Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A – SOALAN STRUKTUR

1. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi penekanan kepada


penggunaan pelbagai strategi seperti prinsip 5P dan penerapan Elemen
Merentasi Kurikulum (EMK).

a) Nytakan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan prinsip


5P.

 Pengayaan......dengan sedikit huraian


 Pemulihan......dengan sedikit huraian
 Penyerapan......dengan sedikit huraian
 Penggabungjalinan......dengan sedikit huraian
 Penilaian yang berterusan......dengan sedikit huraian

b) Huraikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi


penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP dengan tujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta
dapat menangani cabaran semasa dan juga kemungkinan cabaran yang bakal
dihadapi pada masa hadapan. Contohnya, penerapan elemen Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK).

Dalam aktiviti pembelajaran secara kemahiran lisan, murid didedahkan


dengan tayangan video klip yang terkandung babak-babak perbualan dan pertuturan.
Murid boleh diminta mendengara dengan teliti mesej yang cuba disampaikan. Murid
juga dapat meneliti seterusnya mengajuk cara pertuturan dan perbualan seperti yang
terdapat dalam video klip. Sebagai pengukuhan, murid diberikan peluang untuk
meneroka kemudahan TMK dalam PdP melalui praktikal. Pembelajaran melalui
elemen TMK menjadi lebih menarik, praktikal kerana memaparkan lebih banyak
contoh sebenar yanf terkandung pelbagai situasi. Jadi, keberkesanan PdP
semestinya lebih tinggi. Contoh video klip yang terdapat perbualan:

‘Apa khabar?’

‘Khabar baik,terima kasih!’


Di sini, perbualan ini melibatkan murid mendengar, memahami dan memberikan
respons. Elemen TMK telah membantu penyampaian mesej menjadi menarik. Untuk
bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila seperti:

‘Minta tunggu sebentar, guru saya akan sampai dalam lima minit encik,’

‘Baiklah, terima kasih kerana menolong saya, dik.’

Untuk memberikan peluang mendengara dan melihat situasi sebenar, rakaman video
boleh dilakukan. Selain itu, ulang tayang dapat mengukuhkan pembelajaran dan
penguasaan murid kerana murid sangat memerlukan bimbingan yang banyak bagi
membolehkan semua murid menguasainya. Jadi, faedah penerapan EMK tentang
Pdp kemahiran lisan dikatakan amat memanfaatkan Pdp.

Namun begitu, sebagai guru, murid perlu mendapat sedikit kesedaran


berkaitan faedah penggunaan bahan TMK yang mempermudah kehidupan manusia
dengan membekalkan pelbagai jenis informasi dengan cepat. Sesungguhnya, murid
juga dapat menilai kesan-kesan negatif jika mereka terlalu bergantung kepada
elemen TMK. (video, tayangan gambar, slaid power point, mesej whatsapp, e-mel,
Wechat, Viber). Pengalaman ini secara langusung diaplikasi serta dikuasai dan
pengukuhan pengetahuan TMK berlaku jika murid ada menggunakan kemudahan
TMK yang sama. Selain menarik dan menyeronokkan, TMK turut meningkatkan
kualiti pembelajaran serta mendorong murid membuka mata dari pelbagai aspek
seperti akademik, kemahiran hidup dan mengetahui isu-isu semasa. Pengetahuan
dan pengalaman TMK juga dapat mendorong murid kea rah pembelajaran Abad ke-
21.

Keusahawanan

Murid diberikan pendedahan elemen keusahawanan dengan tujuan membentuk ciri-


ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
Pendedahan elemen keusahawanan memberi peluang kepada murid-murid berdikari
dalam urusan jual beli dan pengurusan kewangan (Hari Kantin, jualan untuk amal
jariah dsb). Pengetahuan dan pengalaman ini akan membentuk ciri-ciri dan amalan
keusahawanan serta menjadi landasan untuk murid mengurus kehidupan (mengira
wang, modal, perbelanjaan, pendapatan, simpanan dsb) semasa dan masa hadapan
dengan lebih teratur. Selain itu, murid akan terlatih menjadi lebih berjimat cermat,
berdisiplin, beramanah dalam hal ehwal pengurusan kewangan.
Sains dan Teknologi

Pengetahuan dan pengalaman sains dan teknologi dapat meningkatkan minat murid
terhadap literasi bidang ini. Contohnya, (pintu elektronik, maklumat digital, alam
animasi dsb) Pengetahuan dan pengalaman sains dan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran dapat membantu murid belajar dengan lebih pantas, cekap lagi
berkesan. Elemen ini harus diberikan perhatian utama agar murid peroleh maklumat
terkini yang dapat membantunya menjana pelbagai idea seterusnya, murid-murid
dapat mereka cipta atau mengubahsuai keperluan hidup pada setiap masa.

Kreativiti dan Inovasi

Murid dilatih supaya berkebolehan membuat imaginasi serta berkreatif dalam


menghasilkan ciptaan baharu mahupun melakukan aktiviti inovasi. Dorongan elemen
kreativiti dan inovasi mampu melahirkan murid yang fleksible dan dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pancaroba malah menjadi peneraju agen perubahan
ke arah kehidupan yang lebih harmoni. Antara contoh adalah melalui aktiviti kreativiti
dan inovasi, murid dapat melakukan hands on bagi menghasilkan barangan kitar
semula yang dapat menggantikan barangan yang perlu dibeli sebelum ini. Oleh itu,
langkah penjimatan dapat dilaksanakan. Contoh: (menghasilkan barangan kegunaan
harian daripada bekas plastik terbuang untuk dijadikan bekas letak pensel dan
tempat buang sampah).

Nilai Murni

Murid diberi kesedaran tentang kepentingan mempraktikkan amalan nilai murni tanpa
kira masa, tempat dan dengan sesiapa. Pengamalan nilai murni oleh murid dapat
menjaga kerohanian, kemanusiaan seterusnya mencipta budaya dan amalan positif
dalam kawasan sekolah, di sekeliling masyarakat dan akhirnya di seluruh negara.
Dengan adanya amalan nilai murni, kualiti kehidupan masyarakat akan menjadi lebih
harmoni dan sejahtera. Contoh cara mempraktikkannya: (murid diminta
mengamalkan tatakelakuan yang mempamerkan karaktoristik kesopanan; memberi
salam semasa bertemu; mengucap terima kasih atas pemberian orang lain,
menawarkan pertolongan kepada pihak lain dsb)
2. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah kemahiran
bahasa yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah yang terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Penilaian (DSKP) Bahasa MELAYU Skeolah
Rendah.

a) Jelaskan objektif kemahiran membaca dalam Kurikulum Standard


Sekolah Rendah.

Kemahiran membaca penting dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah kerana


murid dapat:

 Menguasai asas kemahiran membaca dengan baik. Contoh: murid dapat


membunyi vocal dengan betul dan menyebut abjad konsonan dengan tepat.
 Membaca suku kata, perkataan frasa dan ayat dengan sebutan, intonasi,
jeda dan kelancaran dengan betul.
 Membaca, memahami dan menaakul kosa kata, idea tersurat dan tersirat.
 Membaca dan mengenal pasti kandungan teks bahan sastera dan bukan
sastera seperti cerita, pantun dan lagu-lagu kanak-kanak.
 Membaca, memahami dan mempersembahkan bahan karya sastera.
 Menaakul, memberi sebab dan akibat serta menyatakan rasional.
 Untuk melengkapkan keterampilan berbahasa murid dan menghayati
perkara-perkara yang dibaca.

b) Kemukakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu murid mencapai


standard pembelajaran kemahiran mendengar seperti dalam DSKP
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1.

Dalam kemahiran mendengar, murid boleh mengajuk dan menyebut perkataan, frasa
dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi seperti:

Vokal (a, e, i, o, u) konsonan (b, c, d, f, g, h, k) diftong (ai, au, oi) vokal berganding
(aa, ai, au, ia, io) digraf (ng, ny, gh, kh, sy) dan konsonan bergabung (bra, tra dra,
gra, kla). Aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru adalah memperdengarkan bunyi
yang terdapat di sekeliling kawasan sekolah. (bunyi tepuk tangan, teriakan, siulan
burung, bunyi serangga dsb). Kemudian, murid mengajuk bunyi-bunyi tersbeut. Guru
juga dapat membimbing murid menghubungkaitkan bunyi yang terdapat di sekeliling
kawasan sekolah dengan yang terdapat di sekeliling tempat tinggal murid.
Pengalaman konstruktivisme berlaku apabila murid ingat semula dan gunakan
pengetauan dan pengalaman murid di persekitaran tempat tinggal untuk
mengukuhkan lagi pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Daripada pengalaman mendengar bunyi bahasa tersebut, murid dapat mengenal


bunyi yang terdapat dalam suku kata apabila guru mengajarkan cara bunyi bagi suku
kata yang dibentuk. Contoh: membunyi suku kata [b+u] dan [k+u]. Daripadanya,
murid kenal pembentukan suku kata berlandaskan bunyi dan lambang-lambang
abjad (a ke z). Kemahiran mendengar seterusnya akan menjadi asas kemahiran
membaca untuk murid.

Seterusnya, murid diberikan kemahiran mendengar, memahami dan


memberikan respons terhadap soalan, suruhan dan pesanan. Contoh: murid
diperdengarkan ayat-ayat yang terkandung soalan seperti:

‘Siapakah nama ketua kelas 2M’

‘Siapakah yang bertugas hari ini?’

Daripada mendengar soalan, murid seterusnya dapat memberi jawapan. Hal ini
membuka peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan pihak lain.

Dalam mendengar suruhan, murid belajar untuk memahami dan memberikan


respons dengan tepat. Contoh:

‘Minta beri perhatian semua murid berbaris dan turun ke padang sekarang!’

Murid didedahkan dengan kemahiran mendengar yang berhubungkait dengan aktiviti


kehidupan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kawasan sekolah.
Kemahiran ini diajarkan supaya murid dapat memberi respons terhadap penyoalan
daripada pihak lain seperti guru , rakan, ibu bapa dan ahli masyarakat. Dalam
memberikan respons terhadap suruhan, murid harus dapat bertindak sepadan
dengan suruhan/ kehendak daripada pihak yang menyuruhnya,

Jadi, murid perlu dapat memahami pesanan dan bertindak balas dengan betul, iaitu
sepadan dengan kehendak pihak yang menyuruhnya.

Selain itu, murid diberi latihan mendengar, memahami dan memberi respons
terhadap pesanan. Contoh:

‘Semua murid bawa pakaian senam esok pagi.’


‘Minta matikan suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan bilik darjah.’ Sebagai
responsnya, murid dapat membawa pakaian senam pada keesokan hari.

Akhirnya, setelah murid diberikan latihan/ diperdengarkan dengan bunyi-bunyi


bahasa serta dapat memberi respons yang positif, maka dikatakan murid telah
menguasai kemahiran mendengar.

B. CONTOH SOALAN ESEI

1. Kemahiran bahasa dalam dokumen Standard Kandungan dan Standard


Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Tahun 1 yang dipersembahkan
dalam bentuk modular dapat mempermudah penguasaan kemahiran berbahasa
murid.

Huraikan bagaimana pendekatan modular memudahkan pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu supaya murid dapat
menguasai kesemua kemahiran yang telah dirancangkan.

Dalam standard kandungan, kemahiran bahasa mempunyai lima modul, iaitu Modul
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Modul Kemahiran Membaca, Modul Kemahiran
Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada


pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Bagi
mempermudah pembelajaran, kemahiran mendengar dimulakan dengan melatih
murid mendengar pelbagai bunyi dengan teliti; diikuti dengan memahami seterusnya
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan,
serta dapat memberikan respons. Kemahiran yang disusun dari unit ke unit dengan
turutan dari mudah kepada yang lebih susah memenuhi keperluan pembelajaran
masteri, iaitu menguasai sesuatu asas dengan mencukupi sebelum beredar kepada
unit yang lebih kompleks. Contohnya, kemahiran mendengar dan memberikan
respon diajarkan terlebih dahulu sebelum diajarkan kemahiran bertutur. Dalam
kemahiran mendengar pula, diajarkan kemahiran mengajuk, menyebut perkataan,
frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi; seterusnya diajarkan kemahiran
mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap soalan, suruhan dan
pesanan. Bagi kemahiran bertutur, murid diajar supaya berkeupayaan untuk
berkomunikasi bagi menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan dan bertatasusila. Oleh itu, murid diajarkan kemahiran bertutur dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta nada yang bersopan. Urutan tersebut
dirancang dalam unit dan sub unit supaya murid dapat menguasai semua kemahiran
dengan baik.

Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran


membaca yang bermula dengan penguasaan asas kemahiran membaca (mengenal
vokal, konsonan, suku kata, frasa, perkataan , ayat); iaitu murid perlu dapat
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Pada peringkat
seterusnya, murid diajarkan asas membaca dan memahami kandungan yang
dibacakan; kemudian murid diajarkan kemahiran membaca, memahami dan
menaakul bahan grafik dan buka grafik sehinggalah peringkat lebih tinggi; iaitu
membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Penekanan
diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul
kemahiran membaca, murid juga berupaya menghayati pelbagai jenis teks yang
dibaca khasnya teks yang berunsur sastera. Akhirnya, susunan unit dalam
kemahiran membaca secara modul membolehkan murid menguasai kemahiran
membaca secara sistematik.

Dalam Modul Kemahiran Menulis, pengajaran dan pembelajaran kemahiran


menulis bermula dengan asas menulis (huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat)
seterusnya berkembang kepada kemahiran membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat. Kemahiran berikutnya adalah kemahiran membina dan menulis jawapan
pemahaman berdasarkan soalan. Pada peringkat yang lebih tinggi, murid dilatih
untuk melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan diberikan pada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang
jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan
kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan
prosa, puisi dan klasik. Melalui modul menulis, muird diharap dapat melahirkan idea
melalui tulisan secara berkesan.

Modul Seni Bahasa merujuk kepada aspek kebahasaan, keindahan dan


kehalusan dalam bahasa Melayu yang diperlu dikuasai oleh murid. Penguasaan
aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan
menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid juga
dibimbing menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera
(contohnya, penggunaan simpulan bahasa); menghasilkan dan mempersembahkan
karya kreatif pelbagai genre(pantun dua kerat, pantun empat kerat, lagu kanak-kanak,
lagu rakyat dan sebagainya) secara lisan khasnya melalui variasi teknik yang
menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan
secara didik hibur.

Modul Tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa


Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Bermula dari (kata nama am,
kata nama khas, kata ganti nama, penjodoh bilangan, kata kerja transitif, tak transitif,
kata kerja pasif; menggunakan kata adjektif; memahami, mengenal pasti dan
menggunakan kata tugas mengikut konteks; menggunakan kata berimbuhan dengan
tepat; menghailkan pelbagai jenis ayat dan akhirnya kepada menghasilkan pelbagai
jenis ayat dengan tepat (ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah, ayat
tunggal dan ayat majmuk).

Kesimpulannya, kelima-lima modul dalam sistem bahasa, iaitu Modul


Kamahiran Mendengar dan Bertutur, Modul Kemahiran Membaca, Modul Kemahiran
Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa telah disusun dari unit yang
kecil kepada unit yang lebih besar; dari mudah ke susah.

Anda mungkin juga menyukai