Anda di halaman 1dari 8

Tips Pelajar Cemerlang

by CAHAYA PURNAM A

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri
sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman
pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku BOLEH!’
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa
putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan
lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan
kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam
tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan
kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang
pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara,
keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang
bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar
yangcemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar
yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih
gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya
kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas.
Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang
kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas
semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi
orang yang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’ pada
suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti
mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti
mereka sendiri.
5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila
akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian
bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang
sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini
termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan
rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model
jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi ‘bidan terjun’ ke
dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang
bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,
peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian
(peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah
pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan
bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya
peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata
‘Ya!’ Kalau anda peminat ‘The Rock’ anda akan berkata ‘Just
bring it on..!’
7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan
belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku
latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi.
Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan.
Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau
melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan,
anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air.
Tidakkah anda rasa ‘bengang’?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah
dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah
dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang
berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa
pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri
dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau
kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas
di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit
dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan
bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran
yang telah tertinggal itu.
10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama
ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau
sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh
itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk
memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah
Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata
‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan
pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan
cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar
sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan
ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman
pemikiran pelajar.
13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-
rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya
dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan
atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan
memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah
diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja
rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan
(study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan
agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi
jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi
kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan
gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah
dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu
pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku
untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu.
Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk
anda mentelaah pelajaran.
17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-
majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am
dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai


Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang
sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan
Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah
rencana pengetahuan (seperti ‘Discovery’) dan berita
semasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan
kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan
sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan
pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan
peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan
yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam
peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri
samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu
tentang ‘penyakit’ anda (kelemahan-kelemahan anda).
Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk
merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta
nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk
mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini
mestilah dipatuhi.
21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi
yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan
diri.
22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar
peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik
menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar
yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang
masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga
mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.
23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang
sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta
bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan
pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris,
“Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan
cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang
lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk
menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar
dalam pelajaran.
25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-
pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli,
sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan
ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula
akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai
minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda
masuk ke kandang najis… (fikirlah sendiri)
26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah
secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan
menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan
melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan
melahirkan pemikiran yang lembab.
27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran
luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu
penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan
minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang
berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan
gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar
melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan
kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan
yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan
mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat
mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain
dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar
kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan
dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan
makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau ‘junk-
food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli
kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga
sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan
dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan
menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat
berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai
untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba
pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya
dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak
yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar
cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam
menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah
berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan.
32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi
pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana
yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam
yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan
pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama
penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak
putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan,
berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai
iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua
bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari
kejayaan yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai