Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH Kod Sekolah : BBA 8280

1. Nama Guru SALAHUDDIN BIN MD JAHI


2. Judul Makna Baharu 3. Bidang Pengetahuan
Perubahan Pendidikan Profesional
4. Tarikh 5. Masa
Pembentangan
6. Tempat
Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi segala info tentang perubahan dalam pendidikan. Sebanyak
3 bahagian dimuatkan dan setiap bahagian dihuraikan dengan jelas, langkah demi
langkah. Antara contoh bahagian yang dimuatkan oleh penulis adalah perubahan
pendidikan pada peringkat tempatan,bermula dari guru sehinggalah kepada
pentadbir daerah. Bagi setiap bahagian, penulis akan memuatkan gambaran
keseluruhan perubahan yang yang berlaku. Seterusnya proses perubahan pada
peringkat wilayah negara turut disertakan bersama bagi memahami lebih erti
baharu perubahan pendidikan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa terdapat perubahan yang berlaku
dalam dunia pendidikan. Maka, saya perlu mengubah cara pengajaran dan
pembelajaran yang agar sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam
pendidikan. Beberapa budaya dan amalan yang dimuatkan dalam buku ini perlu
saya cuba di dalam P&P saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Terdapat banyak strategi yang boleh saya aplikasikan di dalam P&P. Antara yang
paling menarik minat saya adalah bagaimana untuk menjadikan proses
pembelajaran untuk pelajar supaya lebih sempurna dengan memahami hakikat
perubahan tersebut. Dalam strategi ini saya dapat meneliti cara untuk membantu
pelajar menjadi lebih berani menanyakan soalan. Selain itu saya juga boleh
menggalakkan pembelajaran secara bebas. Dalam strategi ini saya dapat
memupuk sifat tanggungjawab pelajar bagi menentukan pembelajarannya sendiri.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………........ .....…………………………..........
(SALAHUDDIN BIN MD JAHI) (NAZMIN BINTI MOHD NOOR)
Guru Besar
SK Taman Sungai Besi Indah

Anda mungkin juga menyukai