Anda di halaman 1dari 2

ULASAN BUKU

Tajuk : Syoknya Belajar!


Penulis : Mohd Razali Kamarudin
Penerbit : Alaf 21

Buku Syoknya Belajar! memberi banyak tip-tip berguna untuk dikongsi bersama 
khususnya pada para pelajar. Selain daripada  itu ianya  juga sesuai dibaca dan dimiliki
oleh para ibu bapa, guru-guru atau tenaga pengajar dan sesiapa sahaja yang minat
untuk mendalami ilmu pengetahuan mengenai keseronokan menjalankan aktiviti
belajar.

Isi kandungan buku dibahagikan kepada 32 tajuk untuk mempermudahkan


pemahaman pembaca selain daripada memberi idea dan informasi secara teratur
antaranya; Meneroka diri, Bersediakan anda untuk belajar, Merancang penggunaan
masa, Teknik mendengar Kemahiran berfikir, tip menghadapi pembelajaran, analisis
soalan ujian dan peperiksaan dan membaca berkesan.

semua orang ingin berjaya dalam pembelajaran dengan hanya menduduki


peperiksaan sekali sahaja tanpa membuatnya sekali lagi. Untuk menjayakan misi ini,
buku ini mengutarakan tujuh persoalan utama yang hendaklah difikirkan  oleh pelajar
itu sendiri. Tujuh persoalan utama adalah apa yang aku ingin diri aku jadi?, bagaimana
dengan prestasi pelajaran aku sekarang? , apa kekuatan aku?, apa kelemahan aku? ,
apa peluang menunggu aku?, apa ancaman yang bakal mendatangai aku? dan adakah
aku puas dengan keadaan aku sekarang?

Untuk mengimbangkan segala persoalan ini seseorang pelajar itu perlulah ada
sifat positif dalam diri mereka, tahu memprogramkan minda mereka seperti menerima
sesuatu sebagai benar , mesti mendapat maklumat yang jelas, dan meletakkan
matlamat atau sasaran.

Individu yang ingin berjaya perlu memperkasakan disiplin diri seperti membuat
apa yang kena buat, membuat pada masa yang kena buat, membuat bersungguh-
sungguh apa yang kena buat dan membuatnya sama ada anda suka atau tidak suka.
Selain daripada itu terdapat juga tip-tip lain seperti panduan mendisiplinkan diri dengan
membina paradigm positif terhadap disiplin, manfaatkan matlamat yang dibina,
membina persekitaraan yang membina, hargai diri sendiri dan memantau diri.

Dalam tajuk Tip menghadapi pembelajaran di dalam kelas antara informasi


yang diberi adalah seperti kedudukan pelajar di dalam kelas adalah penting kerana
dapat  menumpu sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru, terdapat juga tip
mengelak mengantuk dan bosan semasa guru mengajar dan  kelebihan menumpuhkan
perhatian terhadap pengajaran guru.

Bagi tajuk Analisis soalan ujian dan peperiksaan, panduan yang diberikan
seseorang yang ingin membuat analisis perlu memilih waktu yang sesuai untuk
membuat analisis, dilakukan secara berkumpulan, dapatkan set kertas soalan ujian
atau peperiksaan yang hendak dianalisis, bina kerangka jadual analisis dan analisis
soalan.

Teknik membaca berkesan pula adalah 2 peringkat iaitu membaca pantas dan
membaca secara berperingkat. Untuk meningkatkan konsentrasi mendengar di dalam
kelas seorang pelajar itu perlu sediakan kelengkapan menulis, duduk berhampiran
dengan guru, tahu serba sedikit tentang tajuk yang akan dibincangkan oleh guru,
jangkakan keterangan yang hendak disampaikan oleh guru, mengenal pasti isi-isi
penting, rajin bertanya soalan, tahan diri daripada terpengaruh dengan gangguan dan
sambil mendengar anda harus tahulah mengambil nota dan berfikir.

Disediakan oleh:
Mohd Faiza Bin Mohd Ariffin
SK Pusat Bandar Puchong 1

Anda mungkin juga menyukai