Anda di halaman 1dari 2

Contoh Latihan Meringkas Karangan

Bahagian C (ii) : Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis sebuah ringkasan tentang masalah-
masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Selalunya pelbagai penyakit akan timbul selepas banjir mulai surut. Penyakit yang
selalunya dikaitkan dengan banjir ialah penyakit bawaan air seperti cirit-birit, taun, dan juga
yang berpunca daripada nyamuk, iaitu denggi. Pihak berkuasa juga telah pun memberikan
maklumat terperinci berkenaan penyakit-penyakit yang perlu ditangani segera. Jika tidak
penyakit ini akan memberi masalah yang lebih besar kepada mangsa banjir.

Namun kita jangan lupa, masalah mental mungkin juga dihadapi mangsa banjir selepas
banjir surut. Berbanding dengan penyakit bawaan air tadi, masalah mental pada kebiasaannya
tidak disedari oleh pesakit apatah lagi orang lain. Jika mereka menghadapinya dan
mengetahuinya sekalipun, mereka akan cuba menyembunyikannya. Sehinggalah masalah
tersebut menjadi terlalu sukar untuk dirawat.

Kita sedia maklum bahawa musibah banjir mengakibatkan sejumlah harta benda
musnah begitu sahaja. Sudah pasti hal ini menyebabkan seseorang itu mudah untuk
berdukacita kerana perasaan kehilangan sesuatu yang berharga terjadi ke atas diri. Perasaan
dukacita inilah yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang punca dan sukar untuk
menyesuaikan diri. Mereka juga mungkin akan mempunyai perasaan rendah diri yang
keterlaluan.

Selain itu pula, ada sebilangan besar mangsa banjir akan kehilangan mata pencarian.
Misalnya golongan peniaga jalanan. Mereka sudah pasti antara golongan yang paling teruk
terjejas mata pencarian. Hal ini demikian kerana hasil jualan mereka berdasarkan jualan harian.
Jika tidak berniaga, mereka pasti rugi. Tetapi jika mereka berniaga pun mungkin sukar untuk
mendapat pembeli. Golongan ini perlu diberikan perhatian.

Demikian juga halnya dengan orang yang terlibat dengan sesuatu perniagaan seperti
kedai barangan elektrik. Mereka juga akan teruk terjejas kerana peralatan yang hendak dijual
telah rosak kerana banjir. Para peniaga ini akan kehilangan mata pencarian dan ada
kemungkinan mereka akan mengalami gangguan mental yang hebat. Mereka mungkin cuba
menafikannya, namun hakikatnya berbeza.

Semua keadaan di atas memerlukan persediaan mental yang kuat dan mereka
memerlukan bantuan agar boleh menjalani hidup seperti sedia kala. Tidak kiralah persediaan
menghadapi penyakit atau masalah mental, semua ini memerlukan kekuatan jiwa yang kuat.
Semoga mereka yang terlibat banjir ini menjadi orang yang kuat dan tabah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “ Persediaan Selepas Banjir “


oleh KhairolAnuarMauan dalam Utusan Malaysia,26 Januari 2007)
Langkah :

1.   Kenal pasti kehendak soalan : Masalah-masalah yang dihadapi oleh


mangsa banjir
2.   Kenal pasti kata kunci : Mangsa banjir
3.   Bina rujukan yang sesuai : Masalah ini, masalah tersebut, mangsa ini
4.   Kenal pasti isi-isi penting :

Isi 1      : Berhadapan pelbagai penyakit yang timbul selepas banjir mulai
surut
Isi 2      : Mudah berdukacita kerana kehilangan sesuatu yang berharga
Isi 3      : Mempunyai perasaan rendah diri yang keterlaluan
Isi 4      : Kehilangan mata pencarian
Isi 5      : Para peniaga mengalami kerugian kerana sukar untuk mendapat
pembeli
Isi 6      : Peralatan yang hendak dijual pula rosak

Rangka Jawapan :

Antara + Kehendak Soalan + ialah + KN + ……..Isi 1…….. . Selain


itu, masalah ini berlaku kerana……..Isi 2…….. . Di samping itu, ……..Isi
3……… menyebabkan masalah ini. Bukan itu sahaja, masalah
tersebut juga berpunca daripada……..Isi 4…….. . Seterusnya, masalah
ini berlaku kerana ……..Isi 5…….. . Akhir sekali , ……..Isi 6…….. juga
menyebabkan masalah oleh masalah banjir.

Anda mungkin juga menyukai