Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN PENGAKAP

Permainan KIM
Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O
Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya.
Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu
permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.
Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti
mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.
Cara-Cara Permainan
Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel,
kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda
tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil.
Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan
menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak
mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.
Stesen Dua : Deria Sentuh
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga
sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang.
Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang
dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai
pemenang.
Stesen Tiga : Deria Rasa

Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan
milo.
Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit
larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain
paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Stesen Empat: Deria Bau
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari,
bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap
bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling
banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.
Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.
Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daundaun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama
dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai