Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR Kod Sekolah: NBA4009

NORHANIMAH BINTI MAHADI


1. Nama Guru
SINERGI DALAM PENGURUSAN
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:
Tempat -
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah cemerlang.
Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi sosial yang penting pada
negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran., separa mahir dan staf
biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan perananpengetua.,
pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan dan ibu bapa sebagai satupasukan dalam
mewujudkan sekolah cemerlang. Buku ini jugamenyentuh dengan lebih mendalam
mengenaitajuk-tajuk utama seperti pengetuasebagai peneraju kecemerlangan, pasukan
menguruskecemerlangan, guru pendukungkecemerlangan pelajar sebagai penunjuk aras
kecemerlangan dan ibu bapa sebagai rakankongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang
gurudalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam
buku ini ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekoilah bagi membentuk satu pasukan yang
efisien dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................................... ........................................................
( NORHANIMAH BINTI MAHADI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR Kod Sekolah: NBA4009

NORHANIMAH BINTI MAHADI


1. Nama Guru
BERSAMA SUSAH ADA
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
KESENANGAN
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:
Tempat -
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ujian yang kita hadapi silih berganti. Keredaan penting supaya
kita sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif. Di samping itu, buku ini juga menerangkan
cara kita untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar kita supaya sentiasa redha dalam setiap ujian yang dihadapi. Setiap ujian
yang dihadapi datang silih berganti merupakan ujian Allah untuk kita. Ujian itu untuk mendidik
kita. Allah mendidik kita dengan rahmat dan kasih sayangNya. Di setiap kesusahan pasti akan
ada kesenangan dikemudian hari.

Kita juga pasti mahu Allah memandang kita dengan rahmat dan kasih sayangNya. Jadi kita
perlulah memandang orang lain dengan pandangan kasih sayang tanpa melihat pangkat atau pun
darjat seseorang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia
dari negatif kepada positif. Selain itu, buku ini juga memberikan kita cara untuk sentiasa disayangi
oleh orang disekeliling.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORHANIMAH BINTI MAHADI ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR Kod Sekolah: NBA4009

NORHANIMAH BINTI MAHADI


1. Nama Guru
MAKNA BAHARU PERUBAHAN 3. Bidang:Pengetahuan
2. Judul
PENDIDIKAN profesional
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:
Tempat -
6.
Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Sebanyak 3 bahagian
dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi langkah. Antara contoh
bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan pendidikan pada peringkat tempatan.
Bermula dari guru sehinggalah kepada pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis akan
memuatkan gambaran keseluruhan perubahan yang berlaku. Seterusnya proses perubahan pada
peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti BAHARU
perubahan pendidikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan. Maka, saya perlu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran agar sesuai dengan
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Beberapa budaya dan amalan yang dimuatkan dalam
buku ini perlu saya cuba di dalam p&p saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam p&p. Antara yang paling menarik
minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran untuk pelajar supaya lebih
sempurna dengan memahami hakikat perubahan tersebut. Dalam strategi ni saya dapat meneliti
cara untuk membantu pelajar menjadi lebih berani menanyakan soalan. Selain itu saya juga boleh
mengalakkan pembelajaran secara bebas. Dalam strategi ini saya dapat memupuk sifat
tanggungjawab pelajar bagi menentukan pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORHANIMAH BINTI MAHADI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai