Anda di halaman 1dari 28

TING.

4 :CERPEN : JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Set 1

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Biarlah aku menjadi diri sendiri dengan jaket kainku.

Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju
terpakai di tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di
sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu
dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport
di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna
perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit kemas.
Terdapat zip yang panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher.
Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.

Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari
negara miskin Bangladesh, hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di
Asia Tenggara, hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti
jaket kain itu.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan keadaan jaket kain kesayangan milik
penulis.
[2 markah]

(ii) Amalan berjimat cermat merupakan satu amalan yang memberikan banyak
manfaat kepada kita semua.

Sebagai seorang pelajar, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk
berjimat cermat dalam kehidupan?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]

Set 2

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua


belah kakiku yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa
dingin.
Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual
makanan burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik
menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh.
Kasutnya, aku tidak pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di
hujung kasutnya yang koyak, atau warna kasutnya.
Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun
harga satu piring Cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum
mengarahkan jarinya ke dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin.
Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan
Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib wanita tua itu, dapat
makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan wanita tua
itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari kewujudannya.
Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat
sebuah beg plastik hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap
separuh berbisik.
“Black market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan
Encik Yuksel tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan
kepala tanda tidak berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem.
“Perfume. Wallet. Jacket. Please!”

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang’,


oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut.
[ 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan
satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Set 3
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli


beberapa buah buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak
gambar denga kamera digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50
kerana harga buku biasanya mahal. Sebenarnya, setiap kali pemergian, aku
berpeluang mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari hotel,
biasanya aku memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar,
pen, pensel, uncang teh, uncang gula atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilap
kasut.

Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas


botol air mineral, pembungkus coklat, pembungku gula-gula, resit pembelian, tiket
feri, tiket muzium, beg plastik, dan baki duit syling negara luar ke dalam kategori
cenderamata.

Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar


USD300. Masih ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-
perkara yang tidak dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan
kebudayaan yang perlu kubayar sendiri yang tidak termasuk dalam pakej lawatan.
Rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian
mereka.

Dipetik dari Cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

(i) Berdasarkan petikan, apakah barang yang dikumpul oleh penulis untuk
dijadikan cenderamata? (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan nama negara
dalam bidang pelancongan? (3 markah)

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
(4
markah)
SET 4
Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Please…,” aku belum menghabiskan kata-kata. Dia tiba-tiba mengiringkan badan.


Tangan kirinya diangkat melepasi kepala dan berkata, “You can go to hell.”

Dua orang pembantu kedai rakannya cuma mendiamkan diri. Barangkali kejadian seperti
itu sudah biasa berlaku.

Perasaanku begitu terganggu. Aku sudah bersedekah sebanyak empat kali sejak berada di
Turki. Kepada seorang pengait benang yang kesejukan di Pigeon Valley, kepada seorang kanak-
kanak bersama-sama dengan datuknya yang buta di Gunung Bolu, kepada seorang lelaki tua
yang cacat anggota di masjid Ulu, dan kepada tabung Masjid Biru selepas menunaikan solat
jamak. Aku juga tidak lupa akan bacaan Yasin dan al-Mathurat setiap subuh dan maghrib
sebagai bekalan musafir. Mengapakah aku menerima layanan sedemikian rupa? Terbayang-
bayang wajah pekedai jaket kulit yang pandai berpura-pura itu. Terngiang-ngiang kata-katanya
yang amat menghiris rasa itu.

Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon tidak menyedari kejadian yang berlaku.
Mereka sedang asyik membelek-belek kasut dan beg tangan kulit di kedai sebelah. Kak Chah
dan Shahmeem pula sedang menawar harga pewangi daripada seorang peniaga wanita. Aku
mencuit bahu Kak Chah lalu mengisyaratkan jari ke arah sebuah kedai menjual seramik. Kak
Chah mengangguk. Aku tidak ada niat pun untuk membeli seramik. Aku cuma ingin pergi
sejauh mungkin dari depan kedai jaket kulit itu. Pekedai seramik mengalu-alukan kedatanganku.
Aku cuma diam membatu.

Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”


dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP

(i) Siapakah yang telah menerima sedekah daripada “aku”? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika
berada di tempat orang? [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan
satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

SET 5
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan


sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit
sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah
kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di
dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai.
Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih
berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality
and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for
everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Mengapakah hati aku berdebar-debar? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga
untuk menarik minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
[3markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
SET 6

Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pemandu pelancong, Encik Yuksel , telah memberitahu kami beberapa panduan


berbelanja di Istanbul. Peratama , jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua,
jangan berjalan sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para
pekedai. Keempat, jangan naik ke tingkat satu kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar harga
setiap barangan yang ingin dibeli sehingga 70 peratus . Keenam, jangan gunakan kad kredit
sebab terlalu berisiko ditipu.

Wah, banyaknya pantang larang! Aku mulai rasa tidak selamat . Apatah lagi setelah
mendengar cerita Hajah Normah bahawa pemandu-pemandu bas berbangsa Turki di Mekah
hanya boleh berunding jika diberikan duit. Menurut Hajah Normah lagi, jemaah Turki, baik
lelaki mahupun perempuan, biasanya bersikap kasar. Mereka suka merempuh jemaah yang lain
ketika melakukan tawaf.

Aku membuat keputuan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr Liza,
Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga
barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada
sesiapa yang bertanya. Setelah singgah di beberap buah kedai, kami mendapati bahawa
perbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5,
LT4, dan LT3 lira, sedangkan aku pernah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luar
Istanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci itu cuma satu setengah lira! Aku mula berasa
menyesal kerana tidak membeli sedikit-sedikit sebelum ini.

Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”


dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan panduan-panduan berbelanja di Istanbul


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menjaga adab ketika berada di negara
orang? [3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan
satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan. [4 markah]

SKEMA PEMARKAHAN:

Set 1

(i) - Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan.


- Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut.
- Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket.
- Rumah butangnya besar dan dijahit kemas.
- Terdapat zip yang panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke
pangkal leher.
- Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.

(cukup 2 isi)
[2 markah]
(ii) Cara:
- Membeli barang-barang yang diperlukan sahaja.
- Menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli.
- Membawa bekal ke sekolah.
- Menabung wang belanja yang diberi oleh ibu bapa
***mana-mana isi calon yang sesuai diterima

(cukup 3 isi)
[3 markah]
(iii) Satu pengajaran daripada petikan:
- Kita hendaklah berjimat cermat dalam kehidupan / Kita janganlah
membazir dalam kehidupan. Contohnya, penulis belum berniat untuk
mencari pengganti jaket kain yang dibelinya dengan harga RM50.00 di
sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah airnya.
[1+1]

Satu pengajaran daripada cerpen:


1- Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian
maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk
keluarga Anim,masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
[1+1]

2- Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa


mengira taraf kehidupan seseorang.

Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima
lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring
hanya satu lira sertaikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait
benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang
cacat anggotanya. [1+1]

3- Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil
yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu
membeli barangannya. [1+1]

4- Kita patut bersikap prihatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya
tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia
berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana
zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada
menjadi korban arus pemodenan. [1+1]
[4 markah]

SKEMA PEMARKAHAN
Set 2
CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

(i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam


petikan tersebut.  memakai pakaian hanya kain kapas nipis 
Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah
kesejukan  memakai kasut yang bahagian hujungnya koyak dan
berstoking lusuh  figura hidup yang tidak disedari kewujudannya
[Maksimum - 2 markah]

(ii) Langkah-langkah pihak kerajaan


 menyediakan rumah/ tempat penginapan
 memberikan pekerjaan yang sesuai
 memberikan bantuan perubatan / makanan
 memberikan bantuan kewangan
(isi-isi lain yang sesuai boleh
diterima) [Maksimum - 3 markah]
(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan
 Persoalan tentang kemiskinan hidup warga emas ; wanita tua yang
memakai pakaian nipis dan berkasut koyak serta berstoking lusuh dalam cuaca yang
amat dingin, menyara hidup dgn menjual makanan burung.
 Persoalan tentang pasaran gelap ; seorang pemuda datang
menghampiri penulis dan bertanyaan sama ada ingin membeli Perfume. Wallet. Jacket,
sambil berkata “Black market, black market. Good price.”

Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:

 Persoalan perasaan prihatin terhadap kehidupan haiwan liar.


Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya.
 Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira
bangsa, agama dan negara. Contoh:- Aku
melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati
pekedai Turki itu.

 Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra


terhadap pelanggan atau pelancong. Contoh:-
Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan
memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya.

 Persoalan kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan


masyarakat Turki. Contoh:-
Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.

 Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan


kewangan. Contoh:- Aku
telah membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang akan dibeli untuk
dibawa pulang ke Malaysia.
[Maksimum - 4 markah]

SKEMA PEMARKAHAN
Set 3
(i) Beberapa buku, gambar, syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar,
pen, pensel, uncang teh, uncang gula, alat pengilap kasut. (2 markah]

(ii) - Meningkatkan perpaduan


- Tambah baik infrastruktur
- tahun melawat Malaysia
- Jaringan Pengangkutan (3 markah]

- Perbelanjaan berhemah…
.Contohnya…. – sentiasa berhati-hati….buktinya….
- Keseluruhnya :….mencintai binatang…
.contohnya… - Berfikiran rasional……analoginya…. [4 markah]

SKEMA PEMARKAHAN
Set 4
(i) Penerima sedekah
P1 - seorang pengait benang yang kesejukan di Pigeon Valley 1
P2- seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya di Gunung Bolu 1
P3- seorang lelaki yang cacat anggota di Masjid Ulu 1
[Maksimum: 2 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(ii) Cara-cara
P1- bersikap ramah dengan penduduk tempatan 1
P2- mengenali adat dan budaya di negara tersebut 1
P3- bersikap fleksibel dan terbuka terhadap teguran masyarakat sekeliling 1
[Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii) Latar masyarakat dalam petikan
P1 – Masyarakat yang pemurah [1+1]
Penulis bersedekah sebanyak 4 kali
P2- Masyarakat yang pandai tawar menawar [1+1]
Kak Chah dan Shahmeen sedang menawar harga pewangi daripada
seorang peniaga wanita.
Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen
K1- Masyarakat yang mencintai hidupan liar [1+1]
Mas sanggup mendermakan hasil jualan jaketnya kepada zoo yang ada
kandang kijang
K2- Masyarakat yang suka melancong [1+1]
Penulis dan rakan-rakannya melancong ke Istanbul , Turki.
K3- Masyarakat yang baik hati [1+1]
Mas membelikan saudara-mara dan rakan-rakannya cenderamata ketika
melancong ke Turki.
K4- Masyarakat yang pandai berpura-pura [1+1]
Seorang peniaga di Grand Bazaar berpura-pura baik namun bersikap
kasar apabila barangannya tidak dibeli.
[Maksimum: 4 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
SKEMA PEMARKAHAN
SET 5

(i) Hati aku berdebar-debar


P1- harga yang disebutkan amat tinggi 1
P2- “aku “ tidak memiliki duit sebanyak itu 1
[Maksimum: 2 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(ii) Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah
P1- memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk 1
P2-memberikan perkhidmatan penghantaran selepas pembelian 1
P3-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
[Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]

(iii) Perwatakan aku dalam cerpen


P1-Seorang yang berbudi bahasa/ sopan [1+1]
Aku meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya

Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen


K1-Seorang yang bijaksana
Aku bijak membuat perancangan sewakyu membeli- belah di luar negara [1+1]
K2-Seorang yang berhati-hati
Aku membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang [1+1]
K3- Seorang yang penyayang
Aku membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu
melancong ke luar negara [1+1]
[Maksimum : 4 markah]

[ Isi cukup : 2 isi]


SKEMA PEMARKAHAN
SET 6
(I) panduan berbelanja
- jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan
- jangan berjalan sendirian
- jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai
- jangan naik ke tingkat satu kedai sekiranya dipelawa
- tawar harga setiap barangan yang ingin dibeli sehingga 70 peratus
- jangan gunakan kad kredit [Maksimum : 2 markah]
Pilih 2 jawapan sahaja
(ii) cara menjaga adab

P1- menjaga tutur kata


P2- menjaga tingkah laku
P3- memakai pakaian yang bersopan
P4- menghormati budaya dan adat penduduk tempatan.
[Maksimum 2 isi : 3 markah]

(iii) Satu nilai kemanusiaan dalam petikan

P1- berhati-hati

- penulis berhati-hati apabila membeli barangan di Turki seperti yang dipesan oleh Encik
Yuksel.

P2- baik hati

- pemandu pelancong, Encik Yuksel dengan baik hati berkongsi panduan-panduan ber-
belanja di Turki agar penulis dan rakan-rakan tidak tertipu.
.
Satu nilai kemanusiaan dalam cerpen

K1- berhemat

- penulis membuat perancangan agar dapat berbelanja secara berhemat semasa di Turki
.
K2-kesabaran.

- penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga di Turki yang menghambufrkan
kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket.
.
K3- menghargai sesuatu
- penulis amat menghargai hasil tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan
Nasreddin Hodja.
[Maksimum : 4 markah]
TING.4 : DRAMA : BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

SET 1

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

AIMAN Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMAN Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik
terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program
itu. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang
ini.

AIMAN Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa
yang saya nak, semua boleh dapat. Untuk orang susah bolehlah.
Maklumlah dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan
pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi…ha.. ha…ha…

POSMEN Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang
kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.

AIMAN Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program itu.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’


Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
(i) Berdasarkan petikan drama di atas, mengapakah Aiman tidak berminat
menyertai PLKN? [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah manfaat kepada remaja sekiranya mereka
menyertai program kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)? [ 3 markah ]

[iii] Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama dan satu nilai lain
yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah ]

SET 2
Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KHIR GHAZALI : Awal awak balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai rumah.
Ini mesti ada hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.

AIMAN : Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah.Daddy tu
yang pelik hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah.

KHIR GHAZALI: Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy bercadang
nak berehat di rumah. Tak payah nak soroklah, daddy tahu ada
sesuatu yang Aiman fikirkan.Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.

AIMAN : Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy
dapat selesaikan masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat
saya.

KHIR GHAZALI : Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin.
Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar
menjadi permintaan yang dimahukan. Apa masalahnya?

AIMAN : Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai
SPM.

KHIR GHAZALI : Baguslah, apa pula masalahnya?

AIMAN :Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong
Dapatkan pengecualian untuk saya.Saya tak sukalah program macam
itu!

KHIR GHAZALI : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy
mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman
dapat. Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-
budak lagi. Jadilah manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan
pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berubah.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara


oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
(i) Apakah alasan yang diberikan oleh Khir Ghazali kepada Aiman tentang
kepulangan awalnya ke rumah pada hari itu? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Aiman tidak berminat untuk mengikuti
program PLKN? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terkandung dalam petikan di atas dan
satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]

SET 3
Soalan 2 (b) – Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama
ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang
baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan
untuk pembinaan sahsiah diri.Bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif
menerusi nilai-nilaimurni. Program ini bukanlah bersifat kerahan
tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana
dilaksanakan menurut cara Malaysia.

AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja
Malaysia.Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta
integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni.

SYUHADA : Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara”


oleh Affix Zulkarnaen Adam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Senaraikan objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, nyatakan punca remaja hari ini kurang berminat untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas
dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

SET 4
Soalan 2 ( b )- Prosa Moden –Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NORA : Aiman, cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah. Ada perkara
menarik.

AIMAN : Apa yang menarik sangat. Ada berita tentang aku keluar kat surat
khabar, ke?

NORA : Bukanlah. Kau ini memang gila glamor betul. Ini tentang nama pelajar
yang terpilih untuk menyertai PLKN. Kalau tak silap aku tadi, aku ada
nampak kau juga.

AIMAN : Malas aku kalau pasal tu. Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus.

NORA : Kau ni teruklah. Langsung tak ada semangat cinta akan negara sendiri.
Jahanam negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau. Malu
aku ada kawan macam kau.

AIMAN : Janganlah merajuk. Tak baik kau


cakap macam tu kepada aku. Hmm, apa kata aku belanja kau sarapan
pagi ini?

NORA : Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku. Jangan ingat
dengan wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.
(AIMAN terkejut dengan tindakan NORA kepadanya. Selama ini mereka
sentiasa bersependapat dalam pelbagai perkara. Tetapi tidak pada kali
ini. AIMAN kehairanan, lalu terus menuju ke kantin)

SUNDARANI : Kau dapat masuk kem mana?

AIMAN : Kem? Kem Majidi. Hahaha.

SUNDARANI : Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku,
itu kem untuk askar saja. Macam Kem Pulada.

AIMAN : Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau
perkara yang aku cakap. Bahaya orang macam kau ini, senang kena
tipu. Kau sibuk tanya aku, kau dapat kem mana?

SUNDARANI : Kem De Bana Jempol.

AIMAN : Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.
SUNDARANI : Buta sejarah betul kau ni. Jempol kan dalam kawasan Negeri
Sembilan.

Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟


Oleh Affix Zulkarnean Adam dalam antologi Jaket Kulit
Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan reaksi Aiman setelah Nora menyatakan yang dia terpilih menyertai
PLKN? [ 2 markah ]

(ii) Sebahagian besar golongan remaja kurang berminat untuk menyertai PLKN .
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
menarik minat remaja menyertai program ini. [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran
lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah ]

SET 5
Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

CIKGU DAHARI: Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk.


Semua dan baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan
untuk PLKN.

NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk
menyertainya. Tak sabar rasanya.

CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti
kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama
ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang
baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan
untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda
, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah
bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari
luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja
Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta
integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni.

Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟


oleh Affiz Zulkarnean Adam dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan sasaran yang diharapkan akan
diperoleh remaja yang menyertai PLKN. [2 markah]

(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan bagi mereka
yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. . Pada pandangan anda,
apakah langkah-langkah memastikan remaja terus berminat menyertai
PLKN? [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai
kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat
dalam petikan. [4 markah]
SET 6

Soalan 2 (b)- Petikan Drama


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NORA : Mana cikgu tahu semua maklumat tentang PLKN in?

CIKGU DAHARI : Sebenarnya cikgu terlibat dengan PLKN ini untuk modul PPSB.

SUNDARANI : Apa itu PPSB?

CIKGU DAHARI : PPSB itu singkatan bagi Program Penghayatan Sastera dan
Budaya.

AH TIAU : Apakah aktiviti untuk PPSB?

CIKGU DAHARI : Dalam modul PPSB, pelatih akan diperkenalkan tentang sastera
dan budaya.
AIMAN : Sekarang zaman teknologi dan maklumat. Apa perlunya saster
dan budaya dalam kehidupan kita sekarang ini? Nak angan-
angan macam Mat Jenin?

CIKGU DAHARI : Setiap bangsa dan budaya di dunia ini mempunyai budaya
tersendiri. Walau macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu,
mereka tetap memegang jati diri bangsa mereka .Hal Ini
menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri tanpa
mengikut acuan mana-mana individu. Hal ini akan lebih
menunjukkan individu yang pintar. Berbalik kepada soalan untuk
aktiviti modul PPSB itu, pelatih akan diperkenalkan dengan puisi
tradisonal dan moden, seperti syair,pantun, seloka, gurindam
dan nazam. Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan dan setiap
kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit.
Sajak menjadi teras utama dalam persembahan tersebut.

NORA : Wow, seronok macam itu! Rasa macam artislah pula.

CIKGU DAHARI : Kalau nak jadi artispun biarlah artis yang berpendidikan Bukan
tujuan modul ini melatih pelatih untuk menjadi artis. Cuma
bertujuan memperkenalkan warisan kebudayaan milik kita dan kita
patut mewarisinya dengan rasa megah. Cukuplah setakat ini
pengenalan untuk PLKN. Nanti kamu semua akan melaluinya
sendiri.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam modul PPSB. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melestarikan dan mengekalkan
warisan budaya sesuatu bangsa?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan drama dan satu persoalan lain
Daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan . [4 markah]
SKEMA JAWAPAN
SET 1

i. Berdasarkan petikan drama di atas, sebab Aiman tidak berminat menyertai


PLKN.
- Ayah saya banyak duit.
- PLKN hanya untuk orang susah.
[ 2 markah ]
ii. Pada pendapat anda, apakah manfaat kepada remaja sekiranya mereka
menyertai program kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)? [ 3 markah ]
- Menyemai semangat cinta akan Negara.
- Menanam semangat perpaduan dan integrasi nasional
- Menanam nilai tanggungjawab
- Membentuk disiplin diri
- Menanam sikap berdikari dalam diri
(Terima mana-mana jawapan yang relevan)

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama dan satu nilai lain
yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah ]
Satu nilai yang terdapat dalam petikan drama

1. Nilai amanah
Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya
menghantar surat
Satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak
makanan kegemarannya.
2. Nilai bertanggungjawab
Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar
masalah Aiman
3. Nilai cinta akan tanah air
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana
terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani
menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita.
SKEMA JAWAPAN SET 2

Soalan 2 (b) – Drama

i.

 beliau baru selesai daripada kerja luar


 hari itu beliau bercadang ingin berehat di rumah.

ii.
 mendapat maklumat yang kurang tepat berkenaan kelebihan program PLKN
 tidak memperoleh pendedahan / maklumat yang jelas tentang kelebihan
menyertai program PLKN
 memikirkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam program PLKN membebankan
dan memenatkan
 merasakan program PLKN membuang masa dan tidak mendatangkan apa-
apa masalah
 tidak mempunyai semangat patriotisme/ cinta akan negara dalam jiwa
Aiman.

iii.Satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama :


 nilai ketegasan - Contohnya, Khir Ghazali menolak permintaan anaknya, Aiman
untuk meminta bantuannya mendapat pepengecualian daripada terlibat dalam
program PLKN dengan tegas.

Satu nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:


 nilai baik hati- Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran
untuk menyertai program PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar
menerima tawaran itu.
 nilai berfikiran positif. Contohnya; Encik Posmen menyatakan Aiman akan
mendapat banyak kemahiran dan pengalaman daripada program PLKN
 nilai bertanggungjawab- Contohnya, Nek Sinah bertanggungjawab menjaga
makan dan minum Aiman dan menasihati Aiman tentang situasi keluarganya.
 berfikiran rasional - Contohnya; Khir Ghazali bertindak rasional dan
berpendapat dengan menyertai PLKN, cuti sekolah Aiman dapat diisi dengan
aktiviti yang berfaedah. Bertindak rasional dengan menolak permintaan
anaknya untuk mendapatkan pengecualian untuk menyertai PLKN.

**Terima nilai-nilai lain yang relevan dengan drama


SKEMA JAWAPAN SET 3

Soalan 2 (b) – Drama

(i) Objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


 menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja
Malaysia.
 memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional.
 membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(maksimum: 2 markah)

(ii) Punca remaja kurang berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN);
 berasa jangka waktu di pusat kem PLKN terlalu lama
 mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM
 kurang galakan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga.
 boleh melakukan aktiviti riadah dan santai bersama rakan dan keluarga
 terbiasa dengan kemudahan arus teknologi yang sedia ada
 tidak suka terikat dengan sebarang undang-undang / peraturan semasa
berada di kem.
 inginkan kebebasan.

(maksimum: 3
markah)

(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan drama dan satu latar asyarakat daripada
keseluruhan drama.

Dalam petikan:
 masyarakat yang berfikiran positif
Pelajar yang mendapat tawaran mengikuti PLKN sangat teruja kerana
terpilih. Cikgu Dahari juga sentiasa memberi semangat dan kata-kata positif
terhadap anak muridnya.

 Masyarakat pengajar.
Cikgu Dahari merupakan seorang guru di sekolah Subdarani, Ah Tiau dan
Syuhada.

Keseluruhan drama
 Masyarakat yang penyayang;
Nek Sinah menyayangi Aiman walaupun bekerja sebagai pembantu
rumah tetapi sentiasa melayan Aiman sepeti cucunya sendiri.
 Masyarakat yang sibuk beberja;
Khir Ghazali, ayah Aiman sibuk bekerja dan sering pulang ke rumah pada
waktu malam setiap hari.Ibu Aiman, Masnah juga jarang berada di rumah dan
kakaknya sering sibuk dengan tugasan di universiti.
 Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.
Aiman berkelakuan kasar dan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek
Sinah yang sentiasa melayannya dengan baik.

(maksimum: 4 markah]

SKEMA PEMARKAHAN SET 4

Soalan 2 ( b )- Prosa Moden [Drama]

(i) - tidak mahu membincangkan perkara itu bercadang untuk ke kantin untuk
bersarapan [Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) - menambah baik modul PLKN dengan pelbagai bentuk kemahiran dan
aktiviti yang menarik
- prasarana yang lebih selesa
- elaun yang tinggi
- jangka masa program lebih singkat [Isi cukup 2 – 3 markah]

(iii) Pengajaran dalam petikan.


- Kita hendaklah cinta akan negara dengan menjayakan program yang
dirancang. Contoh: Nora kesal dengan sikap Aiman yang tidak berminat
dengan PLKN.
[ 2 markah]

Pengajaran dalam drama.


- Kita hendaklah menjadi warganegara yang bertanggungjawab
Contoh : Posmen dan Cikgu Dahari memberikan semangat kepada golongan
remaja untuk mengikuti PLKN.

- Kita hendaklah tegas dalam mengambil tindakan.


Contoh: Khir Ghazali tegas mahukan anaknya Aiman mengikuti program
PLKN [ 2 markah]

Anda mungkin juga menyukai