Teknik ini khusus untuk karangan jenis pendapat.
a. Ayat Pertama
Ayat pertama dalam perenggan pengenalan hendaklah mengandungi takrif atau maksud atau sesuatu
yang umum tentang tajuk karangan itu. Misalnya:
Tajuk : Kemalangan jalan raya
Contoh 1
Kemalangan jalan raya biasanya melibatkan pengguna jalan raya dan sering mengakibatkan kecederaan
yang parah atau kematian bagi pihak yang terbabit terutamanya pejalan kaki, penunggang motosikal,
atau pemandu kereta.
Contoh 2
Walaupun tidak ada sesiapa yang ingin terbabit dalam kemalangan jalan raya, namun perkara yang tidak
diingini itu sering berlaku juga tanpa diduga.
b. Ayat Kedua
Ayat kedua dalam perenggan pengenalan menyentuh isu semasa yang berkaitan dengan tajuk.
Contoh 1
Sejak akhir‐akhir ini, kita dapati jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke
setahun walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Contoh 2
Sejak belakangan ini masalah kemalangan jalan raya sering dipaparkan melalui media‐media massa di
negara kita.
b2. Ayat ketiga
Ayat ke tiga dalam perenggan pengenalan merupakan huraian isu semasa dalam ayat ke 2.
Contoh:
Pada bulan Januari yang lalu, Jabatan Polis Trafik Wilayah Persekutuan telah mengesahkan bahawa tidak
kurang daripada 350 kejadian kemalangan jalan raya telah berlaku di Wilayah Persekutuan sejak bulan
Oktober hingga bulan Disember tahun 1995.
c. Ayat Keempat
Ayat keempat dalam perenggan pengenalan mengandungi pendapat tokoh seperti pendapat menteri,
pengarah, ketua polis, dan sebagainya.
Contoh 1
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya ialah
penonggang motosikal dan pejalan kaki.
Contoh 2
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
Menteri Pengangkutan Jalan Raya baru‐baru ini telah menasihati pengguna jalan raya supaya lebih
berhati‐hati ketika berada di jalan raya terutamanya sewaktu musim perayaan dan sewaktu cuaca
buruk.
d. Ayat Kelima
Ayat kelima dalam perenggan pengenalan merupakan pendapat penulis. Dalam ayat ini juga calon
hendaklah cuba memberikan bayangan berkaitan dengan skop atau isi yang akan ditulis. Namun begitu
calon tidak seharusnya menulis isi karangan dalam perenggan pengenalan ini.
Contoh 1
Walaupun kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila‐bila masa namun kita dapat berusaha untuk
mengelakkan kemalangan sekiranya kita lebih berhati‐hati ketika berada dijalan raya.
Contoh 2
Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan, kemalangan jalan raya akan terus meningkat sekiranya
tidak ada kesedaran serta kerjasama di kalangan pengguna jalan raya sendiri bagi mengatasi masalah
tersebut.
Contoh 3
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu juga memahami punca‐punca kemalangan jalan raya itu sendiri.
CONTOH PENGENALAN KARANGAN
1.Penderaan Kanak‐kanak
(A1) Penderaan kanak‐kanak dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan
yang dilakukan terhadap kanak‐kanak sama ada secara fizikal, mental atau seksual.
(A2) Sejak akhir‐akhir ini, masalah penderaan kanak‐kanak didapati semakin menjadi‐jadi.
(A3) Masalah yang menular di kalangan masyarakat kita yang serius ini telah membimbangkan semua
pihak.
(A4) Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis, sebanyak 130 kes penderaan telah
dilaporkan sejak bulan Januari tahun ini.
(A5) Pada hemat saya masalah ini perlu ditangani segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
2.Pencemaran
(A!) Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai kesan buruk sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia
yang mengakibatkan berlakunya kerosakan alam sekitar termasuk udara, air, dan bunyi.(A 2) Baru‐baru
ini kita telah dikejutkan dengan penemuan sisa toksik di sekitar Pulau Pangkor, Perak yang
mengakibatkan seluruh alam sekitarnya turut tercemar..(A3) Kawasan lain yang turut terjejas ialah Pulau
pinang dan jugak negeri Johor. (A4) Menteri Sains dan Alam Sekitar menegaskan bahawa tindakan
sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.(A5) Pada
fikiran saya kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam usaha menangani masalah
pencemaran yang semakin meruncing di negara ini.
3. Masalah Remaja
(A1)Masalah remaja boleh dikaitkan dengan masalah‐masalah yang sering melanda remaja pada masa
sekarang seperti kurang mendapat perhatian keluarga, kekurangan didikan agama, pengaruh rakan
sebaya, kekecewaan dalam percintaan, kesempitan hidup kerana kemiskinan serta mudah terpengaruh
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
dengan budaya barat yang negatif.(A2) Dewasa ini masalah remaja kian membimbangkan dan telah
menular hampir di setiap sanubari remaja. (A3)Akibatnya, wujud gejala‐gejala sosial yang tidak sihat
seperti tabiat melepak, dan bohsia.(A4) Oleh itu, pihak kerajaan telah mengadakan beberapa program
dan aktiviti untuk membanteras gejala sosial ini seperti Program Rakan Muda dan ceramah motivasi.(A5)
Pada hemat saya, langkah‐langkah yang berkesan perlu dijalankan dari peringkat awal lagi seperti kata
pepatah “ Kalau hendak melentur buluh biarlah masa rebungnya”.
Semua contoh yang diberikan merupakan garis panduan sahaja bagi pelajar‐pelajar. Anda tidak
semestinya menulis baris demi baris mengikut garis panduan tersebut. Namun begitu, secara dasarnya,
perenggan pengenalan itu memang ditulis mengikut 3 teknik yang popular seperti yang dibincangkan
tadi. Walau bagaimanapun anda tidak perlu menulis dalam lima ayat seperti yang dihuraikan tadi.
Misalnya anda juga boleh menulis seperti berikut:
Tajuk : Sampah sarap
Skop: Cara mengatasi
Tugasan : memberi komen
Jenis : Perbincangan
1. TEKNIK MEMBERI DEFINISI
Sampah sarap merupakan bahan terbuang yang tidak digunakan lagi. Ia mungkin terdiri daripada sisa
yang dibuang oleh manusia atau yang berlaku secara proses semula jadi. Memandangkan gejala ini
sudah mula mengancam kestabilan kesihatan dan keselamatan manusia dan negara, saya bersetuju
sekiranya tindakan undang‐undang dikenakan kepada sesiapa sahaja yang didapati melakukannya.
2. TEKNIK MEMBERI SENARIO/GAMBARAN
Dunia semakin hari semakin sarat dengan masalah. Bermula dengan masalah kepincangan manusia
sehinggalah kepada masalah pencemaran alam sekitar. Sekiranya manusia semakin kekurangan akal
budi, maka alam juga akan turut mengalami masalah persekitaran yang tidak sihat. Udaranya kotor,
sampah sarap bertaburan, dan air menjadi berkeladak dan memerlukan tindakan serta langkah
penyelesaian yang segera. Oleh itu, saya bersetuju sekiranya tindakan undang‐undang yang tegas
dikenakan bagi sesiapa yang ditangkap kerana mencemarkan alam sekitar.
Tajuk : Banyak tempat rekreasi di negara ini tidak dijaga dengan rapi oleh para pengunjungnya. Berikan
cadangan yang dapat dijalankan untuk mengekalkan keaslian tempat‐tempat tersebut. Huraikan
cadangan anda itu.
Contoh perenggan pengenalan bagi tajuk diatas:
Malaysia merupakan negara yang indah dengan bentuk lanskapnya. Bentuk topografinya yang terdiri
daripada gunung ganang, bukit‐bukau, dan laut pantainya menyajikan tempat‐tempat yang menarik
untuk dijadikan tempat perkelahan dan bersantai. Namun, kini tempat‐tempat rekreasi telah mula
dicemari dan dinodai keindahan dan ketulenannya oleh para pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
Demi kebaikan generasi yang akan datang, beberapa langkah mengawal tempat‐tempat tersebut
perlulah dilakukan segera.
LATIHAN
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
Tulis perenggan pengenalan daripada tajuk‐tajuk umum yang berikut, pengenalan anda hendaklah
mengandungi sekurang‐kurangnya 5 ayat:
1, Masalah penagihan dadah dan cara mengatasinya
2. Keburukan tabiat merokok dan cara mengatasinya
3. Masalah tabiat makan makanan yang tidak seimbang di kalangan masyarakat kita ‐ kesannya.
4. Masalah banjir kilat di negara ini , punca dan cara mengatasinya.
5. Masalah melepak di kalangan remaja, punca dan cara mengatasinya.
Contoh Jawapan
1. Masalah penagihan dadah dan cara mengatasinya
Dadah merupakan sejenis bahan rangsangan yang boleh mengubah keadaan fizikal, mental, serta emosi
seseorang yang mengambilnya. Sejak akhir‐akhir ini, masalah penagihan dadah telah ditimbulkan
semula kerana keadaannya dikatakan telah meruncing sehingga sukar untuk dikawal. Masalah ini telah
menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak terutamanya ibu bapa, para pendidik, serta pemimpin
negara. Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai program dan
kini sedang merangka satu program yang dijangka akan dapat menurunkan kadar masalah ini sehingga
ke paras yang paling minima. Saya berkeyakinan masalah ini akan dapat diatasi sekiranya program‐
program yang dijalankan oleh pihak kerajaan itu mendapat kerjasama daripada masyarakat tempatan.
2. Keburukan Tabiat Merokok dan cara mengatasinya
Tabiat merokok didapati telah lama menular di kalangan pelajar. Sejak akhir‐akhir ini masalah ini sering
hangat dibincangkan oleh para pendidik dan pihak PIBG. Namun begitu perbincangan semata‐mata
didapati tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Dalam hal ini, Menteri Kesihatan Malaysia pernah
mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak kerajaan sedang merangka satu program khas yang akan
dijalankan dengan segera pada awal tahun ini untuk mengawal keadaan. Di samping itu peranan
masyarakat terutamanya ibu bapa adalah penting untuk memastikan masalah ini dapat diatasi dengan
kadar segera.
3. Masalah tabiat makan makanan yang tidak seimbang di kalangan masyarakat kita ‐ kesannya.
Semua manusia yang hidup di dunia ini memerlukan makanan untuk terus hidup. sejak belakangan ini
masyarakat tempatan didapati tidak mengambil berat tentang tabiat pemakanan. Mereka mengambil
makanan mengikut selera masing‐masing tanpa mengambil kira kesan buruk akibat perbuatan mereka
itu. Keadaan ini telah menjadi‐jadi sejak akhir‐akhir ini dengan wujudnya pelbagai jenama makanan
segera di pasaran. Masyarakat harus diberikan kesedaran bahawa perbuatan seperti ini akan
mendatangkan kesan negatif ke atas mereka sekiranya tidak dikawal dengan segera.
4. . Masalah banjir kilat di negara ini , punca dan cara mengatasinya.
Hujan boleh mendatangkan rahmat atau kebaikan kerana kita memerlukan air dalam kehidupan kita.
Namun begitu hujan yang lebat juga boleh mendatangkan kesan buruk sekiranya tidak bersedia untuk
menerima kedatangannya. Banjir kilat yang sering melanda beberapa kawasan di negara kita telah
menjadi isu yang panas juga sejak belakangan ini sehingga tidak putus‐putus disiarkan melalui media
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
cetak dan media elektronik. Beberapa langkah yang berkesan harus dilakukan dengan kadar segera
untuk mengelakkan kemalangan jiwa dan harta yang tidak ternilai jumlahnya.
5. Masalah melepak di kalangan remaja, punca dan cara mengatasinya.
Melepak merupakan perbuatan yang menghabiskan masa tanpa tujuan yang berfaedah. Masalah ini
didapati semakin menular terutamanya di kalangan remaja. Menurut Perdana Menteri, masalah seperti
ini boleh menjejaskan imej negara sekiranya tidak diatasi segera. Di samping itu pihak kerajaan telah
menyiasat punca masalah ini dan sedang menjalankan beberapa langkah berkesan untuk mengatasi
masalah ini. Para pendidik dan pihak polis telah berganding bahu dan memerah otak untuk memastikan
masalah ini tidak terus merebak sehingga ke paras yang sukar dikawal.
Packed by joshuatly2007
Source: http://www.angelfire.com/mi/salleh/karangan
Visit: http://edu.joshuatly.com for more SPM tips!
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
TEKNIK MENULIS PERENGGAN ISI
Perenggan isi terdiri daripada :
A1: Isi utama
A2: Huraian tentang isi utama
A3: Huraian tentang isi utama
A4: Bukti/contoh/ data/ statistik
A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan.
Contoh isi karangan
Tajuk: Isu Buruh Asing
Skop : kebaikan dan keburukan
Isi : Kebaikan‐ dapat menampung kekurangan tenaga kerja.
(A1) Pekerja‐pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang diperlukan,
terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. (A2) Sekiranya kita menyekat
kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan ekonomi negara ini akan terbantut, (A3) Hal ini
demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan menggalakkan menyebabkan
banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit,
pemetik daun teh, buruh binaan, jurujual, dan sebagainya. (A4) Menurut Kementerian Buruh dan
Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan 800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan
memerlukan 250,000 pekerja tambahan. (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu
tidak dapat ditampung oleh rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar
pembangunan negara dapat berjalan lancar. ( 154 p.p )
PERHATIAN
*** Antara kelemahan calon peperiksaan ialah tidak dapat membuat huraian bagi fakta‐fakta yang
dikemukakan.
*** Oleh sebab itu karangan yang dihasilkan dianggap lemah dari segi olahannya dan jumlah kata yang
ditulis juga terlalu terhad.
*** Untuk mengatasi masalah itu pelajar dinasihati supaya membuat latihan menghuraikan ayat‐ayat
fakta.
LATIHAN MENGHURAIKAN AYAT
Baca ayat‐ayat fakta di bawah dan berikan huraiannya.
Contoh:
0. Kebanyakan taman rekreasi yang terdapat di negara kita tidak dilengkapi dengan kemudahan awam
yang cukup. Pengunjung‐pengunjung taman rekreasi sering merungut kerana taman rekreasi yang
dikunjungi tidak dilengkapi dengan tandas awam, surau, pondok rehat, kerusi rehat dan tong sampah.
Kadang‐kadang kemudahan yang disediakan itu telah rosak dan tidak digantikan dengan yang baru.
Kerosakan alat‐alat permainan seperti tali buaian yang usang, papan jongkang‐jongkit yang reput, dan
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
permukaan papan gelongsor yang kasar akan membahayakan kanak‐kanak yang menggunakannya.
Kebanyakan kerosakan yang berlaku itu didapati berpunca daripada perbuatan pengunjung yang tidak
bertanggungjawab akibat tidak mempunyai kesedaran sivik dan hanya mementingkan kepuasan diri
sendiri.
1. Kebanyakan nelayan di negara kita masih tidak mampu untuk memiliki bot yang dilengkapi dengan
peralatan yang moden.
2. Mutu sukan di negara kita masih berada di tingkat yang tidak membanggakan.
3. Pembuangan sisa minyak di perairan negara kita merupakan perbuatan yang sungguh tidak
bertanggungjawab.
Packed by joshuatly2007
Source: http://www.angelfire.com/mi/salleh/isi.html
Visit: http://edu.joshuatly.com for more SPM tips!
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
TEKNIK MENULIS KESIMPULAN KARANGAN
Keseluruhan bahagian kesimpulan dapat ditulis dengan menggunakan 4 ayat sahaja seperti berikut:
A1 Rumusan/ kesimpulan
A2 Cadangan
A3 Seruan atau harapan
A4 Pendirian penulis
Contoh 1
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa amalan merokok bukan sahaja
memudaratkan kesihatan, malah amalan ini dapat mencemarkan alam sekitar. Oleh itu amalan merokok
harus dihentikan, dan tidak diamalkan oleh generasi muda. Kita berharap agar generasi muda dapat
menjauhi tabiat buruk ini supaya kita dapat membina generasi yang sihat dan alam sekitar kita akan
menjadi lebih bersih. Oleh itu, saya menyokong langkah kerajaan untuk mengurangkan bilangan
perokok di negara ini.
Contoh 2
Daripada perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa amalan merokok bukan sahaja
membazirkan wang, malah amalan ini membahayakan kesihatan menusia. Oleh itu saya mencadangkan
supaya kempen anti merokok diperluaskan kepada semua anggota masyarakat. Saya juga menyeru
supaya belia atau remaja yang masih di bangku sekolah supaya tidak mengamalkan tabiat merokok.
Akhirnya saya menegaskan bahawa amalan merokok perlu dibanteras di negara ini supaya negara kita
mempunyai warganegara yang sihat dan tidak mengamalkan tabiat merokok, terutamanya di kalangan
generasi muda.
Contoh 3 ( Jenis ceramah )
Sebelum mengakhiri ceramah ini, saya menyimpulkan bahawa kita perlu berpegang kepada kata‐kata
Perdana Menteri kita iaitu “ Jangan boros ketika keadaan mewah” yang bermaksud kita dikehendaki
berjimat cermat kerana sikap boros akan menyebabkan pengguna dibelenggu oleh harga barang yang
tinggi iaitu inflasi. Dengan itu saya mencadangkan kepada ibu bapa supaya menjadi teladan kepada
anak‐anak mereka seperti kata pepatah “ Bapa borek anak rintik.” Oleh itu marilah kita sama‐sama
mendidik anak‐anak kita supaya mengamalkan langkah‐langkah seperti yang telah disarankan itu.
Akhirnya kita juga perlu berpegang kepada pepatah Melayu yang berbunyi “ Sedikit sedikit lama lama
jadi bukit”, dan “ Sehari selembar benang, lama‐lama menjadi kain”. Sekian.
Contoh 4 (Jenis Perbahasan)
Kesimpulannya , saya bagi pihak pencadang merumuskan bahawa bekerja dengan pihak swasta lebih
menguntungkan dari segi peluang kenaikan pangkat, peluang memperoleh pendapatan yang lebih,
peluang mengikuti kursus di luar negara, keselesaan tempat kerja, dan kepuasan pada diri sendiri.
Dengan itu saya berharap agar generasi muda tidak terlalu mengharapkan pekerjaan dengan kerajaan
sahaja, tetapi sedia berkhidmat dengan pihak swasta. Pihak kerajaan sendiri berharap agar pelajar‐
pelajar yang tamat persekolahan atau institusi pengajian tinggi supaya tidak terlalu memilih pekerjaan.
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com
Akhirnya saya sekali lagi mengatakan bahawa bekerja dengan pihak swasta lebih baik daripada bekerja
dengan kerajaan.
Packed by joshuatly2007
Source: http://www.angelfire.com/mi/salleh/simpulan.html
Visit: http://edu.joshuatly.com for more SPM tips!
http://edu.joshuatly.com
http://www.joshuatly.com