Anda di halaman 1dari 36

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah


perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum
mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.


Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia
ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan
lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak


membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum
yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah
kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan


melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak
kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk


peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa,
bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah
dalam melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia


membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti
kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah
kepada murid-murid.
Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Sabtu, 20 Januari 2015

9.00 pagi

Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di


Pantai Cherating. Adikku membantu ibu menyediakan makanan. Aku pula
membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi

Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta


supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam
perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku
terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi

Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula


memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk menghamparkan tikar.
Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan dan
tikar.
Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami
bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung
supaya tidak lemas.

1.00 petang

Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan


untuk membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari di
atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang
berdekatan.

2.00 petang

Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula
membina istana dari pasir. Orang ramai juga bermian permainan yang
sama.

4.30 petang

Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan


semua barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat
hati untuk pulang tetapi puas.
Catatan : Hari Kecemerlangan

Rabu, 10 November, 2014

7.30 pagi

Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak


perhimpunan. Guru-guru sibuk mengambil kedatangan murid yang akan
mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi

Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam


satu barisan. Guru-guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang
diterima murid. Cikgu Marzuki berada di hadapan pentas untuk memulakan
acara.

8.30 pagi

Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis


dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Anuar Saleh. Selepas
bacaan doa, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang
hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang
Berhormat Adun Kemasek. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa
SK Kerteh bukan sahaja mempunyai guru yang hebat malahan pelajarnya
juga cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun lima


dan tahun enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat persembahan
yang mengagumkan.
Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan.
Kategori hadiah pertama ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi Tahun 6.
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra sekolah
dan markah tertinggi dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua PIBG
sekolah.
Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah
disempurnakan oleh YB Adun Kemasek. Tokoh pelajar lelaki disandang oleh
Amir manakala tokoh perempuan pula disandang oleh Nadiatul.

12.30 tengahari

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan


dengan acara cabutan bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan
sangat gembira. Sebelum pulang, semua ibu bapa dan pelajar dijemput
menikmati jamuan ringan.
Catatan : Perkhemahan Unit Beruniform

Jumaat, 10 Jun 2010

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap


yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu
Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30
orang dan disertai oleh 5 orang guru.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah


membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan
beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan
semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam,
kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami


mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan.
Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui


aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di
hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti
ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku
mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika
membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan.
Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami
meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.

Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira
dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan
pengalaman yang aku peroleh.
Catatan : Aktiviti Hari Minggu
Sabtu, 20 Mac 2015

6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya
berjemaah bersama keluarga. Kemuadian, saya pergi ke dapur untuk
membantu ibu menyediakan sarapan.

7.30 pagi
Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami
berjoging untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.
Selepas berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil berbual-bual.

8.30 pagi
Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai sarapan,saya
membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi
Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya
mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang
membantu saya menyiapkan kerja sekolah.
Usai menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya berehat
seketika. saya mengambil peluang ini dengan menonton televisyen
bersama abang dan adik-adik saya.

2.00 petang
Selepas makan tengahari, saya solat zohor. Sesudah itu, ayah
mengajak saya sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana, saya bermain badminton
dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di Pasaraya TMC.

5.00 petang
Selepas solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama
kawan-kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang.
Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi. Saya
bersiap-siap untuk ke masjid bersama ayah.

7.20 malam
Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga mengikut
kami ke masjid. Di masjid, saya melihat ramai jemaah yang ingin solah
maghrib berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan baik saya di masjid. Dia
juga datang ke masjid bersama ahli keluarganya.

9.00 malam
Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya bersama
keluarga makan malam. Selesai makan, saya mengulangkaji pelajaran.
Selepas mengulangkaji, saya mengemas buku dan menyalin jadual kerana
esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam.
Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa sebelum
tidur.
Karangan Fakta : Faedah Menabung

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap


berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan
harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang


simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita
untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa


kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan
rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa
musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita


menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian
keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa
hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu


mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit.
Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat


banyak faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat


dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan
secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan


hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual
dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat
menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan


badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti
membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan
yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang


seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak


faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai
amalan.
Karangan Fakta : Jiran

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.
Jiran kita termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang
rumah kita. Saya tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang
baik.
Jiran jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa
sekiranya berada di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi rumah
ketika ayas saya sakit dan ketika ibu melahirkan adik-adik saya.
Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya.
apabila mereka memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan
kuih tradisional. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.
Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila
mereka tiada di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka
untuk memastikan rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan
kejiranan yang lebih selamat.
Sekiranya berlaku kecemasan, kita boleh memohon bantuan dari
jiran. Suatu ketika adik saya sakit dan ayah saya tiada di rumah. Ibu
terpaksa membawa adik ke hospital manakala saya tinggal sementara di
rumah jiran.
Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau
jamuan. Mereka bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan
gembira. Jiran-jiran turut bergotong-royong membersihkan persekitaran
surau dan kawasan perumahan.
Saya mempunyai jiran yang sebaya dan belajar di sekolah yang
sama dengan saya. Kami sering belajar dan mengulang kaji pelajaran
beramai-ramai. Kami juga sering bertukar pendapat untuk meningkatkan
penegetahuan.
Hidup kejiranan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita
mestilah berbuat baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai
jiran-jiran yang baik.
Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah,


buku cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai
pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai perpustakaan
sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan
sekolah. Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan


memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku
ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan
sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan


perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di
perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga boleh
mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti
merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan.


Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya.
Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku cerita. Kita juga tidak perlu
membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia
terdapat di perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja


sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat
perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan


pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.
Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh


itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.

Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan


menghormati dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana
merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain itu,
kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.

Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua


peraturan sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk peribadi
murid-murid agar lebih berdisiplin.Contohnya seperti memakai pakaian
seragam sekolah yang lengkap,berambut pendek,beratur dan sebagainya.

Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah


sentiasa menepati masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke kelas
atau mengikuti aktiviti kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati masa akan
sentiasa dihormati.Tambahan pula, masa itu amat berharga.

Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian


semasa belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual
kosong atau menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-murid
lebih disayangi oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.

Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan agama juga


dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak dan berdisiplin.
Karangan Pengalaman : Lawatan Ke Pameran Buku

Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran
buku. Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan saya dan
keluarga saya.

Apabila tiba di tempat pameran, keadaan disana sungguh riuh


rendah. Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita,
majalah dan sebagainya.

Saya membaca sinopsis buku yang dipilih. Saya membeli buku-buku


disitu dengan diskaun sehingga 80%. Terdapat juga syarikat yang menjual
buku dengan harga runtuh.

Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya


ialah pertandingan Cabutan Bertuah, pertandingan pidato dan sebagainya.
Saya menyertai pertandingan Cabutan Bertuah. Saya memenangi
pertandingan itu dan mendapat sebuah hampert serta wang tunai berjumlah
RM100. Keluarga saya mengucapkan tahniah kepada saya.

Pelbagai perkara menarik berlaku disini. Banyak syarikat penerbitan


termasuk syarikat antarabangsa disini. Ini sungguh berbeza dengan
pameran yang kami pernah hadiri. Anggota keluarga saya memberikan
pendapat yang sungguh positif.

Kami pulang pada pukul empat petang. Saya berasa sedih untuk
meninggalkan pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli
banyak buku. Saya berharap banyak lagi pameran buku seperti ini
diadakan pada masa akan datang.

7 February 2015
Karangan Syarahan : Hari Guru

Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru


Besar SK Kerteh, Yang Dihormati guru-guru SK Kerteh dan rakan-rakan
sekalian. Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana
diberi peluang berucap pada hari ini. Saya juga berasa terharu dan gembira
kerana dapat mewakili rakan-rakan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada guru-guru semua.

Guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan,


Pada 16 Mei setiap tahun, kita akan meraikan Hari Guru di seluruh
negara. Hari ini merupakan hari yang penting bagi murid-murid dan guru-
guru. Hari ini disambut menunjukkan penghargaan kepada guru atas jasa
mereka selama ini.

Guru ibarat sebatang lilin yang menerangi hidup kita. Guru sanggup
berkorban untuk memastikan anak murid mendapat ilmu pengetahuan.
Guru juga berusaha tanpa mengira penat atau jemu demi kejayaan anak
murid mereka.

Guru-guru yang dihormati,


Saya mewakili rakan-rakan berjanji akan mengenang jasa guru
bukan sahaja pada Hari Guru. Jasa guru dan pengorbanan guru sedari kami
dari Tahun 1 lagi wajar dikenang sehingga ke alam dewasa. Ini kerana
gurulah orang yang pertama mendidik murid membaca, menulis serta
mengira.

Saya mewakili rakan-rakan juga ingin memohon ampun dan maaf


sekiranya terdapat kesalahan dan keterlanjuran sehingga mengguris hati
guru. Kami berharap guru-guru tidak patah semangat menghadapi karenah
kami sepanjang menjadi warga SK Kerteh.

Rakan-rakan sekalian,
Sebagai membalas jasa guru, marilah kita berjanji untuk menjadi
murid yang berakhlak mulia dan akan berusaha sehingga berjaya. Oleh itu
sebagai langkah pertama, marilah kita belajar dengan tekun dan menjaga
disiplin diri serta nama baik sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan


Saya selaku Ketua Murid SK Kerteh mewakili murid-murid SK Kerteh
ingin mengucapkan selamat Hari Guru untuk guru semua. Kami murid SK
Kerteh sentiasa mendoakan kesejahteraan guru. Terima kasih kerana sudi
mendidik dan membimbing kami.

Sekian, terima kasih.


Surat Rasmi : Memohon cuti kerana demam

SarvinRao
378 Perumahan Panalex, Kerteh
24300 Kemaman
Terengganu
_______________________________________________________________________
Guru Kelas
Sekolah Kebangsaan Kerteh,
Kerteh
Kemaman 7 Oktober 2014

Cikgu,
Memohon Cuti Kerana Demam
Dengan segala dimaklumkan bahawa saya, Muhammad Ikhwan Hadi tidak
dapat hadir ke sekolah selama dua hari mulai esok 8 Oktober 2014

2. Saya telah demam kerana meredah hujan ketika balik dari sekolah.
Doktor menasihatkan saya agar berehat di rumah.

3. Saya akan kembali semula ke sekolah pada 10 Oktober. Rakan


sekelas saya, iaitu Afiq akan memaklumkan kepada saya semua kerja
sekolah yang mesti dibuat.

4. Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan


kelulusan daripada cikgu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

----------------------------------
(Sarvin Rao A/L Nyanaprakash)
Karangan Perbualan : Kejohanan Sukan Tahunan

Ikhwan : Assalamualaikum Afiq.

Afiq : Waalaikumussalam Ikhwan. Apa tujuan kamu berjumpa


dengan saya?

Ikhwan : Saya ingin membincangkan tentang persediaan yang perlu


dilakukan untuk kejohanan sukan tahunan.

Afiq : Oh, itu tujuan kamu berjumpa saya. Bila kejohanan ini akan
diadakan?

Ikhwan : Kejohanan ini diadakan pada minggu hadapan.

Afiq : Awalnya kita perlu melakukan persediaan. Untuk


menghadapi kejohanan ini, saya rasa kita pelu berlatih
setiap hari.

Ikhwan : Apakah persediaan yang perlu dilakukan?

Afiq : Kita patut bersenam dan lari mengelilingi padang sebanyak


tiga pusingan.

Ikhwan : Saya rasa kita perlu menjaga pemakanan kita. Kita perlu
makan makanan yang seimbang.

Afiq : Saya setuju. Saya rasa makanan berminyak patut


dikurangkan kerana ia mengandungi banyak lemak.

Ikhwan : Sehari sebelum kejohanan, kita tidak perlu berlatih supaya


boleh menyimpan tenaga.

Afiq : Kita juga perlu memastikan tidur kita cukup

Ikhwan : Loceng sudah berbunyi. Mari kita masuk kelas.

Afiq : Baiklah.
Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas
Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru
Besar, yang dikasihi guru-guru, yang diaikan Cikgu Ahmad iaitu guru kelas
serta rakan-rakan sekelian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
diberi peluang mewakili murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam majlis
perpisahan ini. Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih apabila
mendengar berita perpindahan guru kelas kami.

Hadirin sekelian,
Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau
mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga
mengajar kami mata pelajaran Kajian Tempatan.
Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau
juga merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan
bersungguh-sungguh.
Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah
kita. Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Ini disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.

Hadirin yang dihormati,


Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK
Kerteh. Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan
kemahiran dan stamina. Pada tahun 2014, kita telah mendapat johan bagi
Pertandingan Bola Sepak bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.
Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah
baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya
dengan serangkap pantun:
Hari ini hari Ahad
Lusa hari Selasa
Terima kasih Cikgu Ahmad
Jasa cikgu kami tak lupa

Sekian, terima kasih.


Persatuan Matematik sekolah kamu ingin menganjurkan lawatan ke kilang minuman ringan.
Sebagai setiausaha, tulis sepucuk surat untuk memohon kebenaran melawat ke sana.

Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Taman Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

___________________________________________________________________________
Tuan Pengarah,
Kilang Minuman F&N,
54000 Petaling Jaya,

Selangor. 21 JULAI 2014

Tuan,
Memohon Kebenaran Untuk Melawat Kilang

Persatuan Matematik dari Sekolah Kebangsaan Taman Kepong ingin memohon kebenaran
tuan untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke kilang tuan.

2. Kami mendapati kilang tuan merupakan kilang yang terbesar dan dilengkapi jentera-
jentera yang tercanggih. Kami tertarik untuk mengetahui proses menghasilkan minuman.
Kami juga ingin mengetahui tentang pemasaran minuman itu.

3. Kami bercadang mengadakan lawatan ke kilang tuan pada 21 Ogos 2014. Rombongan
kami terdiri daripada tiga puluh orang murid dan tiga orang guru. Kami dijangka tiba ke
kilang tuan kira-kira pukul 11.00 pagi dengan sebuah bas sekolah.

4. Sekiranya tarikh tersebut tidak sesuai, sila hubungi kami supaya kami dapat menukar
tarikh yang lebih sesuai secepat mungkin. Kami berharap agar mendapat keizinan daripada
pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Norman
(NORMAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha,
Persatuan Matematik,

SK Taman Kepong.
Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang.
_______________________________________________________________
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang. 20 MAC 2014

Tuan,
Memohon Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Langkawi

Berhubung perkara di atas, Saya Nor Firzana binti Mohd Arif, setiausaha Persatuan Sejarah
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun ingin memohon untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Langkawi.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah sekolah telah
merancang untuk mengadakan lawatan ke Langkawi pada 20 hingga 23 April 2014. Seramai
40 orang murid Tahun 6 akan menyertai lawatan ini dengan diiringi oleh 4 orang guru
pengiring iaitu Cikgu Faizul, Cikgu Nazariah, Cikgu Azhari dan Cikgu Mazlina. Antara tempat-
tempat menarik yang akan dikunjungi semasa di Langkawi nanti ialah Taman Marin Pulau
Payar, Taman Agrotek Mardi, Tasik Dayang Bunting dan Dataran Helang.

3. Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan
serta pengalaman peserta. Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan
para pelajar sebelum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan
September nanti. Lawatan ini juga diharap dapat membantu para pelajar mengetahui
dengan lebih jelas tentang tempat-tempat menarik yang ada di negara kita. Semoga mereka
akan lebih bangga dan bersyukur dilahirkan di negara tercinta ini.

5. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kami juga
berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat
membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian,
maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


_________norfirzana_______
(NOR FIRZANA BINTI MOHD ARIF) Setiausaha Persatuan Sejarah
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________

Tuan Guru Besar,


Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan. 4 MAC 2013

Tuan,

Meminta kebenaran Mengadakan Perkemahan

Merujuk perkara di atas, saya Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi selaku
Setiausaha Persatuan Puteri Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis
surat kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk meminta kebenaran
mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli
persatuan.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan


pada 3 Mei hingga 5 Mei 2013. Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang
Sebatang. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan


pengalaman baharu kepada ahli sebagai batu loncatan untuk Berjaya.
Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika mengikuti
perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap
berdikari dalam kalangan ahli.

4. Saya berharap agar pihak tuan tidak menghalang untuk mengizinkan


ahli Puteri Islam menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian
tuan amatlah disanjung tinggi. Saya akhiri surat saya ini dengan lafaz
berbanyak-banyak terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Pada tahun ini kamu akan menduduki Peperiksaan UPSR. Pelbagai persediaan telah kamu
lakukan.

Nur Asmida Binti Azlan,


Lot 2005, Kg Panchor
Kemumin,
16100 Pengkalan
Chepa,
Kelantan.

12 MAC 2016 .

Menemui sahabatku, Amalin Husna yang kini berada di Johor Bharu semoga
berada dalam keadaan afiat. Apa Khabar saudari? Saya di sini dalam keadaan
sihat sejahtera. Demikian juga harapan saya terhadap saudari sekeluarga.

Bagaimana keadaan pelajaran saudari? Saya berharap saudari sentiasa


beroleh kejayaan yang cemerlang setiap kali menghadapi ujian. Tambahan pula
pada tahun ini kita akan menghadapi peperiksaan yang penting yang akan
menentukan hala tuju persekolahan kita pada tahun-tahun mendatang.

Saudari yang dikasihi,

Tentunya saudari sedang sibuk membuat pelbagai persediaan untuk


menghadapi Peperiksaan UPSR nanti. Saya di sini juga demikian. Pelbagai
persiapan telah dan sedang saya lakukan. setakat ini, saya belum lagi tidak hadir
ke sekolah. Pada saya kehadiran ke sekolah sangat penting kerana setiap hari pasti
ada sahaja topik baharu yang akan diajar oleh cikgu. Jika kita ketinggalan, maka
sukarlah untuk kita memahami topik atau tajuk tersebut.

Selain itu, saya juga mengulangkaji pelajaran pada waktu petang. Hal ini saya
lakukan agar perkara yang diajar oleh guru di sekolah akan kukuh diingatan saya.
Saya juga membuat latihan dengan menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas.

Pada waktu malam pula saya akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi
oleh guru. Melalui tugasan ini saya dapat menambahkan kefahaman saya
terhadap sesuatu tajuk. Hal ini akan meningkatkan prestasi pencapaian saya.

Pada hari minggu pula, saya akan belajar bersama-sama rakan-rakan yang
tinggal berdekatan rumah saya. Kami mengadakan kumpulan perbincangan.
Segala topik pembelajaran yang tidak difahami, kami akan bincangkan bersama-
sama. Dengan cara ini kami dapat berkongsi idea dan pandangan serta
membetulkan kesilapan.

Bagaimana pula dengan saudari? Saya berharap agar saudari dapat pula
menceritakan kepada saya persiapan yang saudari lakukan. Manalah tahu jika
saya dapat mencontohinya demi meningkatkan pencapaian saya.

Sekian dahulu untuk kali ini. Saya berharap agar kita dapat bersua lagi pada
warkah yang akan datang.

Yang benar

ASMIDA
Pengalaman ke Pasar
Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke pasar yang
terletak tidak jauh dari rumah kami. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana.

Ramai orang berkunjung ke pasar untuk membeli-belah. Suasana di


pasar riuh-rendah dengan suara pengunjung dan peniaga. Di pasar
terdapat banyak gerai seperti gerai sayuran-sayuran, gerai ikan, gerai
daging dan gerai buah-buahan.

Saya dan ibu berjalan ke gerai sayur-sayuran. Di gerai itu ada menjual
pelbagai jenis sayur. Contohnya, kangkung, bayam, kubis, timun, peria,
terung dan tomato. Penjual sayur menyusun sayur-sayuran di atas para-para
dengan rapi. Ibu telah memilih seikat sayur kangkung, sepeket cili dan
beberapa biji ubi kentang. Ibu juga tawar-menawar harga sayur-sayuran
dengan penjual itu supaya dapat membeli sayur-sayuran dengan harga
yang lebih murah.

Kemudian, saya dan ibu pergi ke gerai buah-buahan. Di gerai itu


terdapat buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Antaranya
ialah tembikai, nanas, epal, pisang, jambu batu, rambutan dan lain-lain lagi.
Ibu telah membeli tembikai kegemaran kami sebagai pencuci mulut. Penjual
itu melayan kami dengan mesra dan berbudi bahasa.

Selepas itu, kami pergi ke gerai ikan. Lantai di sana basah dan licin.
Saya memegang tangan ibu erat-erat agar tidak tergelincir. Seorang penjual
ikan asyik menjerit harga ikan yang ditawarkan untuk menarik perhatian
kami. Ikan yang dijualnya segar-bugar. Ibu pun membeli selonggok udang
dan dua kilogram ikan kembung.

Setelah selesai membeli-belah, saya pun menolong ibu menjinjing


bakul yang penuh berisi barang lalu pulang ke rumah. Saya berharap agar
dapat menemani ibu ke pasar lagi pada minggu hadapan.
Majlis Hari Lahir Saya

Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi
saya yang ke-12 di rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan sekelas
ke majlis hari jadi saya.
Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu
dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan kakak pula
membantu ibu menyediakan makanan di dapur.
Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak.
Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok, agar-agar,
jus buah-buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek yang besar
untuk saya. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas meja.
Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba.
Mereka membawa hadiah untuk saya. Saya menyambut kedatangan
mereka dengan tangan terbuka. Semua kawan berdiri mengelilingi saya.
Kami menyanyi lagu “Selamat Hari Jadi” sambil bertepuk tangan dengan
gembira.
Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong
kek. Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan yang
dihidangkan di atas meja.
Selepas menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu
dan meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil gambar
bersama kawan-kawan untuk dijadikan kenangan.
Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir.
Semua kawan pun pulang ke rumah ke rumah masing-masing. Saya berasa
sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.
PENGALAMAN BERHARI RAYA DI KAMPUNG NENEK

Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa,kami sekeluarga telah


pulang ke kampung nenek untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya
terletak di Yan,Kedah. Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta
api sesak dengan para penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-
masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari hampir senja. Kami
sekeluarga berasa teruja untuk pulang ke kampung.

Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami


dengan tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah
untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang
untuk berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung. Malam
pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung
terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang
pelita di sekeliling rumah nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain
di kampung bermain bunga api.
Pada hari yang seterusnya,datuk membawa kami sekeluarga pergi ke
sungai yang berhampiran dengan rumahnya.Kami telah meyediakan joran
dan umpan.Datuk mengajar saya dan kedua-dua adik lelakiku tentang cara-
cara memancing ikan.Oleh itu,kami dapat memancing banyak ikan yang
besar dengan senang. Selepas itu,kami membawa ikan-ikan yang dipancing
ke rumah datuk dan nenek untuk digoreng gebagai lauk-pauk pada waktu
berbuka puasa.

Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami
memakai pakain baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat
suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan mengunjugi
rumah sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai
hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan jugabangkit.
Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok
berhari raya bersama nenek di kampung tetapi sedih kerana harus
meninggalkan kampung.Saya berharap agar dapat pulang ke kampung lagi.
Kamu telah mengikut ibu bapa kamu ke pasar malam. Ceritakan pengalaman
kamu itu.

Sebaik-baik sahaja selesai menikmati hidangan makan malam, ibu dan bapa
mengajak saya pergi ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah saya.
Kami ke sana dengan berjalan kaki dan mengambil masa selama 10 minit sahaja.

Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di
antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Suasana pada ketika itu riuh-rendah
dengan orang ramai yang mengunjungi pasar malam itu.

Ibu membeli sayur-sayuran segar yang dijual di situ kerana harganya sangat
berpatutan. Saya mengambil kesempatan untuk pergi ke gerai bersebelahan untuk
membeli ayam goreng berempah. Kedengaran suara para penjual berteriak
memanggil para pelanggan supaya membeli barang-barang di gerai mereka.

Kami terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana keadaan di pasar malam


sungguh sesak. Semasa berjalan, kami terserempak seorang peminta sedekah yang
kudung kakinya, duduk di atas jalan raya sambil menadahkan tangannya untuk
meminta sedekah daripada orang ramai yang lalu-lalang di situ. Saya begitu
bersimpati dengan peminta sedekah itu, dan menghulurkan wang sebanyak
RM5.00, lalu beredar dari situ.

Selepas itu, ibu saya membeli beberapa helai baju yang digemarinya.Ayah
hanya membeli sepasang kasut sahaja.Saya membeli dua keping apam balik,
selonggok jagung rebus dan sebungkus kacang kuda untuk dibawa pulang ke
rumah. Pada ketika itu, orang ramai yang berada di pasar malam itu mulai
berkurangan dan suasana mulai agak sunyi serta para peniaga juga mulai
mengemas barang-barang mereka.

Kami pun pulang ke rumah sambil menjinjing beg plastik yang dipenuhi
dengan barang-barang yang kami beli. Sesungguhnya pengalaman pergi ke pasar
malam bersama ibu dan bapa saya sememangnya amat menyeronokkan.

Suasana semasa Membeli-belah di Pasar Raya


Hari ini hari minggu. Ayah membawa kami sekeluarga ke Pasar Raya
Pakson untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan jualan mega
sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya. Pasar raya itu dihias dengan
tanglung dan reben berwarna merah. Lagu Tahun Baru Cina turut disiarkan
bagi memeriahkan lagi suasana di dalam pasar raya.

Kelihatan pelbagai iklan ditampalkan pada rak-rak. Barang-barangan


yang terpilih diberikan potongan harga daripada 10% hingga 70%. Barangan
disusun di atas rak dengan rapidan kreatif bagi menarik hati pengunjung.
Kami menjadi rambang mata apabila melihat barang-barang yang
dipamerkan.

Pihak pasar raya turut mengadakan promosi “Beli Satu Percuma Satu”
dan cabutan bertuah bagi setiap pembelian yang melebihi RM 100.
Promoter melayan pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Para
pengunjung sibuk membelek-belek barangan yang dikehendaki oleh
mereka sambil membandingkan harga barangan.

Ibu bapa juga tidak melepaskan peluang untuk membeli pakaian dan
kasut baru yang diberi diskaun hebat. Saya dan adik telah memilih Lego
yang kami idam-idamkan. Alangkah seronoknya kami seperti itik mendapat
air.

Kami terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran di


kaunter bayaran. Namun, kami tetap menunggu giliran dengan sabar.
Selepas membuat pembayaran, kami pun pulang ke rumah dengan
gembira.
Kawan Baik Saya

Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita.Tidak kiralah sama
ada di sekolah atau di luar.Kawan baik juga merupakan orang yang boleh
dipercayai.Kita boleh saling berkongsi masalah atau rahsia dengan kawan
baik.Dengan itu,kita akan berasa lega selepas berkongsi masalah atau
rahsia yang ada.

Saya juga mempunyai kawan baik.Nama kawan baik saya ialah Nur
Aishah Sulliely bt Mohd Lee atau lebih mesra dipanggil Sullie.Saya dan Sullie
berkongsi umur dan tarikh lahir yang sama iaitu berumur 12 tahun dan lahir
pada 14 September 2001.Sullie merupakan anak sulung dari 4 orang adik-
beradik.Dia merupakan seorang kakak yang baik hati,prihatin dan
bertanggungjawab.Dia dan keluarga tinggal di Taman Seri
Indah,Damansara dan berasal dari Seoul,Korea Selatan.

Sullie yang berdarah kacukan Malaysia dan Korea ialah seorang


pendengar yang setia.Dia juga merupakan seorang murid yang
pandai.Walaupun kerap mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan,Sullie tidak pernah sombong atau berlagak.Malah dia sering
membantu rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran termasuk saya.

Sullie amat cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Bahasa


Inggeris.Oleh itu,saya sering berkunjung ke rumahnya untuk mempelajari
Sains dan Bahasa Inggeris,manakala dia pula akan datang ke rumah saya
untuk belajar Matematik dan Bahasa Melayu dari saya.Sullie tidak pernah
mementingkan diri.Sebelum membuat apa-apa,dia akan memikirkan kesan
terhadap dirinya dan orang lain.Oleh sebab itulah dia dipilih sebagai Ketua
Murid.

Rekod disiplin Sullie bersih sejak mula masuk ke sekolah lagi.Begitu


juga dengan rekod kehadirannya.Jarang sekali Sullie tidak hadir ke
sekolah.Dalam setahun,dia cuma tidak pernah hadir ke sekolah kira-kira
sekali hingga lima kali sahaja.Maka,tidak hairanlah dia sering dipuji oleh
guru-guru dan menjadi idola para pelajar.

Sullie juga aktif dalam sukan.Dia telah menyandang gelaran


Olahragawati Sekolah bagi tahun 2013 pada temasya sukan yang lalu.Saya
amat berbangga dan kagum akan sikap yang dimiliki Sullie yang sentiasa
berusaha dan tidak mudah berputus asa.Saya berharap agar saya dan
Sullie akan menjadi kawan baik buat selama-lamanya.Saya berdoa agar
Sullie akan dipanjangkan umur dan tidak berubah sikap.
Pada cuti semester yang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung.
Tuliskan pengalaman kamu.

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami
menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami
menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke kampung
bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek
menyambut kami dengan tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar
saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan adik berasa gembira.

Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air
sungai sangat jernih seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami
memancing ikan sambil menikmati pemandangan yang indah. Udara di
sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami


berasa kagum seperti tusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat
durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk mengutip durian yang
gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami
makan dengan gelojoh.

Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung


untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli
durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama
kemudian, semua durian sudah habis dijual.

Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati.
Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.
Kami telah menyertai satu lawatan ke rumah anak-anak yatim.
Tulis catatan sepanjang lawatan itu.
27Jun2015(Sabtu)
7.00pagi
Saya bangun awal walaupun tidak bersekolah hari ini kerana saya
akan menyertai satu lawatan ke Rumah Harapan,sebuah rumah anak-anak
yatim di Shah Alam.Selepas bersiap sedia dan bersarapan dengan
keluaraga,ibu menghantar say ke sekolah.

8.15pagi
Setelah semua murid tiba, rombongan kami bertolak ke detinasi kami
dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas .Seramai orang murid dan
empat orang guru menyertai lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan
Pendidikan Moral ini.

9.15pagi
Apabila tiba,kami disambut dengan tangan terbuka oleh penyelia
rumah anak-anak yatim itu, Puan Sophie .Beliau membawa kami ke sebuah
bilik lalu diberi penerangan tentang kehidupan anak-anak yatim di situ.
10.00pagi
Kami memulakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan
kawasan persekitaran rumah tersebut.Selain itu,kami turut pintu pagar dan
melukis mural pada dinding dewan makan.

12.00tengah hari
Majlis beramah mesra denagn anak-anak yatim diadakan di dewan
utama,Kami bertukar tukar persembahan seperti persembahan
nyanyian,tarian dan lakonan.Penyampaian hadiah dan cenderamata
kepada anak-anak yatim diadakan pada akhir majlis.

1.30petang
Selepas mengucapkan selamat tinggal,rombongan kami berangkat
pulang ke sekolah.Lawatan ini adalah sangat bermakna kerana banyak

memberi pengajaran dan kesedaran kepada kami.


Berkelah di tepi pantai

Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah bercadang membawa kami
sekeluarga berkelah di tepi pantai. Cadangan ini bagai tikus jatuh ke
beras. Kami sekeluarga melonjak-lonjak dengan kegembiraan selepas
mendengar cadangan bapa.
Ibu membuat persediaan awal seperti membawa tikar, pelampung,
makanan dan lain-lain. Saya dan adik pula bekerjasama meletakkan
barang-barang ke dalam but kereta. Kami bekerjasama antara satu sama
lain bagai aur dengan tebing. Kami bertolak ke tepi pantai dengan menaiki
kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesra sambil
menikmati panorama yang indah permai. Kelihatan pokok-pokok di kedua-
dua belah jalan meliang-liuk bagai menyambut kedatangan kami. Kami
juga makan sedikit biskut sebagai alas perut. Perjalanan ini mengambil masa
selama dua jam.
Apabila tiba di destinasi, kami membentangkan tikar di bawah pokok
yang rendang. Saya dan adik tidak sabar untuk menyalin pakaian renang.
Selepas itu, kami pun berenang di laut yang kebiru-biruan. Bapa berehat
sambil membaca surat khabar di bawah pokok untuk mengetahui isu-isu
semasa yang berlaku dipelosok dunia manakala ibu menyediakan makanan
dan minuman sambil mendengar radio.
Selepas puas berenang, kami pun naik ke pantai untuk menikmati
juadah yang disediakan oleh ibu. Adik makan dengan gelojoh kerana dia
sangat lapar. Kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak apabila
melihat telatah adik.
Selepas menikmati juadah yang lazat, saya dan adik pun membina
istana di gigi air manakala ibu bapa bermain bola tampar dengan gembira.
Kami sekeluarga juga bersiar-siar di tepi pantai. Saya dan adik telah
mengutip banyak kulit siput yang berbentuk unik. Bapa juga tidak
melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan kamera digital
sebagai kenangan manis.
Sang Suria mulai terbenam. Kami pun membersihkan tapak perkelahan lalu balik ke
rumah. Perkelahan ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya
berasa sangat gembira pada hari itu. Saya berharap agar berpeluang berkelah di tepi
pantai pada masa kelak.
Kelebihan Berjimat cermat

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang baik.


Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk berjimat
cermat. Antaranya membawa bekalan ke sekolah, menyimpan
wang yang berlebihan dan berbelanja dengan cara yang
berhemah.

Terdapat banyak kebaikan daripada amalan berjimat cermat.


Antaranya, kita boleh menggunakan wang simpanan ketika waktu
kecemasan. Sebagai contoh apabila ahli keluarga jatuh sakit, kita boleh
menggunakan wang simpanan untuk membayar ubat-ubatan.

Selain itu kita juga boleh menggunakan wang itu untuk menbiayai
pelajaran. Apabila ditawarkan melajutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi seperti Universiti, kita boleh menggunakan wang simpanan
untuk membayar wang pendaftaran.

Seterusnya, kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk


membeli barang keperluan. Contohnya, kita boleh membeli barang
keperluan sekolah dan sewaktu musim perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri.

Di samping itu, wang yang disimpan boleh diderma kepada orang


yang ditimpa kesusahan. Kita boleh menderma wang kepada jiran atau
mangsa supaya boleh meringankan beban mereka.

Kesimpulannya ialah amalan berjimat cermat merupakan amalan


yang banyak mendatangkan kebaikan. Justeru, kita mestilah berjimat
cermat dan mengamalkansikap berjimat cermat
Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat


bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu
sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita


boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu
nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-
buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa


berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga
akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan


masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir
panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan
mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik


mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan
tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik
ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu
akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu


berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan
kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik
seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan
mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-


cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
Setiap orang digalakkan berjimat cermat ketika berbelanja supaya kita tidak
menghadapi masalah kewangan.
Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk "Cara-cara berbelanja dengan
berhemat".
Setiap orang seharusnya berbelanja secara berhemat atau berjimat cermat agar
tidak akan menghadapi masalah kewangan atau kekurangan wang ketika
memerlukan sesuatu yang penting. Terdapat banyak cara berbelanja secara
berhemat.
Kita seharusnya tidak menghabiskan wang perbelanjaan harian. sebagai
contoh, sekiranya kita memperuntukkan wang belanja harian kita sebanyak lima
ringgit sehari, kita sepatutnya tidak menghabiskan sebanyak wang lima ringgit
tersebut. Kita haruslah mempunyai sedikit baki untuk disimpan di dalam tabung.
Simpanan ini dapat kita gunakan untuk perbelanjaan perkara-perkara yang
penting sahaja.
Selain itu, kita juga perlu mempunyai sebuah buku catatan untuk mencatat
perbelanjaan kita. Dalam catatan tersebut kita masukkan jumlah wang yang kita
terima dan jumlah wang yang dibelanjakan. Dengan cara ini kita dapat
mengetahui jumlah perbelanjaan harian kita dan jumlah wang yang dapat kita
simpan.
Di samping itu kita seharusnya membelanjakan wang untuk barang-barang
keperluan sahaja seperti membeli makanan, minuman dan barang-barang
keperluan persekolahan kita. Elakkan diri daripada membeli barangan yang kurang
diperlukan. Dengan cara ini kita dapat memastikan keperluan asas kita mencukupi
dan tidak berlaku pembaziran atau bersikap boros.

Kita juga perlulah sentiasa memilih tempat dan masa yang sesuai untuk
membelanjakan wang kita. Contohnya, jika sesuatu barangan yang kita perlukan
itu mahal di pasaraya, kita boleh membelinya di tempat lain yang lebih murah
seperti di pasar malam atau pasar tani. Demikian juga jika kita ingin berbelanja
seperti membeli pakaian kita perlulah membelinya ketika di adakan jualan murah
atau potongan harga. Dengan cara ini kita boleh menjimatkan wang kita.

Kesimpulannya, banyak cara boleh kita lakukan agar perbelanjaan kita dibuat
secara berhemat dan mengelakkan kita daripada bersikap boros ketika berbelanja.
Pendahuluan
berkebun - bertani mengusahakan tanah - banyak faedah/kebaikan

Isi-isi

 Tanah atau kawasan lapang di sekitar rumah boleh dimanfaatkan


untuk berkebun. Dengan itu, kawasan tersebut tidak akan terbiar begitu
sahaja.
 Berkebun boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang atau
terluang - hobi yang bermanfaat - masa digunakan sebaiknya.
 Berkebun dapat menjimatkan perbelanjaan harian kerana hasil
tanaman seperti sayur-sayuran tidak perlu dibeli - seisi keluarga akan
dapat menikmati hasil tanaman yang segar dan berkhasiat – bebas dari
bahan kimia berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.
 Sekiranya berkebun dilakukan bersama ahli keluarga, ini dapat
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan - meluangkan masa berkualiti
bersama keluarga - dekat dengan alam sekitar
 Berkebun mengeluarkan peluh dan boleh dianggap sebagai aktiviti
senaman yang boleh menyihatkan badan.
 Menanam tumbuhan hiasan seperti pokok bunga dapat
mencantikkan lagi kawasan persekitaran rumah.

Penutup
berbakti pada tanah - boleh mendatangkan hasil yang lumayan - kita
sendiri yang akan menikmati ganjarannya
Faedah Berkebun

Berkebun merupakan salah satu aktiviti yang baik. Hal ini demikian
kerana berkebun boleh membawa banyak manfaat kepada kita.

Dewasa ini, semua lapisan masyarakat digalakkan berkebun. Kita


boleh berkebun di kawasan yang sesuai contohnya di halaman rumah
ataupun di belakang rumah. Aktiviti berkebun boleh mengisi masa terluang
kita dengan berfaedah. Semasa berkebun, kita boleh mengurangkan
tekanan dan perasaan bosan. Kita juga tidak akan terjerumus dalam gejala
sosial yang tidak sihat seperti merokok, melepak, berjudi dan menagih
dadah.

Di samping itu, kita boleh menjadi insan yang berguna dan berbudi
kepada tanah. Dengan berkebun, kawasan lapang atau tanah terbiar
boleh digunakan dengan sebaik-baiknya. Pokok bunga yang berwarna-
warni juga boleh menceriakan kawasan persekitaran.

Apatah lagi, kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Hal ini


disebabkan kita boleh melakukan aktiviti berkebun bersama-sama ahli
keluarga dan sahabat handai kita. Semasa berkebun, kita akan berpeluang
untuk berkomunikasi dan bekerja bersama-sama bagai aur dengan tebing.
Kita bukan sahaja dapat saling memahami, tetapi juga dapat berkenalan
dengan lebih ramai kawan yang berbilang bangsa dan agama.

Selain itu, kita boleh meningkatkan ekonomi negara. Hal ini demikian
kerana hasil tanaman kita boleh dijual bagi menambahkan pendapatan
keluarga. Kita juga boleh menceburi bidang pertanian sebagai salah satu
mata pencarian sekiranya berminat dalam kegiatan berkebun.

Konklusinya, aktiviti berkebun banyak mendatangkan faedah kepada


semua lapisan masyarakat. Wahai kawan-kawan, marilah kita berkebun
bersama-sama!
Bincangkan cara-cara untuk mengatasi stres

Stres atau tekanan ialah gangguan emosi dari segi pemikiran


dan fizikal kita. Hal ini berlaku apabila kita merasa terbeban
terhadap sesuatu perkara. Stres yang keterlaluan amat
berbahaya kerana ia memudaratkan kesihatan mental dan fizikal
kita. Oleh sebab itu kita perlu mengatasinya dengan betul.

Antara cara mengatasi stres ialah dengan bangun awal


setiap hari. Apabila kita bangun awal untuk ke sekolah kita tidak
akan terburu-buru atau tergopoh-gapah untuk bersiap dan
menguruskan diri. Sekiranya kita bangun lewat, kita akan merasa
tertekan untuk bersiap-siap ke sekolah kerana bimbang terlambat
atau ketinggalan bas.

Selain itu, kita perlu belajar dan tidur di dalam bilik yang
selesa dan kemas. Sekiranya bilik kita berselerak ia akan
menyebabkan kita merasa tertekan dan tidak selesa untuk
belajar. Kita juga tidak mendapat tidur yang cukup
dan berkualiti. Sekiranya tidur kita tidak mencukupi maka kita
akan mudah merasa letih dan tertekan.

Di samping itu kita boleh mengatasi stres dengan membuat


persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Kita akan
merasa risau dan bimbang sekiranya lewat membuat persediaan
untuk menghadapi sesuatu peperiksaan. Kebimbangan sebegini
akan menyebabkan stres atau tekanan.

Kita juga boleh mengatasi stres dengan berkongsi atau


menceritakan masalah yang dihadapi kepada ibu bapa kita. Jika
kita memendamkan masalah yang dihadapi, lama-kelamaan ia
akan menyebabkan kita merasa tertekan atau stres. Dalam hal
ini, Ibu bapa kita sudah pasti mempunyai banyak pengalaman
untuk membantu kita mengatasi sesuatu masalah.

Kesimpulannya, kita perlu mengatasi stres atau tekanan yang


dihadapi dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan
kesihatan kita.
Keselamatan Diri di Sekolah
Sejak kebelakangan ini sering berlaku kemalangan di kawasan sekolah. tulis sebuah
karangan tentang cara-cara mengelakkan kemalangan di kawasan sekolah dari pada
berlaku kepada murid-murid.

Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu, namun begitu (1)ini kerap berlaku
kejadian kemalangan di kawasan sekolah. Oleh demikian, murid-murid hendaklah
peka dan mengambil pelbagai langkah untuk (2) kemalangan.

Tempat-tempat yang menjadi kawasan (3) seperti stor penyimpanan kerusi


meja, tangki air dan bilik-bilik kosong hendaklah dihindari. Tempat-tempat ini
sangat berbahaya kerana dipenuhi kerusi meja rosak, licin dan mungkin (4) haiwan
berbisa. Jadi, janganlah bermian-main di kawasan ini.

Semasa (5) dan makan di kantin sekolah, kita hendaklah berhati-hati. Keadaan
lantai yang licin disebabkan makanan tumpah boleh mengundang padah. Elakkan
berlari-lari di kantin sekolah. Berjalanlah dengan waspada supaya tidak terjatuh
atau(6) makanan.

Selain itu, bagi sekolah yang dibina (7) juga boleh mendatangkan bahaya.
Biasanya koridor sekolah dibina dengan (8) untuk peredaran udara. Bata bunga ini
bukan untuk dipanjat. Tindakan memanjat di koridor sekolah yang bertingkat boleh
menyebabkan kejadian terjatuh ke tingkat bawah, dan (9) sangat mengerikan.

Ketika berada di padang untuk bersukan, kita hendaklah (10)peraturan


keselamatan di padang. Antara (11) yang mesti dipatuhi ialah pemakaian kasut
sukan. Hal ini penting agar tidak berlaku kecederaan pada kaki ketika melakukan
aktiviti permainan

In.tihalnya, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di


sekolah. Jadi, sentiasalah (12) untuk menjaga keselamatan diri.

berbelanja natijahnya mengelakkan didiami larangan mematuhi

berwaspada bata belakangan bertingkat tertumpahkan peraturan


bunga
Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin hidup kita sentiasa sihat dan
ceria.

Bincangkan cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tempat


tinggal kita.

Kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita sememangnya hal


yang perlu diberi perhatian agar hidup kita sentiasa sihat dan ceria. Sekiranya
tempat tinggal kita kotor dan tidak ceria maka masyarakat yang mendiaminya
mudah diserang pelbagai penyakit yang berbahaya. Banyak cara yang boleh
kita lakukan agar kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita
terjaga.

Untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal, kita mestilah


sentiasa mengamalkan sikap kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di
kawasan yang sama. Hal ini demikian kerana tanpa kerjasama anggota
masyarakat maka sukarlah untuk menjaga kebersihan dan keindahan
persekitaran tempat tinggal kita. Amalan bergotong-royong membersihkan dan
menceriakan kawasan taman atau kampung perlu selalu dilakukan.

Selain itu, Semua orang yang tinggal di sesuatu kawasan perlu sentiasa
menjaga kebersihan dan keindahan rumah masing-masing. Setiap orang perlu
membuang sampah di tempat yang disediakan untuk memudahkan pihak
bertanggungjawab memungut sampah-sarap dan dibawa ke tapak pelupusan.
Sekiranya hal ini diamalkan, maka sesuatu kawasan tempat tinggal akan
sentiasa bersih dan ceria.

Amalan mengitar semula bahan buangan juga salah satu cara menjaga
kebersihan dan keindahan tempat tinggal. Bahan buangan seperti botol, tin
aluminium,kertas dan besi-besi lama boleh dikitar semula. Bahan-bahan ini
boleh kita bawa ke pusat kitar semula. Amalan kitar semula sebenarnya sangat
baik diamalkan kerana selain daripada menceriakan kawasan tempat tinggal
kita ia juga membantu kita menjaga kelestarian alam negara kita.

Penanaman pokok-pokok hiasan juga adalah cara menjaga


keindahan kawasan tempat tinggal. Pokok-pokok hiasan yang hidup subur dan
menghijau sudah tentu menyejukkan mata yang memandang. Hal ini pastinya
mewujudkan kawasan tempat tinggal berudara bersih , nyaman dan ceria.

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan


dan keindahan tempat tinggal kita. Walaubagaimanapun pelibatan seluruh
anggota masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan sangatlah mustahak
untuk mewujudkan kawasan tempat tinggal yang bersih dan indah.

Anda mungkin juga menyukai