Anda di halaman 1dari 11

NOVEL TAWANAN KOMANDER

PLOT
CAUCASUS
&
ANTOLOGI
TEKNIK PLOT

TEKNIK – cara atau kaedah


PLOT – jalan cerita

KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH PENGARANG


UNTUK MENGEMBANGKAN PLOT CERITANYA
AGAR MENARIK.
TEKNIK PLOT
TEKNIK PLOT DEFINISI
1. PEMERIAN Penceritaan langsung daripada pengarang sendiri.
Biasanya untuk mengambarkan perihal watak, latar dan
sebagainya.

2. DIALOG Pertuturan 2 watak atau lebih.

3. IMBAS KEMBALI Mengenang semula peristiwa yang pernah dialami.

4. IMBAS MUKA Gambaran awal/ ramalan tentang sesuatu peristiwa yang


akan berlaku.
TEKNIK
TEKNIK PLOT DEFINISI
5. MONOLOG Merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu
watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik
monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap
seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin
berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan.
6. SUSPENS Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan
tertanya-tanya/ perasaan ingin tahu dalam kalangan
pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

7. KEJUTAN Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara


tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
PEMERIAN Penceritaan langsung daripada pengarang sendiri.
Biasanya untuk mengambarkan perihal watak, latar dan
sebagainya.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS : ( memerihalkan zoo mini)


Farhani pula menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap zoo mini
kepunyaan Kim Yong setelah diisi dengan spesies kumbang yang pelbagai. Ada
yang berwarna merah dengan bintik hitan di belakangnya, ada yang bersaiz
panjang berwarna seakan-akan warna kayu yang reput, ada yang mempunyai
sesungut yang panjang dan tajam serta berwarna hijau kebiru-biruan, dan
paling menarik ada yang kelihatan bercahaya-cahaya kepaknya. ( m/s 4)
DIALOG Pertuturan 2 watak atau lebih.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS :


“ Mak cik, bolehkah kami jumpa Farhani sekejap?” Mira segera bersuara.
“ Farhani? Bukankah dia bersama kalian tadi?” Puan Asmah kehairanan.
“Tidak, kami tunggu dia sejak pukul 3.30 petang tadi. Tapi dia tak muncul.
Kami ingat Farhani kurang sihat atau ada hal yang berlaku menyebabkan dia
tak dapat datang. Jadi sebab itulah kami datang nak melawat dia,” jelas Chea
Mei panjang lebar. ( m/s 28)
IMBAS KEMBALI Mengenang semula peristiwa yang pernah dialami.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS :


Serta-merta dia teringat akan kisah Puteri Balqis yang diundang ke istana Nabi
Allah Sulaiman seperti yang diceritakan oleh Ustazah Hamizah. ( m/s44)
IMBAS MUKA Gambaran awal/ ramalan tentang sesuatu peristiwa yang
akan berlaku.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS :


Sekiranya Bara gagal dan mereka ditawan kembali oleh Komander Caucasus,
Farhani tidak pasti nasib yang bakal menimpa mereka. Mungkin kali ini,
Komander Caucasus benar-benar akan meratah mentah-mentah daging
mereka yang yang lembut. Mengingatkan itu Farhani menggeletar ketakutan.
( m/s 81)
MONOLOG Bercakap dengan diri sendiri dalam hati/ minda.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS :


“Hmm… anak renjer hutan bukan penakut” Dia berbisik sendiri, memujuk
diri… (m/s 17)
SUSPENS Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan
tertanya-tanya/ perasaan ingin tahu dalam kalangan
pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS :


Dengan senyuman masih terukir di bibir, Maharaja Caucasus meneguk
minuman itu perlahan-lahan. Dara Bintik sememangnya bijak mengambil
hatinya. Dia amat bermegah dengan pujian Dara Bintik itu. Diteguknya lagi
minuman dari bekas itu sebelum diserahkan pula kepada Dara Bintik.
“Tuanku,jangan minum minuman itu!” Tiba-tiba sahaja Weevil terpacul di
muka pintu. ( m/s 139)

Tiba-tiba dia terasa perubahan pada ketumpatan udara. Nafasnya terasa


berat. Cuba dihelanya lagi, namun masih berat. Farhani berundur dua tiga
tapak. Ada perbezaan pada nafasnya. Lebih ringan. Ah, pelik! (m/s 19)
KEJUTAN Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara
tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.

1. NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS :


Dia berhenti dan perlahan-lahan membongkok untuk mengambilnya.
Sehelai sapu tangan berwarna merah jambu, bersulam huruf F pada satu
bucunya. Bukankah sapu tangan ini milik Farhani? Haikal pernah melihat
Farhani menggunakannya di sekolah. (m/s 66-67)

Anda mungkin juga menyukai