Anda di halaman 1dari 3

http://www.panduputeri.org.my/media/permainan.php?

g=1

Permainan KIM
Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal
bernama Kimball O Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan
satu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham
kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih
pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia.
Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua
pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria
rasa dan deria bau.

Cara-Cara Permainan
Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan

Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen,


pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat
benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat
benda kecil.
Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki
mengingat dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain
yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.

http://www.panduputeri.org.my/media/permainan.php?g=1

Stesen Dua : Deria Sentuh

Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan


lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis
dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barangbarang.
Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang
yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat
dikira sebagai pemenang.
Stesen Tiga : Deria Rasa

Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa,
cuka, kopi dan milo.
Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan
meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang
dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira
sebagai pemenang.
Stesen Empat: Deria Bau

Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan,
daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam
raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu.
Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai

http://www.panduputeri.org.my/media/permainan.php?g=1

pemenang.
Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan

Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas
kertas.
Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan
mengingat daun-daun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun
yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu
minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan
dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai