Anda di halaman 1dari 1

Umum mengetahui bahawa, institusi keluarga memainkan peranan yang penting

dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana
institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Kempen
Rumahku Syurgaku telah diadakan secara besar-besaran untuk menekankan
kepentingan rumah sebagai syurga bagi memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh
itu, ibu bapa mestilah menyahut cabaran untuk menghalang golongan remaja daripada
terjebak dalam masalah sosial.
Ibu bapa haruslah memberi didikan agama kepada anak-anak supaya masalah
sosial remaja dapat diatasi. Hal ini amat penting kerana agama merupakan senjata
ampuh yang mampu membantu remaja dalam menangkis segala anasir yang bersifat
negatif. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya memberi didikan agama yang cukup kepada anak
masing-masing sejak kecil lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya
dapat melahirkan remaja yang soleh. Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah, seorang
pakar motivasi mengatakan bahawa ibu bapa perlu mencurahkan ilmu agama kepada
putera puteri mereka kerana ilmu agama merupakan benteng untuk remaja menempuh
arus globalisasi kini. Pendek kata, ibu bapa mestilah membuka fikiran seluas padang
pasir dan memberi didikan agama kepada anak masing-masing untuk mengelakkan
remaja terjerumus dalam kancah masalah sosial pada zaman ini.

Anda mungkin juga menyukai