Anda di halaman 1dari 1

“Nikmat Keamanan dan Perpaduan di Malaysia”

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis, panel hakim yang berkarisma, guru-guru dan para
hadirin sekalian. Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Hadirin yang dihormati,

Mari kita renung-renungkan dan berfikir sejenak. Dalam kehidupan kita, apakah erti nikmat kebahagiaan?
Ada orang berkata, mempunyai wang ,kereta , rumah besar, asset dan simpanan yang banyak .Oh, bahagianya.
Tetapi adakah itu nikmat kebahagiaan sebenar yang kita inginkan? Justeru itu, pada pagi yang ceria ini, saya ingin
mengajak hadirin untuk sama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu “Nikmat Keamanan dan Perpaduan di
Malaysia”. Merujuk kamus dewan, keamanan bermaksud tenang,damai dan tenteram . Bebas daripada keadaan
kacau bilau, peperangan, pergaduhan dan bebas daripada gangguan yang tidak menyenangkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun penduduknya berbilang bangsa, agama,
adat resam dan budaya. Namun kita mampu hidup aman dibawah satu Jalur Gemilang. Ramai pemimpin dunia
yang mengagumi keamanan dan kemajuan yang kita kecapi. Sebenarnya, kejayaan ini tidak datang melayang,t idak
pula datang bergolek.tetapi hasil perpaduan dan kerjasama semua kaum .

Hadirin yang dikasihi,

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia. Negara yang aman dan damai. Kita tidak hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan seperti zaman nenek moyang kita dahulu. Namun begitu, kita amat bersimpati dengan
beberapa negara di dunia yang menghadapi pergolakkan yang berpunca daripada ketidakstabilan politik, ekonomi,
dan hak asasi manusia. Contohnya seperti di Palestin, Myanmar, Syria dan Sudan. Ribuan nyawa orang awam
termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban. Inilah harga sebenar sebuah keamanan. Oh,begitu mahal
sekali .

Hadirin yang dikasihi,

Jika di negara-negara bergolak tersebut , bunyi dentuman dan percikan api meragut ribuan nyawa. Di
Malaysia pula, bunyi dentuman dan percikan bunga api menandakan bermulanya satu pesta besar seperti Tahun
Baru Cina. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam amanatnya sempena Tahun Baru Cina
2020 menegaskan “ Ayuh kita raikan persamaan dan pinggirkan perbezaan”. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Hadirin yang dikasihi,

Hari ini, Malaysia merupakan negara yang aman di dunia. Namun, “Lautan mana tidak bergelora, Bumi
mana tidak ditimpa hujan” Walaupun ada segelintir pihak cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dengan
menimbulkan isu-isu sentisif. Namun, semuanya di selesaikan dengan semangat “1 Malaysia”.

Para hadirin yang berwawasan ,

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Sekiranya,rakyat negara ini tidak bersatu. Bolehkah
dan dapatkah negara kita terus kekal aman sehingga hari ini?
‟Tepuk dada dan tanyalah selera”.

Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum bicara ternoktah disini, izinkan saya menguntaikan serangkap pantun.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Hati di paut,jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai