Anda di halaman 1dari 15

1

MODUL POTENSI CEMERLANG 2017 1103/2 (PP)


Bahasa Melayu
Kertas 2
Peraturan Pemarkahan
2017

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang


berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak
boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh
dikeluarkan dalam apa-apa bentuk media.

1103/2 (PP) SULIT


2

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

( a ) Isi - 20 markah

( b ) Bahasa - 10 markah

( a ) Isi [ 20 markah ]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
 Nama khas
 Perkataan berulang
 Penggunaan kata sendi di dan ke
 Tarikh
 Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii)Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setip isi yang tepat dan lengkap sahaja.

(v) Menyalin bulat-bulat , 0 markah.

Bahagian Markah Markah


(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/Kesimpulan 2
Jumlah Markah 20

1103/2 (PP) SULIT


3

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan (2 markah )
Markah

P1 Petikan membincangkan hal-hal/tindakan-tindakan/ saranan-saranan/ 2


nasihat-nasihat/ cadangan-cadangan /syor-syor yang perlu dilakukan
ketika berlakunya jerebu di negara kita
P2 Rumusan ini/Rumusan membincangkan hal-hal/tindakan-tindakan/ 2
saranan-saranan/ nasihat-nasihat/ cadangan-cadangan /syor-syor yang
perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan punca-punca masyarakat
kurang prihatin akan kesan jerebu
P3 Petikan membincangkan hal-hal/tindakan-tindakan/ saranan-saranan/ 2
nasihat-nasihat/ cadangan-cadangan /syor-syor yang perlu dilakukan
ketika berlakunya jerebu dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
jerebu
P4 Petikan membincangkan hal-hal/tindakan-tindakan/ saranan-saranan/ 1
nasihat-nasihat/ cadangan-cadangan /syor-syor yang perlu dilakukan
ketika berlakunya jerebu
P5 Petikan membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika 0
berlakunya jerebu

IsiTersurat [ 4 hingga 12 markah ]


Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu
S1 Masyarakat perlu sentiasa berada di dalam bangunan atau rumah 2
S2 Masyarakat diminta memakai alat penutup hidung 2
S3 Masyarakat dicadangkan bercuti ke kawasan yang lebih selamat 2
S4 Pengguna kenderaan seharusnya menggunakan alat pendingin hawa 2
S5 Untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih serius, mereka perlu 2
segera mendapatkan rawatan
S6 Mereka yang berisiko tinggi sentiasa mengambil ubat 2
S7 Orang ramai sentiasa membersihkan anggota badan yang terdedah kepada 2
jerebu dengan menggunakan air bersih
S8 Masyarakat disarankan banyak minum air 2
S9 Masyarakat mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti luar 2

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)


Punca-punca masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu
T1 Mendapat maklumat yang salah tentang jerebu 2
T2 Sikap sambalewa/sambil lewa /sikap pentingkan diri sendiri 2
T3 Kurang maklumat berkaitan dengan bahaya jerebu 2
T4 Menganggap masalah jerebu tidak berbahaya 2
T5 Tuntutan tugas/ sibuk mencari rezeki 2
T6 Terikut-ikut dengan tindakan orang lain 2
T7 Masyarakat berani mengambil risiko 2
(Isi-isi tersirat yang lain diterima sekiranya sesuai dengan jawapan T1-T7
Penutup
K1 Kesimpulannya, masyarakat perlulah menjaga kesihatan diri semasa 2
jerebu agar dapat menjamin kualiti kesihatan yang baik
K2 Kesimpulannya, masyarakat perlulah menjaga kesihatan diri semasa jerebu 1
melanda

1103/2 (PP) SULIT


4

(b) Bahasa (10 markah )

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Huraian Bahasa


Bahasa
Baik 18-20 9-10 - Kesinambungan isi baik
15-17 7-9 - Struktur ayat / tatabahasa baik
- Kosa kata luas
- Tanda baca / ejaan betul
Sederhana 12-14 6-7 - Kesinambungan isi masih baik
8-11 4-6 - Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda baca / ejaan juga memuaskan
Lemah 1-7 1-4 - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan
/ tidak memuaskan

Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan tolak 1 markah
(iii)Jika disalin bulat-bulat perkataan demi patah perkataan, ayat demi ayat,
walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan
kosong markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[ Markah bahasa, maksimum: 10 markah ]

1103/2 (PP) SULIT


5

Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.


2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat dari teks dan jawapan betul, berikan separuh
(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
- Jawapan tepat tetapi ayat tidak gramatis 1
- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup dan tidak lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

1103/2 (PP) SULIT


6

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

( i ) Maksud rangkai kata mengurangkan risiko ialah:

- meminimumkan bahaya/padah/kesan buruk /akibat 2


- meminimumkan risiko 1
- mengurangkan bahaya/padah/kesan buruk/akibat 1

[ Maksimum : 2 markah ]

( ii ) Faktor-faktor yang menyebab berlakunya jerebu ialah:

- aktiviti pembalakan secara terbuka


.- pelepasan asap kenderaan di jalan raya
- pelepasan asap tanpa kawalan dari kilang-kilang

[ Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pada pendapat saya, cara-cara yang berkesan untuk menghebahkan bahaya jerebu ialah:

 Imam mengingatkan orang ramai dalam bacaan khutbah di masjid


 Media massa menyiarkan kesan bahaya jerebu dari semasa ke semasa
 Jabatan Penerangan membuat jelajah hebahan tentang bahaya jerebu ke kawasan yang
berisiko tinggi
 Jabatan Alam Sekitar mengedarkan brosur tentang bahaya jerebu
 Ngo menampal poster di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.
 Pemegang akaun media sosial/ pemilik blog menghebahkan bahaya jerebu melalui media
sosial
 Jabatan Kesihatan mengadakan ceramah/ penerangan/taklimat tentang bahaya jerebu

[ Maksimum : 4 markah ]
[Isi cukup : 3 isi]

1103/2 (PP) SULIT


7

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen

(i) Berdasarkan petikan, saya (Mel) berasa malu terhadap gelagat anak-anak muda
sebangsanya kerana:

- menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah peribumi yang tidak segan silu menjual
bahasa ibunda

- anak-anak muda tidak segan silu merosakkan agama yang murni.

- anak-anak muda telah hilang identiti dan jati diri di negara ini

[Maksimum : 2 markah]
Pilih mana-mana 2 isi

(ii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan
kampung tradisi yang sedia ada di perkampungan pinggir kota dapat dikekalkan
ialah:

 Menaik taraf kemudahan di kawasan tersebut


 Kawasan tersebut dijadikan pusat pelancongan
 Membaik pulih rumah-rumah tradisional
 Mengekalkan hak milik tanah sedia ada
 Mengurangkan pembangunan yang boleh menjejaskan kawasan persekitaran

[Maksimum: 3 markah]
isi cukup 2 isi

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah:

 Persoalan keruntuhan jati diri dalam kalangan generasi muda di kota


Contohnya, Mel melihat anak-anak muda di kota menggadai diri maruah diri demi
keseronokan hidup seperti berfoya-foya dan menggunakan bahasa yang bercampur
aduk
[1+1]

 Persoalan pembangunan meranapkan warisan bangsa


Contohnya, rumah-rumah tradisi di pinggir bandar termasuk rumah Munsyi dan dua
puluh buah rumah yang lain hendak dirobohkan kerana syarikat hendak mendirikan
pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang di tempat itu.
[1+1]

Pilih mana-mana satu isi

Satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan ialah:

 Penghijrahan ke kota dalam kalangan anak muda untuk kelangsungan hidup


Contohnya, Mel berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan yang terjamin demi
kelangsungan hidupnya dan ibunya.
[1+1]

1103/2 (PP) SULIT


8

 Kepentingan mempertahankan bahasa ibunda


Contohnya, ibu Mel berusaha untuk mempertahankan bahasa Melayu kerana bahasa
itu maruah bangsa yang perlu dipelihara kerana menjadi tradisi tinggalan nenek
moyang
[1+1]

 Kepentingan mempelajari dan menghayati Sejarah


Ibu Mel sering mengingatkan Mel supaya membaca dan mengkaji sejarah silam
supaya tidak berlaku kesilapan yang sama pada masa yang akan datang

 Strategi kuasa asing untuk memecahbelahkan penduduk di sesebuah negara


Ketika negara ini dijajah oleh kuasa asing, penduduk di negara ini ditempatkan di
kawasan yang berbeza mengikut kaum sehingga menyebabkan penduduk yang
berbilang kaum tidak bersatu padu.
Pilih mana-mana 1 isi

[Maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud datanglah pula bala ialah:

- turut / dapat/menyebabkan musibah/bencana/mala petaka lagi 2m


- turut/dapat/menyebabkan pula 1m
- datanglah musibah/bencana/mala petaka lagi 1m

[Maksimum : 2 markah]

(iii) Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas mendapat titah


daripada baginda ialah:

 Temenggung menyuruh memberitahu hal ini kepada orang kaya-kaya/saudagar


supaya berkawal di kampung masing-masing
 Temenggung menyuruh orang-orangnya berkawal terlalu ramai
 Temenggung mengarahkan supaya senjata seperti lembing dan perisai yang banyak
digunakan semasa berkawal
[Maksimum : 3 markah]
Isi cukup 2 isi

(iv) Pada pendapat saya, baginda menitahkan kegiatan kecurian ini perlu dikawal
dengan segera kerana:

 Masyarakat dapat meneruskan kehidupan seharian dengan tenang


 Keselamatan diri dan harta benda rakyat terjamin
 Imej negara tidak terjejas
 Rakyat dan negara tidak mengalami kerugian kerana kehilangan harta benda

[Maksimum : 3
markah]
Isi cukup 2 isi

1103/2 (PP) SULIT


9

Soalan 2 (d) : Seloka

(i) Berdasarkan rangkap 1, keadaan hidup seorang tua dalam rangkap di atas ialah:

P1- seorang tua berasa kesepian 1m


P2- kehidupannya tidak berubah pada keesokan hari 1m
P3- tidak ada sesiapa yang datang menjenguknya 1m
P4- dia mengeluh kerana kesunyian 1m

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Pada pendapat saya, sebagai seorang jiran, tanggungjawab saya terhadap jiran saya
yang telah tua dan tinggal keseorangan ialah:

P1- saya akan sering menziarahinya


P2- saya akan selalu bertegur sapa dan bertanya khabarnya
P3- saya akan membantunya dari segi tenaga/ wang ringgit
P4- saya akan membawanya ke hospital/klinik sekiranya jiran saya sakit
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup 2 isi]
(iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah:

P1- Kita hendaklah selalu menziarahi ibu bapa sekiranya mereka masih ada agar mereka
berasa disayangi dan dihargai oleh anak-anak.
[1+1]

P2 – Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka


memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.
[1+1]

P3- Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya
sementara dan Tuhan sahaja yang kekal
[1+1]
P4- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa

[1+1]

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup 2 isi]

1103/2 (PP) SULIT


10

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada keseluruhan
soalan
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenrnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3 (a) – Bina ayat

(i) budi bicara


- Akal
- Kebebasan membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang
dianggap berkuasa (berwibawa) dalam sesuatu hal

(ii) garis panduan


- Panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan
sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan

(iii) hak cipta


- hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian
daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dan lain-lain)

(iv) lut sinar


- dapat melihat melaluinya (kaca dan lain-lain), hening

(v) tingkah laku


- (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan

(vi) usaha sama


- perusahaan (kegiatan, penghasilan, perniagaan, dan lain-lain) yang diusahakan
bersama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dan lain-lain) sebagai suatu
perkongsian
[Maksimum : 6 markah]

1103/2 (PP) SULIT


11

Jawapan 3 (b) Menyatakan pola ayat

(i) FN + FN

(ii) FN + FS

(iii) FN + FK

(iv) FN + FA

(v) FN + FK

(vi) FN + FS

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan


(i) disamping– di samping mempupuk – memupuk
(ii) negetif – negatif menenang – menenangkan
(iii) vandalism – vandalisme menghindari – menghindarkan
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (d) Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa

Kesalahan kata atau istilah Kesalahan tatabahasa


Menerima semula – menerima pelajar yang
(i) ketakutan– pengajaran
telah dibuang sekolah semula
(ii) penghapusan – pelupusan Menerangkan tentang – menerangkan
Paling hebat sekali – paling hebat/hebat
(iii) peruntukan- hadiah/ganjaran
sekali

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa

(i) Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

(ii) Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..

(iii) Yang lama dikelek yang baharu didukung.


[Maksimum : 6 markah]

1103/2 (PP) SULIT


12

Soalan 4
Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

iii) Beri 1+1 markah bagi setiap persoalan

vi) Markah isi maksimum 4

v) Markah bahasa maksimum 3

vi) Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah

vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untukbahasa
viii) Calon tidak menjawab 0 markah
[ Maksimum: 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap

iii) Beri 1 markah bagi setiap peristiwa yang terdapat pada bahagian permulaan
dalam setiap novel

iv) Beri 2 markah bagi huraian / contoh yang betul bagi setiap peristiwa yang diberi

v) Markah isi maksimum 6 ( maksimum 3 markah bgi setiap novel )

vi) Markah bahasa maksimum 2

vii) Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa

ix) Calon tidak menjawab 0 markah


[ Maksimum: 8 markah]

1103/2 (PP) SULIT


13

4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari, dua contoh peristiwa yang
dapat dijadikan teladan dalam novel tersebut ialah:

Novel Jendela Menghadap Jalan


1. Peristiwa Lili menyayangi ibu dan bapanya dan sering kali mempertahankan maruah
ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang kurang baik tentang ibunya

Pengajaran : Sebagai seorang anak, kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita
[1+1]

2. Peristiwa Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga
Che Jah.
Perngajaran: Kita hendaklah membantu orang lain yang dalam kesusahan
[1+1]

3 Peristiwa Lili menjaga pergaulannya semasa keluar bersama-sama Danel ke bandar


kerana sanggup pulang dengan menaiki bas yang sesak berbanding dengan teksi bagi
mengelakkan mereka duduk berdua-duaan.
Pengajaran: Kita hendaklah menjaga maruah diri dan menjauhi pergaulan bebas.

[1+1]

4 Peristiwa Lili taat akan perintah ibunya apabila dia mengikut sahaja suruhan ibunya
untuk pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
Pengajaran: Kita hendaklah taat akan suruhan dan perintah ibu bapa.
[1+1]

5 Peristiwa Lili gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam
bahasa seperti bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin.
Pengajaran: Kita hendaklah gigih/tekun mempelajari sesuatu bidang.
[1+1]

6 Peristiwa Che Jah melayani kunjungan tetamunya iaitu Lili dan Rashid dengan begitu
baik dan mesra.
Pengajaran : Kita perlulah melayani tetamu dengan baik dan sopan. [1+1]

Novel Songket Berbenang Emas.

1. Peristiwa Dahlia menyayangi ibu bapa dan adik-adiknya dan sanggup berulang alik
dari rumah ke sekolah untuk menjaga adik-adiknya semasa ibunya mendapatkan
rawatan di hospital
Pengajaran: Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dan mempererat hubungan
sesama ahli keluarga
[1+1]

1103/2 (PP) SULIT


14

2. Peristiwa Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat sebagai
persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa berkorban
masa, tenaga, dan tempat menuntut ilmu.
Pengajaran : Kita mestilah gigih dan tekun menuntut ilmu.
[1+1]

3 Peristiwa Dahlia tabah menghadapi segala dugaan yang berlaku terhadap dirinya dan
keluarga sepanjang emaknya menerima rawatan di hospital seperti peristiwa ibunya
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai kerana kemurungan dan Nek Kiah memandang
serong terhadap dirinya dan keluarga.
Pengajaran : Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
[1+1]

4 Peristiwa Embong melayani kunjungan tetamunya, iaitu keluarga Azhari ke rumahnya


dengan begitu baik dan mesra.
Pengajaran : Kita perlulah menghormati dan melayani tetamu dengan baik dan sopan.

[1+1]

5 Peristiwa Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras airnya untuk
menyelamatkan Said anak Aton daripada mati lemas.
Pengajaran : Kita mestilah berani menggadaikan nyawa demi menyelamatkan nyawa
orang lain.
[1+1]

6 Peristiwa Tauke Lim bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Embong dengan
membenarkan keluarga tersebut berhutang untuk membeli barang di kedainya. Dia juga
sanggup membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah bagi memastikan
Embong memiliki tanah untuk dijadikan tempat tinggal.

Pengajaran : Kita hendaklah membantu orang berada dalam kesusahan.

[1+1]

Pilih mana-mana 2 isi

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, satu persoalan kegigihan yang terdapat
dalam novel tersebut ialah :

Novel Jendela Menghadap Jalan

1 Persoalan kegigihan meneroka kawasan petempatan


Datuk Lili, Hj. Abdul Rahman dan penduduk awal Kampung Sentosa gigih membuka
kampung tersebut walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
[1+1]

2 Persoalan kegigihan mempertahankan perubatan tradisional


Datuk Lili, Haji Abdul Rahman gigih mempertahankan perubatan tradisional yang
diamalkannya walaupun pesakitnya semakin berkurangan dari sehari ke sehari
disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan moden.
[1+1]

1103/2 (PP) SULIT


15

3 Persoalan kegigihan menyelesaikan konflik rumah tangga


Lili gigih membantu Che Jah menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapinya
dengan menceritakan masalah tersebut kepada kak Mimah dan Nadia, pegawai
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan nasib Che Jah terbela.
[1+1]
4 Persoalan kegigihan menyelesaikan masalah masyarakat
Lili dan Danel gigih membantu penduduk kampung menyelesaikan isu peletakan
kubah yang baharu. Akhirnya, cadangan mereka diterima oleh penduduk kampung
apabila mereka mencadangkan agar kubah itu diletakkan pada masjid yang akan dibina
nanti.
[1+1]
5 Persoalan kegigihan menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Lili gigih berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa menghabiskan cuti sekolah
di Kampung Sentosa seperti dirinya pernah diculik oleh anak-anak Che Jah.
[1+1]

Novel Songket Berbenang Emas

1 Persoalan kegigihan dalam menuntut ilmu


Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk
menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, dan
tempat menuntut ilmu.
[1+1]
2 Persoalan kegigihan dalam mencari nafkah
Embong gigih mencari rezeki untuk menyara dirinya sekeluarga dengan melakukan
pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah, mengambil upah membersihkan kebun
orang dan memetik buah kelapa sawit.
[1+1]

2 Persoalan kegigihan dalam menjaga adik-adik


Dahlia gigih menjaga adik-adiknya semasa emak dan ayahnya dirawat di hospital. Dia
sanggup ponteng sekolah untuk memastikan adik-adiknya dapat dijaga dengan baik.
[1+1]

3 Peristiwa kegigihan memenangi hati nenek


Dahlia menggunakan pelbagai cara untuk memastikan neneknya, Nek Kiah dapat
menerima dirinya dan keluarga sebagai satu keluarga. Dahlia tidak pernah menjawab
kata-kata nista dan hina nenek kepada dirinya dan Dahlia sebaliknya sanggup menjaga
neneknya yang sakit ketika di rawat di hospital.
[1+1]

5 Peristiwa kegigihan menyatukan penduduk kampung


Hj. Sulaiman gigih menyatupadukan penduduk kampungnya daripada berpecah
belah. Hj. Sulaiman berjaya mengawal keadaan di surau ketika Bakar cuba
menyerang Aton yang memfitnah dan menghina kakaknya, Dahlia. Hj. Sulaiman juga
berjaya mengajak penduduk kampung bergotong-royong membina rumah Embong
semula.
[1+1]

`
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

1103/2 (PP) SULIT

Anda mungkin juga menyukai