Anda di halaman 1dari 5

Contoh Penanda Wacana dalam Karangan

Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.

1. Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu....... 2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah...... 3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat..... 4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri. 5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini 6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan..

Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan.

1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. 2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 4. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan 5. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Ayat Pertama Setiap Perenggan Kita dapat menyaksikan betapa...... Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana... Lazimnya, dalam keadaan.... Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah .... Pada hemat saya ...... Pada pandangan saya .... Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa .... Sebagaimana yang kita ketahui ... Sebagaimana yang kita maklumi ... Sejak awal lagi ... Sejak kebelakangan ini .... Selain itu, pada masa ini juga ... Seperti yang telah dinyatakan... Umum mengetahui bahawa... Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ...

Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua dan Seterusnya Dalam Karangan Bagi sesetengah orang .... Begitu juga dengan .. Begitu juga halnya dengan ... Bertitik tolak daripada itu ... Bukan itu sahaja ... Dalam hal ini... Dalam konteks ini... Dalam zaman yang serba canggih ini... Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa..... Dengan adanya.... Dengan berbuat demikian..... Dengan perkataan lain.... Disebabkan hal itu.... Disebabkan keistimewaan inilah kita......... Hal ini berlaku disebabkan..... Hal ini penting dalam.... Hal ini serupa dengan.... Hal yang serupa berlaku apabila.....

Hal ini disebabkan..... Hal ini membuktikan bahawa.... Hal ini menggambarkan bahawa..... Hal ini secara tak langsung akan... Hal ini semua meninggalkan kesan kerana.... Hal ini tentu sekali membuatkan.... Jadi kita perlu..... Jadi kita hendaklah...... Keadaan ini tentunya..... Lantaran itu sehingga kini... Kesemua ini menyumbang kepada.... Kita mengakui bahawa..... Kita sering menonton di kaca telivesyen... Kita sering membaca di dada-dada akhbar.... Memandangkan keadaan yang sedemikian.... Namun sejak kebelakangan ini.... Oleh itu bolehlah dikatakan.... Secara logiknya masa yang..... Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita.... Keadaan ini seharusnya boleh..... Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini.... Kendatipun demikian, kita masih.... Yang paling nyata ialah... Yang perlu kita pastikan ialah...

PUNCA-PUNCA PELAJAR PONTENG SEKOLAH.


Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Pada hemat saya punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah. Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan

hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai