan yang diberikan terlalu jauh menyimpang
daripada struktur dan maksud yang sebenar. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan iaitu
menggunakan teori lakuan pertuturan untuk meningkatkan penguasaan menukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah dengan menumpukan aspek bentuk, struktur dan kesesuaian penggunaan
dalam ayat-ayat berdasarkan kod kognitif serta dapat memberikan suatu manafaat kepada guru
dan murid.
1.4. Definisi Konsep
1.4.1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Merujuk Kamus Linguistik DBP/internet ( 2007) cakap ajuk bermaksud ujaran sebenar penutur
yang lazimnya ditandai dengan intonansi atau tanda baca. Manakala cakap pindah merupakan
ujaran tak langsung atau wacana tak langsung oleh pihak lain selain daripada penutur dan
pendengar ( pihak ketiga ).
1.4.2. Kod Kognitif
Merujuk kepada Siti Hajar et.al (1997) kod kognitif ialah suatu kreativiti mental atau kaedah
yang menekankan bentuk dan makna. Dalam kaedah ini seseorang yang hendak mempelajari
sesuatu kemahiran berbahasa harus mengetahui sistem bahasa yang berdasarkan hukum-hukum
dalam ilmu tatabahasa.

METODOLOGI KAJIAN
2.1. Subjek Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 26 orang murid Tingkatan 5 Sains di Sekolah Menengah
Kebangsaan Air Kuning, Mambang DiAwan, Perak. Dalam kelas ini terdapat 15 orang murid

Melayu ( 5 orang lelaki dan 10 orang perempuan ), 6 orang murid India ( 2 orang lelaki dan 4
orang perempuan ), 3 orang murid Cina ( 3 orang perempuan ) dan 2 orang murid Orang Asli
( seorang lelaki dan seorang perempuan ).
2.2. Batasan Kajian
Kajian ini lebih bertumpu kepada beberapa aspek dan sudut seperti berikut :
(a) Dari segi bahan dan data, kajian ini berdasarkan pengkajian kemahiran berbahasa murid
dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah yang terdiri daripada jenis-jenis ayat bahasa
Melayu seperti berikut :
(i) Ayat Penyata termasuk ayat berita dan ayat keterangan.
(ii) Ayat Tanya.
(iii) Ayat Perintah termasuk ayat permintaan, ayat silaan, ayat larangan dan ayat suruhan.
(iv) Ayat Seruan.
Menurut Nik Safiah Karim et.al (1994) ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud
membuat pernyataan bertujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal, ayat
tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal, ayat perintah ialah ayat
yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan yang ditujukan kepada
orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama diri kedua dan ayat seruan pula ialah ayat
yang diucapkan dengan membawa nada atau intonansi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu
keadaan perasaan.
(b) Dari sudut analisis data, aspek yang dikaji ialah keberkesanan penggunaan teori lakuan
pertuturan yang menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa murid secara
kualititatif dan kuantitatif yang berdasarkan ujian pra, proses rawatan kumpulan kajian
( perancangan tindakan ) dan hasil perubahannya berdasarkan ujian pos. Semua dapatan
dianalisis dan dikemukakan dalam kajian ini. Pengkaji turut menjalankan temubual terhadap
pengajaran amalan pengajaran guru dan pemerhatian tingkah laku murid dalam kelas mereka
semasa sesi pengajaran pembelajaran murid. Matlamatnya untuk melihat sikap dan nilai yang
mereka berikan terhadap pengajaran guru.

Menurut Muhamad Yunus ( 1992:160) menjelaskan lakuan tuturan merupakan satu teori yang
berasaskan keperihalan keadaan dalam pertuturan mengikut kesesuaian, fungsinya dalam
hubungan penutur dan pendengar yang harus dinilai dalam keadaan tertentu yang melatarinya
iaitu makna sesuatu perkataan itu dituturkan dengan keperihalan bunyi, keperihalan tatabahasa,
keperihalan gaya yang secocok iaitu fungsinya dalam masyarakat dan budaya. Ahmad Mahmood
(2000) pula menyatakan bahawa teori lakuan pertuturan merupakan penggunaan ayat
berdasarkan penginterpretasian makna dan mengambil kira maksud sebenar sesuatu ayat yang
diujarkan dan menganggap maksud ayat adalah bergantung kepada lakuan pertuturan penutur
dan pendengar. Oleh itu setiap ujaran ayat dalam wacana bukan sahaja mendukung makna
berdasarkan jenis dan fungsi ayat malah turut mendukung makna-makna lain dalam ujaran.
2.3. Alat-alat Instrumen Kajian
Bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan langkah-langkah berikut iaitu:(a) soal selidik dan pemerhatian : Dijalankan terhadap murid Tingkatan 5 Sains.
(b) Ujian Pra : Ujian dijalankan sebelum rawatan kumpulan kajian
(c) Ujian 1 hingga 3 : Ketika proses rawatan dalam kumpulan kajian
(d) Ujian Pos : Ujian yang dijalankan selepas rawatan.

PELAKSANAAN DAN PROSEDUR KAJIAN


Bagi menjalankan kajian ini pengkaji telah menggunakan skema kajian tindakan berterusan dan
berdasarkan reka bentuk kajian yang dinyatakan sebelum ini. Menurut Dr. Kim Phaik Lah et. al (
1995 ) gelungan jenis ini merupakan model yang mementingkan gelungan langkah yang
melibatkan 5 langkah asas dalam satu gelungan dan gelungan pertama akan diikuti gelungan
kedua dalam satu kajian tindakan yang berterusan. Antara langkah tersebut ilah.
3.1. Langkah Mengenal Pasti Isu, Masalah serta Situasi

Pada peringkat ini pengkaji telah memberikan suatu tinjauan aspek-aspek yang ada kaitan
dengan masalah yang dinyatakan seperti berikut :
3.1.1. Amalan Belajar Murid
Pada bahagian ini pada mulanya pengkaji telah memberikan suatu latihan menukarkan cakap
ajuk kepada cakap pindah dengan teknik menerang dengan mengemukakan contoh-contoh yang
mudah kerana berpendapat murid telahpun didedahkan dengan kemahiran berbahasa
menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya. Pada peringkat ini guru mengenal
pasti amalan belajar murid melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk
menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan menggunakan cara gundalan. Didapati
murid-murid tidak memberikan perhatian kepada pengajaran guru, murid-murid bertanya-tanya
sesama mereka, meniru jawapan daripada rakan sebelah.dan ada yang langsung tidak membuat
latihan.kerana tidak faham cara untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan
betul.Apabila guru memeriksa latihan yang diberikan guru dapati murid telah menghasilkan
latihan seperti berikut

Jadual 1 : Latihan Murid Untuk Refleksi Pembelajaran yang Lalu


Jawapan yang Betul
Tidak

Kekerapan

Peratus

menjawab 3

11.5

19.2

10

38.5

23.1

7.7

Jumlah

26

100

langsung

Berdasarkan Jadual 1 di atas didapati jumlah yang berada di tahap yang terlalu lemah ialah
seramai 24 orang iaitu 92.3 %. Ini menunjukkan tahap pengetahuan murid menukarkan cakap
ajuk kepada cakap pindah berada di tahap yang lemah dan perlu dibaiki. Selain daripada melihat
jumlah penghasilan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam latihan yang diberikan,
guru turut mendapati banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa menjawab
soalan seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 2: Kesalahan Murid Semasa Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
Jenis-Jenis Kesalahan Ayat

Kekerapan

Peratus

Ayat Penyata

10

38.5

Ayat Tanya

19

73.1

Ayat Perintah

21

80.8

Ayat Seruan

20

77.0

Berdasarkan Jadual 2 di sebelah menunjukkan kadar kekerapan dan peratus kesalahan murid
dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Didapati peratus kesalahan dalam ayat
perintah lebih tinggi jika dibandingkan dengan ayat tanya dan ayat seruan. Bagi ayat penyata
kadarnya gak kecil kerana ayat ini mudah sedikit berbanding ayat-ayat yang lain.
3.1.2. Masalah Murid Semasa Belajar
Selepas seminggu melalui pemerhatian guru, pengkaji telah mengemukakan temubual dan soal
selidik kepada murid. Guru bersoal jawab selama 5 minit dengan murid untuk mengetahui
masalah mereka tentang pembelajaran kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada

cakap pindah. Tujuannya ialah untuk mendapat maklumat dan meningkatkan cara pengajaran
guru agar murid dapat menguasai kemahiran ini.
Jadual 3 : Masalah Utama Mempelajari Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
Skala

Masalah Pembelajaran

Sangat

Setuju

Tidak

Sangat

Setuju

Tidak

Setuju

Murid

Setuju

Pembelajaran tidak menarik

Tidak tahu membuat nota

Tidak faham perkara yang diajar

Kurang daya ingatan

Topik yang diajar susah

Perbincangan
berkesan

kumpulan

12

26

46.2%

34.6%

11.5%

7.7%

100%

11

26

34.6%

42.4%

15.3%

7.7%

100%

13

11

26

50%

42.4%

3.8%

3.8%

100%

12

10

26

46.2%

38.5%

11.5%

3.8%

100%

13

11

26

50%

42.4%

3.8%

3.8%

100%

10

26

38.5%

19.2%

7.7%

100%

26

19.2%

7.7%

3.8%

100%

tidak 9
34.6%

Malas membaca nota yang diberi 18


guru

Jumlah

69.3%

Berdasarkan Jadual 3 di atas jelas boleh disimpulkan bahawa tidak faham perkara yang diajar
dan topik yang diajar susah sebanyak 92.4% merupakan faktor utama masalah murid
mempelajari menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah iaitu faktor guru. Hanya faktor malas
membaca nota yang diberi guru sebanyak 88.5% merupakan faktor murid.

3.1.3. Amalan Pengajaran Guru


Selain daripada menilai amalan dan masalah murid semasa belajar, pengkaji juga menilai amalan
pengajaran guru dalam pembelajaran dan pembelajaran menukarkan cakap ajuk kepada cakap
pindah.. Satu soal selidik telah diberikan kepada murid untuk menilai dan meninjau kelemahan
guru semasa mengajar berkaitan tajuk ini selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
soal selidik yang telah dijalankan 29 orang murid telah menyatakan seperti jadual di bawah ini.
Jadual 4 : Keberkesanan Pengajaran Guru Terhadap Murid Menukarkan Cakap Ajuk
kepada Cakap Pindah
Skala

Amalan Pengajaran

Sangat

Setuju

Tidak

Sangat

Setuju

Tidak

Setuju

Guru

Setuju

Pengajaran guru tidak menarik

Guru banyak bercakap

Guru

tidak

menggunakan

14

26

53.9%

27%

15.3%

3.8%

100%

15

10

26

57.7%

38.5%

3.8%

0%

100%

14

26

38.5%

53.9%

3.8%

3.8%

100%

13

12

26

50%

46.2%

3.8%

0%

100%

10

26

38.5%

15.3%

7.7%

100%

14

26

38.5%

53.9%

3.8%

3.8%

100%

10

14

26

bahan 10

bantuan mengajar
Guru tidak pernah dedahkantajuk ini

Guru menggunakan contoh yang 10


susah
Latihan

Jumlah

38.5%
guru

tidak

membantu 10

pemahaman
Guru kurang memberi latihan

3.8%
38.5%

53.9%

3.8%

100%

Jika diteliti jadual 4 di atas telah menunjukkan dalam pengajaran guru tentang menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah jelas kesilapan guru kerana banyak bercakap 96.2%, tidak
pernah mendedahkan tajuk ini 96.2%, latihan yang lemah dan tidak teratur 92.4% menyebabkan
pengajaran yang tidak menarik sebanyak 80.9%. Oleh itu kajian ini penting untuk mengubah
persepsi murid terhadap guru.
3.1.4. Tahap Penguasaan Murid
Untuk mendapatkan maklumat dan jawapan permasalahan kajian ini, pengkaji telah
menggunakan ujian pra dengan mengemukakan jenis dan bentuk ayat serta menukarkan cakap
ajuk kepada cakap pindah untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang prestasi dan tahap
penguasaan murid tentang menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Melalui ujian pra ini
pengkaji akan dapat menilai kemampuan murid berdasarkan beberapa analisis penemuan
sebelum merancang tindakan seperti jadual berikut :
Jadual 5 : Prestasi Penguasaan Murid dari Segi Jumlah Menukarkan Cakap Ajuk kepada
Cakap Pindah
Bil Cakap Ajuk

Kekerapan

Peratus

0 10

3.8

11 20

11.5

21 30

20

77.0

31 40

7.7

40 ke atas

Jumlah

26

100

Selain melihat penguasaan murid dalam menghasilkan jumlah menukarkan cakap ajuk kepada
cakap pindah, pengkaji juga melihat prestasi murid berdasarkan jumlah markah yang diperoleh
daripada ujian pra tersebut.

Jadual 6 : Prestasi Penguasaan Murid dari Segi Markah yang Diperoleh Menukarkan
Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah.
Markah

Kekerapan

Peratus

Bawah 40

15.4

41 50

11

42.3

51 65

10

38.5

66 80

3.8

81 100

Jumlah

26

100

Berdasarkan jadual 5 dan 6 di atas telah menunjukkan bahawa prestasi murid dalam menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah adalah lemah dan rendah. Seramai 24 orang murid telah gagal
menjawab menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah iaitu 92.3% manakala jika diukur dari
segi pencapaian marakah seramai 21 orang murid atau 96.2 % hanya mampu memperoleh
markah bawah 65%.. Ini menyebabkan pengkaji merasakan tindakan kajian ini patut dan
bertepatan sekali untuk meningkatkan prestasi murid.
3.2. Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Setelah pengkaji mengenal pasti isu, masalah dan situasi yang berlaku dalam mengajarkan topik
ini , pengkaji telah merancang tindakan dengan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran
atau proses rawatan kumpulan kajian bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik
lakuan pertuturan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa bahasa Melayu murid dengan fokus
utama menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan kaedah kod-kognitif. Antara langkah
yang diambil dalam kajian ini adalah seperti berikut :
3.2.1. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk dapatan kajian ini, pengkaji telah merancang suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ( selepas ini pengajaran dan pembelajaran disebut PNP dan pengkaji disebut
guru ) yang berfokuskan kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
dengan menggunakan teknik lakuan pertuturan. Tiga pendekatan pengajaran bahasa Melayu telah

digunakan oleh guru berdasarkan model-model yang diketengahkan oleh Paul D. Eggen (1979)
dalam Siti Hajar Hj Abdul Aziz et.al (1997). Kaedah penggabungjalinan yang merangkumi aspek
lisan, membaca dan menulis turut digunakan guru. Namun fokus kemahiran berbahasa, membina
struktur ayat tunggal dan majmuk akan ditekankan. Untuk melihat keberkesanan dan
meningkatkan penguasaan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah pengkaji
telah melaksanakan sendiri empat sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut strategi
pengajaran yang ditetapkan. Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah :3.2.1.1.Pendekatan Induktif
Pada peringkat ini dalam PNP guru telah menggunakan struktur kemahiran intelektual.Guru telah
menggunakan dua masa 80 minit untuk melaksanakan PNP menukarkan cakap ajuk kepada
cakap pindah berdasarkan ayat tanya dan ayat penyata. Ini kerana kedua-duanya saling berkaitan
berdasarkan soal jawab. Melalui cara ini guru dapat membentuk kemahiran berbahasa murid
serentak dalam bentuk kod kognitif iaitu konsep bentuk dan makna dengan lebih detail supaya
PNP guru untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah untuk ayat perintah dan ayat
seruan agak mudah sedikit.
Dicadangkan pada peringkat membentuk konsep, pengkaji mendengarkan dialog daripada
rakaman laptop. Murid diminta mendengar dengan teliti. Kemudian guru menayangkan dan
mengedarkan dialog yang telah diperdengarkan tadi. Murid diminta meneliti dan membaca
dialog tersebut. Murid diminta mengenal pasti jenis-jenis ayat yang ditayangkan.
Guru kemudian menerangkan langkah seterusnya bahawa selain daripada ayat di atas fungsinya
untuk bertanya dan menjawab, ayat-ayat tersebut turut mendokong struktur makna yang lain.
Walaupun ayat tersebut jenis ayat tanya yang fungsinya untuk tujuan menanyakan sesuatu hal
namun ayat tanya turut mengandungi makna-makna perlakuan yang lain. Begitu juga ayat
penyata walaupun fungsinya menjawab ayat tanya iaitu maksud membuat sesuatu pernyataan
namun ayat penyata tersebut turut mendokong makna-makna perlakuan yang lain. Ini yang
dikaitkan berdasarkan niat dan tujuan sebenar penutur dan pendengar dalam sesuatu dialog.
Pada peringkat ini guru mengedarkan dan menerangkan gambar rajah struktur tanya jawab
dengan pelbagai kemungkinan makna. Contohnya pertanyaan jawapan, permintaan
persetujuan, ajakan penolakan, nasihat ketidakendahan dan sebagainya. Guru kemudian

bersoal jawab dengan murid menyatakan makna ayat berdasarkan dialog dan gambar rajah
struktur makna yang diberikan.
Pada peringkat membuat generalisasi, murid diminta mengklasifikasikan jenis ayat dan makna
lakuan yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Murid diminta mencatatkannya. Guru
kemudian mengedarkan bahan panduan syarat-syarat dan peraturan menukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah dengan betul. Berdasarkan bahan panduan yang diedarkan guru
menunjukkan contoh-contoh menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan proses
membina ayat tunggal atau ayat majmuk yang tepat.
Pada peringkat mencubakan generalisasi murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan melakukan
perbincangan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah secara keseluruhan dialog yang telah
diberikan tadi. Kemudian ketua kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Guru membetulkan kesalahan murid jika ada.
Pada peringkat penilaian guru mengedarkan ujian 1 sebagai bahan penilaian untuk melihat
keberkesanan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Pada peringkat penutup guru
membuat kesimpulan sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan pemenang kumpulan dan
penghargaan sebagai aktiviti sosial.
3.2.1.2. Pendekatan Deduktif
Pada peringkat PNP ini, dengan menggunakan model pengajaran deduktif yang masih lagi
menekankan kemahiran intelektual guru telah mengambil masa selama 40 minit untuk
menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam struktur ayat seruan. Namun sebelum itu
struktur kognitif (isi PNP utama ) ditekankan terlebih dahulu berbanding PNP mengikut model
induktif iaitu murid mempelajari rumus, syarat-syarat dan peraturan menukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah dalam ayat seruan dan kemudian mengaitkan dengan contoh-contoh yang
sesuai.
Pada peringkat mengemukakan generalisasi guru akan menerangkan rumus lakuan pertuturan
yang terkandung dalam ayat seruan. Guru mengedarkan syarat rumus ayat seruan selain daripada
fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan namun ayat ini mengandungi makna kehairanan,
terkejut, memuji, mengumumkan, memberi amaran dan sebagainya Seterusnya melalui bahan

edaran, guru menerangkan syarat-syarat dan peraturan menukarkan cakap ajuk kepada cakap
pindah. Murid diminta meneliti rumus, syarat-syarat dan peraturan sebagai struktur isi.
Pada peringkat menganalisis konsep guru mengemukakan contoh-contoh ayat seruan. Murid juga
diminta mengemukakan contoh-contoh lain ayat seruan selepas meneliti contoh guru. Semua
contoh ditunjukkan di papan tulis. Berdasarkan contoh-contoh tersebut guru menerangkan proses
menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah berdasarkan makna lakuan pertuturan tadi. Guru
membimbing murid membina struktur cakap pindah dalam ayat tunggal atau ayat majmuk.
Murid mencatat semua contoh-contoh yang diberikan. Guru bersoal jawab dengan murid.
Dalam peringkat mencubakan generalisasi guru mengemukakan contoh-contoh lain berdasarkan
ayat seruan daripada bahan KOMSAS iaitu cerpen yang dipilih daripada antalogi kerusi. Murid
dibahagikan kepada 4 kumpulan dan mengedarkan ayat-ayat seruan mengikut kumpulan masingmasing.Seterusnya berdasarkan PNP guru, murid berbincang untuk menukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah. Ketua kumpulan seterusnya akan membentang hasil perbincangan masingmasing. Guru memantau hasil PNP murid dan membetulkan jika ada kesalahan.
Pada peringkat penilaian guru mengedarkan ujian 2 sebagai bahan penilaian untuk melihat
keberkesanan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Pada peringkat penutup guru
membuat kesimpulan sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan pemenang kumpulan dan
penghargaan sebagai aktiviti sosial.
3.2.1.3 Pendekatan Eklektik
Pada sesi PNP yang ketiga, guru telah menggunakan pendekatan eklektik dengan teknik
pemusatan bahan-bahan mengajar sepenuhnya dengan menggunakan teori lakuan pertuturan
dalam ayat perintah selama 40 minit seperti gambar rajah di bawah ini. Proses
penggabungjalinan kemahiran berbahas dan subjek digunakan. Penekanan PNP ini masih lagi
berfokuskan kemahiran berbahasa menulis.
Pada peringkat mengemukakan contoh-contoh, guru memberikan beberapa contoh yang sesuai
yang diambil daripada novel dan ditunjukkan kepada murid. Kemudian guru meminta murid
memberikan contoh-contoh dialog jenis ayat perintah yang lain yang juga terdapat dalam novel
yang dipelajari.. Guru bersoal jawab tentang ayat perintah yang ditunjukkan berdasarkan

subjenis ayat perintah iaitu fungsi ayat perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan seperti suruhan, larangan, silaan dan permintaan.
Pada peringkat generalisasi guru telah menerangkan rumus lakuan pertuturan iaitu makna ayat
bukan sahaja tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan namun ayat perintah tersebut
mengandungi makna mengarah, menjemput, mempersilakan, memberi amaran, mengingatkan,
memohon, menasihati dan sebagainya bersesuaian dengan sesuatu tindakan kesan daripada
maksud ayat perintah iaitu bersetuju, menolak, ketidakendahan dan sebagainya. Guru juga turut
bersoal jawab dengan murid tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan menukarkan cakap
ajuk kepada cakp pindah bagi ayat perintah. Guru menunjukkan contoh-contoh yang betul.
Kemudian murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk daripada ayat perintah ( menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah ) dengan menggunakan contoh-contoh yang lain. Guru
membetulkan kesalahan jika ada.
Pada peringkat mengemukakan contoh-contoh tambahan guru telah membahagikan kepada 4
kumpulan. Dengan menggunakan novel yang telah dipelajari guru mengemukakan contohcontoh yang lain berkaitan ayat perintah. Setiap kumpulan diminta menukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah dalam ayat perintah. Ketua kumpulan membentang hasil perbincangan dan
kemudian bersoal jawab. Guru membetulkan jika terdapat kesalahan.
Pada peringkat penilaian guru mengedarkan ujian 3 sebagai bahan penilaian untuk melihat
keberkesanan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam ayat perintah. Pada
peringkat penutup guru membuat kesimpulan sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan
pemenang kumpulan dan penghargaan sebagai aktiviti sosial.
PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semasa menjalankan sesi PNP dengan menggunakan teori
lakuan pertuturan dan bahan-bahan bantuan mengajar pengkaji telah dapat membuat pemerhatian
seperti berikut :
4.1. Perubahan Tingkah Laku Murid
4.1.1. Sebelum kajian : Kebanyakan murid didapati kurang memahami teknik atau kaedah yang
betul untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan kurang berminat apabila soalan ini

dikemukakan dalam kertas peperiksaan atau latihan kerana ramai yang tidak tahu untuk
menjawab soalan bahagian kemahiran berbahasa ini. Antara sebabnya utama yang dapat dikenal
pasti termasuklah guru langsung tidak pernah mendedahkan atau mengajar aspek kemahiran
berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, pengajaran guru yang kurang menarik
dan tidak tersusun, murid keliru dan contoh-contoh yang susah difahami.
4.1.2. Selepas kajian : Sikap murid untuk mengikuti pelajaran meningkat tambahan pula
kemahiran berbahasa ini dijangkakan oleh guru keluar dalam peperiksaan tahun ini.Tumpuan
murid untuk mengetahui teori lakuan pertuturan dengan detail bertambah dan mereka turut
menganggap topik ini penting kerana secara tidak langsung mereka dapat mengetahui teknik
membina ayat tunggal yang gramatis dan mencantumkan ayat dengan menggunakan kata hubung
dan kata relatif yang dalam membina ayat majmuk.
4.2. Penggunaan Instrumen
Pengkaji (guru) telah menggunakan pelbagai instrument dalam kajian ini. Antara instrument
yang digunakan ialah :
(a) Borang soal selidik digunakan selepas latihan soalan kemahiran berbahasa 3(b) dan ujian pra
dengan tujuan untuk mengenal pasti masalah dan situasi selepas refleksi keputusan pra diperoleh.
(b) Bahan-bahan dialog, latihan, buku-buku KOMSAS digunakan sebagai bahan bantuan
mengajar sepanjang sesi PNP.
(c) Laptop dan lembaran kerja sebagai bantuan mengajar sokongan dalam PNP
(d) Soalan-soalan Ujian Pra, Ujian 1 hingga 3 dan Ujian Pos diberikan sebagai suatu penilaian
yang berterusan untuk dapatan kajian dan data serta dianalisis.
4.3. Strategi Pengumpulan Data
Untuk mengumpulkan data, pengkaji telah menjalankan soal selidik selepas ujian pra diberikan
kepada murid, Tujuannya untuk melihat keberkesanan PNP guru dalam kelas. Seterusnya
pengkaji telah melaksanakan tiga sesi PNP sebagai proses rawatan menukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah berdasarkan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu mengikut tiga
pendekatan iaitu induktif, deduktif dan eklektik dan penilaian turut diberikan. Akhirnya pengkaji

telah memberikan ujian pos untuk melihat perbezaan penguasaan murid dalam menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul. Semua data dinilai dan dianalisis.
4.4. Analisis Dapatan dan Data Kajian
Sepanjang kajian dijalankan guru telah menggunakan kedah kod koginitif dengan pendekatan
induktif, deduktif dan eklektik dalam pengajaran dan pembelajaran menukarkan cakap
ajuk kepada cakap pindah. Dengan menggunakan contoh-contoh daripada cerpen, novel dan
keratan kartun serta wawancara mudah penguasaan murid dalama topik ini telah menunjukkan
perkembangan yang baik. Murid-murid telah menguasai kemahiran berbahasa ini dengan baik.
Berdasarkan hasil ujian akhir murid telah dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman
mereka tentang menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul. Kesalahan membina
ayat khususnya ayat majmuk semasa memindahkan cakap ajuk telah menurun seperti berikut :
Jadual 7 : Analisis Bandingan Kesalahan Murid Semasa Menukarkan Cakap Ajuk kepada
Cakap Pindah antara Ujian Pra dan Ujian Pos.
Jenis Kesalahan

Kekerapan

Peratus

Ujian Pra

Ujian Pos

Ujian Pra

Ujian Pos

Salah konsep

15

51.7

10.3

Salah keseluruhan jawapan

31.0

Cakap pindah yang tidak tepat

18

62.1

13.8

Langsung tidak menepati syarat dan 10

34.5

6.9

72.4

20.7

peraturan
Tidak menepati kehendak / maksud 21
ayat
Berdasarkan jadual 7, daripada 26 orang murid yang telah melaksanakan ujian pos, bilangan
murid yang telah salah konsep semasa menjawab telah menurun seramai 12 orang iaitu
penurunan sebanyak 41.4%, salah keseluruhan jawapan menurun kepada 0%, kesalahan cakap
pindah yang tidak tepat menurun seramai14 orang iaitu sebanyak 48.3%, kesalahan langsung
tidak menepati syarat dan peraturan menurun seramai 8 orang dengan perbezaan 27.6% dan

kesalahan tidak menepati kehendak atau maksud ayat telah menurun seramai 15 orang atau
perbezaan sebanyak 51.7%.
Selain itu jika ditinjau berdasarkan prestasi murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap
pindah pengkaji juga telah dapat meningkatkan pencapaian penguasaan murid dalam
menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam ujian akhir. Secara keseluruhannya prestasi
ini dapat ditunjukkan seperti dalam jadual 8 di bawah :
Jadual 8 : Analisis Prestasi Pencapaian Murid Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap
Pindah dalam Ujian Pos
Bil Cakap Ajuk

Kekerapan

Peratus

0 10

11 20

21 30

26.9

31 40

10

38.5

40 ke atas

34.6

Jumlah

26

100

Di samping itu, jika dilihat pula dari segi perolehan markah bagi ujian akhir telah turut
menunjukkan peningkatan yang baik seperti dalam jadual 9 di bawah.
Jadual 9 : Analisis Prestasi Pencapaian Markah Murid Menukarkan Cakap Ajuk kepada
Cakap Pindah dalam Ujian Pos.
Markah

Kekerapan

Peratus

Bawah 40

41 50

3.8

51 65

11.5

66 80

17

65.5

81 100

19.2

Jumlah

26

100

Merujuk kepada jadual 9 jika dibuat perbandingan dengan jadual 6 penguasaan menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah dari segi pemerolehan markah telah meningkat. Daripada 26
orang murid seramai 5 orang telah berjaya memperoleh 81 100 markah menunjukkan
peningkatan yang amat baik iaitu 19.2% berbanding 0% dalam ujian pra. Jumlah yang
memperoleh melebihi 66 hingga 80 markah telah meningkatkan seramai 17 orang berbanding
seorang dalam ujian pra dengan perbezaan 61.7%. Bagi murid yang mendapat antara 51 hingga
65 markah jumlah mereka telah dikurangkan dengan perbezaan sebanyak -27%. Namun begitu
masih terdapat seorang murid yang berada di tahap yang memuaskan iaitu 3.8%. Seorang murid
ini ialah seorang murid bukan Melayu (Cina).
Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan peningkatan seperti yang diharapkan oleh
pengkaji. Ternyata teori lakuan pertuturan yang digunakan dibantu oleh bahan-bahan bantuan
mengajar lain seperti lembaran kerja, ujian-ujian dan kaedah serta pendekatan yang sesuai di
samping perbincangan berkumpulan dapat meningkatkan penguasaan murid untuk menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah.
PENILAIAN DAN REFLEKSI
Kajian ini merupakan satu analisis pencapaian yang dijalankan berasaskan eksperimen untuk
melihat peningkatan penguasaan dalam kalangan murid Tingkatan 5 Sains dalam menukarkan
cakap ajuk kepada cakap pindah secara kod kognitif ( bentuk dan makna ) dengan menggunakan
teori lakuan pertuturan yang dikemukakan oleh Austin (1962) dan Searle (1969). Konsep ini
telah diaplikasikan secara meluas oleh Dr Ahmad Mahmood Musanif (2000) untuk kajian
wacana tanya dan jawab dalam bahasa Melayu. Berdasarkan keputusan dan petunjuk yang
diterima, didapati bahawa penggunaan teori ini dalam PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap
pindah dalam dialog bahasa Melayu telah menunjukkan kesan yang positif dalam merangsang ke
arah peningkatan keupayaan murid.Jika dilihat daripada proses PNP yang telah dilaksanakan
oleh pengkaji dalam tiga sesi pengajaran telah menyatakan beberapa implikasi seperti berikut :
(a) Pengaplikasian teori ini dalam PNP yang disampaikan oleh guru telah dapat menarik minat
murid untuk mengetahui secara mendalam teori ini dan perkaitannya dengan dialog dan ayat-ayat
bahasa Melayu khususnya kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
Secara tidak langsung kemahiran ini turut berjaya membimbing murid membina ayat tunggal dan

ayat majmuk. Murid turut didedahkan dengan kata hubung dan kata pancangan relatif yang,
kata komplemen bahawa dan untuk serta kata keterangan. Murid turut mendapat kemahiran
berbahasa menggabunggkan ayat.
(b) Untuk menentukan keberkesanan penguasaan murid terhadap PNP dalam kelas murid mesti
diberikan suatu penilaian kerana penilaian ini dianggap sebagai suatu keperluan yang dapat
memberikan maklum balas yang sesuai tentang pencapaian murid. Guru seharusnya
memperuntukkan masa yang mencukupi untuk memberi, memeriksa dan menilai hasil penilaian
murid supaya tahap kemampuan mereka dapat diukur, dinilai dan ditentukan. Dengan cara ini,
murid dapat dibekalkan dengan maklumat yang lengkap supaya aspek yang berkaitan dengan
kemahiran berbahasa khususnya pembinaan ayat bahasa Melayu dapat ditingkatkan dari semasa
ke semasa. Dengan itu, aspek kemahiran berbahasa murid akan dapat disempurnakan mengikut
kehendak sukatan pelajaran semasa.
(c) Guru mesti meningkatkan penguasaannya dalam aspek pendekatan, kaedah dan teknik PNP
supaya penyampaian guru dalam PNP lebih berkesan dan menarik. Ramai guru gagal
menyampaikan PNP yang baik kerana guru gagal memanfaatkan pengetahuan pendekatan ,
kaedah dan teknik yang pernah mereka amalkan semasa menerima latihan perguruan. Terdapat
juga strategi pengajaran guru yang tidak tepat dan guru gagal merancang strategi yang baik.
Perancangan strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja boleh membantu murid meningkatkan
prestasi penguasaan dalam kemahiran tertentu tetapi juga dapat melancarkan penyampaian ilmu
oleh guru kepada murid-murid. Walaupun kadang-kadang guru keliru dalam menyampaikan
pengajaran namun penyusunan strategi berdasarkan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai
dan betul dapat meleraikan masalah tersebut.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap responden untuk menilai peningkatan
murid dalam kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan
menggunakan teori lakuan pertuturan telah mengambil masa hampir dua bulan. Oleh demikian
dicadangkan peruntukkan masa yang lebih panjang seharusnya diberikan bagi kajian selanjutnya
yang melibatkan menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk pula supaya kajian serentak dapat

dilakukan. Denga itu kefahaman murid akan meningkat. Murid juga akan dapat menguasai satu
lagi kemahiran secara tidak langsung iaitu tanda baca dan bahasa lisan.
Sungguhpun kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perubahan tingkah laku, minat murid dan
menunjukkan perubahan kefahaman murid namun murid-murid perlu menambah bacaan mereka
seperti buku, surat-surat khabar sisipan, jurnal dan bahan-bahan bacaan yang sesuai yang ada
menerangkan kemahiran berbahasa dan struktur pembinaan ayat. Dengan cara ini juga PNP
murid tidak akan terhad dalam bilik darjah malah pengetahuan mereka akan meningkat melalui
pembacaan ekstensif yang dapat membimbing murid untuk memahami kemahiran berbahasa
dengan lebih detail.
Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan PNP. PNP yang berkesan dan baik
ialah guru mengetahui secara mendalam aspek-aspek pedagogi dalam penyampaian
pengajarannya. Guru sebagai fasilitator dan pengubah tingkah laku murid. Untuk itu guru perlu
bersedia dengan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang berkesan. Guru juga perlu
melaksanakan penggabungjalinan dan penyerapan serta penilaian yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid. Walaupun dalam kajian ini menekankan pendekatan induktif , deduktif dan
eklektik sebagai suatu strategi pengajaran guru hendaklah mengaplikasikan pelbagai disiplin
teori seperti teori pengajaran bahasa, teori bahasa dan psikologi pembelajaran suapaya
pelaksanaan PNP nampak lebih berkesan.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Mahmood Musanif (2000), Konsep Pertanyaan Berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan
Melayu, Jurnal Dewan Bahasa 44(12) hal. 1 9
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Semakan
2003. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual Kursus Kajian
Tindakan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Kim Phaik Lah (Dr) et.al. (1995), Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur :Kementerian
Pendidikan Malaysia

Laman Web DBP (2007), Kamus Linguistik MABBIM : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Yunus Maris (1992), Keperihalan Keadaan : Satu Teknik Menganalisis
Makna dalam Abdullah Hassan Rencana Linguistik hal 159 - 164
Nik Safiah Karim et.al. (1994), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Paul D.Egen (1979) dalam Siti Hajar Hj Abdul Aziz et.al (1997), Kaedah Mengajar Bahasa
Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Arahan : Jawab soalan-soalan yang berikut pada kertas yang berasingan yang disediakan.
Jika pencapaian anda ialah 80 % atau lebih anda tidak perlu lagi mengikuti bahan
pembelajaran berikutnya .
A. Arahan : Tuliskan nombor yang diberikan di bawah ini pada hujung cakap ajuk berikut
dengan betul
I. Ayat Penyata
II. Ayat Tanya
III. Ayat Perintah
IV. Ayat Seruan
1.

Mat, tengah buat apa tu ? kata ibu kepada Ahmad.

2.

Jangan sekali-kali kau usik barang ini, pesan Salim kepada Abu.

3.

Baru sekajap tadi dia lalu di sini, kata Basir.

4.

Hanim, cuba kau masukkan garam dalam gulai itu,pinta ibu.

5.

Wah, cantik betul baju kau hari ni! kata Malik

6.

Boleh tak ambilkan saya beg tu? kata Minah

7.

Farid : Aku tak dapat ikut. Anak aku sakit.

8.

Aduh, sakit betul kaki aku ni! jerit Samad

9.

Cis, kalau kau berani ambillah buku itu! bentak Shamsul

10.

Salmah : Kau tahu tak siapa ambil kasut aku?.

( 20 markah )
B. Arahan : Isikan ruang yang disediakan di bawah ini berdasarkan cakap ajuk di
bawah mengikut jenis ayat (fungsi) dan maksud sebenar ayat.
Bil

Cakap Ajuk

Fungsi

Maksud

Ch

Nak makan ke tak ? kata ibu Hamid kepadanya

bertanya

mengajak /
pelawaan

1.

Besok diberikan sehari cuti umum, kata Perdana


Menteri Malaysia

2.

Ayah kalau ke hutan jangan sendirian, kata Ali


kepada ayahnya

3.

Eh, kau seorang aje yang balik! kata Maidin


kepada anaknya

4.

Ke mana Din, maghrib-maghrib ni berjalan tak


berbaju? Pak Itam menegur.

5.

Saja-saja ambik angin, cuaca panas betul hari ini,


balas Din

6.

Tambahlah nasi tu lagi, kata Hasni kepada


rakannya

7.

Ai, tak mahu cuci sekarang ni juga! Kata Tupin

8.

Nanti kau ajak adik kau angkat kayu tu, ingat


emak kepada Yusri

9.

Samy : Kesian kucing tu dah dilanggar motosikal

10.

Kamariah : Tahun ini kita merayakan 50 tahun


merdeka.

( 20 markah )
C. Arahan : Tukarkan perbualan di bawah ini kepada cakap pindah tanpamengubah
strukturt dan maksudnya.
Fauzi : Ayah bila kita nak balik rumah atuk lagi ?
Ayah : Tunggulah cuti sekolah nanti.
Fauzi : Tak sabarlah nak jumpa atuk.
Ayah : Ayah tahu kamu sebenarnya suka ikut atuk ke sungai.
Fauzi : Yalah, Fauzi suka teman atuk pergi pancing ikan. Kadang-kadang atuk ajak Fauzi
ke kebun juga. Seronok tau ayah.
1. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
( 20 markah )
D. Arahan : Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.

Sarah, tolong ambil bubur kacang di dapur, pinta mak. Bubur kacang, siapa buat
mak ? tanya Sarah. Kakak kau masak tengah hari tadi, balas mak. Dah ambil, tolong
hidang di meja, boleh kita minum petang bersama ayah, tambah mak lagi. Baiklah mak,
tentu sedap bubur kakak buat, Sarah pun dah lapar ni, jawab Sarah.
1. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
( 20 markah )
E. Arahan : Berdasarkan petikan dialog daripada novel Julia tukarkan cakap ajuk
kepada cakap pindah dengan betul.
1. Julia, ambil wang ini dan pergi tukar dengan dolar Autralia, kata Mama (ms 3 )
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. Julia, pak cik harap Julia tabah dan bersedia mendengar berita ini, kata Pak Cik
Khairil. (ms 52 )
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
3. Tolong bawa fail Butik BMPRO sekali, aku menghubungi Encik Hashim. ( ms 87)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
4. Ha, engkau tu bila nak mula belajar? kata nenek. (ms 63 )
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
5. Kami harap dapat bawa pelancong Jepun dan Korea ke kawasan ini, beritahu Encik
Ehsan (ms 114 )
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
( 20 markah )
KERTAS SOALAN TAMAT
Dicatat oleh HAJI KHAIDIR BIN HAJI OTHMAN di 6:47 PG

Anda mungkin juga menyukai