Anda di halaman 1dari 1

Sistem dan Aplikasi Bahasa

Soalan 5 – Peribahasa

Set 1
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja. Kenudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Alya : Akrab sungguh perhubungan antara Farhana dengan adiknya itu. Pergi ke mana-mana pun
mesti bersama-sama.
Siti : Betul tu. Hubungan mereka sungguh akrab bagai isi dengan kuku.
Aiya : Mereka tak pernah berselisih fahamkah?
Siti : Perselisihan faham antara adik-beradik selalunya tak lama, Siti. Lama-kelamaan mereka
akan berbaik=baik semula, seperti kata peribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.
Alya : Saya setuju, Siti. Kita sesame rakan pun seharusnya saling bekerjasama seperti kata
pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Set 2
Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Aiman : Aidil, cuba tengok gambar pantai ini. Cantiknya.
Aidil : Dalam gambar memanglah cantik tetapi lokasi sebenar tidak begitu.
Aiman : Saya sangka pantai itu sangat cantik seperti yang digembar-gemburkan oleh kawan-
kawan, rupa-rupanya keadaan di situ hanya ______(i)___________.
Aidil : Itulah. Lain kali jangan mudah percaya dengan cakap-cakap orang kerana itu ___(ii) ____
semata-mata.

Set 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan cemerlang. Bagi
mencapai matlamat ini, guru-guru dan ibu bapa perlulah saling bekerjasama dan bantu-membantu
antara satu sama lain.
Selain itu, anak-anak pula perlu gigih berusaha. Jika mereka rajin mengulang kaji pelajaran,
sudah tentu mereka akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, justeru, permuafakataan
antara guru dengan ibu bapa merupakan resipi kejayaan murid khasnya dalam melaksanakan
program akademik.

Set 4
Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat
tersebut.

1. Samad yang asalnya tidak rela bergerak itu bermandi peluh mengalihkan guni beras it uke dalam
gudang kerana upah RM300 yang diberikan Tauke Lim.
2. Sindiket penipuan tersebut akhirnya diberkas juga kerana termakan umpan yang dipasang unit
siasatan jenayah itu.

Anda mungkin juga menyukai