Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

Bibik sebelah rumah, jiran Mak Timah tergesa-gesa datang ke rumahnya. Dari wajah Bibik
jelas kelihatan rasa cemas dan penuh kesedihan. Mak Timah dan anak-anaknya sedang enak
menggoreng pisang.
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan,” jawabnya lambat.
“Mengapa Siew Lan?” tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah
melopong melihat Bibik.
“Siew Lan, sudah beranak,” jawap Bibik.
“Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina?” Tanya Mak Timah lagi.
“Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing,” jawab Bibik sedikit sinis.
“Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini,” kata-kata Bibik
terhenti.
“Mengapa yang ini? Kenapa?” Mak Timah ingin tahu.
“Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik,”
Bibik memberi keterangan lanjut.
“Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok, kata datok ini anak tak guna, bawa sial.
Sekarang Siew Lan susah hati,” Bibik memberi keterangan lanjut.
“Mana datok Bibik pergi tengok?” Mak Timah bertanya ingin tahu.
“Itu kita punya loktanglah(Bomoh 巫 师 ). Kita punya bangsa itu macam, anak belum
beranak kita pergi tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh,” Bibik memberi
keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihatkan cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok.
“Bila balik hospital itu Siew Lan?” Mak Timah bertanya.
“Belum tahu, doktor tahan. Itu budak betul-betul kecil macam anak patung,” Bibik memberi
penjelasan lagi.
Setelah dua minggu di hospital akhirnya Siew Lan, anak Bibik yang paling tua pulang dari
hospital. Mak Timah cepat-cepat pergi menziarahinya. Betul kata Bibik. Terperanjat Mak Timah
melihat anak Siew Lan. Betul-betul macam sebiji buah betik, kecil dan halus. Termasuk budak ini
telah lima orang anak Siew Lan. Anak-anaknya yang lain, semuanya sihat-sihat. Montel-montel.
Tidak ada satu pun yang cacat.
****
Mak Timah terus menyuapkan makanan kepada Pungut. Dalam hati Mak Timah selalu berdoa
kepada Tuhan, jika Tuhan mahu mengambil nyawanya, biarlah Tuhan mengambil dahulu nyawa
Pungut. Dia tahu tidak ada sesiapa pun yang sanggup membela Pungut. Tidak ada sesiapa pun yang
sanggup membersihkan najis dan kencing Pungut. Tidak ada sesiapa yang sanggup menjaga Pungut.
Jadi, biarlah Pungut mati dahulu, kemudian dia, jadi masalah tidak timbul. Itulah doa Mak Timah
kepada Tuhan saban waktu. Hendak diharapkan anaknya Munah dan Katijah, janganlah harap.
Mereka sudah berkahwin, sudah mempunyai anak sendiri, bahkan mereka geli mendekati Pungut.
****
“Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu, apa
dapat? Kalau anak orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh bantu bayar duit air, duit api.”
Pilu hati Mak Timah mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan
dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi.
Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah, tidak seperti orang dahulu,
memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entahlah apa hendak jadi dengan
orang sekarang ini. Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke
rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, “ Bila aku dah mati nanti, hantarlah dia ke
mana kau suka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku
masih terlarat.

Anda mungkin juga menyukai