Anda di halaman 1dari 4

POLA AYAT DASAR

POLA AYAT DASAR


1. Pola ayat dasar adalah asas pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa
Melayu.
2. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti.
3. Ada empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:

4 POLA AYAT DASAR

Frasa Nama + Frasa Frasa Nama + Frasa Frasa Nama + Frasa Nama+ Frasa
Nama Kerja Frasa Adjektif Sendi
(FN+FN) (FN+FK) (FN+FA) (FN+FS)

Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:


Ali pelajar. Ali berlari. Ali tinggi. Rumah Ali di tepi
sungai.
Ali (FN) + pelajar Ali (FN) + berlari Ali (FN) + tinggi
(FN) (FK) (FA) Rumah Ali (FN) + di
tepi sungai (FS)

Ibu / guru. Pelajar / berlari. Sekolah / besar. Buku / di dalam beg.


Bapa / nelayan. Guru / mengajar. Kucing / gemuk. Nelayan / ke laut.
Kakak / jururawat. Adik / tidur. Gagak / hitam. Jururawat / dari
hospital.
.

i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)


Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah baik hati.

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)


Pejabat saya di Kuala Lumpur.

Latihan 1

Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.

ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.

iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.

iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.

v. Adik saya sangat comel dan manja.

vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan

Contoh jawapan:

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan
demimenjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah
sebatidalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut
amatmudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu,
masyarakatdi negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa
sudah menjadilumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan
akan dihulur untukbersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi
sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi
dengan kuku.
(100 patah perkataan)
Peringatan penting.
- Ulasan ini mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja
- Jangan lupa penggunaan penanda wacana.
- Catatkan jumlah perkataan.
FN + FA
FN FS
FN FK
FN FN
FN FA
FN FS

Anda mungkin juga menyukai