Anda di halaman 1dari 4

Kereaktifan Unsur-unsur Kumpulan I (Logam Alkali)

Nota Ringkas

Atom unsur kumpulan I akan melepaskan elektron valens


tunggalnya semasa tindak balas kimia berlaku untuk mencapai
susunan elektron yang stabil (susunan duplet atau oktet).
Kereaktifan unsur kumpulan I bergantung kepada kebolehan
melepaskan elektron valensnya. Semakin mudah melepaskan
elektron valensnya, semakin reaktif unsur itu.
Li - e --> Li+

Apabila menurun ke bawah kumpulan I, saiz


atom bertambah kerana bilangan petala
bertambah.
Elektron valens terletak semakin jauh daripada
nukelus.
Na - e --> Na+ Daya tarikan nukleus terhadap elektron valens
semakin lemah.
Elektron valens semakin mudah dibebaskan.
Kesimpulan : Kereaktifan semakin
bertambah apabila menurun ke bawah
Kumpulan I.

K - e --> K+
Elektrolisis Leburan Plumbum(II) Bromida
Semasa elektrolisis leburan
plumbum(II) bromida
berlaku,
• ion plumbum(II)
bergerak ke katod dan
• ion bromida bergerak
ke anod.
Ion bromida menyahcas
secara membuang
elektronnya kepada anod.
2Br - - 2e ---> Br2
Dua atom bromin akan
membentuk satu molekul
dwiatom bromin.
Wap bromin berwarna perang
terbebas pada anod.
Ion plumbum(II) menyahcas
secara menerima 2 elektron
Nota Ringkas dari katod.
Teori Ion Pb2+ + 2e -----> Pb
Elektrolit terdiri daripada sebatian ionik yang lebur atau terlarut Logam plumbum berwarna
dalam air. Dalam leburan atau larutan akueus, sebatian ionik terurai kelabu kilat terbentuk.
kepada ion positif dan ion negatif. Ion-ion yang bebas bergerak
inilah yang mengalirkan arus lelktrik.

Mengapakah pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus elektrik ?


Dalam pepejal plumbum(II) bromida, ion Pb2+
bercas positif dan ion Br - yang bercas negatif
diikat bersama oleh daya tarikan elektrostatik
yang kuat. Ion -ion itu hanya bergetar dan
berputar pada kedudukan yang tetap, tidak
boleh bergerak bebas. Jadi, pepejal
plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus
elektrik.

Dalam leburan plumbum(II) bromida, daya


tarikan elektrostatik yang kuat sudah diatasi
oleh tenaga haba yang diserap.
Ion Pb2+ bercas positif dan ion Br - yang
bercas negatif adalah bebas bergerak.
Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang
bertanggungjawab ke atas pengaliran arus
elektrik.

Anda mungkin juga menyukai