Anda di halaman 1dari 3

3/13/2014 Karangan contoh memupuk perpaduan | Mari berbahasa sebaiknya....

http://hairiebmtutor.wordpress.com/2012/10/05/karangan-contoh-memupuk-perpaduan/ 1/3
Mari berbahasa sebaiknya.
October 5, 2012
Karangan contoh memupuk perpaduan
Posted by Harima under Info baharu | Tags: fakta, karangan |
Leave a Comment
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK (UMUM)

Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik. Lebih-lebih lagi,
kebanjiran hiburan dan pengaruh Barat yang melalaikan membimbangkan pelbagai pihak
terutamanya apabila generasi muda inilah yang bakal mewarisi corak pemerintahan negara.
Persoalannya kini, apakah langkah yang efisien dalam memupuk semangat patriotik ini agar terus
membunga dalam generasi marcapada ini?

Salah satunya adalah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan
oleh kerajaan. Umum mengetahui bahawa program yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini
sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Buktinya, tentatif program
tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus
menembak, dan aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti aktiviti ini, pelatih-pelatih yang terdiri
daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati yang merupakan elemen penting dalam
semangat patriotik, bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara
sewajarnya dikenali dan dihargai melalui pendidikan subjek Sejarah. Dalam konteks ini, semangat
tokoh-tokoh yang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka
perlulah mengalir dalam darah para remaja dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas agar
tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata. Sebagai contohnya, tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul
Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong perlulah ditekankan supaya menjadi
inspirasi dan idola para remaja. Fokusnya, para remaja perlulah mengimplementasikan semangat
3/13/2014 Karangan contoh memupuk perpaduan | Mari berbahasa sebaiknya....
http://hairiebmtutor.wordpress.com/2012/10/05/karangan-contoh-memupuk-perpaduan/ 2/3
patriotik ke arah yang positif seperti belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara,
dan memartabatkan nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara maju yang lain.

Selain itu, sambutan hari kemerdekaan dan bulan kebangsaan menjadi titik tolak dalam mengimbau
bebas negara Malaysia daripada cengkaman penjajah. Hal ini dikaitkan dengan kemeriahan dan
kehangatan suasana sambutan ini mampu membuka mata generasi muda agar tidak alpa dengan
kemewahan dan keamanan yang dikecapi sebaliknya terus menyumbang bakti agar tanah air
tercinta ini tidak ternoda dengan kemelut penjajah. Misalannya, pada bulan kemerdekaan ini, jalur
gemilang berkibaran menanam rasa bangga akan negara dan keriuhan dalam perarakan mampu
membangkitkan kesedaran dan kesetiaan kepada negara dan bangsa. Tegasnya, semangat patriotik
haruslah diutamakan agar kita tidak lagi dijajah kerana sentiasalah kita diingatkan sejarah mungkin
berulang kembali andai kata kita leka dan terlupa.

Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita pada masa
hadapan. Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan
rapuh. Pendek kata, Negara Kita Tanggungjawab Kita tema hari kemerdekaan akan direalisasikan
oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri
kita semua !
Oops! There was a problem loading the video. (Error code:
#120)

Blog at WordPress.com. The Connections Theme.
Follow
About these ads
3/13/2014 Karangan contoh memupuk perpaduan | Mari berbahasa sebaiknya....
http://hairiebmtutor.wordpress.com/2012/10/05/karangan-contoh-memupuk-perpaduan/ 3/3
Follow Mari berbahasa sebaiknya....
Powered by WordPress.com

Anda mungkin juga menyukai