Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PANGKALAN TLDM Kod Sekolah: ABA1027

NOOR HAFIZAAH BT MD ALI


1. Nama Guru
11 Teori dan Prinsip Motivasi
di Tempat Kerja 3. Bidang: Nilai dan
2. Judul
Amalan Profesionalisme
Abdullah Hassan, Ainon Mohd
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang cara-cara untuk memotivasikan pekerja yang boleh diaplikasikan oleh
pihak atasan. Hal ini kerana, pekerja yang bermotivasi ternyata dapat menjadi lebih produktif dan lebih
setia kepada majikan. Ia juga membincangkan tentang beberapa teori yang menjadi kunci kepada sikap
rajin dan positif dalam diri pekerja. Harus kita akui bahawa terdapat set peraturan yang perlu dipatuhi di
sekecil-kecil organisasi hingga ke sebesar-besar organisasi. Namun, peraturan ini kadangkala tidak dapat
mengawal kualiti kerja dan peribadi para pekerja. Jadi, motivasi merupakan salah satu kunci utama yang
boleh menjadi penyelesaiannya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Hubungan pihak atasan dengan pekerja amat penting dalam memastikan produktiviti sesebuah organisasi
sentiasa mantap. Hubungan yang baik ini juga akan mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan mesra
antara satu sama lain. Pekerja juga akan berasa seronok untuk menyiapkan tugasan dan tidak hanya
memandang faktor wang ringgit sebagai penyebab utama mereka datang ke tempat kerja.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Di dalam bilik darjah, guru ialah ketua manakala murid-murid adalah ahlinya. Bagi memastikan murid-
murid sentiasa bermotivasi untuk belajar, guru perlulah memberikan motivasi dalaman kepada mereka
supaya objektif pembelajaran tercapai dan akhlak murid-murid juga dapat ditingkatkan. Murid yang
bermotivasi bukan sahaja berminat untuk datang ke sekolah kerana ganjaran yang guru janjikan, tetapi
ianya datang dari rasa seronok belajar, bertemu guru dan juga rakan-rakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOOR HAFIZAH BT MD ALI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai