Anda di halaman 1dari 15

ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:

1. RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan

ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120


Perkataan

PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan


BENTUK PERENGGAN
JENIS AYAT PENDAHULUAN ISI PENUTUP
Ayat Topik Tema Kehendak Soa Merumus
lan Kehendak
1 / 2/ 3 / 4 Soalan
Ayat Huraian Huraian Tema Huraian Ulasan Tema
Kehendak
Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema Bukti Cadangan
Kehendak
Soalan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Harapan
Kehendak
Soalan
• ASPEK SOALAN:
• a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
• b. Langkah Mengatasi: Cara / Strategi /
Teknik / Bagaimana / Usaha
• c. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan /
Kepentingan / Kelebihan /Keburukan
JENIS-JENIS PENDAHULAUAN
KARANGAN
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan
• PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk
kamus)
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang
melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan
golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes
jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun
1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu,
kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari
semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat
diperlukan untuk membendung jenayah
• PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr.
Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa
yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran
tetapi pada masa yang sama meneruskan
pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus
diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat
diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama
pencemaran dapat dielakkan.
• PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi
yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur
jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami .
sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser ,
sepasang anak mataku sempat mengintai hutan
rimba yang akan kami lalui nanti.
• PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan
dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk
menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang
dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya
? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang
usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ?
Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?
• PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”
dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan
masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan
sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang
dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam
masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan
bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab.
• PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema
karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya
dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi
seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi
tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
• PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan
sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan
merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk
kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam
seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di
sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala
vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?
CONTOH

• Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat


semakin meluas.
• Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.

• Tema : PenggunaanTelefon Bimbit


• Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
• Format Karangan : Karangan Fakta

Teknik Menulis Rangka Karangan:
• Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.

Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit


sangat meluas secara global
Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin
canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar
muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan
Pada zaman digital ini, penggunaan
telefon bimbit sangat meluas secara
global bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat
perhubungan malah mempunyai pelbagai
fungsi yang semakin hari semakin
canggih. Antaranya, kita boleh melayari
internet, mendengar muzik,kamera dan
sebagainya. Hal ini banyak membawa
kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

Anda mungkin juga menyukai