Anda di halaman 1dari 6

MENUKARKAN AYAT (AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF)

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama:


saya aku beta patik hamba kami kita

Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua:


awak engkau anda kamu tuanku tuan hamba kalian

Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga:


dia beliau baginda nya/ia Ali lelaki itu mereka

* Guru boleh memberikan contoh-contoh lain yang dianggap sesuai.

A. Susunan Ayat Aktif (Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama, Kedua dan ketiga)

1 2 3 4 5
subjek kata bantu kata kerja objek ayat keterangan

B1. Susunan Ayat Pasif (Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua)

4 2 1 3 5
objek kata bantu subjek kata kerja ayat keterangan

Contoh:

1. Saya telah mencuci kasut sekolah semalam.


Kasut sekolah telah saya cuci semalam.

2. Awak perlu menghantar kerja itu sekarang.


Kerja itu perlu awak hantar sekarang.

B2. Susunan Ayat Pasif (Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga)

4 2 3 1 5
objek kata bantu “di” + kata kerja + “oleh” subjek ayat keterangan

Contoh:

1. Ah Seng akan menghadiri majlis hari jadi pada malam ini.

Majlis hari jadi akan dihadiri oleh Ah Seng pada malam ini.

2. Ibu membeli buku cerita yang baharu dari Kedai Buku Popular untuk adik.

Buku cerita yang baharu dibeli oleh ibu dari Kedai Buku Popular untuk adik.

KATA KERJA

1
Tambah imbuhan meN- (me, men, mem, meng, menge, meny) pada kata dasar.
Bil kata dasar me, men, mem, meng, menge, meny
.
1. baca
2. asah
3. uruskan
4. ukur
5. ejek
6. olah
7. pukul
8. jual
9. ikuti
10. cat
11. lakukan
12. jahit
13. gunting
14. koyakkan
15. goreng
16. kira
17. perbesar
18. raba
19. telefon
20. proses
21. sapu
22. cuci
23. sucikan
24. cabut
25. baling

Tambah imbuhan meN- dan di- yang sesuai


Bil meN- di- di- meN-
1. menasihati disiapkan
2. mengepos dikarang
3. mengepam dikumpul
4. menggalakka dipisahkan
n
5. mengalihkan dicium
6. mencabut dimakan
7. mengotori dipakai
8. menyabit diketawakan
9. membuat disimpan
10. memfitnah diwarnakan
11. menghubungi dipermainkan
12. menanam diminum
13. menutup dijemput
14. melukis ditebang
15. memarahi disembunyikan
16. memukul dibungkus
17. menangkap dilap
18. merawat digilap
19. mengubah dinyanyikan

2
LATIHAN 1

A1. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif (Kata Ganti Nama Pertama dan Kedua)

1. Awak perlu mengepos surat itu dengan segera.

Objek Kata Bantu Subjek Kata Kerja Keterangan

2. Saya membeli rumah itu daripada Encik Tan.

Objek Kata Bantu Subjek Kata Kerja Keterangan

3. Kita harus mematuhi undang-undang jalan raya.

Objek Kata Bantu Subjek Kata Kerja Keterangan

4. Engkau wajar menyimpan wang di bank.

Objek Kata Bantu Subjek Kata Kerja Keterangan

5. Aku menulis surat itu untuk abang.

Objek Kata Bantu Subjek Kata Kerja Keterangan

6. Kamu wajib mengisi borang pendaftaran itu sekarang.

Objek Kata Bantu Subjek Kata Kerja Keterangan

3
A2. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif (Kata Ganti Nama ketiga)

1. Siti akan melawat Mei Mei di hospital.


Objek Kata Bantu Kata Kerja Subjek Keterangan

2. Kereta itu telah melanggar seekor anjing petang semalam.


Objek Kata Bantu Kata Kerja Subjek Keterangan

3. Mereka akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan.


Objek Kata Bantu Kata Kerja Subjek Keterangan

4. Pihak kerajaan perlu menggalakkan rakyat supaya menabung.


Objek Kata Bantu Kata Kerja Subjek Keterangan

5. Doktor Lim sedang merawat pesakit itu di kliniknya.


Objek Kata Bantu Kata Kerja Subjek Keterangan

6. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan.


Objek Kata Bantu Kata Kerja Subjek Keterangan

4
B. Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif. (Kata Ganti Nama Pertama, Kedua dan Ketiga)
1. Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis pada waktu pagi.
Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

2. Yuran keahlian Persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan sejak semalam.
Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

3. Bola itu harus kalian tendang dengan kuat.


Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

4. Rakyat perlu tuanku galakkan supaya menabung.


Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

5. Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin di bilik
disiplin.

Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

6. Semua pelajar Tingkatan Satu Hey diminta oleh Cikgu Syahir untuk ke dewan sekolah dengan
segera.
Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

7. Cucu Tuk Wan segera dihantar ke hospital oleh Arif kerana dia dipatuk ular
Subjek Kata Bantu Kata Kerja Objek Keterangan

5
LATIHAN 2

A. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.
1. Anda hendaklah menyelesaikan masalah itu dengan segera.
2. Puan Zaiton sedang menyeterika baju anaknya di dalam bilik.
3. Penduduk kampung akan membaiki jambatan yang roboh itu.
4. Kakak menjemur pakaian yang dicucinya pagi tadi.
5. Saya melukis gambar itu setelah diminta oleh Jungkook.
6. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka.
7. Kamu telah membelanjakan kesemua wang yang diberikan oleh ayah?
8. Cikgu Johhny akan mengetuai lawatan ke Pahang pada minggu hadapan.
9. Engkau perlu memanaskan lauk itu sebelum menghidangkannya kepada ibu.
10. Kedua-dua orang pemimpin itu memegang jawatan yang sangat penting.

B. Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksudnya.
1. Cadangan itu kami sokong dengan sebulat suara.
2. Undang-undang negara wajib kita patuhi agar kehidupan kita aman dan damai.
3. Pusat Sains Negara yang baharu itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri.
4. Air oren yang manis itu telah dibancuh oleh Aira pagi tadi.
5. Rumput di kawasan itu telah diracun oleh Jihan semalam.
6. Rumah banglo itu saya beli dengan duit hasil titik peluh saya sendiri.
7. Sajat telah dimarahi oleh Cikgu Alif kerana dia terlewat ke sekolah.
8. Kerusi-kerusi di tepi padang disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
9. Amalan kitar semula perlu kita amalkan sejak di bangku sekolah lagi.
10. Jurusan kejuruteraan akan kami pilih jika kami mendapat keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan SPM.

Anda mungkin juga menyukai