Anda di halaman 1dari 2

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/keberkesanan-kbsr-klsr.

html

Keberkesanan KBSR / KLSR

Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang
menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat
dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan
perkerabangari'sahsiah .

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian
tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi
apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR
berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan
mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang
lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan
yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan.
Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi,
satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di
luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai
penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas
pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua
murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam
pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya
dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam
teknik pengajaran dan
pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan
bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian
adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan
berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah
pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan
untuk mengambil kira
bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan
kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid
yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih
pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan
bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber
pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini
mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya
melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah
fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses
P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan,
bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti
mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan
keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang
dihasratkan

Anda mungkin juga menyukai