Anda di halaman 1dari 8

ADAB BELAJAR DAN MENUNTUT ILMU

Allah Taala yang maha pengasih telah menjadikan ilmu sebagai penyuluh kehidupan manusia.
Manusia yang ingin cemerlang di dunia dan di akhirat perlu menjadikan ilmu ini sebagai lampu dalam
menjalani kehidupan di dunia ini. Tanpanya, kita pasti gagal melihat dan melalui jalan yang benar.
Sebagai seoarng pelajar dan pencari ilmu, kita perlulah menjaga adab-adab tertentu agar ilmu yang kita
pelajari tersebut akan memberi manfaat kepada kita. Antara adab-adab tersebut ialah :

1. Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada Allah setiap hari kerana dosa adalah kegelapan
dan ilmu adalah cahaya. Cahaya tidak akan menembusi hati yang gelap. Jadi, jernihkanlah hati ini
dengan perbanyakkan istighfar.

2. Berwudhuk dan bersihkan diri, persekitaran dan pakaian.

3. Perbetulkan niat, belajar hanya kerana Allah, untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
menghilangkan kejahilan di dalam diri yang mampu menghalang kita mendapat redha dan rahmat
Allah.

4. Membaca surah Al-Fatihah, selawat dan doa-doa penerang hati sebelum dan selepas belajar dan
mengulangkaji.

5. Mendengar dan memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran guru. Apabila kita menunaikan hak
mendengar, Allah memudahkan kepada kita 3 perkara iaitu :
a) Allah memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
b) Allah memudahkan kita memahami apa yang kita dengar.
c) Allah memudahkan kita bercakap tentang ilmu tadi apabila diperlukan.

6. Selalu merujuk kepada guru.

7. Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.

8. Memberi tunjuk ajar apabila diminta.


Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya

1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas anda. Jika
guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.

2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.

3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika
diperintahkan oleh guru.

4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda
dengan sopan.

5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.

6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.

7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda
apa yang diajarkan ketika itu.

8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini anda akan
dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan guru anda jika anda
kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda harus banyak bertanya dari banyak
merungut untuk mendapatkan kefahaman.

Jika anda ingin menjadi seorang murid yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai
kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh mengajar untuk
menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid yang harus tahu membuat sesuatu untuk
mencapai kejayaan itu.

Usaha anda untuk menjadi murid yang berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar guru
mengajar sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu.

Kejayaan seorang murid itu bergantung kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan, tanpa
mengharap pertolongan orang lain untuk menjayakan diri sendiri.

Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga. Rasa
hormat kepada guru membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan sudah tentu lebih
keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda harus berdoa, agar segala usaha
anda itu akan beroleh kejayaan cemerlang.

INGAT!!! Seorang murid itu adalah bakal pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak
mahu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya sesebuah negara itu
bergantung kepada para belia dan remajanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam
pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan
'AKU BOLEH!

Jangan bersikap pesimistik


Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula
berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula
berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum
cuba belum tahu.

Kesedaran memikul tanggungjawab


Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai
seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa
akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang
menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

Tumpuan sepenuh hati


Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya.
Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi
orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau
suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

Mulakan dari awal


Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira
sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan
membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan
ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan
dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau
peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh
pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan
diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata
'Just bring it on..!'
Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku
rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak
mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran
dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan,
anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

Tepati waktu belajar


Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang
ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar
menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka
mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

Dapatkan bantuan guru


Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal
mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke
kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran,
atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati
guru yang memberikan kita ilmu.

Bersoal jawab dengan guru


Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan
dengan cara bersoal-jawab'.

Beri pandangan membina


Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini
kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin
memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran
pelajar.

Berbncang dengan rakan


Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi.
Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Siapkan tugasan yang diberi


Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas
atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah
pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Tubuhkan kumpulan studi


Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang
mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan
kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan
gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

Sering masuk perpustakaan


Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung
ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah
gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan
bukan ruangan gossip atau artis.

Menonton rangcangan yang sesuai


Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan
seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan
(seperti 'Discovery') dan berita semasa.

Lakukan peperiksaan kendiri


Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu
menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.
Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah
seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda).
Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

Sediakan jadual waktu


Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar
sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual
yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

Sertai ceramah motivasi


Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan
semangat dan keyakinan diri.

Sertai seminar peperiksaan


Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami
teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang
yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima
pelbagai tips dan petua berguna.

Beli buku rujukan


Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-
subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan
cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku
rujukan.

Masuk kelas tuisyen


Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan
kecekapan pelajar dalam pelajaran.

Lawatan ke pameran buku


Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun
anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu
menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai
minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah
sendiri).

Sertai kokurikulum sekolah


Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan
yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang
lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

Sanggup manghadapi cabaran


Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba
mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar.
Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan
suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar
melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala
merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

Jaga keselamatan diri


Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang
dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun.
Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

Jaga kesihatan fizikal


Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk
penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di
gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang
malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang
seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih
lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

Malu bertanya sesat jalan


Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah
berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai
model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi
peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan.

Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima
waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan
amalan ibadat agama masing-masing.

Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek
kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila
menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan
untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan
yang lebih cemerlang.

1. menghormati kedua ibu bapanya tidak kiralah bagaimanapun rupa perangai kedua ibubapanya
selagimana keduanya tidak mengingkari perintah Allah.
2. tidak melawan kata-katanya walaupun ianya menyakiti hati seorang anak, kerana besar dosanya
mengingkari kata keduanya. hatta 'ah' sekalipun sudahkan berdosa, inikan pula kata-kata lain
yang menyakiti hati mereka.
3. merendahkan bahasa dan tingkah laku ketika berhadapan dengan keduanya. Allah menyukai
bahasa indah dan murka akan bahasa kesat dan pedih.
4. neraka adalah tempat terbaik untuk anak yang derhaka. tempat yang wajar untuk anak yang
telah memperkecilkan hati kedua ibubapanya. Allah tak kisah pun kalau anak kecil hati
terhadap ibubapanya, tapi Allah MURKA pada anak yang menyebabkan kedua ibubapanya
berkecil hati.
5. ibu bapa telah membesarkan anak-anaknya semampu yang boleh dilakukan mereka. mereka
tidak sedikitpun meminta2 bahkan mendamba harta anak mereka, kerana tanggungjawab yang
diamanahkan Allah bukan sekadar dinilai di dunia, malah di akhirat kelak.
6. jangan sampai kita kehilangan mereka, barulah timbul kesal dan sesal. masa itu, buat apa pun
tak berguna. tangislah airmata darah sekalipun tidak akan memulangkan mereka kepada kita.
7. jangan tanya apa yang telah mereka lakukan, tapi tanyalah apa yang telah kita pulangkan
kepada mereka.. madu dan racunnya ada di tangan kita. jika kita anak yang baik, pastinya madu
yang ingin kita pulangkan. sebab doa dari mereka yang kita dambakan. doa dari mereka yang
menentukan kebahagiaan kita di muka bumi ini. tanpa restu mereka, tidak bahagialah hidup
seorang anak adam. balasan yang setimpal hanyalah untuk tindakan setimpal yang telah
dilakukan. tidak lebih dan tidak kurang. what goes around comes around, Allah Maha Kaya.
Harini mungkin kita telah mengecilkan hati ibu bapa kita, suatu hari nanti ingatlah, dikala anak
kita melakukan perkara yang sama kepada kita, jangan sampai masa itu kita tidak mampu
berbuat apa2dah melainkan redha sahaja.

Anda mungkin juga menyukai