Anda di halaman 1dari 3

Teks ucapan : Disiplin Menjamin Kecemerlangan Murid

‘Disiplin Asas k ecemerlangan Diri’. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada


peraturan. Untuk berjaya dan cemerlang, murid-murid perlulah sentiasa
berdisiplin.

Peraturan ada di mana-mana di sekeliling kita.Disiplin merupakan panduan hidup


untuk berjaya dan mencapai cita-cita. Tanpa peraturan,hidup kita akan huru-hara.
Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya.
Anak yang soleh, meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan
pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang akur dengan arahan
dan peraturan jalan rayanya.

Tanpa disiplin hasrat kita akan terbantut, urusan kita tidak langsai, justeru impian
kita akan berkecai. Kita akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Kita
perlu bermuhasabah diri untuk memilih segala-gala yang baik dengan
mengetepikan perkara-perkara yang dangkal.

Disiplin mampu melatih pelajar supaya lebih peka dan bijak dalam mengatur serta
menyusun masa. Malah apa-apa yang lebih bernilai ialah disiplin mengajar para
pelajar bagaimana untuk mematuhi masa tersebut.

Disiplin akan menjadikan murid-muridai seorang yang rajin, tekun, berkeyakinan


tinggi serta berani menyahut cabaran yang secara tidak langsung akan lahirlah
pelajar yang memiliki jati diri dalam rohani dan jasmani mereka.

Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum
juga bergantung kepada guru-guru dan murid-murid yang berdisiplin.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam
pendidikan.

*Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasamengikuti


pengajaran guru.

*Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidakkira sama


ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR,

*Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi sepertibuku-buku


rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya.

*Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang
ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini
akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah
tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan
diri dalam pembelajaran.

*Sentiasa menghormati guru sepanjang masa. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu
sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

*Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

*Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.Ini kerana


dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan
semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan
mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

*Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas
atau kerja rumah.Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

*Menjadikan perpustakaan sekolah sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk


dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
* Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tambahan.

Kesimpulannya ,sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk memastikan


masa depan negara cerah dan sejahtera .Murid-murida akan menerajui dan
mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh
dalam diri mereka .

Anda mungkin juga menyukai