Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


Panduan Menjadi Ibu Bapa
Cemerlang
2. Judul 3. Bidang: Kaunseling
Saat Sulaiman
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menekankan tentang panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang. Ia mengupas lebih
lanjut tentang tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan. Buku ini juga menerangakan tentang
beberapa kesalahan yang perlu dielakkan oleh ibu bapa sebagai contoh mendedahkan aib pasangan di
hadapan anak-anak, memungkir janji, bercakap bohong, kurang memuji dan sebagainya. Selain itu buku ini
juga menekankan tentang bagaimana menjadi ibu bapa yang islamik dalam semua aspek. Keistimewaan
buku ini ialah pengarang memberi beberapa idea dan amalan kepada ibi bapa berdasarkan Al-Quran bagi
melahirkan anak yang cemerlang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Dapat memberi banyak panduan menjadi ibu bapa yang cemerlang
2. Melahirkan pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain.
2. Sebagai satu motivasi kepada pembaca yang boleh diselitkan dalam pdpc.
3. Dapat dijadikan bahan ceramah dan input dalam membimbing para pelajar.

Disediakan Disahkan

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA 3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


KOMUNIKASI BERKESAN
2. Judul Amir Aris dan Ahmad Rozelan 3. Bidang: KEMAHIRAN
Yunus
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengajar kita bagaimana untuk berkomunikasi berkesan, ciri-ciri komunikator, ciri-ciri
pendengar, langkah-langkah meningkatkan keberkesanan komunikasi. Sillars (1988) mengatakan
komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan
tulisan, pecakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut. Aktiviti
komunikasi melibatkan proses yang berterusan daripada sumber yang mengeluarkan maklumat kepada
penerima, dan penerima memberi maklumbalas. Kesediaan sumber dan penerima untuk menerima sesuatu
maklumat itu penting agar maklumat yang disampaikan itu jelas. Dalam proses komunikasi berkesan
terdapat gangguan yang sentiasa menghalang. Ini merupakan segala jenis rintangan yang menghalang
proses penyampaian maklumat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Sebagai guru, komunikasi berkesan amat penting dalam pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kelas
serta di luar kelas. Bukan itu sahaja, malahan komunikasi berkesan dapat diterapkan dalam kehidupan
seharian. Penulis buku memberi kesedaran kepada kita bahwa komunikasi berkesan bukan sahaja
menyampaikan maklumat namun lebih daripada itu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Pembelajaran yang berkesan datangnya daripada komunikasi berkesan. Ilmu komunikasi berkesan yang
telah dipelajari dapat melonjak komunikasi antara guru serta klien ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan
mempelajari kaedah-kaedah komunikasi berkesan, guru dapat menyampaikan maklumat dengan lebih jelas
serta teratur. Dengan mempelajari komunikasi berkesan ini, guru dapat menggunakan kaedah yang sesuai
untuk berinteraksi dengan para klien di mana klien guru bukan sahaja pelajar, namun ibu bapa dan penjaga,
pelawat dari luar, pembersih kawasan, penjaga keselamatan dan banyak lagi.

Disediakan Disahkan

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL ( )
Lampiran

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


Serlahkan Aura Guru Super
3. Bidang: Nilai dan Amalan
2. Judul
Khuzaimah Sulaiman Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Penulis berkongsi pengalaman dan tipsnya sepanjang bergelar pengetua di sebuah sekolah yang berjaya
melonjakkan sekolah tersebut ke arah kecemerlangan. Seorang pemimpin mestilah memiliki sifat-sifat
terpuji kerana bagi melahirkan anak murid yang mendengar kata dan cemerlang, ianya memerlukan
keikhlasan, komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi. Prinsip yang diketengahkan sangat
relevan untuk diikuti dan kita sebagai pembaca akan merasai kehebatan dan keberkesanannya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sepuluh daripada 43 ciri kepemimpinan berkesan yang merupakan aura penulis mendapat pengiktirafan
semua peringkat warga sekolah. Ciri-ciri itu adalah berwawasan, motivator, sumber inspirasi, tegas, kerja
kuat, membina budaya kerja berpasukan, teliti, menjana kecemerlangan, membimbing serta mesra dan
mudah didekati. Buku ini juga mengajak pembaca mereflek diri sendiri dan berfikir sejauh mana ciri-ciri itu
diaplikasikan dalam tugas kita sebagai pendidik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Salah satu aspek yang ingin saya sentuh adalah berkenaan disiplin pelajar. Apabila berlaku kesalahan
disiplin, guru haruslah meletakkan diri mereka di tempat pelajar. Kita perlulah mengelak daripada
mengeluarkan kata-kata kasar seperti mencaci, mengutuk, menggertak atau mengugut kerana ia akan
menghasilkan pelajar yang berdendam. Pelajar yang melanggar disiplin haruslah diberi kesedaran mengapa
mereka perlu mematuhi peraturan. Kesedaran perlu dikaitkan dengan ajaran agama. Guru juga perlu
merangsang murid untuk berfikir kebaikan yang diperoleh apabila mematuhi peraturan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI) ( )
Lampiran

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA Kod Sekolah: PBA3017

1. Nama Guru MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI


11 Teori dan Prinsip Motivasi di
Tempat Kerja 3. Bidang: Nilai dan Amalan
2. Judul
Profesionalisme
Abdullah Hassan, Ainon Mohd
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang cara-cara untuk memotivasikan pekerja yang boleh diaplikasikan oleh pihak
atasan. Hal ini kerana, pekerja yang bermotivasi ternyata dapat menjadi lebih produktif dan lebih setia
kepada majikan. Ia juga membincangkan tentang beberapa teori yang menjadi kunci kepada sikap rajin dan
positif dalam diri pekerja. Harus kita akui bahawa terdapat set peraturan yang perlu dipatuhi di sekecil-kecil
organisasi hingga ke sebesar-besar organisasi. Namun, peraturan ini kadangkala tidak dapat mengawal
kualiti kerja dan peribadi para pekerja. Jadi, motivasi merupakan salah satu kunci utama yang boleh
menjadi penyelesaiannya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Hubungan pihak atasan dengan pekerja amat penting dalam memastikan produktiviti sesebuah organisasi
sentiasa mantap. Hubungan yang baik ini juga akan mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan mesra
antara satu sama lain. Pekerja juga akan berasa seronok untuk menyiapkan tugasan dan tidak hanya
memandang faktor wang ringgit sebagai penyebab utama mereka datang ke tempat kerja.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Di dalam bilik darjah, guru ialah ketua manakala murid-murid adalah ahlinya. Bagi memastikan murid-
murid sentiasa bermotivasi untuk belajar, guru perlulah memberikan motivasi dalaman kepada mereka
supaya objektif pembelajaran tercapai dan akhlak murid-murid juga dapat ditingkatkan. Murid yang
bermotivasi bukan sahaja berminat untuk datang ke sekolah kerana ganjaran yang guru janjikan, tetapi ianya
datang dari rasa seronok belajar, bertemu guru dan juga rakan-rakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD IHSAN BIN FAHAROL RAZI) ( )

Anda mungkin juga menyukai