Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK LUNAS Kod Sekolah: KEA5069

1. Nama Guru
NURASHIKIN BINTI ZAHARI
3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul
KERJA BUKAN KERANA PANGKAT PROFESIONAL
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Selain daripada mencari rezeki, salah satu kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada
organisasi. Selain itu kita perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan
panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan terbaik. Setiap perkara yang dilaksanakan,
sudah pasti ada ganjaran samada yang sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan
dan ganjaran yang kekal seperti balasan nikmat akhirat. Buku ini mengupas banyak perkara yang
dapat dijadikan sandaran bagi mereka yang mahu berubah dan perbaiki diri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku yang dicoretkan ini penuh dengan bukti yang sahih dari ayat Al-Quran dan Hadis. Kita
didorong untuk mengimbas kembali tujuan utama kita bekerja dan penyataan contoh bagi setiap
tajuk diberikan dengan gambaran yang mudah difahami. Penulis juga menyatakan dengan baik
cara untuk kita mempertahankann minat pada pekerjaan, latihan menjelaskan nilai (baik) samada
ketika masa kini dan pada zon selesa. Kita didedahkan dengan pelbagai teknik untuk
mewujudkan kepuasan kerja dan mengadakan hubungan baik dalam organisasi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kecenderungan untuk terus berusaha bilamana kita berada di landasan yang betul. Guru yang
merasakan diri sudah berada dalam zon selesa, dapat mengubah cara dan teknik dengan lebih
baik untuk memainkan peranan yang berkesan dalam sebuah organisasi di sekolah. Selain itu,
contoh yang diberikan oleh penulis, dapat menjadi pengajaran kepada guru untuk lebih berintegriti
ketika laksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran. Ini adalah kerana ganjaran
di dunia berupa sementara manakala di akhirat kekal abadi dan setiap perkara (amanah) yang
kita lakukan di dunia pasti dan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bersama kita terus
cemerlangkan mutu kerja bukan hanya mengharap pangkat atau kerja sekadar rasa untuk
merasa gaji di hujung bulan dan menanti masa (timebased) untuk dinaikkan pangkat. Teruskanlah
berkhidmat dan perbaiki niat kita..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ........................................................
(NURASHIKIN BINTI ZAHARI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai